Monday 30 December 2013

Harus Baca Barulah Berpengetahuan

Olla =)


Korang2 sekalian, meh sini baca entri ni. Miss Bubble buat short entri dan korang semua dengar ya...eh silap baca yea ^^ . Okeh meh nak senarai hot story untuk dikongsi bersama. Dah siap list ni :

Ini cerita khas ditujukan pada lelaki2 di luar sana yang perokok tegar. Perokok tegar yang hisap je rokok tanpa tahu asal usul dan tak kira jenama apa. Jenama 'J' ini dikatakan bahaya, nak tahu lebih lanjut klik tajuk untuk terus ke artikel penuh.

Sekarang ramai dah pakai samsung kan. Nak2 samsung note ni. Awesome, tapi nak dijadikan cerita bertuah sungguh sape yang pakai note 3 ni. Nak tahu kenapa bertuah, klik tajuk untuk artikel penuh.

. Menggemparkan dikatakan penyu boleh bercakap. Siap ucap terima kasih lagi kat manusia. Wah3, hebat penyu generasi sekarang. Tak percaya klik tajuk untuk baca artikel penuh.

Perkataan two dah ditukar ke twy? Ada advertisement tulis macam tu ek? Korang tahu ke tak ni? Kalau tak tahu jom kita klik tajuk baca sesama sahih ke tidak bebenornye....



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Ada Apa Dengan Tahun Baru

Olla ;)

      Guys tengok tak tajuk entri kita. Hmmm, macam orang frust menunggeng je. Yelaa, nak tahu ada apa dengan tahun 2014? anyone can tell me....

      Mungkin la ramai yang excited masuk tahun baru nanti sebab nak kahwin, nak bertunang, nak melahirkan anak, nak sambung belajar , nak habis belajar, nak start kerja baru or dapat naik pangkat ke. Wow, bestlaa hidup korang semua kan. Senang je hidup korang. Dulu Miss bubble pun excited nak masuk 2013. Kononnye dah terbayanglah tahun 2013 ni penuh kejutan cause final year as engineering student, boleh grad, dan berangan dapat kerja. Duit masyuk jer, berangan lagi orang tu datang cari kita balik. Tapi semua ni tak terjadi. Seriously no miracles!

    Yes, memang dah graduate. Tapi korang akan rasa happy kejap je. Lepas konvo, korang akan makin stress sebab kerja. Dulu korang stress sebab tak reti nak buat assignment, fyp or else. Tapi semua tu last2 setel juga bila dah sampai due date. Yang situasi sekarang, tiap2 hari stress kerja tak dapat, duk pikir je memanjang. Apply situ sini tak da jawapan, pergi intrview xda jawapan. Haa, yang ni tak da due date, flexsibel seumur hidup. Selagi tak dapat kerja, benda ni tak setel dan stress tu pun tak hilang. Believe me.

      Setiap pagi bersemangat, bila dah ke arah petang makin menurun mood semangat. Mana tak nya pagi2 cam giler menunggu panggilan fon. Tenung je fon tak berbunyi jugak. Dalam hati tak da rezeki lagi. Ya Allah, kuatnya dugaan mu..izinkanlah aku menerokai dunia mencari rezeki yang halal.

(Gambaq kat atas jadi model blog jap, maklumlah tak da benda nak buat. Ber selfie dulu)
Published with Blogger-droid v2.0.10

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 16 December 2013

Tak Ramai Kawan

Olla :

Guys, i was really sad and frustrated. Nobody can't help me right now. Then who should i ask for help? Orang cakap berkawan biar ramai, tapi orang tak pesan pun berkawan biar susah dan senang. Waktu sekolah korang memang rasa dia ni, dia tu adalah your fren forever. Then bila korang masuk universiti, korang lepak sama keluar enjoy sesame, then tangkap gambar sesame lepas tu letak caption "friends forever". sampai satu masa korang susah, cuba korang tengok balik caption korang friends forever tu, betul2 forever ke tak. Ada satu masa nanti korang akan alami masa susah, kesukaran hidup yang perlu ditempuh sebelum korang boleh berdiri senang lenang. Trust me dear bloggers ! 


Di saat korang perlukan sangat2 bantuan friends forever korang tu, Miss bubble tak rasa 100 percent ada yang membantu. Actually bila korang dah meningkat dewasa dan menuju ke alam kewanitaan, semua orang akan pergi membawa diri masing2. Dah tak ada istilah friends forever yang korang tulis waktu sekolah, matrik or universiti. Tak ramai generasi sekarang yang baik hati. Miss Bubble bukanlah ingin mengata ataupun mempertikaikan, tetapi cukuplah hati ini terluka. Terluka dan kecewa kerana di saat Miss Bubble perlukan mereka, perlukan bantuan, nothing ! It just like you talk to the mirror, see your desperate face asking for help but nothing changed. True story.

Please don't put your trust to the people, don't put your high expectation that your friends always be there for you. Korang berkawanlah beribu berjuta, tak salah. Tapi korang doakan lah agar hubungan korang sentiasa akrab dan tak salah memilih kawan. Kita ada mata hati untuk menilai. Orang berbudi kita berbahasa orang membantu kita menghargai. Sesungguhnya Miss Bubble takkan lupakan orang yang banyak membantu Miss Bubble di kala susah sekarang ni. I really love my truely friends. :'(



(Tak tahu nak mintak tolong sape pulak utk intrview kali ni, nasiblah duduk kelantan, intrview KL...)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 12 December 2013

Harapan Kian Pergi...

Olla :(



Tibanya hari ini, aku sudah semakin lumpuh..semangatku sudah layu dan terbang bersama harapan aku sebelum ini. Sudah ku cuba menggapai bintang di langit, tapi apakan daya ia semakin menjauh. Aku cuba dan terus mencuba sehingga aku jatuh tersungkur. 

Ku lihat sekelilingku, keadaan makin mendesak. Ku lihat lagi sekelilingku, aku masih belum berupaya. Ku lihat sekelilingku, kenapa aku bernasib malang. Ku cuba merenung, apakah masih ada sirna lagi untuk aku. 
Orang bilang kalau tidak berusaha, mana mungkin dapat hasilnya. 
Tapi aku, sudah cuba berusaha tapi belum membuahkan hasil. 

Kenapa kuat nya ujian yang dikenakan pada aku. 
Sebaknya hati, seakan tidak mampu lagi untuk menanggung. 
Sebaknya hati, seakan membebankan. 
Setiap hari bagaikan hujan untukku. 
Hari yang cerah belum kian muncul. 

Tak tertahan mata ini, untuk menyeka titisan hujan kian membanjiri. 
Ku cuba sapu dan menahan, tapi kaca2 jernih makin laju jatuh berderai. 
Ya Allah, di manakah haluan tuju untuk aku. 
Apakah penyudahan cerita kisah hidupku :'(






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 25 November 2013

Unlucky

olla :(

Hai korang,

I'm so shy with myself. Rite now rasa useless ! Belajar tinggi pun entah ke mana, tunggang langgang...still menganggur and anggur pun tak nak berbuah. Kenapa? Ya memang adakalanya aku berfikiran negatif. Dah rasa tekanan perasaan tahap ke berapa, menanti dan terus menanti. Tapi belum ada jawapannya.

Macam tipu je kalau korang sentiasa positif thinking kan. Yeah, i admit aku memang teruk. Kadang2 aku rasa ini semua tidak adil. Pelbagai persoalan bermain di fikiran, kenapa dan mengapa? Tapi aku tak punya jawapan untuk ini semua, hanya Allah yang mengatur segalanya. Aku dah berusaha, tapi doa ku masih belum terjawab. Aku tak tahu bila masanya, tapi aku betul2 terdesak. Saat ini aku rasa tak guna, anak yang tak boleh nak ringankan beban keluarga. 

Macam berat di hati untuk ceritakan, tapi biarlah aku sendiri yang merasa. Aku bukannya nak meminta belas kasihan, tapi aku memang perlukan wang. Family ku bukanlah sentiasa senang dengan wang ringgit. Siapa kata perniagaan akan selalu maju. Kadang kala ada masa naik dan turun. Cukup aku katakan itu sahaja. Apa yang penting, aku nak jadi anak yang tidak menjadi beban. Aku masih berharap akan ada harapan dan insan yang sudi terima aku bekerja. Aku tak sanggup nak mendengar, melihat dan merasa kesusahan mencari duit demi kami semua..biarlah aku menggalas tanggungjawab ini. :(



btw : Demi Allah aku teringin jadi anak yang mengenang jasa. Ingin ku kurangkan beban mereka. Bilalah agaknya aku dapat melihat mereka tersenyum bersenang lenang tanpa masalah :'(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 6 October 2013

Ini Cerita Cari Kerja Punya

Olla :)

    Guys, u know kan Miss Bubble seorang penganggur terhormat sekarang. Misi sekarang find a job and waiting for upcoming interview. Nasib tak menyebelahi, only 2 interview setakat ni yang dah pergi. And dua-dua kurang menarik. Bukan memilih tapi pelbagai faktor telah ditambah tolak.

    Actually position yang pergi interview tu macam sukar. Peliknya kalau mintak yang position ni mesti dapat. Betullah my friend said senang nak dapat. But for me bila kena bekerja luar, macam sukar sebab tak familliar dengan jalan2 kat key EL. Lagi sesuai untuk lelaki rasanya. Miss Bubble apply je semua melainkan jawatan yang Miss bubble pernah pegi interview ni. Sampai sekarang belum melekat. Bila tengok kalendar, masa berlalu dengan cepat. Dan berkurun melekat kat rumah tak buat apa.

    Back to our topic, waktu tu pergi menumpang rumah kawan. She is nurse and Alhamdulillah dia spend masa untuk Miss Bubble. Pergi hantar interview then after that kami jenjalan..weeehuuu. Berapa hari entah kat sana dah lupa. Hilanglah jugak stress nye. Guys, sebenarnya Miss Bubble nak cerita benda lain, but..but..but i'm forgot already. Cause ni post lama, dalam draft. Selalu lupa nak update. I'm sorry..papepun jum tengok gambo jela.. :P

I called her k.ya !





      Alang2 duduk menumpang rumah kawan, tak sangka dapat jugak jumpa sorang lagi kawan. Dia pun duduk kat area2 tu jugak and seorang nurse di hospital bersebelahan kawan Miss Bubble yang kat atas tadi. Kecik betul dunia ni. Last Miss bubble jumpa amy waktu kita spm..wahaha..Long tyme no see. Tak sangka dah bekerjaya. Juz only me terkapai2 mencari haluan.

She is amy ^^

Apa2 pun, please doakan Miss Bubble dimurahkan rezeki. Mungkin Allah nak bagi kejutan. i'm waiting for that one fine day. InsyaAllah :)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 2 October 2013

Malas Konvo !

olla :')

Pening fikir pasal duit =.=

Lagi 2 hari Miss Bubble akan ber convocation. Tapi berat sungguh di hati untuk pergi. Walaupun sekali seumur hidup naik pentas ambil segulung ijazah, tetapi memang Miss Bubble tak semangat. tak ada lansung perasaan Excited nak pergi konvo. 

Kalau orang lain mesti excited, dengan preparation attire or what so ever. But for me, nothing. Tiket baru je beli semalam, yuran konvo pun baru bayar. Semua survey print untuk ambil jubah nanti. Pendek kata, semua last minit punya kerja.

Antara sebab malas nya ialah :

1. Menganggur (still tak dapat kerja)
2. Badan dah gemok gedabak (malu + segan nak jumpa kawan2).
3. Duit, kewangan tak stabil. Banyak pulak rasa duit keluar. (yuran Rm160 + tiket bas + penempatan homestay ).
3. Tak dapat jumpa pun seseorang itu. (memang dah tak ada peluang rasanya)

Muka terpaksa nak g bayar yuran konvo la nie.. :D

Haa, paling utama sebenarnya duit la. Duk menganggur ni mana masuk side income. Keluar banyak la. Kalau anak orang kaya tak pela jugak. Kawan2 yang dah kerja eksaited je duit dah ada. Bolehlah enjoy. Huuhu.. Nak buat camane, tak ada rezeki lagi sekarang. Hopefully adalah nanti yang melimpah ruah. Doakan ye kekawan.

Testsing muka bermata 4, selalunya dua..hehe.  



btw: Dia dah sombong, tak da hati kot..mmg xdpt tgk dia dh. T.T


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 22 September 2013

Feels Much Better

Olla =)

Alhamdulillah, syukur sangat sebab diberikan ketenangan jiwa dan hati di saat aku perlukan. Nasib baik hidup Miss Bubble tidak bertambah teruk dan melampau. Tak tahu lah nak cerita, tapi memang miserable life. before this kan Miss Bubble duk update je entri pasal cari kerja kan. Memang tahap segala bagai la desperate sangat nak kerja. 

Ceritanya bermula seminggu /2 minggu yang lepas. Setiap hari aasyik fikir dan fikir pasal masa depan. Macam2 bisikan buruk kat telinga, Ya Allah memang makin serabut hidup masa tu. Dan kebetulan memang tak tahu nak mengadu kat sape. Hanya menangis je keje nya. Miss Bubble sendiri pun tak tahu kenapa cepat sangat menangis. Everything mesti ada je yang tak kena. Then, lagi satu cepat sangat naik angin. Tak pasal2 nak marah orang, benda kecik pun jadi makin besar. Memang tak sedar dah rasanya time tu, teruk sangat. Iman tak kuat :(

Makin hari makin stress. Kepala fikir kerjaaa....duitt mana nak cari..kena fikir untuk bayar hutang PTPTN dah, sebab takot la hutang ni tangguh2..tak tahu apa jadi esok lusa. Bila tengok kekawan ada dah kerja, ada yang kawen macam terjamin hidup dah. Tapi bila pandang diri sendiri tak ada achievement. Duduk rumah macam menghabiskan beras. Rasa useless sangat time tu. Kepala asyik sakit, nak tidur malam pun susah dah mula rasa sesak nafas. I dont know why. Then sampailah satu hari tu, awal pagi terus ambil wuduk macam biasa solat dhuha, mengadu sekuat2nya pada Allah, kenapa hati ni lemah. Lepas solat terus di ambil yassin dan dibaca sebagai permulaan hari.

Alhamdulillah, lepas tu rasa jiwa makin tenang. Muncul kawan2 hantar mesej, boleh borak2 dan santai. Seriously rasa tenang dan lega, keluar dengan member2...ilangkan lagi stress. Memang lepas kejadian tu Miss Bubble hangout dengan member2. Mungkin la asyik terkurung dalam rumah sebab tu jadi campur segala bagai. Kadang2 kita kena ambil angin luang masa dengan kawan2 biar dapat lupa sekejap benda yang kita fikirkan. Betul tak? tapi yang penting amalkan solat dhuha dan baca yassin permulaan pagi supaya hari kita berjalan dengan tenang. InsyaAllah pada sahabat2 yang rasa kusut, mengadulah dan menangislah pada Allah. Dia yang Maha mendengar dan memahami kita.

Sekadar perkongsian untuk semua. Semoga hari2 kita akan sentiasa diredhai, doakan Miss Bubble dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan hidup. Amin ! ^^

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 13 September 2013

Ambo Nok Kijo Etep Weh

Olla :)

Jom bercerita lagi pasal mencari kerja. No makan angin or what. Isu yang hangat dalam blog ni adalah kerja dan kerjaya. Of course, saya nak kerja. Saya nak jadi wnaita bekerjaya sebab bertahun2 saya perah otak untuk sampai ke tahap ni. Please, give me a job. Hekhek..

Berbalik pada entri lepas Miss Bubble, cari kerja menerusi online tu. Haa, sebenarnya nak tanya la kan, kalau orang yang apply tu asalnya dari kelantan macam mana ye? Rasa2 ada efek tak?

Sebab Miss Bubble tanya ni,company2 semua kat Key EL, Selangor, Johor, and penang. Mostly memang kat area2 ni la. Then, bagi rakyat kelantan ni, yang naif tulis alamat kelate, tempat tumpah darahnya berpeluang ke untuk dipanggil temuduga. Haaa, kena fikir tu kekawan. Sebab ada certain cakap susah, diaorang tak panggil kalau jauh2. Dulu waktu Miss Bubble ada program finishing school pun, lecturer cakap gitu jugak. Ohhhohh, kenapa mesti macam ni ye.


Actually, sepatutnya tak boleh nak mengira asal tempat or jarak. Nak bagi adil panggil je calon untuk ditemuduga. Dah kalau orang tu dari kelantan then apply keje kat johor or Key EL, of course la dia willing untuk pergi temuduga even jauh. Kalau tak willing tak ada nye orang nak mintak kerja merata tempat. Betul tak ?


So, kalau sebab ni memang jadi isu...jawabnya tukar jela alamat. Tak gitu, wahahaha... Oopss lupa, korang2 yang bermurah hati tu ada terdengar mana2 lubang kerja boleh la send alamat emel company kat Miss Bubble ye. Cewahhh, mintak tolong korang je..kalau lah bertuah ada kan.. (in electrical engineering field taw )hekhek... send kat sini ek pape maklumat ( ollazatey@yahoo.com)

Chow dulu.. Arioss !

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 12 September 2013

Something wrong ke website kerja online?


olla :)

Camane ni kekawan? Susah bebenor nak dapat keje. Dah mintak online, tapi tak ada satu melekat. Kawan bagi email pun, Miss Bubble hantar juga. Unfortunately, still xmelekat. Apo kono sume ni. 

Ada tak korang2 kat blog ni alami nasib yang sama? Dah habis belajar dan menganggur ni tak dapat keje. Sedeh sungguh nasib badan. Orang kaya semakin maju, orang miskin semakin mundur. Eh, ape kena pulak kan Miss Bubble cakap cenggini? Tak de related lansung cuma kekadang orang yang kurang berharta ni macam Miss Bubble susahnya nak dapat kerja. Dah la pulun nak cari duit, tapi satu keje tak dapat. Ada yang senang lenang, anak orang berharta senang je dapat keje. 

Tu lah nak dikatakan periuk nasi lain2. Rezeki orang beza-beza. Miss Bubble ni dah dekat 2 bulan dekat rumah, ngadap dinding je. Duit simpanan makin kurang, duit masuk memang tak da lansung. Sape je nak kasik duit kat Miss Bubble. Alahaii nasib.

Actually curious la jugak, sikit la. Pasal apply keje online. Kan sekarang semua resume anta online je. Banyak2 yang di hantar, musykil la juga tak ada satu melekat. Persaingan sengit ye. Setiap satu job offer, beratus2 yang apply. Korang yang dah kerja tu sabar la, bagi lepasan ijazah ni kerja dulu. Mesti ada yang dah kerja tapi still nak cari kerja lain. Why not bagi peluang kat fresh graduate, tolong lah rakyat2 malaysia ni daripada pertambahan penganggur. Aishhhh... 



Haaa, ada satu benda lagi curious. Pasal anak kelantan? KEnapa? Nantikan next entri Miss Bubble oke.. chow!

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 8 September 2013

Hampir Putus Asa

Olla :(

           Sekarang dah masuk september dan nak masuk 2 bulan tanam anggur kat rumah. Ottokei?? Pening la fikir nak tunggu anggur berbuah, sampai ke hari ni tak berbuah. Setiap hari bagi baja, berharap akan berbuah, tapi apakan daya masih belum berbuah dan semakin hari semakin layu. 

          Setiap malam sebelum tidur mesti termenung, menerawang jauh fikirkan masa depan. Setiap kali bangun pagi mesti dengan satu harapan agar ada satu panggilan. Tetapi..semuanya hampa. Kenapa begitu sukar untuk hidup? Susahnya untuk mencari rezeki. Belajar setinggi mana pun, peluang untuk dapat kerja tipis. Kadang2 kita tengok orang yang belajar tak tinggi sekarang hidup senang lenang, bergaji dan bekerjaya. Kita? lepasan universiti hanya mampu apply dan apply namun tiada jawapan.


            Semua ni bergantung pada rezeki. Ya, memang semua ni rezeki masing2. Tapi, apakan daya aku hanyalah manusia biasa punya perasaan. Terkadang aku kuat dan saat ini aku rasa jatuh...hampir putus harapan. Aku tidak nampak di mana masa depan ku. Adakah selama ini perjalanan hidupku salah? Adakah menceburi bidang engineering itu satu masalah? Pelbagai andaian dan spekulasi bermain di kotak minda ku. Hanya hati yang mampu merasa, betapa sedih dan kecewa di saat ini. 

        Belajar 4 tahun, sekarang menganggur. Berusia 23 tahun tapi tidak mampu untuk membantu keluarga, tidak mampu untuk berkongsi rezeki hasil titik peluh sendiri. Sedih kan. Nasib tak pernah untung. Berlatar belakang bukan lah dari keluarga yang senang. Begitu kuat ujian mu Ya Allah :'(

Ku berharap akan kuat seperti air sungai yang tak pernah jemu mengalir 



~Aku harap jiwaku kental akan terus tabah dan sabar menanti sesuatu yang indah di atur oleh Allah~ InsyaAllah
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 1 September 2013

This Is called 'Unfortunate' or what

Olla =)

A long time ago, kita tak bersua. Now we meet again here. Seriously I have many story wants to be share, but................... a little bit lazy to type and update. Actually, Miss Bubble has mentally broken cause melilau2 setiap hari kat rumah seorang diri without doing nothing. Nothing ok!

                       Streess !! Stresss!! (tiru gaya Gary-runningman) kekkeke~ Babe, Miss Bubble sekarang menganggur. Tetiap hari mission cari kerja. Tapi still unsuccesful. Mission ni tak pernah successful, that is why keep repeating doing the same mission every day. How lucky i'am if one day i'm completed my mission then the pd myuk will give me another or new mission like runningman..kekeke..

              Adakah ini dikatakan malang, tak bernasib baik, tak cukup baik, tak berkelayakan, ataupun takdir? Seriously tak suka duduk rumah sesaje macam ni taw, jahat la korang tak bagi lansung peluang untuk Miss Bubble kerja. Cubalah bagi peluang, Miss Bubble jenis yang boleh buat semua kerja. Bak kata orang boleh di harap taw !
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 16 July 2013

6 Hari without Nasi

olla=)


      6 hari tanpa nasi? Yes, so far hari ni hari ke 7 kita berpuasa, dan alhamdulilah saya dengan bangganya tak makan nasi lansung selama 6 hari.  Tapi, agak2 la kalau saya cakap tak makan nasi 6 hari, terus pandang atas bawah. Awak ingat orang tak makan nasi terus kurus ke? Tak ada nya benda nak kurus dengan cepat. Kalau exercise tiap2 ari yelah jugak nak kurus badan.


           Sebenarnya elak makan nasi untuk reshape balik. Rasa macam benda2 yang tak sepatutnya terkeluar,haha..so tahan la dari makan nasi or bagi yang tak tahan tu makan sekali or makan sikit je. Tak ada yang mati kalau tak makan nasi, ni semua tabiat. Mind set orang melayu mesti makan nasi dalam sehari. So far, saya boleh tahan dan tak ada keinginan sangat nak makan nasi. Sebab paling utama, sebab ada kat kampus. Malang sungguh la 1 kafe je bukak, makanan apa je ade, ramai yang tak nak pergi. So, ni melemahkan semangat untuk saya beli lauk jugak.

          Kafe dah macam gitu, nak cari makan kat luar? Agak2 la kereta pun tak ada, tunggu orang ajak jela baru mampu nak keluar. Jadi, solusi nya makan jelah apa yang ada kat bilik. Tahan diri, nama lagi puasa, so tahan kejap je nanti dah nak balik rumah. Hoorayyy, kat rumah nati boleh makan kuih muih, lauk pauk and say NO to 'Nasi". Hahaha, nanti kat rumah kena makan sikit je nasi, takut naik berat bila nak raya. Dah la sekarang status tamat pengajian, opkos tengah mencari kerja ni. So, kalau dapat reshape and nampak la slim sikit pun dah ok. Konfiden la sikit nak pergi interview. 


           Nampaknya hari ni, macam nak suap nasi ke mulut. Semalam tacink, kena dengan my mum , dia tanya kenapa tak makan nasi la apa, sedih pulak dia cakap habis program terus balik makan nasi kat rumah. Lagipun kat rumah tak ramai, so tak meriah waktu berbuka. Tak apalah sabar sikit je lagi. Nanti dah sampai rumah. Hari ni, jom ber iftar reramai. Lepas ni dah tak ada peluang macam ni. 



btw: Selamat berbuka dan jaga pemakanan =)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 15 July 2013

Sakit Paling Sengsara

Olla =(


           Korang tahu tak sakit apa yang paling sakit antara sakit2 yang pernah korang alami. Antaranya ialah SAKIT GIGI. Arghhhh, tension sungguh bila dengar sakit gigi, nyilu2 aje. Masalahnya sekarang ni aku tengah sakit gigi. Apa ke hal nya sakit time2 macam ni. Tak boleh nak duduk senang, tak selesa ni :(

             Dalam kelas autocad tadi pun dah moody and lost apa aku blajar, maklumlah gigi ni buat hal. Dah sakit, macam mana mata dengan telinga nak dengar. Geram sungguh, cabut semua kan baru tahu. Ni akibat dari makan kurma pagi tadi, entah kenapa cebat sangat aku gigit, selalu aku gigit sikit2 sebab tahu benda ni manis teramat dan akan bagi rasa sakit kat gigi. Entah tersilap teknik apa mende, lepas makan lama sikit dah rasa sakit gigi. Hmmm, tolonglah...tak leh nak buat apa ni. Dah jadi orang bisu balik...

              Wahai gigiku yang buruk, tolong jangan siksa aku time2 macam ni. Aku bukan kat rumah nak menangis 24 jam, kat sini tak boleh. Kena duduk diam2. Kalau kat rumah , aku rasa dah menangis berair mata, sebab bila nangis aku rasa macam sakit tuh hilang...hahhaha (yedoppp teori tak betul aku ni). Nasib baiklah aku sekarang dah tak makan apa, maksud aku makanan berat, sebab "berpantang". Bukan pantang bersalin, tapi pantang sebab..............................adalah...malas nak gitau.

Aku baru je gosok gigi lagi...


btw: Dah la sakit gigi, pastu ada pulak nak suh aku jadi org tengah mintak tlong org lain. Kwn sendiri bagitau la sendiri nak mintak tolong dia. Asyik aku je kena tebalkan muka, mesej la sendiri, sakit gigi kot ni... huarghhhhh :"(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 4 July 2013

Maaf Sebab Rindu

Olla :(


Malam ni terlebih mood sedih pulak. Hmmm, gara2 layan citer ramadhan kian hilang tu, ayaq mata cam tak nak stop pulak. Benci, mengada betul, saja nak bagi bengkak mata aku =.=

Tapi..tapi, memang sekrang rindu pun. Malam ni teringat sangat, tak tahu kenapa. Alangkah lega hati kalaulah dapat mesej dia kan....even kalau mesej menyakitkan hati pun, at least aku tahu dia ok je. Still dapat khabar berita.


Mungkin aku letak harapan yang tinggi, aku je perasan dia akan selalu teringat aku. Tak mungkin kan semua tu. Tak mungkin dia nak bazirkan masa, air mata untuk teringatkan aku. Aku je bazirkan air mata. Bukan aku mintak, kilang air mata yang produce banyak, so terpaksalah keluarkan..

Tak apalah kan, just sabar. Tak salah kalau menangis sekadar hilangkan rasa sedeh, sebak dan kepuasan diri. DOa kan je dia baik2, kalau ada rezeki mana tahu jumpa nanti. InsyaAllah...but now i really m.i.s.s U. S.o.r.r.y (T.T)



btw: sorry for sad entry..penuh emosi...dlm proses memcuba...

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 3 July 2013

Please Respect Others

Olla =(

         Respect? what do you understand? Briefly explain what is respect? Of course you dont know what is respect actually, thats is why you are very rude. Sorry ! 

      Di saat aku nak kecapi kebahagiaan, mengukir senyuman, melakar kenangan bersama kamu teman2, kenapa perlu wujud manusia seperti kamu? Kamu yang seakan baik diluaran, tetapi terkadang bahasa mu itu mampu mengguris hati orang lain. 

     Janganlah sampai aku dah hilang rasa hormat kat kau...please. Aku kagumi dengan penampilanmu, tetapi kenapa pertuturan mu itu kadang kala tidak seiring dengan penampilanmu. I'm very sure, other will never expect you are such a "laser mouth". I'm very sure others never think bad about you. Just people who are close to you will know. 

      Aku mintak maaf la sebab aku tak dapat kawal emosi. Aku ada perasaan, tetapi bukan kali ini aku terasa, sebelum ini pun ada. Aku rasa kau tak perlu nak cakap macam tu kat aku. Kalau teguran dan nasihat, memang aku boleh dengar. Kalau kau nak bagi ceramah agama pun aku boleh dengar. Tapi masalahnya tak ada kaitan. Mulut awak tu cepat sangat, dulu awak pernah mintak maaf sebab mungkin tersalah cara untuk bergurau. But now, awak still nak bergurau tak bertempat? 

            Come on la awak, memang tudung labuh tak pandai sangat nak jaga percakapan dengan manusia lain ke? Mungkin hubungan awak dengan Allah baik, tetapi hubungan dengan manusia lain awak tak cukup baik. Yup, saya tak boleh menilai awak macam ni, tapi beribu kemaafan kerana dengan cara ini saya luahkan rasa sakit hati tadi.

           Mungkin awak anggap itu cuma gurauan, tapi saya tersangat lemah sekarang. Bagilah saya untuk gelak ketawa, enjoy my life, and cari balik diri saya. Saya dah cukup bersedih untuk sekarang, janganlah tambahkan lagi kesedihan saya. I'm really sorry for wrote all this thing.



Aku tak nak menangis setiap hari, aku nak ketawa, gembira dan bahagia. 



btw: maaf, sekarang aku cepat sangat naik angin. I dont know....... :(




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta