Thursday, 13 October 2011

Siapalah Kita..

Jam menunjukkan pukul 6 petang,  suasana di blok akademik sudahpun beransur lengang. Semua pelajar sedaya upaya untuk terus pulang ke bilik masing-masing. Namun, di suatu sudut kelihatan seorang kelibat perempuan.
            “ Assalamualaikum, saudari kenapa termenung keseorangan..Ada masalah ke? maaflah kalau teguran saya ni menganggu saudari.” tanya Nurul.
            “Waalaikumsalam…Tidak mengapa, saya cuma terfikirkan sesuatu. Saya tak tahu kenapa saya boleh terfikirkan benda ini,”jawab aiza.
            “Kenapa? Benda apa? Kalau awak sudi, awak boleh kongsi dengan saya. Saya pun free sekarang, mungkin kita boleh jalan sekali,” ajak Nurul.
            “ Terima kasih sebab sudi teman walaupun kita baru kenal kan..Jom kita berjalan sambil bercerita,” kata Aiza.
Sedang asyik mereka berjalan, tiba-tiba bahu aiza dirempuh oleh seseorang dan buku ditangannya terjatuh.
            “ooiii, jalan pakai mata..jangan asyik nak mendongak je mata kat atas..mentang-mentang berpangkat, jangan ingat orang nak hormat” sergah Hana yang terus berjalan dengan laju bersama  2 orang kawannya di depan.
Selepas mendengar kata-kata Hana, hati aiza makin menjadi sebak dan air mukanya kembali murung. Kata-katanya terhenti dan tiada sepatah pun terkeluar dari mulutnya. Namun jernih-jernih kaca mulai terburai perlahan-lahan di pipinya. Nurul yang semakin pelik dengan perubahan wajah Aiza, terus menenangkan hati aiza. Nurul sendiri masih kelu dan tidak tahu masalah Aiza, namun apabila melihat aiza mengalir air mata, dia seperti tidak sampai hati untuk bertanya. Dia hanya mampu mengucapkan sabar pada aiza.
            “ Saya tahu semua salahkan saya tentang apa yang berlaku, tapi saya hanyalah insan yang lemah. Jiwa saya seperti mereka, saya hanyalah orang yang memikul amanah yang dipertanggungjawabkan pada saya. Saya bukannya suka-suka terima tanggungjawab ni,” sedu sedan aiza ketika melafazkanya.
            “ Aiza, dari awal lagi saya melihat muka awak. Saya macam dah boleh baca apa yang awak fikirkan, tapi saya tak berani untuk membuat andaian. Saya faham apa yang awak rasa, sebab saya pun ada mendengar keluhan dari beberapa orang pelajar lain,” jawab Nurul.
            “ Apa yang awak dengar? Maaflah kalau saya ini tidak sempurna menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” balas Aiza.
            “tidak mengapa Aiza, walaupun saya banyak mendengar rungutan dan cacian pelajar lain pasal awak dan rakan-rakan awak, tapi jauh di sudut hati saya tersimpang secebis perasaan simpati. Pada awalnya, kalau saya ikutkan saja emosi remaja yang panas mungkin saya sendiri akan turut sama mengotorkan hati ini dengan tuduhan palsu. Tetapi saya cuba luaskan minda saya, saya cuba letakkan diri saya ditempat awak. Saya dapat rasakan bahang dan tugas awak begitu besar aiza,”ulas Nurul.
            “Terima kasih kalau awak cuba faham saya. Tapi saya kecewa dan sedih sebab tak dapat menjadi seorang pemimpin yang baik. Saya gagal mempertahankan semuanya. Segalanya hancur, saya tak sanggup melihat pelajar di sini menabur dosa hanya kerana mulut. Saya tak tahan mendengar rungutan dan keluhan pelajar semua,”ulas Aiza.
            “Tapi aiza, Allah tahu awak dah menjalankan tugas awak. Awak pikul beban yang diamanahkan, kalau awak tidak sesuai memikul semua ni..dari awal lagi Allah tak uji awak dengan semua ni, dari awal lagi awak tak akan dapat menjadi pemimpin. Pencipta kita maha mengetahui, dia tahu setiap kemampuan semua hambanya. Awak patut bersyukur kerana awak seorang insane terpilih yang diberi tanggungjawab di dunia,”nasihat Nurul.
Aiza kembali senyap dan fikirannya melayang seketika. Benak fikirannya masih lagi terngiang-ngiang dengan kata-kata yang amat pedih dari kawannya sendiri semalam. Dia amat sedih kerana temannya sendiri seakan cuba membelakangkannya. Tapi dia reda dan sabar atas semua yang menimpa dirinya. Dia tidak mahu kehilangan seorang kawan hanya kerana perselisihan faham, dia sanggup lepaskan jawatannya andai ada yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab yang besar.
            “Aiza, awak janganlah muram lagi. Saya pun pelajar biasa, tapi saya faham awak dan saya faham pelajar lain punya perasaan. Cuma perasaan memberontak pasti wujud dalam diri masing-masing sebab kurangnya iman di dada. Kita sebagai pemimpin hanya mendoakan semuanya berjalan lancar, itu je..jangan difikirkan sangat nanti menganggu pelajaran awak” balas Nurul.
            “yup, betul cakap awak nurul. Saya rasa lega sikit dapat luahkan semuanya pada awak, tapi boleh saya tanya satu soalan tak?” Aiza cuba menyoal.
            “ Boleh ja, tanyalah,”kata nurul.
            “Cara awak bercakap macam dah ada pengalaman,betul ke? Saya tak sangka awak pandai berkata-kata, dan awak sangat memahami..”soal Aiza.
            “erm, kita selalunya lebih berpandangan luas apabila kita belajar dari perkara yang lepas. I mean pengalaman menjadikan kita matang. Saya ni tak pernah menjadi seorang pemimpin, yang saya tahu hanyalah untuk membantah apa yang ditetapkan. Dulu waktu sekolah saya tak pernah nak ikut peraturan, sikap saya sangat memberontak dan ada sahaja saya nak merungut dengan peraturan yang dibuat,”luah Nurul.
            “Yeke? Tapi apa yang menyebabkan awak berubah Nurul? Kalau awak tak kisah untuk berkongsi dengan saya,” kata Aiza.
            “ Mungkin sebab Allah dah buka pintu hati saya untuk berubah, dah banyak sangat saya membantah kan.hehe..tak adalah.. sebab saya terlalu merungut, sampai suatu saat saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya sedar yang saya ni hanyalah hamba Allah yang menumpang didunianya. Saya mimpi saya terperangkap di tempat yang gelap dan hanya saya seorang saja di situ..puas saya menjerit tapi tiada siapa dapat membantu saya kerana saya alpa dunia ini hanyalah tempat perteduhan sementara, saya tak mampu nak ubah undang-undang ataupun peraturan. Setelah saya bangun dari mimpi ngeri, saya yakin itu hanyalah petunjuk Allah yang nak saya sedar yang saya hanyalah menumpang dunianya..apatah lagi kalau saya duduk di sekolah berasrama dulu, saya hanyalah seorang pelajar yang menumpang untuk menuntut ilmu dan bukanlah untuk meminta sesuatu yang lebih,” nurul mula membuka kisah lamanya.
            “owh, patutlah awak faham dengan semua ni. Kalaulah semua pelajar cuba faham seperti awak kan, mungkin semua tuduhan ataupun umpatan tak akan terjadi. Saya hanya berdoa agar semuanya akan faham,” ulas Aiza.
            “iya, saya yakin suatu hari nanti orang akan faham tugas awak dan diaorang akan tahu yang awak telah berjuang demi mereka. Biasalah perkara macam ni terjadi dalam kalangan kita, kalau bagi saya pegang jawatan tak mungkin saya dapat mengubah segalanya disini sebab bukan saya yang tubuh universiti ni, haha..”gelak nurul.
            “haha,awak ni melawak pula ya. Manalah tahu suatu hari nanti awak yang jadi orang besar diberi mandat urus universiti ni pula..hehe..”gurau Aiza.
            “Itu tak tahulah macam mana nanti, habislah kalau dapat kat saya..”balas nurul.
Mereka berdua terus melangkah kaki menuju ke kafe, dan tiba-tiba nama aiza diseru berapa kali. Akhirnya aiza menoleh dan melihat Dania, rakan sekelasnya datang menghampirinya dengan muka sedih.
            “ Aiza, maafkan aku!” Dania tunduk malu.
            “Kenapa ni Dania?”soal Aiza.
            “Saya dah buat salah dengan awak, saya meragui tugas awak sebagai pemimpin. Belakang awak saya bawa mulut dan menabur cerita yang bukan-bukan. Selama ni saya ingatkan awak tak pertahankan hak kami semua, tapi baru hari ni saya sedar semua yang ditetapkan memang sudah tetap dan tak boleh nak berubah. Saya dah sedar yang saya ni menumpang di sini, walaupun saya bayar untuk tinggal di sini tapi ini bermakna saya dah pilih untuk tinggal kat kampus ni, dan saya harus patuh pada peraturan kat sini, bukannya saya merungut kan,” luah Dania.
            “Dania, saya tak berkecil hati pun. Saya tak nak ada renggang dan jarak antara kita sebab benda remeh ni. Saya cuba sedaya upaya saya untuk membantu pelajar lain, tapi bidang kuasa saya ada had nya. Maafkan saya jika saya tak dapat pertahankan,” jawab Aiza.
            “ Tak apalah, baguslah kalau ukhwah yang terjalin tidak terputus begitu. Jadi kita peranan sebagai student sama-samalah kita faham dengan diri masing-masing dan juga diri orang lain. Lagipun kalau kita bercakap sahaja, dan maki hamun orang tak buat kerja pun tak boleh juga sebab kita sendiri tak pergi berdepan tanya elok-elok dengan yang lebih berhak. Yang menjadi salahnya apabila kita cuba bercakap belakang, perkara sebegini lah kita patut hindarkan..betul tak?” pesan Nurul sambil tersenyum.
            “iya, saya faham…tak guna kalau saya salahkan awak aiza. Awak dah cuba tolong kami, awak dah banyak berjuang dan membantu kami jika kami ada masalah. Apa-apa pun, segala yang termatub sudahpun tersurat dan kita sebagai pelajar harus ikut peraturan diaman sahaja kita berada kan..,” ulas Dania.
            “baguslah begitu, lega hati saya. Apa orang kata, di mana bumi dipijak, disitu langit di junjung..hehe” gelak aiza sambil diikuti oleh nurul dan Dania.
Permasalahan dan resah dihati Aiza akhirnya sudahpun tersurat dan selesai. Hatinya benar-benar lega mempunyai teman yang percaya dan yakin pada dirinya. Apa yang perlu, hanyalah doa dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Walau apa cara sekalipun, kita kena ingat setiap benda pasti ada had dan batasannya. Mungkin ada yang boleh berubah tapi dan apa yang perlu selalu kita ingat ialah kita ini hanya meminjam dunia yang sementara untuk melakukan apa yang disuruhNYA. 


btw: Cerita ni  1 part je, sebab semalam ada masa tulislah sikit2..hehe..harap semua faham ye:)
~Doakan segala urusan berjalan lancar~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta