Sunday 21 October 2012

Sedih....Kenapa?

Olla :(


      Kenapa yea bangun je pagi hari ni, kat dalam hati ni rasa kosong sangat...sebak, sedih teramat sangat. Pada siapa yang harus aku mengadu, susah nak luahkan apa yang terpendam kat dalam ni. Hanya Maha Pencipta tahu apa yang terbuku dan apa yang membuatkan hati ni sedih sebegini. Tapi, zaty tak mampu nak happy2 macam orang lain, ingin luahkan isi hati ini, tapi zaty tahu orang takkan faham. 

     Mungkin ada perasaan rindu yang terselindung di dalam ini, yang tak mampu untuk ku luahkan, tak mampu untuk ku katakan. Setiap hari ku melabuhkan malamku dengan ditemani jernihan kaca membasahi pipi. Ku cuba halang perasaan ini Ya Allah, tapi zaty tahu engkau maha mengetahui kan. Mungkin di kala ini aku tak mampu untuk tenangkan jiwa dengan bacaan ayat suci, mungkin betul keadaan hormon tidak stabil juga. Tapi akan cuba tahan perasaan rindu ini dan jika ini yang engkau mahukan, aku redha dan sabar menanti pelangi indah yang akan Engkau hadiahkan padaku nanti. 


btw : Kuatkan hati ini walaupun seringkali ditemani jernihan kaca ~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 20 October 2012

Cerpen : Pelangi Untuk ku



Sungguh. Dia terpempan! Hatinya bagai disiat-siat. Dunianya dirasakan kelam. Inilah rasa sakitnya putus cinta. Tidak pernah dalam kamus hidup Qistina dirinya dikecewakan, bahkan itulah cinta pertamanya. Cukup segalanya diberikan kepada insan bergelar sang arjuna. Disangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Fikirnya itulah insan yang bakal menjadi kunci pendua hatinya. Musnah impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama si dia.

Turutkan hati sudah lama dia membunuh diri. Daripada menelan pil lebih dos, kelar tangan sehingga cubaan terjun bangunan, segala usaha sudah puas cuba dilakukan. Tapi, semuanya gagal.

"Qis, cukuplah Qis! Mak dah tak sanggup nak tengok Qis menderita lagi. Tak ada untungnya pun, mudaratkan diri adalah! Si Fuad tu bukannya kisah tengok keadaan Qis macam ni. Dia senang hati ...Qis yang tak tentu hala," sedih Puan Rahmah mengenangkan nasib puteri tunggalnya. Buntu melihat keadaan Qistina. Makan tak lalu, asyik terperap dalam rumah. Kerja entah ke mana, solat entah ke mana.

"Mak, Qis sayang sangat dia. Qis dah bagi segala-galanya. Qis tak boleh hidup kalau dia tak ada, lebih baik Qis mati je mak."

"Astaghfirullah! Mengucap, Qis. Ingat Allah. Bukan cinta manusia yang kita nak kejarkan, tapi cinta Allah." Puas dipujuk, hanya mati jua yang diluahkan oleh Qistina. Kalaulah dia sedar nikmatnya hidup Allah, pasti bukan ini yang dipinta.

Berbulan telah berlalu, namun masa masih belum mampu mengubat perih hati Qistina. Jiwanya masih belum benar-benar tenang. Terasa masih ada ruang yang kosong di hatinya. Tapi, apa? Kenapa tiada klu untuk soalan ini? Kenapa susah benar mahu lupakan kesedihan ni?

Malam itu Qistina terasa resah yang amat. Hatinya terasa pedih sangat. Bagai meronta-ronta meminta sesuatu yang tidak pasti. Kepalanya berat sekali. Tapi entah kenapa tangannya terasa ringan mahu mencapai bungkusan coklat di penjuru meja studinya. Itu pemberian terakhir Fuad sebelum mereka berpisah. Segala kenangannya sebelum itu telah dibakar, hanya tinggal bungkusan itu sahaja. Pelik, terasa sayang untuk membuangnya tapi dia belum ada kekuatan untuk membukanya. Baru malam itu dia seolah-olah diberi kudrat menyentuhnya.

"Qis, Fuad minta maaf. Mungkin ni kali terakhir kita berjumpa. Fuad rasa kita patut putus je. Fuad tak mampu nak bagi apa-apa pada Qis, cuma ni aja yang boleh Fuad bagi." Itulah kata-kata terakhir Fuad sebelum menyerahkan bungkusan coklat itu kepadanya. Tiada khabar lain selepas itu.

Hati Qistina meruntun kembali. Tapi digagahkan juga membuka bungkusan itu. Subhanallah! Terpacul kalimah itu daripada bibir Qistina. Sebuah mushaf berwarna hijau pucuk pisang dikeluarkan perlahan-lahan. Tafsir al-quran! Entah bila kali terakhir dia menyentuh kitab seperti itu. Air matanya berderai. Tidak mampu ditahan. Dibuka helaian pertama ...ada nota kecil didalamnya.

Buat Qistina, Fuad minta maaf seandainya tindakan Fuad betul-betul menghancurkan hati Qis. Jujur bukan itu niat Fuad sebenarnya. Pedih rasanya hati ni untuk mengambil keputusan seperti itu. Tapi, Fuad tak mampu. Tak mampu untuk berhadapan dengan Allah nanti. Cukup banyak rasanya dosa yang kita dah buat selama ni. Memang Fuad sayangkan Qis, tapi Fuad tak mampu nak letakkan cinta kepada Qis melebihi cinta Allah. Sebab tu Fuad tak nak jadi insan yang mengheret Qis ke neraka. Fuad bukanlah orang yang layak untuk menerima cinta sejati daripada Qis. Harga sebuah mahar cinta sejati itu terlalu mahal. Hanya mampu dimiliki oleh sang Pencipta sahaja. Sepertimana nama Nur Qistina Wafa' ...cahaya keadilan dan kesetiaan, begitu juga harapan Fuad. Berlaku adil dan setialah kepada Yang Esa. Hanya ini yang mampu Fuad berikan ....ayat-ayat cinta daripada Kekasih yang paling agung.

Lencun sudah baju Qistina. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Diselak-selak lagi helaian berikutnya. Terdapat pula nota tulisan nama surah dan ayatnya. Dicari dan dibacanya satu persatu.

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka sentiasa dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah, ayat 186)

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Matanya tertancap pada ayat yang benar-benar menusuk jiwanya.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Surah ar-R'ad, ayat 28)

Ya. Inilah jawapan kepada seribu satu persoalan Qistina. Itulah pertama kali sejak kali terakhir dia bersujud di tikar sejadah. Malam itu menjadi saksi kehambaannya kepada Yang Esa. Entah berapa banyak air mata yang melimpah. Membawa diri untuk kembali kepada yang hakiki. Jauh di sudut hatinya, tiada apa yang mampu diluahkan '...Terima Kasih Kekasihku, bukan Engkau yang melupakanku, tapi aku yang terlupa akanMu.'

Sungguh. Benar. Memang dunia tidak cukup adil kepada kita. Tetapi Allah itu Maha Adil. Perancangannya cukup rapi untuk setiap makhluknya. Dia sentiasa menyimpan pelangi untuk setiap hujan panas yang dialami hambanya.

btw: Sangat sweet dan bermakna (sumber : copy paste dari fb)
Pandai2 reka tajuk sendiri..hee~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 17 October 2012

Done PSM 1

Olla =)


      Alhamdulilah, selesai sudah PSM 1 (Program Sarjana Muda) semalam, dengan berakhirnya presentation. Gemuruh, takut dan macam-macam perasaan ada sebelum nak present proposal projek depan 4 orang panel pulak tu. Bukan calang-calang panel. Lagi bertambah ketar lutut bila orang2 sebelum zaty present disoal dengan bermacam-macam soalan, sampaikan ada panel gelak kerana tahu jawapan yang diberikan oleh student salah. Kira memang panel hentam student cukup2 lah. Bila sesi soal jawab, kat situlah macam-macam soalan panel akan tanya dan akan persoalkan kita punya projek. 

     Waktu turn zaty present, kononnya nak eye contact la kan, tapi panel2 tak ada pun nak pandang sangat slide kat depan yang zaty present, dieorang tengah fokuskan slide yang kiteowang dah bagi sebelum present. So, apa yang kita akan cakap dieorang akan teliti kat slide sama ada betul, logik ataupun masuk akal apa yang kita planning pasal projek. Selesainya part conclusion maka bermulalah sesi soal jawab. Hati dah berdebar, tapi senyum je. Memang dalam hati redha je ni, yang pasti kena senyum tak tunjuk muka cuak. First kena tanya pasal sensor, jenis sensor apa nak guna untuk display bacaan speed motor tu. Then kat situ ada complicated sikit, sorang panel ni je yang tanya zaty, dan syukur la dia tak hentam habis-habis dia cuma explain sikit n suggest. 

     Lepas soalan pertama, zaty pandang semua panel tunduk ke bawah, haha..then zaty tanya la "any question?", pastu semua cam senyap, then panel tadi jugak pun tanya la satu lagi soalan memandangkan barisan panel lain tak tahu nak tanya apa kot, alhamdulilah jawapan untuk soalan kedua ni dapat pujian good. Wah, lega sangat rasa dalam hati ni. Hanya Allah yang tahu, dan bersyukur sebab tak jadi macam rakan-rakan yang lain ada yang kena tukar tajuk, hampir ditolak proposalnya, dipertikaikan dan macam-macam. Alhamdulilah sangat, dan sekarang dah boleh proceed untuk PSM 2. Nak proceed untuk order komponen dan mulakan simulink dulu.. Doakan untuk zaty ye ^_^


btw: terima kasih dekat supervisor, awal2 pagi lagi Dr. dah msg tanya pasal presentation semalam..hee~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 13 October 2012

Preparation For Presentation project proposal

Olla =)

      Memang dah lama xupdate blog ni, disebabkan kekangan masa yang terlampau busy. Sekarang pun still busy, tapi hati ni mendesak nak juga update. At least nak inform kekawan semua yang zaty busy buat preparation presentation. Nak tahu ke presentation untuk apa?

        hah, actually presentation yang sangat penting bagi pelajar tahun akhir macam zaty, iaitu presentation pertama untuk proposal projek. Kiranya zaty akan present pasal tajuk projek yang zaty proposed adakah akan diterima oleh panel ataupun tidak. Dia bergantung pada kelogikan zaty menyampaikan, apa zaty nak guna dan bagaimana projek itu berfungsi. Memang cuak sangat, dalam masa enam minggu kena prepare everything, buat research, faham betul-betul pasal tajuk dan juga berbincang dengan supervisor.

        Sekarang slide dah siap, cuma nak buat short note pastu nak hafal dan faham lagi supaya presenatation nanti tak banyak baca slide or refer kertas. HoHo, harap-harap lah zaty dapat sampaikan dengan baik dan diterima baik oleh panel. Tapi kan, bukan setakat presentation ni je, kena study untuk test EID jugak. adoi, hari selasa test, malam tu hantar assignmnt techno then pagi rabu presentation. Khamis nak submit lab report EID lak, memang full jadual.

     Papepun korang tolong doakan ye zaty boleh buat dan panel bermurah hati bagi markah tinggi.Hee....PSsst..korang nak tanya ni, ada tak sesiapa tahu kenapa voltage drop mesti 3% ???
Soklan assgnmnt EID masih tak jumpa jawapan dia..hmm...


btw: Jom sambung buat kerja lagi,..huuu~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 2 October 2012

Shut Up gegurls

Olla =)



       Sebelum tidoq, nak update blog jap. Memang nak bagi amaran keras ni dekat bebudak yang riang ria tiap2 malam, almost lewat malam duk menganggu ketenteraman orang lain. Oke fine, zaty memang mata tengah celik lagi, tapi bagi orang lain yang tengah tidur pun boleh terganggu. Menjerit punyalah kuat, berkejaran bagai, ingat ini hostel waktu kat sekolah ke nak buat gitu??? 

       Memang angin satu badan ni zaty, dah banyak malam asyik bising je bebudak kat atas. Sem lepas duk blok ni oke je, sem ni bile dah junior tahun 1 masuk tahun 2 dah buat riang kat blok senior lak. I'm super duper senior oke, plez respect me..aiceyhh..bajet kan zaty, abaikan...bukan nak cakap senior ke apa, tapi plez la gegeurl respect others people. Lagipuun dah lewat malam still nak melalak macam kena histeria ke? Kalau dah hiseteria betul2 kami akak2 yang kat bawah ni dah malas nak naik atas pi tengok, tak tahulah betul atau main-main.


      Korang pun masuk universiti sebab berilmu, ada akal kan boleh beza mana baik atau buruk. Bagi korang yang berada tahun 2 memang la korang masih boleh enjoy sakan, tapi bagi kami setiap malam final year student stay up,busy dengan final year project. Kalau nak menjerit ke melalak make sure waktu petang gegurl pergilah kat tasik tu, menjerit lah kuat2. Malu tahu tak lewat malam duk buat bising, blok laki sebelah pun duk sound2...plez la behave sikit, ini universiti bukan sekolah ataupun tadika. Kalau nak sambut besday sekalipun janganlah over sangat. 

       Korang bising lagi siap2 main air macam tadi, tunggulah akak pi naik lagi sekali belasah korang. Haaaa, ape macam garang macam gengster tak..memang la, sebab waktu  tidur sorang malam tu bunyi menjerit punyalah kuat, mengerikan..eeiii, bikin orang panas je. Tunggulah korang buat perangai lagi, ini akak kawasan datang cari korang. Hahahhaa.

                                          


btw: Kepala bersrabut dengan PSM 1, 2 minggu lagi kena present proposal projek...
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta