Tuesday 16 July 2013

6 Hari without Nasi

olla=)


      6 hari tanpa nasi? Yes, so far hari ni hari ke 7 kita berpuasa, dan alhamdulilah saya dengan bangganya tak makan nasi lansung selama 6 hari.  Tapi, agak2 la kalau saya cakap tak makan nasi 6 hari, terus pandang atas bawah. Awak ingat orang tak makan nasi terus kurus ke? Tak ada nya benda nak kurus dengan cepat. Kalau exercise tiap2 ari yelah jugak nak kurus badan.


           Sebenarnya elak makan nasi untuk reshape balik. Rasa macam benda2 yang tak sepatutnya terkeluar,haha..so tahan la dari makan nasi or bagi yang tak tahan tu makan sekali or makan sikit je. Tak ada yang mati kalau tak makan nasi, ni semua tabiat. Mind set orang melayu mesti makan nasi dalam sehari. So far, saya boleh tahan dan tak ada keinginan sangat nak makan nasi. Sebab paling utama, sebab ada kat kampus. Malang sungguh la 1 kafe je bukak, makanan apa je ade, ramai yang tak nak pergi. So, ni melemahkan semangat untuk saya beli lauk jugak.

          Kafe dah macam gitu, nak cari makan kat luar? Agak2 la kereta pun tak ada, tunggu orang ajak jela baru mampu nak keluar. Jadi, solusi nya makan jelah apa yang ada kat bilik. Tahan diri, nama lagi puasa, so tahan kejap je nanti dah nak balik rumah. Hoorayyy, kat rumah nati boleh makan kuih muih, lauk pauk and say NO to 'Nasi". Hahaha, nanti kat rumah kena makan sikit je nasi, takut naik berat bila nak raya. Dah la sekarang status tamat pengajian, opkos tengah mencari kerja ni. So, kalau dapat reshape and nampak la slim sikit pun dah ok. Konfiden la sikit nak pergi interview. 


           Nampaknya hari ni, macam nak suap nasi ke mulut. Semalam tacink, kena dengan my mum , dia tanya kenapa tak makan nasi la apa, sedih pulak dia cakap habis program terus balik makan nasi kat rumah. Lagipun kat rumah tak ramai, so tak meriah waktu berbuka. Tak apalah sabar sikit je lagi. Nanti dah sampai rumah. Hari ni, jom ber iftar reramai. Lepas ni dah tak ada peluang macam ni. 



btw: Selamat berbuka dan jaga pemakanan =)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 15 July 2013

Sakit Paling Sengsara

Olla =(


           Korang tahu tak sakit apa yang paling sakit antara sakit2 yang pernah korang alami. Antaranya ialah SAKIT GIGI. Arghhhh, tension sungguh bila dengar sakit gigi, nyilu2 aje. Masalahnya sekarang ni aku tengah sakit gigi. Apa ke hal nya sakit time2 macam ni. Tak boleh nak duduk senang, tak selesa ni :(

             Dalam kelas autocad tadi pun dah moody and lost apa aku blajar, maklumlah gigi ni buat hal. Dah sakit, macam mana mata dengan telinga nak dengar. Geram sungguh, cabut semua kan baru tahu. Ni akibat dari makan kurma pagi tadi, entah kenapa cebat sangat aku gigit, selalu aku gigit sikit2 sebab tahu benda ni manis teramat dan akan bagi rasa sakit kat gigi. Entah tersilap teknik apa mende, lepas makan lama sikit dah rasa sakit gigi. Hmmm, tolonglah...tak leh nak buat apa ni. Dah jadi orang bisu balik...

              Wahai gigiku yang buruk, tolong jangan siksa aku time2 macam ni. Aku bukan kat rumah nak menangis 24 jam, kat sini tak boleh. Kena duduk diam2. Kalau kat rumah , aku rasa dah menangis berair mata, sebab bila nangis aku rasa macam sakit tuh hilang...hahhaha (yedoppp teori tak betul aku ni). Nasib baiklah aku sekarang dah tak makan apa, maksud aku makanan berat, sebab "berpantang". Bukan pantang bersalin, tapi pantang sebab..............................adalah...malas nak gitau.

Aku baru je gosok gigi lagi...


btw: Dah la sakit gigi, pastu ada pulak nak suh aku jadi org tengah mintak tlong org lain. Kwn sendiri bagitau la sendiri nak mintak tolong dia. Asyik aku je kena tebalkan muka, mesej la sendiri, sakit gigi kot ni... huarghhhhh :"(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 4 July 2013

Maaf Sebab Rindu

Olla :(


Malam ni terlebih mood sedih pulak. Hmmm, gara2 layan citer ramadhan kian hilang tu, ayaq mata cam tak nak stop pulak. Benci, mengada betul, saja nak bagi bengkak mata aku =.=

Tapi..tapi, memang sekrang rindu pun. Malam ni teringat sangat, tak tahu kenapa. Alangkah lega hati kalaulah dapat mesej dia kan....even kalau mesej menyakitkan hati pun, at least aku tahu dia ok je. Still dapat khabar berita.


Mungkin aku letak harapan yang tinggi, aku je perasan dia akan selalu teringat aku. Tak mungkin kan semua tu. Tak mungkin dia nak bazirkan masa, air mata untuk teringatkan aku. Aku je bazirkan air mata. Bukan aku mintak, kilang air mata yang produce banyak, so terpaksalah keluarkan..

Tak apalah kan, just sabar. Tak salah kalau menangis sekadar hilangkan rasa sedeh, sebak dan kepuasan diri. DOa kan je dia baik2, kalau ada rezeki mana tahu jumpa nanti. InsyaAllah...but now i really m.i.s.s U. S.o.r.r.y (T.T)



btw: sorry for sad entry..penuh emosi...dlm proses memcuba...

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 3 July 2013

Please Respect Others

Olla =(

         Respect? what do you understand? Briefly explain what is respect? Of course you dont know what is respect actually, thats is why you are very rude. Sorry ! 

      Di saat aku nak kecapi kebahagiaan, mengukir senyuman, melakar kenangan bersama kamu teman2, kenapa perlu wujud manusia seperti kamu? Kamu yang seakan baik diluaran, tetapi terkadang bahasa mu itu mampu mengguris hati orang lain. 

     Janganlah sampai aku dah hilang rasa hormat kat kau...please. Aku kagumi dengan penampilanmu, tetapi kenapa pertuturan mu itu kadang kala tidak seiring dengan penampilanmu. I'm very sure, other will never expect you are such a "laser mouth". I'm very sure others never think bad about you. Just people who are close to you will know. 

      Aku mintak maaf la sebab aku tak dapat kawal emosi. Aku ada perasaan, tetapi bukan kali ini aku terasa, sebelum ini pun ada. Aku rasa kau tak perlu nak cakap macam tu kat aku. Kalau teguran dan nasihat, memang aku boleh dengar. Kalau kau nak bagi ceramah agama pun aku boleh dengar. Tapi masalahnya tak ada kaitan. Mulut awak tu cepat sangat, dulu awak pernah mintak maaf sebab mungkin tersalah cara untuk bergurau. But now, awak still nak bergurau tak bertempat? 

            Come on la awak, memang tudung labuh tak pandai sangat nak jaga percakapan dengan manusia lain ke? Mungkin hubungan awak dengan Allah baik, tetapi hubungan dengan manusia lain awak tak cukup baik. Yup, saya tak boleh menilai awak macam ni, tapi beribu kemaafan kerana dengan cara ini saya luahkan rasa sakit hati tadi.

           Mungkin awak anggap itu cuma gurauan, tapi saya tersangat lemah sekarang. Bagilah saya untuk gelak ketawa, enjoy my life, and cari balik diri saya. Saya dah cukup bersedih untuk sekarang, janganlah tambahkan lagi kesedihan saya. I'm really sorry for wrote all this thing.



Aku tak nak menangis setiap hari, aku nak ketawa, gembira dan bahagia. 



btw: maaf, sekarang aku cepat sangat naik angin. I dont know....... :(




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta