Sunday 22 September 2013

Feels Much Better

Olla =)

Alhamdulillah, syukur sangat sebab diberikan ketenangan jiwa dan hati di saat aku perlukan. Nasib baik hidup Miss Bubble tidak bertambah teruk dan melampau. Tak tahu lah nak cerita, tapi memang miserable life. before this kan Miss Bubble duk update je entri pasal cari kerja kan. Memang tahap segala bagai la desperate sangat nak kerja. 

Ceritanya bermula seminggu /2 minggu yang lepas. Setiap hari aasyik fikir dan fikir pasal masa depan. Macam2 bisikan buruk kat telinga, Ya Allah memang makin serabut hidup masa tu. Dan kebetulan memang tak tahu nak mengadu kat sape. Hanya menangis je keje nya. Miss Bubble sendiri pun tak tahu kenapa cepat sangat menangis. Everything mesti ada je yang tak kena. Then, lagi satu cepat sangat naik angin. Tak pasal2 nak marah orang, benda kecik pun jadi makin besar. Memang tak sedar dah rasanya time tu, teruk sangat. Iman tak kuat :(

Makin hari makin stress. Kepala fikir kerjaaa....duitt mana nak cari..kena fikir untuk bayar hutang PTPTN dah, sebab takot la hutang ni tangguh2..tak tahu apa jadi esok lusa. Bila tengok kekawan ada dah kerja, ada yang kawen macam terjamin hidup dah. Tapi bila pandang diri sendiri tak ada achievement. Duduk rumah macam menghabiskan beras. Rasa useless sangat time tu. Kepala asyik sakit, nak tidur malam pun susah dah mula rasa sesak nafas. I dont know why. Then sampailah satu hari tu, awal pagi terus ambil wuduk macam biasa solat dhuha, mengadu sekuat2nya pada Allah, kenapa hati ni lemah. Lepas solat terus di ambil yassin dan dibaca sebagai permulaan hari.

Alhamdulillah, lepas tu rasa jiwa makin tenang. Muncul kawan2 hantar mesej, boleh borak2 dan santai. Seriously rasa tenang dan lega, keluar dengan member2...ilangkan lagi stress. Memang lepas kejadian tu Miss Bubble hangout dengan member2. Mungkin la asyik terkurung dalam rumah sebab tu jadi campur segala bagai. Kadang2 kita kena ambil angin luang masa dengan kawan2 biar dapat lupa sekejap benda yang kita fikirkan. Betul tak? tapi yang penting amalkan solat dhuha dan baca yassin permulaan pagi supaya hari kita berjalan dengan tenang. InsyaAllah pada sahabat2 yang rasa kusut, mengadulah dan menangislah pada Allah. Dia yang Maha mendengar dan memahami kita.

Sekadar perkongsian untuk semua. Semoga hari2 kita akan sentiasa diredhai, doakan Miss Bubble dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan hidup. Amin ! ^^

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 13 September 2013

Ambo Nok Kijo Etep Weh

Olla :)

Jom bercerita lagi pasal mencari kerja. No makan angin or what. Isu yang hangat dalam blog ni adalah kerja dan kerjaya. Of course, saya nak kerja. Saya nak jadi wnaita bekerjaya sebab bertahun2 saya perah otak untuk sampai ke tahap ni. Please, give me a job. Hekhek..

Berbalik pada entri lepas Miss Bubble, cari kerja menerusi online tu. Haa, sebenarnya nak tanya la kan, kalau orang yang apply tu asalnya dari kelantan macam mana ye? Rasa2 ada efek tak?

Sebab Miss Bubble tanya ni,company2 semua kat Key EL, Selangor, Johor, and penang. Mostly memang kat area2 ni la. Then, bagi rakyat kelantan ni, yang naif tulis alamat kelate, tempat tumpah darahnya berpeluang ke untuk dipanggil temuduga. Haaa, kena fikir tu kekawan. Sebab ada certain cakap susah, diaorang tak panggil kalau jauh2. Dulu waktu Miss Bubble ada program finishing school pun, lecturer cakap gitu jugak. Ohhhohh, kenapa mesti macam ni ye.


Actually, sepatutnya tak boleh nak mengira asal tempat or jarak. Nak bagi adil panggil je calon untuk ditemuduga. Dah kalau orang tu dari kelantan then apply keje kat johor or Key EL, of course la dia willing untuk pergi temuduga even jauh. Kalau tak willing tak ada nye orang nak mintak kerja merata tempat. Betul tak ?


So, kalau sebab ni memang jadi isu...jawabnya tukar jela alamat. Tak gitu, wahahaha... Oopss lupa, korang2 yang bermurah hati tu ada terdengar mana2 lubang kerja boleh la send alamat emel company kat Miss Bubble ye. Cewahhh, mintak tolong korang je..kalau lah bertuah ada kan.. (in electrical engineering field taw )hekhek... send kat sini ek pape maklumat ( ollazatey@yahoo.com)

Chow dulu.. Arioss !

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 12 September 2013

Something wrong ke website kerja online?


olla :)

Camane ni kekawan? Susah bebenor nak dapat keje. Dah mintak online, tapi tak ada satu melekat. Kawan bagi email pun, Miss Bubble hantar juga. Unfortunately, still xmelekat. Apo kono sume ni. 

Ada tak korang2 kat blog ni alami nasib yang sama? Dah habis belajar dan menganggur ni tak dapat keje. Sedeh sungguh nasib badan. Orang kaya semakin maju, orang miskin semakin mundur. Eh, ape kena pulak kan Miss Bubble cakap cenggini? Tak de related lansung cuma kekadang orang yang kurang berharta ni macam Miss Bubble susahnya nak dapat kerja. Dah la pulun nak cari duit, tapi satu keje tak dapat. Ada yang senang lenang, anak orang berharta senang je dapat keje. 

Tu lah nak dikatakan periuk nasi lain2. Rezeki orang beza-beza. Miss Bubble ni dah dekat 2 bulan dekat rumah, ngadap dinding je. Duit simpanan makin kurang, duit masuk memang tak da lansung. Sape je nak kasik duit kat Miss Bubble. Alahaii nasib.

Actually curious la jugak, sikit la. Pasal apply keje online. Kan sekarang semua resume anta online je. Banyak2 yang di hantar, musykil la juga tak ada satu melekat. Persaingan sengit ye. Setiap satu job offer, beratus2 yang apply. Korang yang dah kerja tu sabar la, bagi lepasan ijazah ni kerja dulu. Mesti ada yang dah kerja tapi still nak cari kerja lain. Why not bagi peluang kat fresh graduate, tolong lah rakyat2 malaysia ni daripada pertambahan penganggur. Aishhhh... 



Haaa, ada satu benda lagi curious. Pasal anak kelantan? KEnapa? Nantikan next entri Miss Bubble oke.. chow!

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 8 September 2013

Hampir Putus Asa

Olla :(

           Sekarang dah masuk september dan nak masuk 2 bulan tanam anggur kat rumah. Ottokei?? Pening la fikir nak tunggu anggur berbuah, sampai ke hari ni tak berbuah. Setiap hari bagi baja, berharap akan berbuah, tapi apakan daya masih belum berbuah dan semakin hari semakin layu. 

          Setiap malam sebelum tidur mesti termenung, menerawang jauh fikirkan masa depan. Setiap kali bangun pagi mesti dengan satu harapan agar ada satu panggilan. Tetapi..semuanya hampa. Kenapa begitu sukar untuk hidup? Susahnya untuk mencari rezeki. Belajar setinggi mana pun, peluang untuk dapat kerja tipis. Kadang2 kita tengok orang yang belajar tak tinggi sekarang hidup senang lenang, bergaji dan bekerjaya. Kita? lepasan universiti hanya mampu apply dan apply namun tiada jawapan.


            Semua ni bergantung pada rezeki. Ya, memang semua ni rezeki masing2. Tapi, apakan daya aku hanyalah manusia biasa punya perasaan. Terkadang aku kuat dan saat ini aku rasa jatuh...hampir putus harapan. Aku tidak nampak di mana masa depan ku. Adakah selama ini perjalanan hidupku salah? Adakah menceburi bidang engineering itu satu masalah? Pelbagai andaian dan spekulasi bermain di kotak minda ku. Hanya hati yang mampu merasa, betapa sedih dan kecewa di saat ini. 

        Belajar 4 tahun, sekarang menganggur. Berusia 23 tahun tapi tidak mampu untuk membantu keluarga, tidak mampu untuk berkongsi rezeki hasil titik peluh sendiri. Sedih kan. Nasib tak pernah untung. Berlatar belakang bukan lah dari keluarga yang senang. Begitu kuat ujian mu Ya Allah :'(

Ku berharap akan kuat seperti air sungai yang tak pernah jemu mengalir 



~Aku harap jiwaku kental akan terus tabah dan sabar menanti sesuatu yang indah di atur oleh Allah~ InsyaAllah
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 1 September 2013

This Is called 'Unfortunate' or what

Olla =)

A long time ago, kita tak bersua. Now we meet again here. Seriously I have many story wants to be share, but................... a little bit lazy to type and update. Actually, Miss Bubble has mentally broken cause melilau2 setiap hari kat rumah seorang diri without doing nothing. Nothing ok!

                       Streess !! Stresss!! (tiru gaya Gary-runningman) kekkeke~ Babe, Miss Bubble sekarang menganggur. Tetiap hari mission cari kerja. Tapi still unsuccesful. Mission ni tak pernah successful, that is why keep repeating doing the same mission every day. How lucky i'am if one day i'm completed my mission then the pd myuk will give me another or new mission like runningman..kekeke..

              Adakah ini dikatakan malang, tak bernasib baik, tak cukup baik, tak berkelayakan, ataupun takdir? Seriously tak suka duduk rumah sesaje macam ni taw, jahat la korang tak bagi lansung peluang untuk Miss Bubble kerja. Cubalah bagi peluang, Miss Bubble jenis yang boleh buat semua kerja. Bak kata orang boleh di harap taw !
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta