Monday, 25 July 2011

Last Part: Sesuci Hatimu

Perasaan itu datang kembali, tiba-tiba hatiku berdebar. Degupan jantungku kian rancak berdegup. Ya Allah ajuhkan sebarang kemungkinan yang tidak baik. Aku cuba lelapkan mata, tapi tidak juga mahu ditutupnya. Tiba-tiba telefonku kedengaran satu mesej masuk.
                ‘walaupun dirimu sudah jauh dipandanganku, suaramu yang sudah lenyap untuk aku dengari namun senyumanmu yang menggetarkan hatiku sentiasa mekar di dalam ingatanku
Aku tersenyum seketika, hahaha..malam-malam macam ni ada juga orang jiwang yang salah hantar mesej. Nombor pengirim tidak aku kenali dan pasti orang itu tersalah menghantarnya. Belum sempat aku terlelap, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang sama mengirim sms padaku. Aku cuba menjawab panggilan itu, tapi hampa hanya aku yang bercakap sendirian. Mungkin mimpi agaknya orang itu tersalah tekan nombor aku. Biarkan jelah, tiba-tiba masuk lagi satu mesej.
                ‘Alangkah indah dunia ini jika ditemani suaramu setiap hari, alangkah bertuahnya jikalau hatimu ku miliki. Rindu yang telah ku pendam akhirnya bisa terubat jua.’
Eish..tak sukalah jiwang-jiwang mana yang tersalah main sms je ni, kacau aku nak tidur. Aku membalas sms itu mengatakan tersalah nombor dan aku tidak kenal nombor itu. sekali aku menghantar mesej begitu, terus sahaja orang itu menelefonku kembali. Aku angkat telefonku tetapi aku hanya diam membisu.
                ‘Nur Eilly Natrah….jawablah kalau ini awak!’ suara seorang pemuda dihujung talian. Aku sangat terkejut apabila namaku disebut. Memang sah orang ini mengenaliku, tapi siapa. Aku cuba untuk bersuara.
                ‘siapakah yang cuba bermain misteri dengan saya, saya tidak kenal awak’ jawab aku.
                ‘saya Zhafie Arsyad,. Maaf sebab menganggu awak malam-malam, tapi saya rasa tidak keruan jika tidak diluahkan perasaan saya ini. Walaupun awak dah lupakan saya,tetapi saya sentiasa ingatkan awak eilly.’ Jelas zhaf.
                ‘Awak zhaf,!  Aku benar-benar terkejut, dan baru aku teringat aku sudah remove nombor zhaf di telefonku kerana mahu melupakan segalanya.’
                ‘ saya sebenarnya sukakan awak Eilly, saya tak mampu untuk menahan rindu ini. Janganlah siksa saya lagi dengan penantian. Sudah lama saya ingin beritahu tapi awak sendiri yang tidak member ruang untuk saya bercakap dan kerana saya sayangkan awaklah saya tidak cuba untuk menegur awak di hari terakhir saya di kampus. Saya hanya lihat awak jauh-jauh je agar rindu saya terubat.’ Jelas zhafie.
Sesungguhnya aku berlinangan air mata mendengar penjelasan zhaf. Tidak ku sangka rupanya zhaf masih menghargai aku, aku bersalah kerana memperlakukan dia begitu. Aku cuba merosakkan cinta dihatinya.
                ‘ Maafkan saya zhaf, saya tidak berniat untuk siksa cinta awak, tapi Mia lebih perlukan awak, bukannya saya.’ Balas aku.
                ‘Awak salah Eilly, saya sudah menjelaskan segalanya kepada Mia, saya hanya mennganggap Mia sebagai adik saya, saya dah ikut cakap awak. ALhamdulilah saya dah Berjaya bombing Mia ke jalan yang elok, Mia usdah boleh terima cinta saya bukan untuk dia dan hanya untuk awak seorang sahaja. Biarlah awak menjadi cinta terakhir dalam hidup saya Eilly.’ Segala yang tersirat dihati zhaf sudahpun tersurat dimulutnya.
Hati aku main sebak mendengar segalanya. Aku benar-benar rasa bersalah, dan aku yakin rindu yang selama ini sebenarnya hanyalah untuk zhaf. Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengatasi semuanya, berikanlah petunjuk kepadaku untuk membuat keputusan.
                ‘Maafkan saya zhaf,! Tetapi jika benarnya kata-kata awak ini, tunjukkanlah bukti pada saya. Buktikanlah cinta awak untuk saya ikhlas dan awak cinta saya kerana Allah.’ Balas aku.
                ‘Baiklah Eilly, akan saya cuba buktikan segalanya nanti’ ujar zhafie sambil mematikan talian.
Sejak aku menerima panggilan dari malam itu, hatiku tidak tentu arah dibuatnya. Sering sahaja aku mendustai cinta zhaf, kerana aku masih belum yakin dengan cinta manusia yang tidak semestinya kekal. Aku takut untuk menerima segalanya. Telah aku ceritakan segalanya pada ibuku dan ibu menasihati aku untuk member sedikit kepercayaan kepada zhaf untuk buktikan cintanya padaku. Tapi makin hari makin kuat keraguan dihatiku kerana sudah hampir seminggu aku masih belum menerima apa-apa khabar dari zhaf. Adakah dia hanya pandai bermain dengan kata-kata. Air mataku kian laju membasahi pipiku, kerana aku takut cinta pertama yang aku cari kian musnah begitu sahaja.
                “Eilly, buat apa termenung di dalam bilik. Jom keluar ada tetamu kat luar nak jumpa” ajak ibuku.
                “ tetamu? Siapa ibu? Soal aku sambil mengesat air mata.
                “jangan ditanya, kamu keluar dulu ya sayang.” Pujuk ibuku.
Akhirnya aku keluar dari bilikku dan melihat Mia di bangku rumahku. Mia segera datang memelukku erat dan menangis. Aku masih tidak faham dengan semua ini.
                “Eilly, maafkan aku. Sudah lama aku mencari rumahmu, aku datang untuk minta maaf atas segalanya. Kau lah sahabat aku selamanya, aku buta kerana tidak nampak keikhlasan yang telah kau lakukan untuk aku. Hatimu begitu suci Eilly! Aku tidak mampu menandingi kesucian hatimu itu, kerana hatimu yang suci dan ikhlas jugalah membuatkan zhaf terpaut padamu. Aku je yang bodoh kerana fikir paras rupa mampu membuatkan zhaf cinta padaku. Maafkan aku Eilly!!” rayu Mia sambil memelukku erat.
                “Aku dah lama maafkan kau Mia, aku bersyukur sangat kita dapat berbaik semula macam ni. Tapi aku rasa jodoh aku bukan dengan Zhaf,..belum sempat aku menghabiskan kata-kata tiba-tiba aku terdengar suara yang amat aku kenali datang menghampiri aku dan Mia.
Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna,
Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Ya Allah Zhaf muncul di hadapanku dan aku idak mampu untuk menahan air mataku untuk membasahi pipiku. Zhaf datang menghampiri aku.
                “Eilly, saya sengaja tidak menghubungi awak selama seminggu kerana saya mahu hati awak yakin dengan cinta saya.Lagipun alhamdulilah saya sudah mula diterima bekerja dan hari ini saya telah tepati janji saya untuk menunjukkan kebenaran disebalik kata-kata saya. Saya datang membawa rombongan untuk melamar awak, sudikah awak menjadi cinta sejati saya seumur hidup?” soal zhafie yang kelihatan agaka tulus membicarakan segalanya.
                “zhaf, maafkan saya kerana meraguinya. Ternyata awak betul-betul ikhlas dan jujur. Zhafie Arsyad saya Nur Eilly Natrah sudi menerima untuk menjadi cinta sejati awak buat selamanya.” Balas aku sambil tersedu. Aku sangat terharu dengan semuanya.
                “Terima kasih sayang. Saya yakin dengan hati awak yang suci bisa menjadi cinta terakhir dihati saya. Jangan cuba dustai lagi cinta saya pada awak Nur Eilly Natrah!” jelas zhaf.
                “iya, saya yakin apa yang telah ditetapkan untuk saya. Saya bersyukur ditemukan dengan awak zhaf.! “ jawab aku.
Pengakuan cinta antara aku Nur Eilly Natrah dengan Zhafie Arsyad telah disaksikan di depan orang ramai. Ibuku datang memelukku erat dan mengucup dahiku, sesungguhnya aku sangat bahagia. Aku sangat beruntung kerana zhaf menjadi cinta pertamaku dan aku menjadi cinta terkhir zhaf. sememangnya seorang perempuan mencari cinta pertama, dan seorang lelaki hanya mencari cinta terakhir dihatinya.

btw: Ending already, hopefully terhibur..:)
Part 10 ( KLIK )
jgn lupa masih ada beberapa hari lagi utk komen kat sini >> KOMEN banyak2..

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

Happy ending :) indahnya...
kapan yah aku ketemu cinta yg seperti itu hu hu...

MisS BubBLe said...

@ZeLika_Merry Mempawah
cinta akan datang jika kita ikhlas..;)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta