Wednesday 29 February 2012

Hiking at Bukit Panorama (sg.lembing) + waterfall

Olla :)

          Entri kali ni Miss Bubble nak berkongsi pengalaman mendaki. Minggu lepas, Miss Bubble dan rakan2 yang lain pergi mendaki di Bukit Panorama yang terletak di sg.lembing. Selepas subuh, kami terus memulakan pendakian kerana kalau terlambat sampai di puncak, mungkin kami tidak berpeluang untuk melihat sunrise. Pendakian diteruskan dengan menaiki tangga, stamina yang kuat amat diperlukan ketika menaiki tangga. Miss Bubble memang sangat penat, naik sikit berhenti jap, terlintas juga nak berhenti separuh jalan dan give up untuk naik. Tapi bila difikirkan bila lagi dapat peluang untuk berpeluh dan aktiviti bakar kalori macam ni, so Miss Bubble teruskan juga pendakian dan akhirnya tiba di puncak dengan kepenatan dan merah2 di muka :)


cantik kan sunrise lebih kurang 7 lebih pagi..




fuuhh,penatt !




dah sampai...




peace :)




pemandangan dari atas puncak...




Sunrise :)




Semua nak bergambar...




Jauh kelihatan sunrise...




Akhirnya kami di puncak Bukit Panorama !

         Walaupun penat tapi sangat seronok, bila berpeluh rasa puas hati. Paling mencabar bila nak turun sebab semua dah macam nenek jadi parkinson, lutut ketaq2 je kena turun tangga...Apapun, sangat best menjejak kaki di bukit panorama, sg. lembing, Pahang ! Selepas berpenat lelah, kitaorang terus menuju ke panching pula untuk bermandi manda di waterfall :)


btw: Pengalaman sukar dicari, jadi manfaatkanlah masa yang ada walaupun terpaksa berpenat lelah :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 28 February 2012

Facebook kau ke aku ?

Olla :)
woot-woot~ hangat ! Eh, tak adalah. Kat sini bukan nak cakap hangat ke tidak tapi persoalannya ialah facebook kau ke aku? Hah, mesti tak faham kan. Facebook ni mesti korang tahu apa benda kan, ala laman sosial sekarang majoriti orang ada akaun fb. Tapi, laman sosial macam ini tak semestinya kena guna nama betul or nama penuh. Some people dia suka guna nama betul dia sebab dia rasa nama dia lawa. Maybe la, tapi kalau cakap gitu tak semestinya orang yang tak pakai nama betul tu nama dia tak lawa. Fikir elok-elok sebelum bercakap, akaun fb tu sebenarnya siapa punya? So, kalau masing-masing dah ada akaun fb, jadi janganlah nak menyebuk kat orang lain yang nak guna nama apa kat fb. Orang yang tak pakai nama betul ni tentulah dia ada sebab, lagipun ini laman sosial. Sangat open dan public, walaupun kita tak approve orang yang kita tak suka ke apa, tapi mungkin orang yang berniat tak baik boleh search sesenang hati je kat fb.
          Kalau Miss Bubble pula memang tak pakai nama betul, kalau ada yang tanya kenapa kita senyum je dan cakap saja sesuka hati. Ini bukan bermakna kita tak appreciate parents kita bagi nama ke apa, tambahan ni page bukan official bagai sampai nak kena taruk nama penuh. Parent Miss Bubble pun selalu pesan tak payah nak hebah sangat nama penuh kita sebab probability macam-macam boleh jadi. Mana tahu dah ada orang duk hafal nama kita dah untuk praktis akad nikah nanti..hahhaha, Just joking ok ! Tapi pendek kata, benda macam ni tak payah la nak official ke serius, semua tu hak masing-masing sebenarnya. Bukannya giler publisiti ke hot. Tolonglah stop untuk negative thinking, tambah lagi siap post nama betul orang tu kononnya nak bagitau kat orang lain si polan ni nama apa. Motifnya apa la tu, kita pun tak tahu. So, have fun with your own account as well as you happy ! :)




btw: Jangan nak jaga tepi kain orang sangat nantikan kain sendiri yang koyak...hee~
_ada sesape nak kongsi pendapat, jom !
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 20 February 2012

Jom layan lagu ni "Tentang Rasa"

aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu



reff:
dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

repeat reff [2x]

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya









btw: Buat masa sekarang best layan lagu ni :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 19 February 2012

Berubah !

iYeaaa...
Memang ko dah lain sekang. Dah berubah. Aku tanya kau, tapi kau macam mempersendakan aku. 
Aku tahu kau dah berubah sebab kau cakap kau nak berubah ke arah kebaikan, alhamdulilah kalau itu niat kau dan kau lakukannya. Tapi bila kau cakap macam-macam dan berulang kali, jauh di sudut hati aku, aku rasa kau sengaja nak sakitkan hati aku. Aku sedih tahu, aku terkilan sebab kau ni bukan orang yang aku kenal dulu. Aku dah rasa terbatas nak berkawan dengan kau. Aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa lain sangat.
maafkanlah aku kalau aku nak elakkan diri dari kau.
Sebab aku takut kalau aku rindu
Kau pula dah tak sama macam dulu.....
So, mungkin selama kita tidak berhubung..
kau dah mula mencari jalan kebenaran
Kau dah boleh terima semuanya
dan kau...
sudah boleh menerima 
segalanya.

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 18 February 2012

R i n d u

Rindu dan rindu..
terus merindui...
kenangan lama pemangkin untuk dirindui,
kesunyian...
kesorangan..
Memanggil-manggil perasaan ini
untuk terus datang..
dan datang kembali..
sekuat mana hati ini
sekuat itu juga..
bingkisan rindu mulai berputik...
Aku rindu !

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 12 February 2012

Selamat Sampai Kampus

Salam & olla :)
(oopss, ni gambaran semata-mata..kampus sape entah..hehe)

              Alhamdulilah, Miss bubble selamat sampai di kampus pukul 7.15 petang. Walaupun perjalanan hari ini tak begitu lancar tapi dengan izin Allah selamat juga tiba di perhentian bas walaupun lambat dari waktu biasa. Bas Miss Bubble pukul 9 pagi tadi, tapi nak dijadikan cerita dalam perjalanan tiba-tiba je bas tu buat hal. Dengarnya kipas macam tak menjadi, jadi enjin dan temperature bas naik tinggi. So, driver bas pun terpaksalah bawa bas dengan sangat perlahan. Sebab tu la perjalanan hari ini sangat lambat. Bila driver nak bawa laju sikit, temperature terus naik tinggi, then terpaksalah tersadai di tepi jalan untuk beberapa minit. Bila dah ok, perjalanan diteruskan juga. Walau apapun, selamat juga sampai di terminal makmur, hehe.. Lepas itu, kawan datang ambil kat terminal dan kami bertolak balik ke kampus. Bermulanya esok pagi semester baru sudah bermula, maka perbetulkanlah niat untuk belajar bersungguh-sungguh semester ni. Tak nak kecewa lagi, dan tanamkan hasrat untuk merasai kejayaan macam rakan-rakan yang lain. Kaki sudah bertapak di kampus, namun hati dan fikiran masih terbayangkan rumah, keluarga dan adik beradik. Walaupun sedih terpaksa berjauhan tapi hati mesti kuat sebab semester ni kan dah janji nak tingkatkan lagi pointer. So, Miss Bubble mesti kuat semangat. Sentiasa doakan Miss yea. Cukuplah untuk update hari ini, first entri live dari kampus Miss Bubble.. See u in next entry :)




btw: semoga apa yang aku fikirkan adalah tipu belaka :(
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 8 February 2012

Dean List

Salam & Olla :)


      Terima kasihla siapa-siapa yang ucap tahniah kat Miss Bubble, actually Dean List tu tak nak kat Miss. Dia tak nak bagi peluang lagi kat Miss nak merasainya. Nak buat macam mana kan, lumrah hidup. Nak dapatkan sesuatu bukannya mudah. Walaupun Miss dah berusaha sedaya boleh tapi tak kesampaian juga untuk dapat Dean. Mungkin bukan lagi rezeki Miss, tak apa i'll try next sem. Hopefully, please pray for me !
      Bila tengok gambar segulung ijazah dan topi grad tu, rasa sedih dan terkilan kerana diri ini masih belum mencapai kejayaan yang cemerlang. Setiap kali result keluar, hanya mampu melihat kejayaan orang lain memperoleh dean list, tapi diri sendiri? Masih lagi belum layak untuk mendapat gelaran itu. Rasa sebak dan kecewa membelengu diri, tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Hanya hati ini sahaja rasa terkilan kerana tidak mampu memberikan berita baik pada parent.
      Betapa sedu sedan bila melihat rakan-rakan yang lain menguar-uarkan berita gembira mendapat dean, mata hanya melihat dan membaca tapi tidak mampu mengubah apa-apa. Hanya melihat kegembiraan orang lain sambil menangis di dalam hati.
      walau apa pun orang nak cakap, Miss takkan berhenti di sini, Miss akan terus bangkit dan maju lagi ke depan. masih ada lagi 3 sem untuk Miss Bubble merasai kegembiraan itu. Yeah, I can do it. !


btw: Alhamdulilah dengan rezeki yang Allah bagi untukku :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Alasan Tidak Solat !

Salam & Olla :)

  Entri hari ini dan berkongsi sedikit mengenai solat. Sudahkah anda menunaikan solat fardhu ? Adakah solat itu benda yang boleh dibawa main? Sedih sekali masih ada segelintir umat yang lalai dan alpa sehinggakan meninggalkan solat lima waktu. Tapi kenapa berlakunya sedemikian ? Kenapa solat hanya 5 kali sehari tidak boleh ditunaikan, jangan jadikan pelbagai alasan untuk tidak solat. Fikir, renung & selamat beramal :)


* Ustaz saya tak boleh kena air...
TAYAMUM !

*Ustaz saya tak boleh berdiri...
DUDUK !

*Ustaz kaki saya tak boleh lipat...
DUDUK ATAS KERUSI !

*Ustaz tak boleh duduk atas kerusi, ada bisul...
BARING dan gunakan mulut !

*Ustaz tak boleh gerakkan mulut...
Solat dengan SYARAT iaitu guna MATA !

*Guna mata pun tak boleh Ustaz...
Solat guna HATI !

*Kalau masih tak boleh guna hati...
BUNGKUS bawa ke KUBUR !


~ Demi MASA ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali..
   1. Orang-orang yang beriman
   2.dan yang beramal soleh
   3. dan yang berpesan-pesan pada kebenaran
   4. dan yang berpesan-pesan pada kesabaran
(surah Al-'Asr)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku (Az-Zariyat:56)


btw: Server down sampai tak boleh nak check result sem lepas :)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 5 February 2012

Dapat Doodle !

Salam & Olla :)



Tadaaa... Surprise ! Miss Bubble dapat  doodle dari alif. Akhirnya dapat juga doodle mata biru macam yang Miss Bubble request dari alif dalam entri ini. So, pagi ni Miss buka je blog, tengok ada komen. pelik juga komen dari sapa sebab dah beberapa hari Miss tak update blog. Biasalah Miss merantau seketika ke beberapa buah negeri sahaja kerana ada urusan keluarga . Bila tengok, alif rupanya, dia cakap doodle dah siap. Wah happy sangat terus je Miss pergi blog dia dan save doodle ni. Hehe,. cantik kan..? Yang uniknya alif ni dia sangatkreatif buat doodle yang unik dari segi mata. Tengoklah mata boleh buat macam-macam color then macam blinking and shining gitu. Hehee.. apa-apa pun, thanx alif sebab luangkan masa untuk buat doodle permintaan Miss ni ya ! :)


btw: menghitung hari cuti sem dah nak habis :(
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta