Wednesday, 6 July 2011

Part 6: Sesuci Hatimu

               
               Penat pula badan hari ni, kalau difikirkan kuliah tak adalah banyak sangat mungkin otak ni terlampau banyak menerima ilmu,.ahahaa..aku cuba membuat andaian kosong. Aku rasa lebih baik aku rehatkan badan, malam nanti lah siapkan assignment pastu nak kena bincang dengan Mia lagi pasal projek sebelum cuti pertengahan sem. Wah, tak sabar pula aku nak bercuti, rindu rasanya kat kekawan kat rumah dan juga mungkin si dia. Entah kenapa saat ini aku boleh terfikirkan dia, sebelum ni aku tidak pernah kisah tentang dia. Mungkin sudah agak lama aku tidak berhubung dengan dia, maklumlah dia lebih sibuk belajar mana ada masa nak ambil tahu pasal aku. Lagipun siapa aku di hati dia. Kalau dulu bolehlah dia selalu mengambil berat akan diriku, boleh juga aku luahkan segala masalah aku padanya. Hanya dia yang aku anggap sebagai kawan baikku kerana setiap kesedihan aku luahkan pada dia. Kami memang kawan baik dan aku sangat menghargai dia sebagai temanku yang setia. Tapi, sekarang semuanya tidak indah. Kenangan kita berteman hanya tinggal bayangan. Adakah salah aku kerana cuba menolak hatiku untuk mengisi cinta dia atau salah dia kerana menyimpan secebis kasih dan cinta padaku? Tapi apa yang aku pasti soal cinta aku masih belum bersedia untuk menerima, biarlah sahaja hatiku begini. Aku sangat senang jika perhubungan aku dan lelaki sebagai teman atau sahabat, aku tidak mahu hidupku terlalu cepat terjebak dengan cinta manusia yang mungkin tidak menjanjikan apa-apa. Namun, tipulah kalau aku lansung tidak mempunyai perasaan kan, semua orang dianugerahkan untuk merasai apa itu biusan cinta, apa itu kasih dan apa itu sayang serta rindu. Tetapi perasaan sebegitu terletak di tangan kita untuk mengawalnya, kerana jika kita tersalah untuk mengawalnya pasti akan membinasakan diri kita sendiri. Kala saat begini, dengan cuaca yang tidak terlalu panas enak sahaja aku melabuhkan badanku di katil empukku sambil memikirkan kau Haris. Aku membiarkan sahaja fikiranku dibawa melayang mengimbau kembali saat aku berteman dengan Haris.
                “seronok pula aku dapat lepak dengan kau macam ni Eilly” kata Haris.
                “ hahaa, aku kan penghibur hati sesiapa yang lara. Aku nak jadi teman baikmu Haris.” Jelas aku.
                “teman baik? Apa hanya sekadar teman sahaja kau inginkan? Soal Haris.
                “iya, teman..atau apa maksud kau Haris? Aku terus menyoal.
                “maksud aku, kita kan sudah lama kenal hati budi masing-masing. Takkan kau tidak pernah menyimpan sedikit pun rasa suka sama aku? Kelihatan serius muka Haris ketika menyoalku.
                “Suka! Suka sebab kau kawan aku Haris. Aku lebih senang jika kita berkawan macam ni,. Kau tak happy ke kita macam ni Haris?” ulas aku.
                “errmm..entahlah. Aku ingatkan kau faham dan dapat membaca isi hati aku…tidak sempat HAris menghabiskan ayatnya aku terus memotong.
                “ eh, Haris..sudahlah aku mahu pulang dulu dah lewat. Nanti aku dah nak sambung belajar, tak dapat lah kita nak lepak macam ni lagi kan. Aku harap kau selalulah contact tak pun mesej aku ye..!” jawab aku.
                “iyalah Eilly, jaga diri kau elok-elok..”balas Haris.
Sejak hari itu, Haris jarang menghubungi aku. Aku pun kurang pasti, saban hari aku menanti khabar darinya tapi tidak juga kedengaran. Aku biarkan saja begitu, mungkin Haris sibuk dengan urusannya untuk sambung belajar juga. Sampai suatu hari aku mendapat mesej dari Haris, gembira hati aku tak terkata kerana bibit rindu sudah mula melanda diriku. Tapi mesej itu kadang kala membuat hatiku keluh, dan sedikit tersentak. Patutlah aku jarang dihubungi gara-gara Haris sudah bertemu dengan kekasih hati. Begitu cepat Haris mencari cintanya dan aku patut tumpang gembira padanya. Namun itu Cuma perasaan plastik semata-mata, aku mengaku yang aku sedikit kecewa akan sikap Haris yang terlalu gopoh dalam mencari pasangan hidup. Pernah suatu malam entah kenapa terdetik hati aku untuk menghubungi Haris, dan aku masih ingat perbualan aku dan Haris.
                “hai Haris, dah lama kau tak mesej aku ya, busy dengan buah hati? Aku cuba untuk bercanda dengannya”
                “haha, semestinya. Aku kan sudah dimiliki dan aku haruslah menjaga buah hatiku baik-baik.. kenapa, kau jeles ya Eilly? Soal Haris.
                “tak ada masa aku nak jeles la Haris, Cuma aku hairan cepat pula kau couple dengan si aini tu yea. Sebelum ni kau tak cerita pun kau sukakan Aini.” Aku cuba mengorek rahsia Haris.
                “entahlah, dulu aku pernah tanya perasaan kau padaku, tapi kau hanya anggap aku seprti kawan biasa, pastu aku cuba buang perasaan aku pada kau kerana aku tak mahu mendesak kau sukakan aku. Kebetulan Aini muncul dalam hidup aku, jadi aku rasa mungkin jodoh aku dengan Aini.”begitu jelas huraian yang aku terima dari Haris.
                “owh..tapi..ermm, iyalah mungkin kau dengan Aini sudah ditakdirkan bersama dan aku sebagai kawan turut tumpang gembira. Aku happy taw, ada orang nak jaga kau pasni..hehe..” aku cuba gelak dan menutup resah yang melanda hatiku.
                “ uit Eilly,aku tak boleh lama nak cakap dengan kau. Aku dah janji nak call Aini malam ni. Lain kali lah kita cakap lagi ya..bye! lantas Haris mematikan talian telefon.
                Belum sempat aku menghabiskan kata-kata dan aku masih ada sesuatu untuk dikongsi dengan kau Haris. aku ada sesuatu untuk diluahkan pada kau Haris, namun aku faham masa kau bukan lagi untuk mendengar masalah aku lagi. aku sudah hilang tempat mengadu, aku kecewa dan perasaanku tidak tentu. Sejak malam itu, aku cuba melupakan kau Haris, aku cuba lupakan dari mengingati dan membawa hatiku untuk menghubungi kau. Namun kau juga sudah tidak menghubungi aku lagi Haris. aku faham yang kau akan habiskan masa kau dengan kekasih hati. Kawan seperti aku begitu mudah kau campakkan di saat kau mula bina kebahagiaan dengan Aini. aku lansung tidak salahkan kau Haris, mungkin kau memang memerlukan seorang teman istimewa dan aku tidak layak untuk itu.
                Lamunan aku yang kian jauh tersentak secara tiba-tiba saat telefonku berbunyi.
                “Eilly, kau nak ikut aku keluar tak petang ni? Soal Mia.
                “err, lama ke kau nak keluar? Tanya aku.
                “tak tahulah, mungkin lewat malam baru aku pulang. Lagipun esok kan cuti..hehe” jawab Mia.
                “kalau macam tu tak apalah, kau keluar jela. Aku penatlah.” Ulas aku.
                “ok dear..! take care..” Mia terus mematikan telefon.
         Owh..Mia kau keluar lagi malam ni, tak pernah nak duduk diam dalam bilik..bentak hatiku. Ni mesti si Daus yang ajak keluar, aku macam tak yakin je kalau Mia keluar dengan Daus. Aku bukannya kenal sangat dengan si Daus, tapi setahu aku dia pun boleh tahan ramai awek nak mendekati dia, maklum saja lah anak orang berada. Duit banyak dan tidak habis untuk dibelanjai dan enjoy di usia muda begini. Tinggallah aku sorang-sorang kat bilik ni, rumet pun dah pulang ke rumah macam biasa suda tiba hari minggu maka hilanglah bayangan rumetku itu. macam ni la bosannya hidup aku kat bilik kalau tak ada plan nak buat apa. Hmm…boleh pula aku teringatkan si Haris tu..apalah khabar dia sekarang yea.

btw: will be continue. keep reading..))
Part 5 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

4 sUntiKaN sEmaNgaT:

anys nadhilah said...

haris , , , hehe :P

MisS BubBLe said...

@CikAnyss' :O
hah..? ada pape ke ngn Haris? kui3:D

Unknown said...

Tak sabar menunggu kelanjutan ceritanya,,,,, moga cepat di posting :D hehe...

MisS BubBLe said...

@ZeLika_Merry Mempawah

sorry, trpaksa ditangguhkn..busy sikit..:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta