Tuesday, 5 July 2011

Part 5: Sesuci Hatimu


      Sejurus aku di kafe, aku mencari kelibat Mia yang tidak juga kelihatan. Manalah si budak Mia nie takkanlah tak datang lagi. Aku terus duduk di sebuah meja sambil menunggu Mia, tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri aku.
                “assalamualaikum, tak makan ke?” Tanya Zhafie.
                “err..Waalaikumsalam…nak makan juga, tapi tengah tunggu kawan.” Aku membalasnya.
Hatiku terkejut dan berdebar kerana pertama kali zhafie menegurku. Apa tujuan dia menegurku? Aku pun tidak tahu apa yang dia inginkan,tetapi aku malu untuk bertentang mata dengannya.
                “maaflah ganggu, sebenarnya saya datang nak pulangkan pen awak ni, betulkan ini pen awak?”Zhafie terus bertanya.
                “owhh,,yea2 ini pen saya. Tapi macam mana ada dengan awak?” aku terus menyoal Zhafie.
                “saudari tertinggal di kaunter library tadi, saya nak panggil tapi tak tahu nama saudari apa, bila saya ingin mengejar tapi saudari jalan laju sangat.” Jelas Zhafie.
                “owh..begitu, maaflah menyusahkan awak, saya tergesa-gesa sebab kawan saya cakap dia tunggu di kafe,” ulas aku.
                “tak apa-apa, lagipun saya memang nak datang ke kafe juga, lupa nak kenalkan nama saya  Zhafie Arsyad, tapi panggil zhaf je cukuplah, dan saudari?” zhafie memperkenalkan dirinya.
                “ermm..panggil Eilly je, tak perlulah nak tahu nama panjang kan..”aku memberitahu zhafie.
                “ Apa salahnya kalau saya berminat untuk tahu nama panjang eilly, mesti nama awak cantik mcam awak juga kan” ujar zhafie sambil melontarkan senyuman padaku.
                “ semua orang hanya panggil saya Eilly, jadi buat apa nak tahu nama panjang saya. Tak apa lah zhaf, saya Nampak macam kawan saya kat depan tu sedang mencari saya agaknya. Sekali lagi terima kasih ye sebab pulangkan pen saya.” Jelas aku sambil bangun dan beredar ke arah Mia.
Hmmm…Eilly panggilan di beri, tapi aku belum cukup puas jika aku tidak mengetahui nama panjangmu, tidak mengapa suatu saat akan ku tahu jua namamu Eilly. Aku teringin untuk berkenalan dengan gadis yang lembut budi pekertinya seperti Eilly, aku pasti akan bias untuk menjadi temanmu EIly, bentak hati zhafie sendirian sambil lirik matanya mengekori langkah Eilly.
                “Larh kau ni Mia, lama aku tunggu kau taw!” tegas aku.
                “ek eleh kau ni eilly, menggelabah semacam je, rilek ar. Aku dah sampai pun kan, macam la kau tak tahu aku kenalah bersiap cantik-cantik dulu..haha” jelas Mia.
                “banyaklah kau, setakat nak makan je tak payahlah nak touch up juga. Dah cukup cantik sampai ramai lelaki tergilakan kau. Tak cukup lagi ke si Mia oii.” Ujar aku.
                “ whateva, bukan salah aku kalau lelaki tergilakan aku. Cakap aku je, aku tadi macam aku tak Nampak dating dengan mamat hensem kat situ tadi kan?” soal Mia.
                “ excuse me, tak ada istilah dating ok. Lelaki tu datng nak pulangkan pen aku je.” Jelas aku.
                “jangan nak berdalih Eilly, tapi hensem gila mamat tadi. Apsal kau tak kenalkan aku dengan dia erk..? kalau kau tak nak, bagi aku je..hehe.” ulas Mia sambil ketawa kecil.
                “aku tak kenal la mamat tadi, kami baru jumpa je tadi. Setakat itu je, tak ada lebih-lebih. Ikut suka hati kau lah, aku lapar nak makan..jum cepat ambil nasi “ arah aku.
                “ iya la cik Eilly ku sayang, tapi aku akan siasat siapa lelaki jambu tadi. Kalau dapat kenal dengan dia mesti hot gila aku..woow.” Mia melonjak gembira.
          Kami terus menikmati lunch di tengahari. Bayangan dan senyuman Zhaf tatkala datang menyinggah di kepalaku, tapi ku endahkan semua perasaan ini. Apa mungkin perasaan seperti ini menguasai mindaku. Satu perkenalan yang tidak pernah aku jangka kerana lelaki jambu seperti zhaf tidak mungkin akan menegur atau menyapa aku gadis simple dan bershawl macam aku. Pada pandangan aku,orang seperti zhaf hanya layak untuk digandingkan dengan perempuan cantik seperti Mia. Akan tetapi setiap pertemuan adalah diaturkan oleh Tuhan dan aku pasti akan ada hikmah setiap yang terjadi.

btw: will be continue :)
Part 4 ( KLIK )
~Amaran.sUdah baca tolong KOMEN DISINI pula yer! ~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

mestilah Zhaf type orang yg sanggup menggetarkan hati :D hehehe....

MisS BubBLe said...

@ZeLika_Merry Mempawah

haha...:D

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta