Friday, 1 July 2011

Part 1 :Sesuci Hatimu


               Di kala pagi yang indah, aku dan Mia bergegas menuju ke kelas pertama kami. Kelas pada pagi ini hanyalah sejam, walaupun ngantuk gara-gara semalam stay up sebab dikhabarkan akan ada kuiz untuk pagi ini, aku gagahkan jua mataku yang makin layu. Setibanya kami di kelas dan kuiz yang diuar-uarkan semalam telah ditangguhkan ke minggu depan. Ahh..nak menyesal pun tak sudah study semalam sampai lewat pagi, tak ape lah sebagai preparation untuk exam. Setelah hampir sejam, kelas bioprocess telah tamat. Aku dan Mia meluru keluar dari kelas. Untung sahaja aku mempunyai kawan seperti Mia, dia sangat pandai dalam berkata-kata dan memujuk hatiku jika aku bersedih. Walaupun kami baik, tapi hanyalah sekadar teman di k elas. Aku tahu dia pasti tak menghargai aku sebagai kawan yang betul-betul mengambil berat akan dirinya.
                “Mia, jum lepak library!” ajak aku
                “Library??err..malasnya aku. Kau nak pergi jela sorang. Aku nak balik bilik la, online lagi bagus..aku balik dulu taw eilly ” jawab Mia.
Ermm…walaupun kami dikatakan kawan baik, namun ada juga kadang-kadang kami tidak sepakat. Aku lebih suka menghabiskan masa di library untuk menyiapkan assignment, tetapi Mia lebih suka terperuk di dalam biliknya dan melayani dunia cybernya. Kala bosan melanda dirinya, pasti kakinya akan melangkah keluar untuk enjoy di bandar. Sudah puas aku menasihatinya untuk kurangkan keluar malam, namun dia susah nak mendengar apa yang aku cuba cakapkan padanya. Biar jela Mia dengan hidup sosialnya, aku bukan kakak dia untuk lebih-lebih mengawasi dia. Sudah bertahun kita berteman, namun tak pernah sekali pun Mia mendengar nasihat aku. Kalau aku kawan sejatinya mesti dia faham kenapa aku cuba menghalang dia dari bercampur dengan lelaki-lelaki. Aku bukan sengaja untuk mengongkong hidupnya, tapi aku sebagai sahabat terlalu sayang akan dirinya jika ditimpa sebarang musibah. Bertahun aku mengenalinya, sayang dan kasihku padanya ibarat seperti adik beradik dan tak pernah pudar sedikit pun walau hatiku kadang-kadang terguris dek kekasaranmu  Mia.

btw: ini hanyalah permulaan cerita, will be continue:)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

6 sUntiKaN sEmaNgaT:

Asfz said...

wahaaa...da kembali menulis yek...

will waiting for the update ;)

weeee~

MisS BubBLe said...

@Cik Domo

aHahaha:D

Unknown said...

nk tgu jugak sambungann~ ;)

MisS BubBLe said...

@kechikuma
thanx, tapi terpaksa menunggu la yea..:)

Kyra Elric said...

i'm waiting~~~ :D

MisS BubBLe said...

@Pojiekyra
masey..:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta