Sunday, 31 July 2011

Saya bertudung dan saya sangat Pretty

~Entri Melekat~
Haluu Sume..!!!
Hari nie Miss Bubble nak join contest taw, tapi melibatkan gambar..
contest ni diberi nama ' Saya bertudung dan Saya sangat pretty' by Cik Dya..
pasal saya bertudung mmg betul but kalo pretty xtaw laa..hee~
huhu, susah taw cari gambar, last2 jumpa la yang ni..
i like this latest pic sebab colourful dan nampak ceria..
for me yang bertudung nampak manis dipandang tp xtaw la pndapat korang..
so, Miss Bubble nak korang komen la sikit pasal gambar yang dipertaruhkan untuk contest ni taw..
tolong komen yea..Tak semestinya kena komen cantik ke comel ok..
jum scroll bawah tengok gambar..
jeng..jeng..jeng..




So, dah tengok kan..apalagi komen la ! komen ye!
Sangat menghargai komen semua sebab pemenang contest ni akan dikira
berdasarkan komen yang paling banyak..i hope boleh menang..!!
~sayang rakan2 blogger semua~

sape nak join boleh klik link kat bawah ni..
sini nak tag Cik Domo untuk join..jum!!


btw: contest ni sampai 31 julai, xkisah komen elok ke kutuk janji ikhlas komen yea:))
( ITS BETTER KALO TAK PUJI CANTIK, JUST KOMEN BIASA JE CUKUP)...asalkan drop komen :)
>>Entri melekat! sila scroll bawah utk entri terbaru.:)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 30 July 2011

Hilangnya kejujuranmu sahabat..


Olla semua.. Mesti dah boleh agak Miss Bubble nak cakap pasal apa kan.. Sahabat ataupun lebih dikenali sebagai kawan.. Ape semua ni pada anda.? Setelah berjauhan dengan keluarga mestilah sahabat yang paling dekat dengan anda kan..tapi macam mana kita nak tahu kawan kita itu betul2 jujur dan boleh bergantung harap? Blogger sekalian, sedikit luahan hati dari Miss Bubble hari ni, maaf kalau entri ni sangat membosankan tapi Miss Bubble sendiri pun mungkin bukan kawan yang baik kan..tapi sedikit terkilan bila kita betul2 percaya kan orang tu, bak kata setiap kesedihan atau ketidakpuasan kita semuanya diluah dan di share kepada kawan yang kita percaya.betul tak? akan tetapi, kalau setiap apa yang kita luahkan atau dikatakan masalah kita diluahkan kepada orang lain..kenapa terjadinya begini? Susah sangat ke untuk memegang janji itu, dan perlu ke diberitahu pada orang lain? mana kejujuranmu sahabat? 

Gambar doraemon ni saja nak menghiasi entri ni, kalau dilihat semangat kekawanan kan doraemon nie.. Samalah juga seperti kehidupan kita, kalau kita berada sebumbung dalam apa-apa organisasi kita mestilah menyelami setiap jiwa dan perasaan. Setiap isu yang dibangkitkan pasti ada sebabnya. Dalam menjalinkan hubungan atau membina hubungan sahabat, perlu kah perasaan memilih itu ada? kebanyakan yang dilihat, ada timbul sedikit jurang antara kita, berkemungkinan pelbagai faktor antaranya gaya hidup ataupun ilmu agama. Boleh tak kalau dalam diri kita, buang perasaan jurang ataupun beza dalam bersahabat...?


kita kena ingat kawan adalah penting tetapi bukannya untuk kita mengaibkan kawan kita! Situasi sekarang apabila kita bergantung harap atau memberi kepercayaan kepada kawan kita, tetapi apabila tahu ada mulut-mulut yang tidak enak menyampaikan kepada orang lain, tentu kecewa dan terkilan kan dengan kawan seperti ni.. Sangat susah untuk kita nak cari yang boleh dipercayai kan apabila umur dah meningkat. Kalau di zaman sekolah, semangat kekawanan sangat tinggi..tapi kalau dah meningkat dewasa di alam kampus, masing-masing dengan hal sendiri.. Lumrah dunia.. Mana lagi untuk kita luahkan isi hati kita kalau bukan sahabat...

Sahabat, 
kenapa dikala ku beri kepercayaan padamu,
kau cuba menghancurkan...
kejujuran dan keikhlasanmu
amatku harapkan..
Kesedihanku tidak bisa
ditanggung sendirian..
fahamilah wahai sahabat..

btw: maaf jika entri ni bercelaru, tetapi ia hanyalah luahan hati yang tidak boleh di luah kepada sesiapa..:(
btw: Semoga kita sama-sama memperbaiki kesilapan kita..



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 29 July 2011

Koleksi Cerpenku

      Salam..Olla to all my lovely blogger..


     Sape suka membaca dan layan perasaan? angkat kening cepat..hehehe..Saja nak promote cerpen.. sapa2 suka membaca, jangan lupa baca ya dah 4 koleksi cerpen zaty..seronok sangat!.. sebab berjaya hasilkan 4 cerita,.InsyaAllah kalau ada masa bolehlah teruskan menulis, tapi tak janji lah..Idea dah ada tapi terpaksa dibekukan..hehe..Bulan puasa ni macam banyak benda je nak buat..( yeke??) ahhaha..tak tau la.. oke jum tengok tajuk2 cerpen Miss Bubble, kalo minat klik tajuk or gambar dan baca ye sayang..:)

cerpen 1 : Luhurnya Cintamu

Cerpen  ke 2 : Sesuci Hatimu



Cerpen ke 3: Qalisya Ain

Cerita Pendek : Siapalah Kita

Cerpen ke 4: Biarkan Kenangan Itu




Cerpen Copy& Paste : Pelangi Untuk Ku



Ada satu lagi cerita pendek..nie yang Miss Bubble masuk contez tapi tak menang..Cubalah baca,..:)



 btw: Jangan Lupa baca taw pastu tinggalkan Komen yer..muahaha:D
psst : mohon korang doakan zaty berjaya.

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sling Denim Bag Giveaway


Sempena Ramadhan bakal menjelma, sekali lagi Miss Bubble nak join GA dari blog norsharmila.. Very simple tak payah ckp banyak yang pasti hadiah menarik..Nak join latuh, klik banner terus sampai ke blog sana..hehehe.. Jangan malu-malu andas emua di tag oke.. Wish me luck! :)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 26 July 2011

kenangan yang paling best !

Olla peeps!..huu, malas nak cakap byk..tgk gmbr jum ari ni.. Tapi tetap nak share 1 kenangan yg sangat best dlm idup..sukan kayak yg sgt mencabar bg Miss Bubble..Dari mulanya sangat takot dgn air smpaikan dah boleh renang cket2..hehe..Kayak is the best lah! Lokasinya di Tasik Cheneh~

cari port yg sesuai mengikut kedalaman air nak uat resque@ terbalikkan kayak..


nampak tak Miss Buble mcm tak takot je nak terbalikkan kayak, tgn masih tak lepas..hee~

Hahha..kepala tak timbul2 ag nie..aiyak.!

kusyuk dengar arahan..

oke, siap sudah praktikal kayak..berenang nak ke tepian..;)

sape2 yang pernah berkayak tahulah kan..waktu ni praktikal kayak, pastu 2 minggu lepas ni Miss Bubble pergi ekspedisi kayak la..beshh!..

btw: mood tak bpe nk ok sbb trpaksa tggu rumah sensorang padahal ade 2 lelaki dtg pasang kipas dlm rumah :(




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Rugi kaLo tak baCa 2 :)

Salam semua blogger yang sedang sibuk dengan hal masing-masing:)

sekarang sudah tiba masanya Miss Bubble nak buat ucapan syukur sangat-sangat sebab berjaya habiskan cerpen yang kedua iaitu Sesuci Hatimu.. walaupun ramai yang tak suka baca benda-benda panjang, but who cares..? hehe...yang penting Miss bubble puas hati sangat sebab boleh menulis cerpen dalam masa cuti Miss Bubble ni.. Bangga lah jugak sebab dah ada 2 cerpen hasil nukilan sendiri..korang ada ke? hahaha..jadi kalau rasa nak ambil feel ke nak ambil mood, rehatkan minda apa salahnya luangkan masa sekejap baca hasil penulisan Miss Bubble..tak nak baca tak pe, tak boleh paksa minat korang untuk membaca kan.. papepun thanx too sape2 yang support hingga terhasil cerpen kedua.. Miss Bubble tak rasa nak menulis lagi next cerpen mungkin kalau rasa gatal tangan akan menulis juga..we will wait & see.. Happy reading:)

Sesuci Hatimu Part 1
Sesuci Hatimu Part 2
Sesuci Hatimu Part 3
Sesuci Hatimu Part 4
Sesuci hatimu Part 5
Sesuci Hatimu Part 6
Sesuci Hatimu Part 7
Sesuci Hatimu Part 8
Sesuci Hatimu Part 9
Sesuci Hatimu Part 10
Sesuci Hatimu Part 11( Last Part)

btw: thanx pada sesape yg suka membaca:)http://www.emocutez.com
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 25 July 2011

Last Part: Sesuci Hatimu

Perasaan itu datang kembali, tiba-tiba hatiku berdebar. Degupan jantungku kian rancak berdegup. Ya Allah ajuhkan sebarang kemungkinan yang tidak baik. Aku cuba lelapkan mata, tapi tidak juga mahu ditutupnya. Tiba-tiba telefonku kedengaran satu mesej masuk.
                ‘walaupun dirimu sudah jauh dipandanganku, suaramu yang sudah lenyap untuk aku dengari namun senyumanmu yang menggetarkan hatiku sentiasa mekar di dalam ingatanku
Aku tersenyum seketika, hahaha..malam-malam macam ni ada juga orang jiwang yang salah hantar mesej. Nombor pengirim tidak aku kenali dan pasti orang itu tersalah menghantarnya. Belum sempat aku terlelap, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang sama mengirim sms padaku. Aku cuba menjawab panggilan itu, tapi hampa hanya aku yang bercakap sendirian. Mungkin mimpi agaknya orang itu tersalah tekan nombor aku. Biarkan jelah, tiba-tiba masuk lagi satu mesej.
                ‘Alangkah indah dunia ini jika ditemani suaramu setiap hari, alangkah bertuahnya jikalau hatimu ku miliki. Rindu yang telah ku pendam akhirnya bisa terubat jua.’
Eish..tak sukalah jiwang-jiwang mana yang tersalah main sms je ni, kacau aku nak tidur. Aku membalas sms itu mengatakan tersalah nombor dan aku tidak kenal nombor itu. sekali aku menghantar mesej begitu, terus sahaja orang itu menelefonku kembali. Aku angkat telefonku tetapi aku hanya diam membisu.
                ‘Nur Eilly Natrah….jawablah kalau ini awak!’ suara seorang pemuda dihujung talian. Aku sangat terkejut apabila namaku disebut. Memang sah orang ini mengenaliku, tapi siapa. Aku cuba untuk bersuara.
                ‘siapakah yang cuba bermain misteri dengan saya, saya tidak kenal awak’ jawab aku.
                ‘saya Zhafie Arsyad,. Maaf sebab menganggu awak malam-malam, tapi saya rasa tidak keruan jika tidak diluahkan perasaan saya ini. Walaupun awak dah lupakan saya,tetapi saya sentiasa ingatkan awak eilly.’ Jelas zhaf.
                ‘Awak zhaf,!  Aku benar-benar terkejut, dan baru aku teringat aku sudah remove nombor zhaf di telefonku kerana mahu melupakan segalanya.’
                ‘ saya sebenarnya sukakan awak Eilly, saya tak mampu untuk menahan rindu ini. Janganlah siksa saya lagi dengan penantian. Sudah lama saya ingin beritahu tapi awak sendiri yang tidak member ruang untuk saya bercakap dan kerana saya sayangkan awaklah saya tidak cuba untuk menegur awak di hari terakhir saya di kampus. Saya hanya lihat awak jauh-jauh je agar rindu saya terubat.’ Jelas zhafie.
Sesungguhnya aku berlinangan air mata mendengar penjelasan zhaf. Tidak ku sangka rupanya zhaf masih menghargai aku, aku bersalah kerana memperlakukan dia begitu. Aku cuba merosakkan cinta dihatinya.
                ‘ Maafkan saya zhaf, saya tidak berniat untuk siksa cinta awak, tapi Mia lebih perlukan awak, bukannya saya.’ Balas aku.
                ‘Awak salah Eilly, saya sudah menjelaskan segalanya kepada Mia, saya hanya mennganggap Mia sebagai adik saya, saya dah ikut cakap awak. ALhamdulilah saya dah Berjaya bombing Mia ke jalan yang elok, Mia usdah boleh terima cinta saya bukan untuk dia dan hanya untuk awak seorang sahaja. Biarlah awak menjadi cinta terakhir dalam hidup saya Eilly.’ Segala yang tersirat dihati zhaf sudahpun tersurat dimulutnya.
Hati aku main sebak mendengar segalanya. Aku benar-benar rasa bersalah, dan aku yakin rindu yang selama ini sebenarnya hanyalah untuk zhaf. Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengatasi semuanya, berikanlah petunjuk kepadaku untuk membuat keputusan.
                ‘Maafkan saya zhaf,! Tetapi jika benarnya kata-kata awak ini, tunjukkanlah bukti pada saya. Buktikanlah cinta awak untuk saya ikhlas dan awak cinta saya kerana Allah.’ Balas aku.
                ‘Baiklah Eilly, akan saya cuba buktikan segalanya nanti’ ujar zhafie sambil mematikan talian.
Sejak aku menerima panggilan dari malam itu, hatiku tidak tentu arah dibuatnya. Sering sahaja aku mendustai cinta zhaf, kerana aku masih belum yakin dengan cinta manusia yang tidak semestinya kekal. Aku takut untuk menerima segalanya. Telah aku ceritakan segalanya pada ibuku dan ibu menasihati aku untuk member sedikit kepercayaan kepada zhaf untuk buktikan cintanya padaku. Tapi makin hari makin kuat keraguan dihatiku kerana sudah hampir seminggu aku masih belum menerima apa-apa khabar dari zhaf. Adakah dia hanya pandai bermain dengan kata-kata. Air mataku kian laju membasahi pipiku, kerana aku takut cinta pertama yang aku cari kian musnah begitu sahaja.
                “Eilly, buat apa termenung di dalam bilik. Jom keluar ada tetamu kat luar nak jumpa” ajak ibuku.
                “ tetamu? Siapa ibu? Soal aku sambil mengesat air mata.
                “jangan ditanya, kamu keluar dulu ya sayang.” Pujuk ibuku.
Akhirnya aku keluar dari bilikku dan melihat Mia di bangku rumahku. Mia segera datang memelukku erat dan menangis. Aku masih tidak faham dengan semua ini.
                “Eilly, maafkan aku. Sudah lama aku mencari rumahmu, aku datang untuk minta maaf atas segalanya. Kau lah sahabat aku selamanya, aku buta kerana tidak nampak keikhlasan yang telah kau lakukan untuk aku. Hatimu begitu suci Eilly! Aku tidak mampu menandingi kesucian hatimu itu, kerana hatimu yang suci dan ikhlas jugalah membuatkan zhaf terpaut padamu. Aku je yang bodoh kerana fikir paras rupa mampu membuatkan zhaf cinta padaku. Maafkan aku Eilly!!” rayu Mia sambil memelukku erat.
                “Aku dah lama maafkan kau Mia, aku bersyukur sangat kita dapat berbaik semula macam ni. Tapi aku rasa jodoh aku bukan dengan Zhaf,..belum sempat aku menghabiskan kata-kata tiba-tiba aku terdengar suara yang amat aku kenali datang menghampiri aku dan Mia.
Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Ya Allah Zhaf muncul di hadapanku dan aku idak mampu untuk menahan air mataku untuk membasahi pipiku. Zhaf datang menghampiri aku.
                “Eilly, saya sengaja tidak menghubungi awak selama seminggu kerana saya mahu hati awak yakin dengan cinta saya.Lagipun alhamdulilah saya sudah mula diterima bekerja dan hari ini saya telah tepati janji saya untuk menunjukkan kebenaran disebalik kata-kata saya. Saya datang membawa rombongan untuk melamar awak, sudikah awak menjadi cinta sejati saya seumur hidup?” soal zhafie yang kelihatan agaka tulus membicarakan segalanya.
                “zhaf, maafkan saya kerana meraguinya. Ternyata awak betul-betul ikhlas dan jujur. Zhafie Arsyad saya Nur Eilly Natrah sudi menerima untuk menjadi cinta sejati awak buat selamanya.” Balas aku sambil tersedu. Aku sangat terharu dengan semuanya.
                “Terima kasih sayang. Saya yakin dengan hati awak yang suci bisa menjadi cinta terakhir dihati saya. Jangan cuba dustai lagi cinta saya pada awak Nur Eilly Natrah!” jelas zhaf.
                “iya, saya yakin apa yang telah ditetapkan untuk saya. Saya bersyukur ditemukan dengan awak zhaf.! “ jawab aku.
Pengakuan cinta antara aku Nur Eilly Natrah dengan Zhafie Arsyad telah disaksikan di depan orang ramai. Ibuku datang memelukku erat dan mengucup dahiku, sesungguhnya aku sangat bahagia. Aku sangat beruntung kerana zhaf menjadi cinta pertamaku dan aku menjadi cinta terkhir zhaf. sememangnya seorang perempuan mencari cinta pertama, dan seorang lelaki hanya mencari cinta terakhir dihatinya.

btw: Ending already, hopefully terhibur..:)
Part 10 ( KLIK )
jgn lupa masih ada beberapa hari lagi utk komen kat sini >> KOMEN banyak2..

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

thanx for today!

Olla and nyte all my sweet reader..;phttp://www.emocutez.com
          Malam ni rasa nak menaip sikit sebab hati girang, oh sungguh indah..! cecece, happy la jgk hari ni.sebab banyak benda yang happen.. Bukan magical or miracle yang Miss Bubble harapkan tuu..tapi benda lain.. First bangun awal pagi hangout dengan kawan dtg ambiil kat rumah.. saja lepak2 pusing2 shopping Mall jap.. Pastu kan, adalah pergi satu tempat yang agak jauh..Puas hati la boleh keluar jap sebab selama ni Miss Bubble asyik terperuk lam rumah je,.( hmm kecian kan.sob3)
           Pastu guess something? alamak mestilah tak leh nak gues sebab Miss Bubble tak pernah gtaw sal menda ni. Penantian sudah berakhir hari ni.. Lega sangat2, akhirnya dah dapat juga.. Dapat lesen laa..jgn pikir bukan2.. Sudah 2 minggu duk menunggu dan menanti baru hari ni nak hantar lesen kat Miss Bubble..( tak patut kan ) . Tapi ape yg patut, lepas ni dah boleh bawak kereta..jum racing..( cewah..berlagak) hehehe...
http://www.emocutez.com
            Then malam ni, hati sikit2 berbunga and terharu sangat sebab one of the person has created me some poem.. wow, so lucky..and i like it so much!! really2 trkejut and tak sangka.. Yela, ada orang buat puisi Miss Bubble,huhu..sangat2 terharuuu baca..thanx so much.............;p

btw: dh la, penat la nak citer byk2, biar hati je riang:) hee~ http://www.emocutez.com
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 23 July 2011

i Hope For a MiracLe..

olla..and happy blogging guys..!

      it just a short entry and Miss Bubble juz wanna say that Miss Bubble hoping for a Miracle.. Plez... Miracle comes to me..i hope the number of people comment in that entry will increase more.. Do i have a chance to win, juz hoping and hoping..huh..
       Then a little bit dizzy today..Miss Bubble tgh blogwalking then secara tidak sedar terpromot another people link, it suppose mine.. Patutnya Miss Bubble tggalkan link Miss Bubble suruh blogger2 lain dtg komen entri contestant tuu.hahahha..so lucky dat person, its ok..
       one more forgot to tell, i'm a little bit lazy then my sis had juz called me to go her school in this evening then see her practice..Practice what..? kawad kaki, u olls know, my sis suruh Miss Bubble datang then jaga bahagian lagu..sorry, Miss Bubble mmg malas nk pergi sekolah ni.*shy2 cat.. Lagipun dah tolong dia cari lagu, trim then ajar sikit2 nak buat style ape..hmm..( tak tahu nak bebel ape, sorry jangan baca!)

btw: sape2 yang rasa baik hati cepatlah sumbangkan KOMEN  kat entri contest 'saya bertudung tu ye..'
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 22 July 2011

Ada Blogger Yang Tak Hargai !

           Maaf kalau ada yang kecik hati..tak bermaksud tapi hanya nak tunjukkan situasi sebenar. Dah beberapa hari Miss Bubble fikir dan kadang-kadang kecik hati la sikap sesetengah blogger macam tak menghargai je.. Menghargai apa? contohlah kan..:

ok, bagi Miss Bubble la kan, bila rayau2 blog orang..then Miss Bubble kadang-kadang suka drop komen.. Pastu bila ada masa pula, nanti Miss Bubble pergi terjah lagi saja nak tengok tuan blog respon apa pada komen Miss Bubble.. Alhamdulilah most yang reply, tapi kalau yang tak reply..? macam mano den nak buat..
bila tengok publish ajo, fikir2 tak nampak ke Miss Bubble komen?hahaha

Miss Bubble pun baru dalam dunia blog ni, tapi Miss Bubble pon tahu nak jaga hati orang.. Kalau ada sape2 yang tinggal respon kat chatbox, sepantas kilat Miss Bubble pergi terjah pula.. Kalau ada yang komen, Alhamdulilah sukanyee..Miss Bubble reply juga walaupun lambat..

Adalah juga sekarang ni Miss Bubble pergi tinggal mesej kat chatbox korang kan, minta tolong komen gambar contest yang Miss Bubble masuk..kan3..kesian korang terpaksa komen, tapi Miss Bubble minta tolong cara elok tau, tak ada maki-maki suruh korang komen jugak! tak ada, secara elok kan sayang-sayang..


Bila dah rasa tak dihargai Miss Bubble rasa macam dah tak ada mood nak blogwalking or drop komen kat blog2 macam tu.. Miss Bubble ikhlas nak wujud hubungan baik, tapi apakan daya kan.. MAsing-masing ada style tersendiri..tak boleh nak paksa.. Miss Bubble je yang terlalu sensitif kot.. Maaflah ye, sekadar nak luahkan kat my blog.. Blog ni lah segala-galanya untuk Miss Bubble luah.. :)

Happy Blogging & Enjoy ur blog dear ! :))




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Part 10 : Sesuci Hatimu


Seronoknya berada di kampung halaman, rasa sungguh tenang dan nyaman. Tiada gangguan atau kesibukan dalam fikiran, aku hanya menghirup udara nyaman di kampung. Sudah seminggu aku di kampung kerana sekarang cuti sem sudah bermula. Walaupun seminggu aku bertapak di rumah, tapi kadangkala fikiran aku kerap kali mengimbau kenangan ketika aku di kampus. Aku merancang untuk mencari part time job waktu cuti ni, bagi mengisi masa lapangku, tapi ibuku masih belum yakin dengan kebolehan aku untuk bekerja. Dikatanya aku masih belum cukup merehatkan mindaku dan aku tidak kelihatan seceria selalu, kerana ibuku sangat memahami aku. Aku tahu ibu juga boleh membaca apa yang sering bermain di fikiranku, memang aku belum lupakan segalanya. Walaupun kejadian itu sudah sebulan, tapi aku rasakan baru semalam terjadi. Aku duduk di pondok luar rumahku sambil menghirup udara di pagi hari. Sesekali aku merenung jauh melihat burung-burung berterbangan dengan riang. Mereka kelihatan sangat bahagia apabila berterbangan beramai-ramai. Namun aku yakin, setiap kegembiraan yang kelihatan di luaran tidak boleh menggambarkan peribadi seseorang itu tiada masalah. Sesungguhnya hatiku tiba-tiba rindu akan seseorang, adakah Mia yang bermain di fikiranku ataupun zhaf yang sudah lama aku tidak berhubung. Sejak kejadian itu, aku cuba mengelak daripada bertembung dengan zhaf dan stiap kali chat di fesbuk aku pasti mencari alasan untuk bersembang dengannya. Aku yakin hanya dia yang layak untuk Mia kerana dia seorang lelaki yang baik dan matang.  Aku cuba mengimbau kembali kejadian malam seminggu sebelum peperiksaan akhir, di kala itu kesihatan aku tidak menentu kerana sering sakit kepala. Pada suatu malam aku enak dibuai mimpi tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada Mia. Walaupun kepalaku terasa berat untuk menjawabnya, namun demi menjaga hubungan aku dan aku yakin pasti Mia ingin kembali mengeratkan hubungan kami semula. Aku gagahi jua menjawab panggilan itu, tetapi yang aku dengar suara Mia keesakan menangis dan meminta aku untuk segera mengambilnya di sana. Aku sangat terkejut dan kelu kerana tidak tahu untuk meminta tolong dari siapa untuk mengambil Mia di sebuah taman. Lantas, zhaf bermain difikiran aku terus aku menghubungi dia, kebetulan sahaja aku menyimpan nombor telefon zhaf. Sangat bernasib baik juga kebetulan waktu itu, zhaf berada di luar juga lalu dia segera pergi ke tempat yang aku beritahu dan mengambil Mia untuk di bawa pulang. Aku menunggu Mia di perkarangan luar pagar hostel sambil ditemani oleh yaya kerana dia bimbang akan kesihatan aku. Kami menunggu dengan penuh debaran, dan kelihatan kereta zhaf masuk mengahla ke arah kami. Aku melihat Mia yang sedang esak menangis.
                “Mia, kenapa ni? Apa dah jadi? Cuba ceritakan pada aku?” bertubi-tubi aku menyoalnya.
                “ahhh..sudahlah Eilly. Aku telefon kau supaya kau datang mengambil aku, bukannya zhaf. Kau sengaja kan suruh zhaf datang ambil aku di sana agar zhaf tahu segalanya. Kau sengajakan Eilly nak zhaf tahu yang aku perempuan tak elok, dan hampir apa-apakan oleh Daus kan..” tegas Mia sambil menitiskan air mata.
                “ Ya Allah Mia, apa yang Daus cuba lakukan? Betul Mia, aku tiada niat lansung untuk mengaibkan kau, kebetulan sahaja zhaf…belum sempat aku ceritakan segalanya, tiba-tiba Mia memotong percakapanku.
                “Aku sekarang semakin meluat dengan perangai kau Eilly, kau cuba kelihatan suci di depan orang ramai, kau sukakan aku jadi macam ni? Ketawalah melihat kehancuran aku, kau mesti happy sebab zhaf dah tahu aku perempuan sosial! Tapi aku takkan kalah dengan kau, zhaf akan tetap jadi milik aku nanti.! Balas Mia sambil meninggikan suara.
Zhaf yang berada di dalam kereta cuba keluar kerana melihat sesuatu yang dingin antara aku dan Mia, tapi sebaik sahaja zhaf menghampiri kami, Mia terus berlalu pergi meninggalkan kami.
                “eilly, kenapa ni? Jangan menangis, saya tak sanggup melihat perempuan menangis.” Jawab zhafie.
                “Semua yang saya lakukan dipandang salah oleh Mia, memang saya dan dia tidak boleh membaiki hubungan kami lagi.” jawab aku.
                “Sudahlah Eilly, aku dah banyak nasihatkan kau jangan fikirkan sangat pasal Mia, nanti kau sakit lagi” pujuk Yaya.
                “zhaf tak faham apa yang berlaku ni? Tapi Eilly kita kena ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin Mia akn sedar kesilapan dia selepas ini. Awak jangan nangis ya, dan tolong jaga kesihatan awak tahu. Nanti besok saya akan ceritakan semuanya pada Mia kalau awak nak. Tegas zhafie.
                “ tak apalah zhaf, menyusahkan awak je, lagipun Mia mesti dah tak nak dengar nama saya lagi. Saya harap awak cubalah rapat dengan dia, sebab saya yakin awak seorang lelaki yang sesuai untuk emmbimbing dia,” jawab aku.
                “ Janganlah cakap begitu Eilly, saya tak nak kerana Mia hubungan saya dengan awak renggang.”balas zhafie.
                “saya harap awak dengan Mia akan bahagia dan kalau boleh jangan datang jumpa saya lagi kalau awak sayangkan persahabatn kita. Terima kasih untuk semuanya.” Aku terus berlalu pergi sambil ditemani yaya.
Memang sejak kejadian malam itu, aku lansung tidak bertegur sapa dengan Mia. Kadang-kadang aku ternampak Mia dengan zhaf bersama tapi aku cuba halang perasaan aku dari cemburu. Aku tidak patut untuk cemburu, dan aku senang sekali kelihatan hubungan mereka yang semakin erat. Khayalan aku tiba-tiba terputus apabila namaku diseru.
                “Assalamualaikum, Nur Eilly Natrah….” Tegur Haris.
                “waalaikumsalam..er, Haris!” aku seakan terkejut dengan kemunculan Haris di depan mataku.
                “jauh mengelamun, kau rindu aku ya.? Kau apa khabar sekarang? Cuti pun tak bagitahu aku..” soal Haris.
                “Aku baik-baik saja, rindulah jugak kat kau. Rindu nak lepak dengan kau. Macam mana kau tahu aku ada di rumah?” soal aku.
                “ aku kan ahli silap mata, bila kau ada je kat rumah mesti aku dapat rasa..hahha.. sori tau pasal kejadian dulu, aku buat kau tertanya-tanya.” Jelas Haris.
                “owh, benda lama. Lupakan je, aku tahu kau serabut dengan masalah cinta kau dengan aini akn..hehe..aku fahamlah kau, dah kenal lama. “ balas aku.
                “Baguslah aku cakap macam tu, lega aku. Aku tengok tadi aku termenung jauh, teringat buah hati ke..haha” guaru Haris.
                “hahaha, kau ni tak habis-habis usik aku ya. Orang macam aku ni mana ada buah hati.” Balas aku.
                “ Habis aku ni bukan buah hati aku lah?” soal Haris sambil tergelak.
                “kau ni ada-ada jela, saja nak buat aku ketawa kan..” ujar aku.
                “Iyalah, dari tadi aku lihat murung je muka kau, kan aku ni penghibur hati yang lara, jadi aku akan nyanyikan sebuah lagu untuk orang yang aku sayang. Dengar ya, lagu ni..
Akulah Seorang Petualang
Yang Mencari Cinta Sejati
Sampai Mati aku Akan Tetap Mencari
aku Bagai Biola Yang Tak Berdawai
Bila Tidak Engkau Lengkapi
aku Mohon Agar Engkau Tinggal Disini

       Semakin kuat aku tergelak mendengar suara Haris menyanyi, dia sangat pandai menghiburkan hatiku walaupun aku tengah bersedih. Aku layankan saja Haris menyanyi lagu biola tak berdawai, setahu aku Haris memang peminat kangen band. Hatiku cukup gembira hari ini kerana dihiburkan oleh Haris yang sangat memahami aku.

btw: tggal 1 part je lagi..hee..
Part 9 ( KLIK )
kawan2 tolong Miss Bubble komen kat ENTRI ini banyak2 yer ..:)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 21 July 2011

sedey aku siapa yang tahu

kenapa kasih dan sayangmu...
ku rasakan tidak adil..
semuanya ku turuti..
ikhlasnya aku tidak bisa digambarkan..
sedey aku siapa yang tahu, 
tutur bicaramu, tingkah lakumu..
menyiksakan jiwa dan ragaku..
hatiku terguris dek kata-katamu.
ku tahan jua semuanya..
namun sampai suatu ketika..
kepiluan dihati ini tidak bisa tertanggung..
apatah lagi kasih aku tidak berharga,
mulutku ku kunci elok,
ku tahan sebak semuanya di dada..
mata ini menyaksikan segalanya..
hati ini yang merasa..
sampai ketika ini,
air mata tidak bisa tertahan lagi..


btw: untung saja ada blog yang boleh mendengar isi hatiku :(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Part 9: Sesuci Hatimu


“Haluu..awak,..tunggu jap!” panggil Mia.
“ya saya, awak panggil saya..ermm, macam kenal la awak ni” balas zhafie.
“yes! Hai saya Mia, kawan baik Eilly. Hari tu kita jumpa di kafe kan..takkan lupa kot” jawab Mia.
“ya..betol2..tak lupalah, orang cantik mana saya lupa..hehe” balas zhafie.
“haha, tak sangka jumpa kat sini ya. Awak keluar dengan siapa?” soal Mia.
“ermmm..saya datang dengan kawan, kebetulan dia ada hal, jadi tinggallah saya seorang ni. Eh, mana Eilly?” soal zhafie.
“owh,Eilly ada hal, jadi samalah macam awak sorang-sorang je jalan ni..jom minum nak?” ajak Mia.
“ermm..boleh juga, tapi saya tak boleh lamalah. Sebab dah janji nak ambil kawan pula kat terminal.” Balas zhafie.
“ok, jap ea zhaf.. saya nak jawab panggilan!” ulas Mia.
Mia berlalu ke depan sedikit sambil menjawab panggilan dari Daus. Suaranya diperlahankan sedikit supaya perbualan dia  dengan Daus tidak didengari oleh zhafie.
                “halu, Daus..sorrylah saya ada kerja nak buat ni. Cancel jumpa awak ya..!” jawab Mia.
               “Cancel? Puas saya tunggu awak kat sini. Kenapa tiba-tiba cancel pula?” soal Daus.
                “kan saya dah cakap saya ada hal.Nanti kita cakap lagi. Bye!” Mia terus matikan telefon.
Fuh…nasib baik aku cepat bagitau cancel. Kalau tidak mati aku Daus nampak aku sebenarnya nak pergi minum dengan zhafie. Alang-alang aku dah jumpa mamat hensem ni, takkan nak lepas macam tu je. Biar padan muka Eilly, dah pandai nak mengorat lelaki sekarang. Biar aku yang ambil hati si zhafie ni dulu sebelum kau Eilly..bisik hati kecil Mia sambil muka tersenyum sinis.
                “ awak..jomlah kita pergi minum depan tu!” ajak Mia.
                “ok.jom..!” balas zhafie.
Mereka berlalu pergi dari situ dan menuju ke kedai minuman untuk menghilangkan dahaga. Sesekali pandangan Mia tajam melihat kekacakan wajah zhafie.
                “Mia, dah kenal lama ke Eilly? Dia asal mana ya? Nama penuh dia apa?” bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh zhafie.
                “ehem, banyaknya soalan. Belum sempat saya minum, dah nak kena jawab semua ni ya..hehe” sedikit sinis dari Mia.
                “owh, sorry..maafkan saya. Saya betul-betul nak kenal dengan Eilly, tapi Eilly macam tak layan saya sangat.” Jelas zhafie.
                “haha, dia memang macam tu. Dia jarang bergaul dengan lelaki. Lupakan jela niat awak nak rapat dengan Eilly, saya kan ada.” Balas Mia.
                “hahaha..pandai juga awak bergurau ya..ermm, Mia saya kena pergi dulu ya. Kawan saya dah tunggu kat sana..jumpa lagi.” ulas zhafie sambil bangun berlalu pergi.
                “err,zhaf..tapi saya betul-betul sukakan awak..saya belum habis cakap lagi..tunggu..!..
                " Cinta ada di dalam hati, carilah ia di situ" zhafie berkata lalu mempercepatkan langkahannya..

    ishh..belum sempat aku nak dating lama-lama, dia dah blah..Tak pe,nanti aku akan buat kau sukakan aku, dan lupakan si Eilly yang entah pape tu. Sedang asyik dia mengomel sendirian, tiba-tiba bahunya ditepuk..
                “Mia.! Mana kau menghilang, puas kami semua cari kau tadi. Rupanya tengah minum kat sini.” Aku cuba bertanya.
                “kau ni Eilly, suka sangat buat aku terkejut. Aku stop minum jap lah, penat aku tunggu korang yang memilih lama sangat nak beli.huh..” keluh Mia.
                “Kenapa kau tiba-tiba nak marah ni? Aku ada salah dengan kau ke?” soal aku.
                “ermm..yelah, apa yang kau dah buat sampai si zhaf tu tergilakan kau kan..Asyik-asyik nama kau je dia sebut. Aku suruh kau adjustkan zhaf tu untuk aku, tapi kau tak buat kan? Bentak Mia.
                “Mia,kenapa ni? Apa kaitan dengan zhaf pula..aku betul-betul tak fahamlah. Aku dengan zhaf tak ada apa-apa, kami kawan ja. Ambillah kalau kau suka dia…”belum sempat aku menghabiskan ayat..
                “ahhh..sudahlah.kau ingat dia tu barang ke nak ambil senang macam tu, sudahlah Eilly. Suruh tolong pun susah” Mia dengan marah terus berlalu pergi dari situ.
         Aku betul-betul terkejut dengan tindakan Mia. Tidak pernah dia menengking aku sebegitu tambahan di khayalak ramai pula tu. Aku sangat kecewa dan sedih dipermalukan begini, namun aku masih kurang faham kenapa Mia menuduh aku begitu. Aku hanya anggap zhaf sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Aku rela simpan perasaaan aku ini demi kau Mia, kenapa kau masih tidak nampak keikhlasan aku padamu. Sudah banyak aku lakukan untuk elakkan diri dari zhaf, gara-gara aku tidak mahu dituduh seperti ini. Hanya kerana seorang lelaki, perhubungan kita hancur. Aku kecewa sangat-sangat, maafkan aku Mia kalau aku tidak boleh menjadi teman yang baik seperti yang kau inginkan. Aku mengesat air mata yang semakin laju membasahi pipi. Aku terus tertunduk sambil memandang kebawah kerana malu dengan orang sekeliling.
                “ Eilly, kenapa kau menangis? Mia mana?” soal yaya.
                “Mia dah balik, dia marah aku..sampai hati dia tuduh aku macam-macam. Dia tuduh aku nak rampas zhaf dari dia.” Jelas Eilly.
                “eish, tak patut dia buat macam tu kat kau. Dia tu yang tak sedar, dah ada boyfriend kat luar, tapi tergedik dengan Daus. Sekarang ada hati nak dekat dengan zhafie lak. Pedulikanlah dia Eilly, kami semua ada dengan kau. Mia memang tak menghargai apa yang kau dah buat untuk dia selama ni” balas yaya sambil memelukku.
                “ Aku rasa tak sedap badanlah, jomlah kita pulang sekarang” ajak aku.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang. Aku sudah tidak sanggup untuk berada di situ lama-lama. Sesekali kata-kata yang dilemparkan oleh Mia datang menyinggah di fikiranku. Aku amat sayangkan persahabatan, dan aku tidak menyangka akan terjadi begini antara aku dan Mia.


btw: sape sudi tolong banyakkan KOMEN kat sini ye...
Part 8: ( KLIK )
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 20 July 2011

stress bakal melanda..

Olla peeps..!

               
                 sape yang dah tidur silalah mimpi blog Miss Bubble nie, nak tiup buih-buih..Jom main yup! ahhh, meracau sebentar. Sebenarnya nak cuba hadapi stress yang bakal melanda..Masalah-masalah kerja, banyak projek tergendala..hmm..cewah..cakap macam Miss Bubble dah kerja jee kan..okeh, sumenye tipu dan rekaan semata-mata.. Sebenarnya bakal stress dengan tanggungjawab..Bila difikirkan cuti dah nak buka( afta raya baru balik kampus) Lambat lagi?? tak adalah, dah dekat dah bagi Miss Bubble, sebab kepala ni duk pikiaq sal projek next sem.. Tanggungjawab dah makin berat dengan pertambahan student baru nak kena handle, then nak kena buat kerja bagi pelajar lain dapat merasai aktiviti yang kami akan anjurkan. InsyaAllah, saya akan buat tugas saya sebaiknya, tapi masih tergendala paperwork saya pasal aktiviti nak buat 'program anak angkat'. Sebab utamanya nak cari lokasi yang sesuai. Malam ni dah ditanya sama presiden, saya lansung tiada update sal benda ni ( Maaf)..hehe, akan di buat susulanya..stress taw kalo duk asyik perbaiki kertas kerja kan..pastu next sem yang mencabar harap2 dapat ditempuh tanpa tekanan..Semoga urusan Miss Bubble dilancarkan..Masa yang ada ni mesti digunakan untuk merancang awal-awal apa yang patut di buat nanti dan kalau boleh Miss Bubble tak nak pelajaran terganggu juga.. Sama-sama doakan Miss Bubble ok:)

btw: hari ni tenang sebab dapat menghabiskan penulisan cerpen kedua, nanti akan di update seterusnya..:))
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 19 July 2011

Part 8 : Sesuci Hatimu


Jam menunjukkan pukul 10 pagi, aku terus bersiap dan memakai shawl hitam. Begitu simple hidupku tidak perlu mengenakan make up atau apa-apa di mukaku, kerana aku lebih selesa bebas dari segala benda-benda kosmetik. Aku mencapai handphone dan buku terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang lobi seperti yang telah dijanjikan dengan yaya, rakan classmateku. Kami berdua ingin mencari buku rujukan bagi menyiapkan assignment kami, namun aku sedikit hampa kerana Mia tidak turut serta pada pagi ini. Ahh, sementara aku menunggu yaya, baik aku telefon Mia kejap mana tahu dia ubah fikiran untuk join aku dengan yaya. Beberapa kali aku cuba mendail nombor Mia, tapi gagal dihubungi. Ermm..belum bangun lagi kot Mia, tak apalah biar aku dengan yaya jelah menyusur dulu. Kelibat yaya sudah kelihatan menghampiri aku dan kami berjalan menuju ke arah library.
                Aku dan yaya mengambil tempat di hujung sudut kerana tidak mahu perbincangan kami atau percakapan kami menimbulkan sedikit kekacauan kepada pelajar lain yang sibuk menelaah. Sedang aku sibuk memilih buku di rak, tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang aneh. Aku dapat merasakan yang diri aku diperhatikan, aku cuba memandang di kanan dan kiri tapi tiada sesiapa. Aku terus menunduk melihat-lihat buku dan aku terdengan sedikit gelak kecil. Aku begitu hairan dan cuba mencari dari mana datangnya gelak itu.
                “Hai Eilly, kusyuk betul awak dengan buku ya, macam tak boleh dipisahkan. Dah lama saya perhatikan awak, rupanya awwk tidak sedar ya..hehe” gelak kecik zhafie.
                “owh, awak zhaf. Patutlah saya pandang kanan, kiri tak ada. Rupanya awak menyorok celah-celah buku ya..” balas aku.
                “ hahhaa, mana ada menyorok, saya pun tengah mencari buku, pastu ternampak awak sebab tu saya tegur ni,” jelas zhafie.
                “shuuhh..kat sini tak boleh bising sangat kan nanti tak pasal-pasal kita kena halau dari library ni, hehe.” Ujar aku.
                “betul juga tu,Eilly….kalau saya..errmm..awak datang sorang ja? “ soal Zhafie.
                “err, arr..apa ni zhaf tergagap pula, tak adalah saya datang dengan kawan kelas..kenapa?”aku menyoal kembali.
                “owhh..datang dengan kawan, maksudnya bolehlah kalau saya nak duduk semeja dengan awak kan? Kalau awak tak kisahlah..” ulasan sedikit perlahan dari zhaf.
                “itu jer? Haha, errmm..kalau tak malu boleh je.. jom lah..” aku mengajak zhaf kembali ke meja aku dan yaya.
           Kami bertiga duduk bersama satu meja dan masing-masing dengan tugasan tersendiri. Nasib baik ada yaya, kalau tidak aku pasti mata-mata yang memandang pasti akan cuba menabur fitnah pasal aku dan zhaf. Aku tahu zhaf seorang lelaki yang dikategorikan sebagai lelaki macho, sebab itulah banyak jelingan yang kurang enak dari pelajar perempuan cuba mengalih pandangan ke arah zhaf. Maklum sahajalah zhaf juga seorang pelajar tahun akhir dan dalam masa sebulan je lagi dia akan menamatkan pengajiannya di sini. Aku pun beruntung dapat berkenalan dengan zhaf setidaknya aku boleh bertukar pendapat dengan zhaf. Melalui percakapan dan perkongsian idea, aku dapat merasakan kelogikan dan kematangan pendapat dari zhaf. Bagi aku, zhaf memang seorang lelaki yang boleh di ajak untuk berkongsi masalah kerana dia sangat matang dan berfikiran terbuka, jelas di sudut hatiku aku suka berkawan dengan zhaf. Setelah sejam lebih kami bertiga di situ, akhirnya zhaf mengajak kami untuk minum di kafe. Aku serba salah atas pelawaan zhaf, oleh sebab yaya bersetuju untuk turut sama aku akhirnya tidak menolak pelawaan zhaf.
                Sesampainya kami bertiga di kafe, tiba-tiba aku mendengar namaku di panggil. Aku menoleh ke belakang dan suara itu datangnya dari Mia. Mia semakin mendekati kami dan menarik tanganku untuk jauh sedikit dari zhaf dan yaya.
                “ewah-ewah, dah pandai bermadu asmara ye sekarang, patutlah aku mesej pun kau tak reply” jelas Mia.
                “owh, kau mesej aku ye Mia, sori aku silent tadi dalam library. aku call pagi tadi kau tak angkat,ingatkan nak ajak kau bersama.” Ulas aku.
                “Aku tidur la tadi, nasib baik aku tak ikut sama kan. Kalau tidak mesti menganggu kau nak dating dengan mamat tu ye..ala Eilly, cakap jela kau nak dekati mamat tu ye..” sedikit tegas dari Mia.
                “eh, Mia..kau ni kenapa tuduh macam tu, aku kebetulan terserempak dengan zhaf tadi kat library. aku tak ada niat apa-apa pun…aku Cuma nak berkawan biasa..” belum smepat aku menghabiskan ayat Mia terus memotong percakapanku..
                “Owh, zhaf namanya..nice! tak kisah lah Eilly, yang pasti aku akan cuba dapatkan zhaf juga ok!” satu lontaran ayat yang aku tidka pasti adakah Mia bergurau ataupun serius dengan kata-katanya. Aku sedikit tersedu, dan terkilan dengan Mia.
Mia berlalu pergi dan menuju ke arah Daus. Pandangan aku terhenti apabila Zhaf dan yaya datang mendekatiku.
                “Eilly, itu siapa? Soal Zhafie.
                “she is one of my close friend” ringkas jawapanku.
                “owh, tapi saya nampak macam ada sesuatu antara awak dengan dia. Kenapa, kamu berdua ada masalah ke?” zhaf terus menyoal.
Sememangnya zhaf dapat menangkap apa yang terjadi antara aku dan Mia. Aku cuba berselindung dari terus disoal zhaf. Apa yang berlaku tadi cumalah salah faham, aku faham Mia memang selalu begitu. Bila dah sejuk nanti ok lah tu dia. Kami bertiga menikmati makan tengahari bersama dan selepas itu yaya meminta untuk beredar dari situ kerana ada urusan yang perlu dia selesaikan. Aku merasakan makin tidak enak apabila aku ditinggalkan berdua dengan zhaf. Tiba-tiba aku menjadi kekok, maklum sahajalah aku jarang berduan dengan lelaki di sini, kerana aku mesti menjaga adat batasan pergaulan aku. Kalau di kampung tidak mengapa kerana aku selalu lepak dengan Haris depan rumahku dan keluargaku pun sudah kenal akan Haris. Jadi aku tidak perlu bimbang dengan mulut-mulut orang. Aku terdiam seketika,sesekali aku melihat ke kanan dan ke kiri.
                “Eilly, terima kasih ye sebab sudi berkawan dengan saya dan dapat makan bersama hari ni.” Jelas Zhafie.
                “its ok, tak salah kalau berkawan kan. Lagipun saya nampak awak ikhlas untuk berkawan dengan saya.” Aku membalas.
                “yeah, memang saya ikhlas dan saya ingin sangat untuk kenal dengan awak lebih jauh dari ini.” Spontan terkeluar dari mulut zhaf.
Aku seakan dapat membaca apa yang diungkapkan oleh zhaf,tapi aku cuba untuk menutup perasaanku.
                “ermm..zhaf, saya rasa elok saya pulang ke bilik dulu. Tak elok saya duduk di sini dengan awak lama-lama. Nanti ada masa kita jumpa lagi dan terima kasih belanja saya hari ni ya. Jumpa lagi Assalamualaikum… aku terus berlalu pergi dari situ.
                “Ok, nanti kita chat ye. Waalaikumsalam” jawab zhafie.
Hmmm…kenapa aku semakin terbayangkan wajahmu Eilly, belum sempat aku meluahkan apa yang aku rasa, kau cuba untuk berdalih dari kenyataan yang aku cuba luahkan. Adakah kau dapat merasakan sesuatu yang aneh apabila kita bersama? Atau adakah kau dapat membaca isi hatiku? Sebelum ini, aku tidak pernah merasakan sesuatu yang aneh dalam diriku, saat aku melihat wajahmu degupan jantungku makin kencang dan saat aku mendengar suaramu aku merasakan kebahagiaan dan saat aku melihat senyumanmu, aku merasakan ketenangan dihatiku. Ya Allah, adakah ini petanda yang dia adalah jodohku? Jika benar, kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk kami. Zhafie seakan bercakap dengan suara hatinya sendiri dan matanya terus enak dibuai tidur yang lena.


btw: keep reading, will be update soon:)
tolong ya komen banyak2 kat sini!..>> KOMEN
Part 7 ( KLIK )
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

MEGA GIVEAWAY AMALINA BEST!!

.:ME.AS.MYSELF:.

Olla peeps!...jeng..jeng..jeng.. Miss bubble nak join :

Hadiah sangat menarik! nak tengok list sponsor? jum...



Banyak kan yang sponsor..! Jom lah join.. tapi kena pilih 3-5 ..
ermm..kalau Miss Bubble menanglah kan...nakk...
1.
Reason: suka pakai shawl dan nak bergaya dengan shawl yang up-to date, eii sape tak nak fashionable sekarang kan3..

2. 

Reason: i like shawl very much.. senang nak pakai dan bentuk muka, sape tak suka geleng kepala..hehe..:D

3.
Reason: keychain yang sangat comel dan cute, shukanyee dapat guna..!

4. 
Reason: eii, sape yang tak nak bag, dah la handmade, cantik sangat..kalau dapat, untung boleh bawa pergi kelas, bergaya dengan beg baru bila buka sem nanti..hee~

5.

From: Tri Fa
Reason: hehe, nak gedik pilih shawl lagi..Mestilah nak tambah koleksi shawl yang pelbagai trend sekarang ni:)

Hah, dah tengok kan Miss Bubble duk rabun mata pilih hadiah. Cukup 5 hadiah sudah pilih..Kalaulah dapat kan, wah seronoknya!!! usha2 la bagi Miss Bubble menang ye..:D

Tapi sebelum tu, kena tag 3 orang dulu..Blogger2 yang menjadi pilihan hati :D


~kamu 3 orang tolonglah join ye, syarat dia kalo dah tag tu wajib join, hehe..:D ~



btw: puuh..puh..tiup2 kasi bertuah:D







~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Diari Comel Saya First Give Away

giveaway
Olla..happy tuesday..!

Ari ni ada mood nak join giveaway balik..Bila tak ada benda nak buat, rayau-rayau join GA.. Sape nak join klik banner kat atas tu oke..:)

btw: mood baru lepas edit blog sikit2..:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 17 July 2011

get ready nak pengsan!

   Olla Ollie..

semua lena tidoq ya, sampai tak jenguk sini..(majuk jap) ermm, lupakan nak merapu meraban tu.. actually rasa dah tak bermaya dan tak leh nak taip panjang2 entri nie.. rasa nak pengsan sudey..Gara-gara akibat diri sendiri, padan muka..nak tahu kenapa Miss Bubble jadi cenggini malam ni?

1. Merajuk sampai tak makan nasi dari semalam..

2. Satu hari duk terkurung dalam bilik..(mood majuk lagi)

3. Sekarang rasa tak larat..lapar sangat2..(padan muka)

4. Esok, tak tahu la nak makan ke tak..hmmm..:(

Padan muka, perut lapar sangat..siyes tak bermaya dah..memang tak ada mood! bye~

btw: finally dah ade banner sendiri..huu~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 16 July 2011

Paling Tak Dapat Dilupakan..

Olla peeps..:)

hari ni ari ahad kan, 17 julai..korang ingat tak?? ermm..sebenarnya kan tak ada apa pun dengan hari ni, saja nak mengedix bagi suspen..kui3..ala..tahu tak saspen sangat kan3..lupakan semuanya, Miss Bubble hari ni tengah kebosanan sebab duk merantau seluruh dunia..penat aihh, around da world ni.tapi bukan dengan kaki ok..guna tangan je, klik2 around da world p mencari software NERO..hahah, memang tak give up la kan Miss Bubble ni..mesti tertanya2 nak buat apa software nie, Miss Bubble nak burn cerita la..sebab bersepah lam lappy ni, nak buang semua taruk lam dvd..okeh..tapi actually nak cerita pasal benda lain sebenarnya.. kenangan yang paling Miss Bubble benci dan tak nak lagi terjadi..uwekkkk:!!
      tiba-tiba nak bercakap pasal memori sebab semalam ada terbaca entri pasal gentleman la apa, tapi kat sini tak nak gaduh-gaduh, lelaki perempuan..sekadar nak berkongsi je dengan korang semua, Miss dah lama lupa tapi datang ingat kembali..kejadiannya berbunyi macam gini:


                waktu kuliah telah tamat, jadi Miss Bubble dan kawan-kawan menunggu bas kampus kami untuk pulang ke hostel, gara-gara hostel jauh dari tempat kuliah jadi kenalah berulang alik dan mengambil masa selama sejam beberapa minit cenggitu la..(tapi sekarang dah duduk hostel baru yang dekat dengan kuliah). tiba-tiba ada 2 bas waktu tu, then kitaorang cepat2 lah ambil bas kedua sebab tengok bas pertama tu macam dah penuh ( tabah pula ramai senior) nak dijadikan cerita, pak cik terpanggil Miss Bubble suruh turun dan naik bas pertama tadi..just nak penuhkan seorang je kalau tak, tak boleh gerak. aPalagi Miss Bubble pun ikotla turun dan naik bas pertama..Bila masuk je bas tu, macam orang asing..semua duk pandang2 je( taw la junior masa tu) Miss bubble carilah tempat kosong yang dikatakan tu, rupanya tepi lelaki.Alamak, cuak giler tyme tu sebab tak biasa kan, tapi buat muka selamba cakap nak duduk.. Tetapi entah sakit apa si lelaki tu duk mengomel entah pape..macam tak bagi Miss Bubble duduk. LAst2 dia alih kaki dia sikit, suruh Miss Bubble masuk cenggitu duduk tepi tingkap.. Patut ke dia buat macam tu??? memang panas sangat hati kot, nak nangis pun ada tyme tuh..! Lelaki tu tak bangun just bagi ruang sikit suruh masuk.. sabar jelah kan, duduk tepi lelaki tu, alahai lelaki tu memang cari nahas..mulut tak henti nak diam..duk bercakap dengan kawan-kawan dia..mengomel macam-macam sebab Miss duduk tepi dia..TAk tahu apa masalah dia sebenanrnya wahai si lelaki botak...Even Miss bubble marah sempat gak tengok dia tu botak tyme tu..lansung tak ada hati perut..! Macamlah Miss Bubble nak mengorat dia..tolonglah sikit, ingat Miss Bubble pekak ke tak dengar apa yang dia duk cakap2.eiiiiiiii..geli lah..Kalau diberi peluang, memang Miss Bubble tak duduk tepi kamu!!.. lansung tak ingin,.turun dari bus semua kawan-kawan datang tanya pasal apa muka cam nak nangis..ye memang pun, sebab dorang tak ada tyme tu.. :(http://www.emocutez.com

btw: korang ada tak kenangan paling korang tak suka? jom share kat sini..:)
jgn lupa KOMEN ini juga...
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta