Saturday, 30 July 2011

Hilangnya kejujuranmu sahabat..


Olla semua.. Mesti dah boleh agak Miss Bubble nak cakap pasal apa kan.. Sahabat ataupun lebih dikenali sebagai kawan.. Ape semua ni pada anda.? Setelah berjauhan dengan keluarga mestilah sahabat yang paling dekat dengan anda kan..tapi macam mana kita nak tahu kawan kita itu betul2 jujur dan boleh bergantung harap? Blogger sekalian, sedikit luahan hati dari Miss Bubble hari ni, maaf kalau entri ni sangat membosankan tapi Miss Bubble sendiri pun mungkin bukan kawan yang baik kan..tapi sedikit terkilan bila kita betul2 percaya kan orang tu, bak kata setiap kesedihan atau ketidakpuasan kita semuanya diluah dan di share kepada kawan yang kita percaya.betul tak? akan tetapi, kalau setiap apa yang kita luahkan atau dikatakan masalah kita diluahkan kepada orang lain..kenapa terjadinya begini? Susah sangat ke untuk memegang janji itu, dan perlu ke diberitahu pada orang lain? mana kejujuranmu sahabat? 

Gambar doraemon ni saja nak menghiasi entri ni, kalau dilihat semangat kekawanan kan doraemon nie.. Samalah juga seperti kehidupan kita, kalau kita berada sebumbung dalam apa-apa organisasi kita mestilah menyelami setiap jiwa dan perasaan. Setiap isu yang dibangkitkan pasti ada sebabnya. Dalam menjalinkan hubungan atau membina hubungan sahabat, perlu kah perasaan memilih itu ada? kebanyakan yang dilihat, ada timbul sedikit jurang antara kita, berkemungkinan pelbagai faktor antaranya gaya hidup ataupun ilmu agama. Boleh tak kalau dalam diri kita, buang perasaan jurang ataupun beza dalam bersahabat...?


kita kena ingat kawan adalah penting tetapi bukannya untuk kita mengaibkan kawan kita! Situasi sekarang apabila kita bergantung harap atau memberi kepercayaan kepada kawan kita, tetapi apabila tahu ada mulut-mulut yang tidak enak menyampaikan kepada orang lain, tentu kecewa dan terkilan kan dengan kawan seperti ni.. Sangat susah untuk kita nak cari yang boleh dipercayai kan apabila umur dah meningkat. Kalau di zaman sekolah, semangat kekawanan sangat tinggi..tapi kalau dah meningkat dewasa di alam kampus, masing-masing dengan hal sendiri.. Lumrah dunia.. Mana lagi untuk kita luahkan isi hati kita kalau bukan sahabat...

Sahabat, 
kenapa dikala ku beri kepercayaan padamu,
kau cuba menghancurkan...
kejujuran dan keikhlasanmu
amatku harapkan..
Kesedihanku tidak bisa
ditanggung sendirian..
fahamilah wahai sahabat..

btw: maaf jika entri ni bercelaru, tetapi ia hanyalah luahan hati yang tidak boleh di luah kepada sesiapa..:(
btw: Semoga kita sama-sama memperbaiki kesilapan kita..



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

hapo konon ni sayang? tsk. takmo sedih2 wuwuwuwuwuu

MisS BubBLe said...

@bunbun
cedey jew..ase trkilan cket..wuwuwwu..~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta