Friday, 22 July 2011

Part 10 : Sesuci Hatimu


Seronoknya berada di kampung halaman, rasa sungguh tenang dan nyaman. Tiada gangguan atau kesibukan dalam fikiran, aku hanya menghirup udara nyaman di kampung. Sudah seminggu aku di kampung kerana sekarang cuti sem sudah bermula. Walaupun seminggu aku bertapak di rumah, tapi kadangkala fikiran aku kerap kali mengimbau kenangan ketika aku di kampus. Aku merancang untuk mencari part time job waktu cuti ni, bagi mengisi masa lapangku, tapi ibuku masih belum yakin dengan kebolehan aku untuk bekerja. Dikatanya aku masih belum cukup merehatkan mindaku dan aku tidak kelihatan seceria selalu, kerana ibuku sangat memahami aku. Aku tahu ibu juga boleh membaca apa yang sering bermain di fikiranku, memang aku belum lupakan segalanya. Walaupun kejadian itu sudah sebulan, tapi aku rasakan baru semalam terjadi. Aku duduk di pondok luar rumahku sambil menghirup udara di pagi hari. Sesekali aku merenung jauh melihat burung-burung berterbangan dengan riang. Mereka kelihatan sangat bahagia apabila berterbangan beramai-ramai. Namun aku yakin, setiap kegembiraan yang kelihatan di luaran tidak boleh menggambarkan peribadi seseorang itu tiada masalah. Sesungguhnya hatiku tiba-tiba rindu akan seseorang, adakah Mia yang bermain di fikiranku ataupun zhaf yang sudah lama aku tidak berhubung. Sejak kejadian itu, aku cuba mengelak daripada bertembung dengan zhaf dan stiap kali chat di fesbuk aku pasti mencari alasan untuk bersembang dengannya. Aku yakin hanya dia yang layak untuk Mia kerana dia seorang lelaki yang baik dan matang.  Aku cuba mengimbau kembali kejadian malam seminggu sebelum peperiksaan akhir, di kala itu kesihatan aku tidak menentu kerana sering sakit kepala. Pada suatu malam aku enak dibuai mimpi tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada Mia. Walaupun kepalaku terasa berat untuk menjawabnya, namun demi menjaga hubungan aku dan aku yakin pasti Mia ingin kembali mengeratkan hubungan kami semula. Aku gagahi jua menjawab panggilan itu, tetapi yang aku dengar suara Mia keesakan menangis dan meminta aku untuk segera mengambilnya di sana. Aku sangat terkejut dan kelu kerana tidak tahu untuk meminta tolong dari siapa untuk mengambil Mia di sebuah taman. Lantas, zhaf bermain difikiran aku terus aku menghubungi dia, kebetulan sahaja aku menyimpan nombor telefon zhaf. Sangat bernasib baik juga kebetulan waktu itu, zhaf berada di luar juga lalu dia segera pergi ke tempat yang aku beritahu dan mengambil Mia untuk di bawa pulang. Aku menunggu Mia di perkarangan luar pagar hostel sambil ditemani oleh yaya kerana dia bimbang akan kesihatan aku. Kami menunggu dengan penuh debaran, dan kelihatan kereta zhaf masuk mengahla ke arah kami. Aku melihat Mia yang sedang esak menangis.
                “Mia, kenapa ni? Apa dah jadi? Cuba ceritakan pada aku?” bertubi-tubi aku menyoalnya.
                “ahhh..sudahlah Eilly. Aku telefon kau supaya kau datang mengambil aku, bukannya zhaf. Kau sengaja kan suruh zhaf datang ambil aku di sana agar zhaf tahu segalanya. Kau sengajakan Eilly nak zhaf tahu yang aku perempuan tak elok, dan hampir apa-apakan oleh Daus kan..” tegas Mia sambil menitiskan air mata.
                “ Ya Allah Mia, apa yang Daus cuba lakukan? Betul Mia, aku tiada niat lansung untuk mengaibkan kau, kebetulan sahaja zhaf…belum sempat aku ceritakan segalanya, tiba-tiba Mia memotong percakapanku.
                “Aku sekarang semakin meluat dengan perangai kau Eilly, kau cuba kelihatan suci di depan orang ramai, kau sukakan aku jadi macam ni? Ketawalah melihat kehancuran aku, kau mesti happy sebab zhaf dah tahu aku perempuan sosial! Tapi aku takkan kalah dengan kau, zhaf akan tetap jadi milik aku nanti.! Balas Mia sambil meninggikan suara.
Zhaf yang berada di dalam kereta cuba keluar kerana melihat sesuatu yang dingin antara aku dan Mia, tapi sebaik sahaja zhaf menghampiri kami, Mia terus berlalu pergi meninggalkan kami.
                “eilly, kenapa ni? Jangan menangis, saya tak sanggup melihat perempuan menangis.” Jawab zhafie.
                “Semua yang saya lakukan dipandang salah oleh Mia, memang saya dan dia tidak boleh membaiki hubungan kami lagi.” jawab aku.
                “Sudahlah Eilly, aku dah banyak nasihatkan kau jangan fikirkan sangat pasal Mia, nanti kau sakit lagi” pujuk Yaya.
                “zhaf tak faham apa yang berlaku ni? Tapi Eilly kita kena ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin Mia akn sedar kesilapan dia selepas ini. Awak jangan nangis ya, dan tolong jaga kesihatan awak tahu. Nanti besok saya akan ceritakan semuanya pada Mia kalau awak nak. Tegas zhafie.
                “ tak apalah zhaf, menyusahkan awak je, lagipun Mia mesti dah tak nak dengar nama saya lagi. Saya harap awak cubalah rapat dengan dia, sebab saya yakin awak seorang lelaki yang sesuai untuk emmbimbing dia,” jawab aku.
                “ Janganlah cakap begitu Eilly, saya tak nak kerana Mia hubungan saya dengan awak renggang.”balas zhafie.
                “saya harap awak dengan Mia akan bahagia dan kalau boleh jangan datang jumpa saya lagi kalau awak sayangkan persahabatn kita. Terima kasih untuk semuanya.” Aku terus berlalu pergi sambil ditemani yaya.
Memang sejak kejadian malam itu, aku lansung tidak bertegur sapa dengan Mia. Kadang-kadang aku ternampak Mia dengan zhaf bersama tapi aku cuba halang perasaan aku dari cemburu. Aku tidak patut untuk cemburu, dan aku senang sekali kelihatan hubungan mereka yang semakin erat. Khayalan aku tiba-tiba terputus apabila namaku diseru.
                “Assalamualaikum, Nur Eilly Natrah….” Tegur Haris.
                “waalaikumsalam..er, Haris!” aku seakan terkejut dengan kemunculan Haris di depan mataku.
                “jauh mengelamun, kau rindu aku ya.? Kau apa khabar sekarang? Cuti pun tak bagitahu aku..” soal Haris.
                “Aku baik-baik saja, rindulah jugak kat kau. Rindu nak lepak dengan kau. Macam mana kau tahu aku ada di rumah?” soal aku.
                “ aku kan ahli silap mata, bila kau ada je kat rumah mesti aku dapat rasa..hahha.. sori tau pasal kejadian dulu, aku buat kau tertanya-tanya.” Jelas Haris.
                “owh, benda lama. Lupakan je, aku tahu kau serabut dengan masalah cinta kau dengan aini akn..hehe..aku fahamlah kau, dah kenal lama. “ balas aku.
                “Baguslah aku cakap macam tu, lega aku. Aku tengok tadi aku termenung jauh, teringat buah hati ke..haha” guaru Haris.
                “hahaha, kau ni tak habis-habis usik aku ya. Orang macam aku ni mana ada buah hati.” Balas aku.
                “ Habis aku ni bukan buah hati aku lah?” soal Haris sambil tergelak.
                “kau ni ada-ada jela, saja nak buat aku ketawa kan..” ujar aku.
                “Iyalah, dari tadi aku lihat murung je muka kau, kan aku ni penghibur hati yang lara, jadi aku akan nyanyikan sebuah lagu untuk orang yang aku sayang. Dengar ya, lagu ni..
Akulah Seorang Petualang
Yang Mencari Cinta Sejati
Sampai Mati aku Akan Tetap Mencari
aku Bagai Biola Yang Tak Berdawai
Bila Tidak Engkau Lengkapi
aku Mohon Agar Engkau Tinggal Disini

       Semakin kuat aku tergelak mendengar suara Haris menyanyi, dia sangat pandai menghiburkan hatiku walaupun aku tengah bersedih. Aku layankan saja Haris menyanyi lagu biola tak berdawai, setahu aku Haris memang peminat kangen band. Hatiku cukup gembira hari ini kerana dihiburkan oleh Haris yang sangat memahami aku.

btw: tggal 1 part je lagi..hee..
Part 9 ( KLIK )
kawan2 tolong Miss Bubble komen kat ENTRI ini banyak2 yer ..:)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

woloh... mia apaan tuh? udah ditolongin malah nuduh yg gak2, mending gak usah ditolongin aja tuh.
hehehe..
oke miss bubble ditunggu kelanjutan ceritanya ;)

MisS BubBLe said...

@ZeLika_Merry Mempawah
thanx for reading ya..;p

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta