Thursday, 21 July 2011

Part 9: Sesuci Hatimu


“Haluu..awak,..tunggu jap!” panggil Mia.
“ya saya, awak panggil saya..ermm, macam kenal la awak ni” balas zhafie.
“yes! Hai saya Mia, kawan baik Eilly. Hari tu kita jumpa di kafe kan..takkan lupa kot” jawab Mia.
“ya..betol2..tak lupalah, orang cantik mana saya lupa..hehe” balas zhafie.
“haha, tak sangka jumpa kat sini ya. Awak keluar dengan siapa?” soal Mia.
“ermmm..saya datang dengan kawan, kebetulan dia ada hal, jadi tinggallah saya seorang ni. Eh, mana Eilly?” soal zhafie.
“owh,Eilly ada hal, jadi samalah macam awak sorang-sorang je jalan ni..jom minum nak?” ajak Mia.
“ermm..boleh juga, tapi saya tak boleh lamalah. Sebab dah janji nak ambil kawan pula kat terminal.” Balas zhafie.
“ok, jap ea zhaf.. saya nak jawab panggilan!” ulas Mia.
Mia berlalu ke depan sedikit sambil menjawab panggilan dari Daus. Suaranya diperlahankan sedikit supaya perbualan dia  dengan Daus tidak didengari oleh zhafie.
                “halu, Daus..sorrylah saya ada kerja nak buat ni. Cancel jumpa awak ya..!” jawab Mia.
               “Cancel? Puas saya tunggu awak kat sini. Kenapa tiba-tiba cancel pula?” soal Daus.
                “kan saya dah cakap saya ada hal.Nanti kita cakap lagi. Bye!” Mia terus matikan telefon.
Fuh…nasib baik aku cepat bagitau cancel. Kalau tidak mati aku Daus nampak aku sebenarnya nak pergi minum dengan zhafie. Alang-alang aku dah jumpa mamat hensem ni, takkan nak lepas macam tu je. Biar padan muka Eilly, dah pandai nak mengorat lelaki sekarang. Biar aku yang ambil hati si zhafie ni dulu sebelum kau Eilly..bisik hati kecil Mia sambil muka tersenyum sinis.
                “ awak..jomlah kita pergi minum depan tu!” ajak Mia.
                “ok.jom..!” balas zhafie.
Mereka berlalu pergi dari situ dan menuju ke kedai minuman untuk menghilangkan dahaga. Sesekali pandangan Mia tajam melihat kekacakan wajah zhafie.
                “Mia, dah kenal lama ke Eilly? Dia asal mana ya? Nama penuh dia apa?” bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh zhafie.
                “ehem, banyaknya soalan. Belum sempat saya minum, dah nak kena jawab semua ni ya..hehe” sedikit sinis dari Mia.
                “owh, sorry..maafkan saya. Saya betul-betul nak kenal dengan Eilly, tapi Eilly macam tak layan saya sangat.” Jelas zhafie.
                “haha, dia memang macam tu. Dia jarang bergaul dengan lelaki. Lupakan jela niat awak nak rapat dengan Eilly, saya kan ada.” Balas Mia.
                “hahaha..pandai juga awak bergurau ya..ermm, Mia saya kena pergi dulu ya. Kawan saya dah tunggu kat sana..jumpa lagi.” ulas zhafie sambil bangun berlalu pergi.
                “err,zhaf..tapi saya betul-betul sukakan awak..saya belum habis cakap lagi..tunggu..!..
                " Cinta ada di dalam hati, carilah ia di situ" zhafie berkata lalu mempercepatkan langkahannya..

    ishh..belum sempat aku nak dating lama-lama, dia dah blah..Tak pe,nanti aku akan buat kau sukakan aku, dan lupakan si Eilly yang entah pape tu. Sedang asyik dia mengomel sendirian, tiba-tiba bahunya ditepuk..
                “Mia.! Mana kau menghilang, puas kami semua cari kau tadi. Rupanya tengah minum kat sini.” Aku cuba bertanya.
                “kau ni Eilly, suka sangat buat aku terkejut. Aku stop minum jap lah, penat aku tunggu korang yang memilih lama sangat nak beli.huh..” keluh Mia.
                “Kenapa kau tiba-tiba nak marah ni? Aku ada salah dengan kau ke?” soal aku.
                “ermm..yelah, apa yang kau dah buat sampai si zhaf tu tergilakan kau kan..Asyik-asyik nama kau je dia sebut. Aku suruh kau adjustkan zhaf tu untuk aku, tapi kau tak buat kan? Bentak Mia.
                “Mia,kenapa ni? Apa kaitan dengan zhaf pula..aku betul-betul tak fahamlah. Aku dengan zhaf tak ada apa-apa, kami kawan ja. Ambillah kalau kau suka dia…”belum sempat aku menghabiskan ayat..
                “ahhh..sudahlah.kau ingat dia tu barang ke nak ambil senang macam tu, sudahlah Eilly. Suruh tolong pun susah” Mia dengan marah terus berlalu pergi dari situ.
         Aku betul-betul terkejut dengan tindakan Mia. Tidak pernah dia menengking aku sebegitu tambahan di khayalak ramai pula tu. Aku sangat kecewa dan sedih dipermalukan begini, namun aku masih kurang faham kenapa Mia menuduh aku begitu. Aku hanya anggap zhaf sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Aku rela simpan perasaaan aku ini demi kau Mia, kenapa kau masih tidak nampak keikhlasan aku padamu. Sudah banyak aku lakukan untuk elakkan diri dari zhaf, gara-gara aku tidak mahu dituduh seperti ini. Hanya kerana seorang lelaki, perhubungan kita hancur. Aku kecewa sangat-sangat, maafkan aku Mia kalau aku tidak boleh menjadi teman yang baik seperti yang kau inginkan. Aku mengesat air mata yang semakin laju membasahi pipi. Aku terus tertunduk sambil memandang kebawah kerana malu dengan orang sekeliling.
                “ Eilly, kenapa kau menangis? Mia mana?” soal yaya.
                “Mia dah balik, dia marah aku..sampai hati dia tuduh aku macam-macam. Dia tuduh aku nak rampas zhaf dari dia.” Jelas Eilly.
                “eish, tak patut dia buat macam tu kat kau. Dia tu yang tak sedar, dah ada boyfriend kat luar, tapi tergedik dengan Daus. Sekarang ada hati nak dekat dengan zhafie lak. Pedulikanlah dia Eilly, kami semua ada dengan kau. Mia memang tak menghargai apa yang kau dah buat untuk dia selama ni” balas yaya sambil memelukku.
                “ Aku rasa tak sedap badanlah, jomlah kita pulang sekarang” ajak aku.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang. Aku sudah tidak sanggup untuk berada di situ lama-lama. Sesekali kata-kata yang dilemparkan oleh Mia datang menyinggah di fikiranku. Aku amat sayangkan persahabatan, dan aku tidak menyangka akan terjadi begini antara aku dan Mia.


btw: sape sudi tolong banyakkan KOMEN kat sini ye...
Part 8: ( KLIK )
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta