Monday 30 April 2012

Menanti jawapanmu

Salam & Olla :)



            Selamat malam semua, tepat 1.45 Miss Bubble mula menaip untuk entri ini. Jarum jam terus bergerak tanpa berhenti, Miss Bubble melihat rakan-rakan sudah tumpas di katil masing-masing. Tapi kenapa mata ini belum terlelap? Ingin cuba untuk memejamkan mata, tapi bisikan hati ini mengatakan tidak. Tapi kenapa? kenapa dengan hati ini...masih kelu dan masih menanti jawapan. Kenapa perlu adenya penantian yang sebegini di waktu malam begini. Mana buktinya keikhlasan yang dia ingin buktikan. Tolonglah buang perasaan yang tak enak ini, perasaan yang menganggu fikiran ini. Ku inginkan kehidupan seperti biasa, ku inginkan semuanya seperti sedia kala, aman dan damai. Kebahagiaan yang di cari masih belum ku temui, malah penderitaan yang perlahan-lahan datang menghampiri. Tolonglah pergi jauh dari diri ini andai tidak mampu untuk membuat ku tersenyum.Ku menanti apa jawapan yang akan kau berikan, apa yang sebenarnya akan terjadi antara kita. Hanya mampu menanti sehingga dirimu muncul dengan jawapan.





btw: awak, kalau selalu je macam ni baik batalkan saja niat awak tu.....


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 28 April 2012

See my face !

Salam & Olla :)

wink2.. kenyit-kenyit mata dulu, sebab tengok ada yang berubah. Hehe, tak banyak dan tak sikit yang berubah, sedang-sedang je. After beberapa hari pergi spa dan buat facial treatment akhirnya berani muncul untuk tunjuk kat korang semua wajah baru saya. Rasa macam tegang dan licin sangat. Wah, selesanya...sejuk mata bila tengok wajah sendiri. Kepuasan yang teramat, memang tak rugi lah dalam beberapa hari duk mengadap tengok je sensorang. MEsti korang nak tengok kan macam mana rupa saya sebenarnya. hah, tak nak lah tunjuk....shhhh..*segan
        Apa???nak tengok jugak? Alaaa,..biasa-biasa je..korang pun boleh lah bila free buat facial treatment, confirm cantek..cun! Thumb up !.. korang, tengoklah kat bawah ni... tadaaaa..see mt new face now :)


(ooppsss...apsal background blog ni)

kikiki, ni la yang saya cerita tadi. Berwajah baru after treatment beberapa hari. Isi masa terluang dan tangan pun mulalah mengedit tak kira masa. hehe, enjoy reading my entry..daa~



btw: ptg smlm jln2 tepi tasik macam tak percaya ada keberanian untuk jumpa :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 27 April 2012

Pengubahsuaian blog

Salam & Olla :)

       Hello semua blogger di luar sana, tengah-tengah malam ni rasa nak update jugak la blog kesayangan ni. Dah berapa hari tak bertaip kat sini. Akhirnya, bila di renung je isi dalam blog ni, tengok cma dah tak ada seri. Sebab nya? sebab dah bosan kot dengan design semua yang ada. Hehe, so dengan rasa free nya, saya pun merajinkan diri untuk edit ikon-ikon baru.
Kalau ada yang perasan la, dah ada sikit-sikit yang berubah. Hehe, tapi tunggulah ade lagi yang akan berubah. I'll try my best to renovate and make it beautiful :)

      Last but not least, malam ni rasa free sangat sampai lepas makan chicken chop kat kafe (yang tak berapa nak sedap) kiteorang lepak-lepak. Dah lama tak lepak sampai lewat malam, tengok jam pukul 1, terus kiteorang stop. Sebab esok kena bangun awal ada talk la pulak. Hmm, tak apelah korang..Miss Bubble tutup tirai dulu. bubyee, selamat malam :)



btw: Dapat big apple malam ni ! tenkiu :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 21 April 2012

Promote Bunga-bunga syurga


Salam & Olla:)

Anybody know this telemovie? Sebenarnya Miss Bubble nk bercerita sikit about this story. Pada awalnya tengok cerita ni macam tak berapa best, tapi Miss Bubble layankan juga. Tapi makin layan, makin menusuk kalbu. Cerita ni ada mesej dan isi yang tersendiri. Sangat banyak pengajaran yang boleh kita belajar. Seriusly, Miss Bubble tengok dan dapat learn something new. Memang menambah ilmu dan menyentuh hati. Dalam setiap episod tu, ada unsur2 agama yang boleh kita ambil iktibar. Bukakan hati kita untuk menyelami erti kehidupan kita sebenar di dunia ini, bukanlah hanya dengan hiburan semata-mata.

Episod 1: jaNgan beRgaDuh kEraNa saHabat sYaitan
Episod 2: kaLau kaU nak hiJrahkan kat daLam(hati), kau keNa semBahyaNg
Episod3:Wanita Yang meNdedaHkan raMbutnya pada leLaki dekat neRaka naNti raMbut keNa gaNtung saMapai naMpak oTak meNdidih

So, apa tunggu lagi. Nantikan cerita ini di tv3 setiap jumaat, slot zehra jam 9 malam. have fun:)



btw: besh jugak layan lagu "Tuhan jagakan dia"



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 15 April 2012

Aktiviti Separuh Hari

Salam & Olla :)

Sekarang dah pukul 4.20 petang, sampai waktu ni Miss Bubble duk mengadap je laptop after balik dari lunch tadi pukul 1. Sebenarnya semalam ingat nak study, tapi dah hilang ke mana mood tu, duk berfacebooking dan mengedit je. Entri ni nak tunjuk apa lah Miss Bubble buat ye sampaikan buku pun diletak tepi. Hahaa...


Yang ni Miss Bubble post kat sorang kawan nama dia farina. Sebab dia selalu makan tak habis, so Miss Bubble nasihat suruh makan sayur juga biar berkhasiat. Dia dah makin kurus dan cengkung sekarang..means tak sihat la kan....



haha, yang ni saja buat dialog, nak kasi gambaran kat dia... Hopefully dia jaga pemakanan dia dan makin bertambah selera dia :)




Dan yang ini pula untuk Linda, saja suka suki buat. Tahu tak apa benda tu, tu tomato. Semalam Miss Bubble ada buat signpost untuk fb, then dia pun cakap nak juga. Tapi yang ni saja mainkan dia, sebab dia suka tomato ! 



So, tu la aktiviti Miss Bubble setakat ni. Malam nanti ada perbincangan jap pasal kerja yang belum setel. Jom layan citer jap..hee ~


btw: Semalam cuak sebab incident tu !!!

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 7 April 2012

Sudah bercerai

Salam & Olla :(

           Hmm, muka sedih ni sebab masalah nak datang. Sape yang bercerai? Mestilah bukan Miss Bubble sebab belum kahwin lagi. Cuma adalah seorang lelaki ni kenal waktu event memancing terpaksa bekerjasama dengan pihak dia. Then, nak dijadikan cerita ada Miss Bubble cerita kat entri dulu. Malas nak ungkit cerita lama. Cuma takut kalau dia bercerai, adakah dia cari Miss Bubble? Handphone tak berhenti hari ni dari dia. Tolonglah, Miss Bubble tak tahu nak buat apa dah, walaupun Miss tak angkat, tapi secara tak sengaja terangkat nombor tak kenal rupanya dia. Miss Bubble harap sangat dia tak ada niat lain, kalau boleh dia tak payahlah contact or cari Miss lagi sebab Miss tak nak ada kaitan apa-apa. Dah la kena marah dengan mama sebab dia risau kalau jadi apa-apa kat Miss Bubble ni. Sesungguhnya Miss Bubble serahkan pada Allah. Miss Bubble doa semoga masalah ni cepat setel. Nak tukar nombor fon, tapi cam susah pula, Tengok lah macam mana. Biarlah Allah yang tentukan semuanya. Doakan Miss Bubble selamat dari seggalanya. Amin :)


btw: kalau boleh tak dah dia contact or cari lagi...takot kalo dia menyimpan perasaan.....
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 5 April 2012

Senyumlah dan senyumlah (^,^)

Salam & Olla :)
      Entri kali ni berkisarkan senyuman, senyuman manis anda yang terukir di sebalik wajah anda yang comel..hehe. Satu perkara yang mudah namun ada kalanya ia menjadi begitu sukar. Mengukir senyuman di bibir kadang kala menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati. Namun hanya diri ini sahaja yang mengerti. Senyum untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.
        “sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiaka hatiku”- Abu Darda

Namun, ada juga pepatah menyebut:
1.   1.     Janganlah terlalu banyak ketawa, kerana terlalau banyak ketawa akan mematikan hati.
2.    2.  Senyummu di kala bertemu saudaramu bernilai sedekah, meskipun sekadar menampakkan wajah ceria di saat kau bertemu dengan saudaramu


Walau bagaimanapun, ada juga manusia yang membuatkan kehidupannya menjadi muram bahkan mereka yang berada di sekelilingnya juga turut merasainya hanya kerana sifatnya yang gemar membesarkan perkara kecil.
Jiwa yang sentiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman.      


(Model senyum sekejap..)
                                                      

        Apa jua keadaannya, cubalah untuk menguntum senyuman agar kehadiran kita di pandangan orang disegani. Walupun diri kita menangis tapi biarlah kita dilihat bahagia dan ceria di depan orang. Marilah kita senyum untuk diri dan juga orang lain. 


btw: Cubalah untuk senyum walau dalam apa keadaan sekalipun, dan anda pasti akan gembira jika orang lain membalas senyuman anda :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 3 April 2012

kekurangan pada diri aku

Salam & Olla :)

       Entri kali ni khas untuk diri Miss Bubble sendiri tak ada kena mengena dengan orang lain. Dalam entri ni nak bercerita pasal kekurangan diri Miss Bubble. Iyalah setiap orang ada kekurangannya, tapi kat sini Miss Bubble nak cakap kekurangan fizikal. Sorry, ini bukan masalah tak bersyukur ke apa, tapi hanyalah sekadar luahan. Miss Bubble terima je apa bentuk fizikal kat Miss Bubble cuma kadang kala Miss Bubble merasakan fizikal Miss Bubble ni menjadi isu pada orang lain. Agaknya kenapa ya, pelik ya sebab Miss Bubble ni mata sepet tak sama macam korang yang mata bolat, Hidung kepek (tak mancung) tak sama macam korang hidung tinggi ja, dah la pendek tambah pulak gemok, teruk ka erk..? Tapi inilah diriku,..
        Bila berkaitan mata mesti hati ini cukup terasa, sentuh bab hidung lagilah terasa sebab tak mancung. Bila tengok badan, tembam ala-ala gemok dah.. Dulu ada orang panggil Mr.Magoo, (kartun mata sepet, ce google). Sampai macam ni sekali kena compare, sape yang tak terasa. Lepas tu kalau cerita pasal hidung, mesti Miss Bubble perasan macam ada yang nak cakap hidung tak mancung macam Miss. Yang appearance gemuk ni tak tahulah macam mana kalau orang lain yang betul2 gemok..sebab kalau macam Miss Bubble ni pun dah ada yang nak tegur2 lah suruh jaga makan la apa, Semua tu Miss Bubble dapat rasakan, kalau korang tak peduli pasal fizikal orang lain tak boleh ke..? Ke sebab fizikal orang memang dah perfect?
         Kalau dulu masa sekolah rendah aktif sukan kulit tak payah cakap lah hitam legam, kalau pergi beraya ja mesti ada orang cakap hitam, selalu ja nangis bila kena tegur macam tu. Dan sekarang alhamdulilah kulit dah kembali normal, syukur mungkin Allah tahu betapa pedihnya hati ni bila kena macam-macam kan. (walaupun still sekarang abg asyik panggil hitam) Layankan jelaa...


btw: oopsss, malas nak cakap pape dah.. Aku redha je dengan semua ni :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

happy holiday to me :)

Olla :)

          haloo guys !.. happy blogging, hope you guys have a nice day also. Attention, have a good news, i'm holiday now..yippii, ooopss, is it for me only..Haha..stop speaking now, okeh transfrom to malay now >>>>
            Alhamdulilah, sebab dah berada kat rumah. Universiti saya bagi cuti awai dari universiti lain. So sekarang kitaowg tengah mid-term break. Berbaloi lah cuti seminggu tapi sangat bermakna. Setiap masa yang ada ni sentiasa diisi dengan benda berfaedah. Yang penting bebanan dan masalah kat kampus dah buang jauh-jauh. Anyone from my my campus totally out for a while in mind..ooopss, ter speaking lagi..
           Apa-apa pun, nanti nak update entri site visit saya dan kawan2 before balik cuti ari tu.. tunggu yeaa....bubyeee~


btw: ada lelaki yang tak malu dan tak matang..kelakar, layankan jee~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta