Monday 30 January 2012

Mega Giveaway By Cik Bunny


Salam & Olla :)

    sekarang kembali bersua lagi dengan entri GA. Giveaway ni dari Cik Bunny, tadi tengok chatbox dapat invitatio sendri dari owner. So, apalagi cepat-cepat terjah then join juga ini GA. Tengok tarikh, masih sempat and mana tahu join last minit macam ni boleh jadi bertuah dan menang Ga ni kan3..Hehhe.. So, pada sesape yang rasa nak join juga cepatlah pergi fly to cik bunny blog. Nak tahu, hadiah lumayan, rugi kalau tak join. Apa dia? tak percaya? Hah, jOm tengok senarai sponsor ni :

1. Cik Bunny - Blog/fanpage
2. Amir Nawawi - Blog/fanpage
3. Amely Afandi - Blog
4. Mira Miraei - Blog
5. Shawls Gallery - Blog/fanpage
6. Herba Tihara - Blog
7. Atienabila - Blog
8. Ika - Blog/fanpage
9. Kedai Kaspersky Online (kko) - Blog/fanpage


Hah, dah percaya bila tengok list sponsor ? So, apalagi. Jemputlah join. :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 29 January 2012

Genap 22 taHun suDah uMurku haRi iNi

Olla sume :)


Ini gambar cake masa Miss Bubble 1st year dulu. (sekadar hiasan) :)

        Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana masih lagi memberikan Miss Bubble peluang untuk hidup di dunia pinjamannye. Hari ini adalah hari yang biasa yang dilalui seprti hari-hari yang lain. Cuma tepat pukul 12 malam tadi, ada teman2 yang hantar mesej ucap selamat hari lahir. Miss Bubble berterima kasih sangat pada sesiapa yang belum lupa tarikh pada hari ini. Tarikh dimana Miss Bubble mula mengenal dunia. Terima kasih banyak2 pada ibunda yang melahirkan Miss Bubble di dunia ini. Apa yang paling mengembirakan Miss Bubble adalah doa daripada sahabat2. Miss Bubble tidak mengharapkan wishing besday, tetapi cukuplah sekadar mendoakan kejayaan Miss Bubble mengharungi dunia ini. Sesungguhnya masih jauh perjalanan yang harus Miss Bubble tempuh. Sempena tarikh kelahiran ini, Miss Bubble berharap sahabat2 teruskanlah mendoakan Miss Bubble berjaya dalam dunia dan akhirat, dapat menghabiskan pelajaran Miss Bubble ke peringkat yang paling tinggi dan mendapat pekerjaan yang elok suatu hari kelak. Amin!!! Apa pun, terima kasih ya sahabat2 yang mesej by phone, walaupun tidak terukir tarikh lahir di fesbuk tapi masih ada sahabat yang mengingati. Alhamdulilah. Kita sentiasa kawan selamanya. Love all of you <3


btw: keep pray on me. Thanks !
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 28 January 2012

Cheritera Hati First Giveaway


Olla sume :)

Tengok tarikh dan masa rasanya sempat lagi, so tut2 rasa seronok nak join GA cheritera hati ni. Nak tahu tak sebab apa join? Ermm, mestilah sebab nak join sangat2 GA then nak menang hadiah yang best tu.. teheee ;) Dah tak yah banyak2 taip, terus cari magsa untuk tag. Jom kita lihat siapa yang kena tag dengan Miss Bubble.:

>> Cik asfz
>> syarni

Okeh done !  sape nak join klik banner atas tu ye terus fly pegi blog empunya GA..hee~
waiting for a miracle <3

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 15 January 2012

Kenapa Anda Tidak Solat?




Situasi 1
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak cukup masa la. Keje saya banyak. Saya memang busy memanjang.
Pengajaran: Masa itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T, bila-bila pun Dia boleh ambil semula waktu yang dipinjamkan, maka beringatlah, walau sibuk sekalipun, luangkanlah masa sekurang-kurangya lima minit, lima kali sehari untuk bersolat.
Situasi 2
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya rasa diri saya dah terlalu banyak buat dosa. Kalau saya solat, mahukah Allah terima ibadat saya tu?
Pengajaran: Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Jika kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah S.W.T nescaya ibadat kita akan diterima Allah S.W.T. Insya-Allah.
Situasi 3
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak tau cara-cara nak solat. Mak ayah saya tak pernah ajar sebab mereka pun tak solat.
Pengajaran: Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan.
Situasi 4
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Suka hati sayalah. Kubur masing-masing. Tolong jangan jaga hal saya.
Pengajaran: Terimalah teguran positif dengan hati yang terbuka, supaya diri kita sentiasa berubah menjadi lebih baik.
Situasi 5
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya penatlah. Saya btul-btul tak larat. Boleh tak saya solat esok je?
Pengajaran: Sepenat-penat kita, janganlah kita tinggalkan solat kerana setiap perbuatan kita dicatat oleh Malaikat di bahu kiri dan kanan kita.(Malaikat Raqib & Atid)
Situasi 6
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Sebab saya memang dah biasa macam ni. Rileklah. Alim sangatlah awak ni. Tak rugged lansung!
Pengajaran: Jangan lupa, bumi yang dipijak ini milik Allah S.W.T. Bila-bila masa dia boleh 'gulung' bumi ini.
Situasi 7
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Alah nantilah aku solat. Aku muda lagi. Nanti tua aku taubatlah.
Pengajaran: Kita tidak tahu ajal kita bila. Boleh jadi hari ni, esok, lusa? Sekiranya gugur sahaja daun kita dari pokok yang terletak di Arash Allah S.W.T, maka bersedialah Izrail untuk memanggil kita pulang. Persoalannya, BERSEDIAkah kita ketika itu?

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 11 January 2012

Lawak 1

Olla :)

    Memandangkan Miss Bubble nak cari pembahuruan pada blog ni sempena tahun 2012, jadi Miss Bubble akan update entri mengenai lawak. Tak kisah lah lawak yang berunsurkan apa, tapi yang pasti dapat menghiburkan pengunjung blog Miss Bubble. Sementara menanti Miss Bubble update entri mengenai cerpen baru, Miss Bubble akan update mengenai lawak juga ya. Orang kata apa, gelak ni satu terapi juga, tapi kalau tak lawak yang hentam Miss Bubble yea..hee :)




Abu : Kau ada aids ??
Ali :   Aku ? Mana ada ..
Abu : Aku baca satu daripada sepuluh orang kat negara ni ada aids. Aku dah tanya sembilan orang,    semuanya tak ada aids. Kau orang yang ke sepuluh, tak payah cakap aku dah tahu .
Ali :   (tercengang)


> Jangan lupa KLIK ya <

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 10 January 2012

Dosa Tinggal Sembahyang!!!

        Pada suatu petang yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan, manakala kerudungannyamenangkap rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya bersih,bdan ramping dan roma mukanya yang ayu tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
          Dia merangkap perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa A.S. Pintu diketuknya perlahan-lahan sambil mengucapkan uluksalam. Apabila mendengar ucapan "Silakan masuk" dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai ketika dia berkata; "wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan untuk mengampuni dosa keji saya".
         "Apakah dosamu wahai wanita ayu?"tany Nabi Musa A.S. terkejut. "Saya takut mengatakannya" jawab wanita cantik itu. " Katakanlah, jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Lalu wanita itu memulakan ceritanya, "Saya..telah berzina." kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "dari penzinaan itu, saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, lansung saya cekik lehernya sampai...mati,"ucap wanita itu smabil menangis sekuat hati.
          Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "perempuan jahat, nyah kau dari sini!! supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatan jijikmu itu, pergi!!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan mukanya kerana jijik. Mendengar herdikan itu, wanita itu segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa ratapannya amat memilukan, baginya kemana lagi hendak mengadu kerana seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayangbetapa dosanya dan jahat perbuatannya.
          Tetapi dia tidak tahu sepeninggalannya, Malaikat Jibrail turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibrail bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang ehndak bertaubat dari dosa? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya ?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu ?" Tanya Nabi Musa kepada Jibrail. "Adakah dosa yang lebih besar dari perempuan  yang nista itu? " "Ada!" jawab Jibrail dengan tegas. "Dosa apakah itu? " Tanya Nabi Musa. "ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN TANPA MENYESAL, orang itu dosanya lebih besar daripada 1000 kali berzina.
         Mendengar penjelasan itu Nabi Musa kemudian memanggil wnaita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan kusyuk untuk memohon keampunan daripada Allah untuk wanita itu. Nabi Musa menyedari orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Beerti dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambanya.
        Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh beerti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin dengan Allah berada di jalan ketaatan kepadanya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


btw :   1. Kita inginkan sesuatu yang sempurna tapi untuk solat kenapa malas?
           2. Dengan meilhat orang lain solat, tidak timbulkah rasa bersalah dalam diri?
           3. Sedarkah kecantikan, nyawa dan kehidupan hanya sementara, dan tanpa solat tiada bekalan untuk akhirat?

~wahai rakan-rakan yg disayangi, solatlaah 5 waktu sehari semalam , tanpa solat hidup kita tak akan sempurna~

> Tolong KLIK juga ya <
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Apa nak jadi dengan budak sekolah sekarang

Olla :)

                 

         Gambar kartun di atas tiada kaitan dengan apa yang nak dibincangkan kat entri ini. Cuma sekadar untuk pengisian di awal entri memandangkan adik2 dah mula bersekolah kan, "back to school". Adik-adik yang masih bersekolah, pernah tak terfikir tujuan ataupun matlamat adik-adik pergi ke sekolah? sekadar untuk bermain ataupun menambah kenalan? wahai adik-adik sekalian, perbetulkan balik niat ya, sekolah tu adalah satu tempat untuk adik-adik menuntut ilmu, tempat yang menjadikan kita semua insan yang berguna dan pemangkin untuk kita menjadi peneraju negara. Tetapi, sedih dan pilu sekali hati Miss Bubble apabila terlihat satu video yang di upload di fb, video pergaduhan di sekolah. Sungguh memalukan sekali apabila kaum hawa yang bergaduh. 
            Apa nak jadi zaman sekarang ni, kebiasaannya Miss Bubble dengar lelaki yang cepat bergaduh, tetapi tadi tengok perempuan yang bergaduh. Kenapalah adik-adik sekarang sudah mula untuk terjebak menjadi samseng? Dimana moralnya wahai adik2 peneraju negara akan datang? Miss Bubble sedih dan terkejut dengan sikap budak2 sekolah yang berani untuk buat apa sahaja tanpa berfikir. Sungguh memalukan, budak sekolah menengah bergaduh di khayalak ramai dan juga turut disaksikan oleh budak lelaki. Semua yang melihat dan menyaksikan, kenapa tidak mencuba untuk menghalangnya. Bukan sekadar lelaki yang menendang, tetapi yang Miss Bubble tengok ni lagi teruk apabila aksi tarik menarik, tumbuk, sepak terajang dan juga hampir seorang ni tertanggal baju sukan sekolah. Ya Allah, sampai begitu sekali mereka berkelakuan teruk, menampakkan sesuatu yang memalukan, tolonglah adik-adik. 
             Walaupun ada rasa tidak puas hati tapi pergaduhan sebegini bukan cara penyelesaiannya. Tak malukah lelaki2 seronok melihat kelakuan tak senonoh, seorang cuba menarik2 sampaikan terselak baju sukan. Apa semua ni, apa nak jadi... Buka mata dan tajam kan minda, usia muda jangan di sia-siakan. Tak ada gunanya korang bergaduh, korang berada di sekolah untuk menuntut ilmu, dan ingat ibu bapa menghantar anda ke sekolah supaya anda menjadi seorang yang berilmu bukannya menjadi seorang yang bodoh sebegitu. Miss Bubble makin takut dengan sikap agresif budak2 sekolah zaman sekarang, hilangnya moral. Tak bolehkah adik-adik semua bersabar sedikit, dan berada di alam persekolahan bukanlah sesuatu yang lama, sekejap je adik. Sekejap je kita akan ada pengalaman di sekolah, dan apabila meningkat dewasa kita semua perlu melangkah ke alam universiti dimana tiada lagi kawan kawan yang senantiasa bersama kita, tiada lagi guru yang selalu memberi tunjuk ajar. Semuanya berdikari dan independent. Di saat itu, kita perlu independent dan tidak boleh bergantung pada sesiapa. Yang paling penting saat itu, kita akan mula merindui zaman persekolahan kita. 
             Jadi, kesimpulannya akak Miss Bubble berharap bagi adik-adik yang bersekolah jagalah kelakuan dan nikmatilah zaman persekolahan dengan sebaiknya. Bagi sesiapa yang sudah bergelar ibu atau bapa, pantaulah anak-anak anda agar tidak terjebak ke arah memalukan ini dan juga pada sesiapa yang mempunyai adik yang masih bersekolah. Sama-sama kita berdoa agar generasi akan datang terpelihara akhlaknya.

sekadar jenaka :)


btw: Miss Bubble tak ingin upload video itu kerana mungkin memalukan empunya diri.
< Tolong KLIK juga ya >


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 9 January 2012

Saya nak souvenir dari Indonesia GA


Olla :)

Finally, dapat juga Miss Bubble join GA dari cik asfz kita. Dia ni kaWan Miss Bubble kat blog, selalu main komen-komen juga. Tapi tak sangka dia buat GA, macam tahu je Miss bubble suka join kan3.. Hadiah GA ni dari Indonesia tahu tak, sebab owner blog TCA ni sekarang belajar kat sana,. comel2 je hadiah dia nak bagi. (hopefully ada hadiah lebih bagi free kat Miss Bubble) hehe.. Segala syarat dah dipenuhi, semua Miss Bubble dah like. Sekarang Miss Bubble nak ajak someone untuk join juga.. Jom2 kita join reramai GA ni, tapi pemenang bagi Miss Bubble je ok..:)

> Zafirah <




btw: hope i'm one of the winner..
~sape nak join klik banner ye~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 2 January 2012

FinaL eXam !

Olla :)

          Jejari Miss Bubble sedang rancak menaip untuk entri pertamanya bagi tahun 2012. Welcome to 2012 for all off you. aNd juga pada blog ni !. Buat pertama kalinya blog Miss Bubble menyambut tahun baru, nak tahu kenapa? sebab blog Miss bubble ni lahir bulan may 2011. So, umur pun tak sampai setahun, hikhik..
      Ok la, kat entri ni tak lah bercerita pasal tahun baru. Nanti Miss Bubble buat entri special sempena kedatangan 2012 ni ya. Tunggu Miss Bubble abis final dulu. Sebenarnya kan korang, Miss Bubble dah nak menghadapi final exam untuk semester 5. Esok adalah permulaan segalanya..huuu, takot yang amat, tapi Miss Bubble serahkan semuanya pada Allah. harap semuanya berjalan lancar dan sentiasa diredainya. Nak tengok jadual exam Miss bubble tak..Jom scroll bawah :)

3 jan 2012-> selasa-pagi- Electrical Machine
                     selasa-petang- Ethnic relation
5 Jan 2012->khamis pagi- Electric Power System
                     khamis petang- Principle of communication system
6 Jan 2012->Jumaat pagi-Islamic Institution


wahhh....macam mana, tercengang bila tengok. Sebab tu la Miss Bubble habis exam awal sebab nye jadualnyee sangatlah pack. Subjek tu banyak killer jugak..adoiii, tak yah cakap banyak la, Miss Bubble nak sambung menghafal ni untuk jawab esei ethnic esok.. K la korang semua, doakan yang terbaik untuk Miss Bubble..Muaaaahh:)

btw: sape2 yg nak final jgk, Gud Luck Miss Bubble ucapkan:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta