Tuesday, 5 July 2011

Part 4 : Sesuci Hatimu


          Pagi yang tidak selalunya cerah, tiada lagi kedengaran suara-suara orang berpusu-pusu ke kelas kerana suara-suara yang kebiasaannya akan bising di kala pagi terus hilang bersama hujan lebat yang semakin membasahi perkarangan hostelku. Aku memandang ke arah jam, tepat pukul 9.30 pagi, dirasakan seperti pukul 7 kerana cuaca yang agak buruk dan hujan yang makin lebatnya. Badanku terasa malas untuk bangun dari katil empukku, namun ku gagahi jua demi kuliah yang akan bermula jam sebelas nanti. Kebiasaannya aku akan bangun awal, tapi disebabkan hujan membuatkan diriku untuk terus berselindung di dalam selimut. Ku gagahi jua lemak-lemak yang semakin berkumpul di dalam diriku ini yang membuatkan aku semakin malas dan menuju ke toilet. Aku terus bersiap dengan mengenakan t-shirt pink berlengan panjang, seluar jeans hitam dan bershawl pink. Aku lebih selesa simple begini, tambahan pula hari ini hujan, malas untuk aku memakai baju kurung nanti bila berjalan basah terkena kain. Tiba-tiba aku mendapat mesej dari Mia.
                ‘Eilly, sorry taw aku tak pergi kelas hari ni, tak larat nak bangun!’
Ermm..aku dah agak tatkala hujan begini memang enak dihangatkan dengan selimut. Kalau bisa aku pun mahu begitu, tapi mesej Mia tidak mematahkan semangatku untuk terus pergi ke kelas. Aku membawa payung kecilku bersama dan keluar dari bilikku.
Saat aku berjalan pantas menuju ke kelas, sempat lagi mataku melirik ke arah jejaka yang lalu bertentangan denganku. Kenapa pula hati aku mesti berdebar-debar begini? Sedangkan aku tidak pernah mengenali lelaki itu? Agaknya aku sahaja yang perasan si lelaki itu memandangku setiap kali kami berjumpa. Aku terus mengatur langkah dan bayangan lelaki it uterus hilang di pandanganku. Secara tidak sedar, aku tergelak sendirian memikirkan lelaki itu. Ahh, kenapa perlu aku mengingati si zhafie itu, pertemuan seperti itu bukannya dirancang dan itu hanya kebetulan sahaja. Dah nama pun satu kampus, mestilah aku akan selalu berjumpa dengannya. Mungkin belum tiba masanya aku berjumpa dia dengan aweknya. Teringin pula aku nak melihat siapa si gadis bertuah yang dapat lelaki jambu begitu, tak mungkin orang hensem seperti zhafie tidak mempunyai teman special. Langkahanku makin laju dan tiba di kelas. Nasib baik lecturer belum sampai lagi, nampaknya aku masih ada masa untuk revision sedikit sebelum bermulanya sesi pembelajaran.
                “Eilly, mana kawan kau yang cantik? Tak bangun lagi ke?” soal Farid yang merupakan salah seorang classmate aku.
                “ermm..maksud kau Mia ke?” aku menyoal lagi mendapatkan kepastian.
                “ yes, Mia la…siapa lagi kawan kau yang selalu berdua dengan kau” jelas Farid.
                “owh, Mia dia tak sihat, katanya sakit kepala.” aku membalas.
                “iye sangat la tu sakit kepala si Mia tu, hujan-hujan macam ni mesti tak bangun lagi..owh yea, macam mana nak bangun semalam kan hangat bermadu asmara kat luar..”sindir Farid.
                “apa kau cakapkan ni Farid?” aku cuba menyoal Farid.
                “ala, tak payah nak backup dia sangat eilly, aku nampak semalam dia duk berpimpin tangan dengan si mamat mana entah, syok sangat dating semalam sampai tak boleh nak bangun datang kelas hari ni” kata Farid.
                “Mungkin kau salah orang Farid, tak baik nak menuduh, aku malas nak campur hal peribadi orang” aku cuba berselindung.
                “apa-apa jela eilly, nasihat sikit kawan baik kau tu jangan terlampau banyak mainkan hati orang!” tegas Farid.
        Farid kini sudah mula untuk masuk campur soal hidup Mia, kata-kata tadi menampakkan yang dia begitu tidak berpuas hati dengan Mia. Aku tahu kenapa dia menyindir tadi, ini kerana soal hati. Hati Farid yang kini sudah hancur dan retak di kala Mia menolak cintanya. Semua dalam kelas aku tahu, sejak dari dulu lagi Farid memang sukakan Mia, tapi Mia tidak pernah meluahkan rasa cinta atau suka kepada Farid, tapi Mia macam itulah perangainya terlalu memberi orang lain harapan kepadanya sehingga Farid salah seorang kecewa akan sikap Mia. Farid pernah ceritakan padaku dahulu, dia merasakan dirinya dipermain, dipergunakan oleh Mia. Adakalanya aku cuba menasihati Mia, jawapan yang aku sering terima ialah dia tidak pernah sukakan sesiapa dan hanyalah layan seperti kawan. Mia lansung tidak menunjukkan rasa bersalah jika ada lelaki yang suka atau menaruh hati padanya, kerana baginya semua orang layak untuk merasa suka atau cinta pada sesiapa. Tatkala Mia kebosanan atau ingin keluar, pasti dia akan mengajak Farid. Sebagai kawan kepada Mia, salah aku ke kerana tidak mengawal dia? Aku sendiri buntu dan aku bimbang kalau-kalau ramai lagi lelaki yang menaruh harapan pada Mia. Aku hanya berdoa agar Mia akan sedar suatu hari nanti.
                Kelas untuk hari ini telah tamat. Aku berjalan keluar dari kelas sendirian kerana kawan-kawanku yang lain terus bergegas menuju ke kafe untuk makan. Perutku juga menyanyi kelaparan, tetapi kaki aku seakan membelok ke arah library. Tiba –tiba handphoneku mendapaat satu mesej.
                  ‘Eilly, aku tunggu kat kafe taw, kita lunch sesame oke!’ mesej daripada Mia.
Hmm..dah bangun rupanya si puteri ni, lantas aku terus membalas mesej Mia
                 ‘oke, bagi aku masa 15 minit, aku nak hantar buku dekat library dulu’
Aku terus memsuki ruang legar library dan terus ke kaunter untuk memulang kembali buku yang dipinjam minggu lepas, tarikh peminjaman telah tamat pada hari ini. Sementara menunggu buku aku diproses tiba-tiba datang seorang kelibat di tepi. Terdetik hatiku untuk melihat siapa di library di kala waktu makan begini.
                Alamak, budak ni lagi..jumpa kat library lagi. Aku terus mengalihkan pandangan aku bila si zhafie mula perasan aku memandangnya. Setelah selesai urusan aku di kaunter aku terus bergegas meluru keluar kerana terpikirkan Mia yang sedang menunggu aku di kafe. Langkahanku makin laju tapi aku dapat merasakan ada seseorang yang mengekoriku dibelakang. Aku biarkan sahaja, mungkin orang di belakangku juga mempunyai niat yang sama seperti aku. 

btw : will be continue :)
Part 3: ( KLIK )

~ need ur help to comment here ( KLIK ) ~ thanx..muahaha:))

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

Senangnye dah ade kelanjutannye, suke kali bace2 cerpenmu..

MisS BubBLe said...

thanx 4 support me:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta