Sunday 23 December 2012

i Love This Song

Olla =)

       I herad this song from one of the blog and fall in love with this meaningful song.  Because i love this song, so i'll share with all of you. Hope you guys like and fall in love with this song. You ca find the real singer in youtube, most of her video did not show her face..but her voice is so sweet and best... auuww, fall in love with this song "you". Enjoy guys ~




btw: keep playing from morning until now.... :')

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 22 December 2012

Without Relationship Is Better For Me

Olla :(

     Back to my topic, why i'm saying without relationship is better for me??? why? Cause i'm think this good for me. Maybe for me only who cannot manage my time correctly. Yeah, i admit it all the time i'm used for doing my assignment, study, lab report and eating while watching movies. But, while i'm study or do my assignment, i'm still replying your message. I'm still reply although its late for a few minutes. (even lambat masih balas ok)

   Bila dah lambat beberapa minit, miskol dan mula mesej marah2...dan mula mesej tuduh2, awak cakap saya melayan orang lain, berfacebooking n chat ! Saya menggatal !! Kenapa nak cakap macam ni kat saya, sedangkan saya sangat sibuk dengan assignment dan tambah sekarang dah study week. Kenapa susah sangat nak faham diri saya yang banyak kerja, saya bukannya tak mesej awak lansung, selalu and everyday. Walaupun sibuk, saya layan awak..tapi kalau awak sibuk, saya boleh consider. Saya tahu masa awak banyak sekarang sebab awak tengah rehat, tapi kalau next semester mesti awak faham bila dah jadi final year student. Saya tak minta lebih, cuma support saya dan faham saya.


   Kalau awak marah2 saya, mengata macam2 saya..awak ingat saya tak sedih? Saya jadi stress, sincerely i'm saying that i'm too stress! Saya ada hati dan perasaan, saya sensitif..saya nak ada orang support saya ketika ni, kerana saya keseorangan..awak tahu kan saya tak punya teman untuk bergantung kat sini, saya cuba jadi kuat walaupun rasa ditinggalkan oleh teman2, awak cakap berdikari..ye saya berdikari dan saya berharap awak faham saya selalu. Tapi tolonglah jangan marah dan tuduh bukan2. Saya memang buat kerja, tak menggatal pun. 

    Kalau awak nak orang yang 24 hours reply mesej awak cepat, for sure i'm not that person. Maybe there is someone who suits with you. I'm here now because my parent asks me to study hard. Please, please and please dont hurt me. Its better friends than become more than friend. Bagi saya ruang dengan kehidupan saya. Maaf, tak sanggup nak kena terima tuduhan melampau awak...i can't stand anymore.... :(




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 21 December 2012

Kenapa Hati ini terguris

Olla =)


     Soal Hati dan perasaan memang sukar untuk kita luahkan, tapi hanyalah diri kita sendiri yang merasainya. Hati kita yang di beri oleh Allah , menyingkap pelbagai perasaan, marah, cemburu, kecil hati dan macam-macam. Kita yang meminjam hati ini harus pandai mengawal keadaan agar hati kita tidak merasa sakit dan tercemar. Mungkin ada segelintir yang mempunyai perasaan mudah berkecil hati, same like me. Memang akui diri ini yang lemah dan tersangat sensitif. Sesungguhnya hati kecil ku ini terlalu cepat untuk terasa dan berkecil hati terutama dengan kawan2.. Kenapa terjadinya sebegini? Kerana berkecil hati itu adalah sifat normal bagi seorang manusia. 

memang ramai antara kita cepat terasa dan perasaan ini tidak salah. Kadang2 kita perlu melayan rasa ketidakpuasan hati. Jika kita membiarkan begitu, pasti akan timbul rasa dendam ataupun sikap buruk. Melayan sifat berkecil hati maksudnya kita sedar kita sedang berkecil hati dengan sahabat kita, mungkin kita boleh ambil alternatif untuk meluahkan rasa ketidapuasan kita ataupun segelintir antara kita segan dan malu untuk meluahkan. Jadi kita sendirinya perlu kuat, cuba menarik nafas panjang2, pejam mata dan istighfar. Mungkin perlu juga untuk menjauhkan diri seketika, agar hati kita akan terubat. Dan mungkin juga ada yang menanti untuk dipujuk. Kalau tidak dipujuk, maka makin parahlah hati kita. Sebagai manusia, kita juga punya perasaan berkecil hati dan sebagai manusia kita juga perlu menundukkan ego kita dengan memujuk kawan kita. 

Biarlah kawan kita itu tidak begitu penting dalam hidup kita sekarang, tetapi ingatlah sebarang kemungkinan ataupun benda pada masa hadapan bukan kita yang tentukan. Mungkin pada masa hadapan, kita pula yang akan rasa berkecil hati, dipinggirkan dan merasa dijauhi serta berseorangan. Orang yang mengecilkan hati kita mungkin antara sedar ataupun tidak. Antara tidak sedar kerana dia yakin dia mempunyai teman2 yang lain di sisinya, dan tidak perlu dia memujuk pada yang seorang ini. Dan antara yang sedar dia akan cuba merendahkan egonya dan mengambil balik hati temannya. Ingatlah walaupun sekarang kita masih boleh bergelak ketawa, bersuka ria dengan membiarkan teman anda berkecil hati, kemungkinan juga kita akan turut merasainya nanti.


btw: antara sedar ataupun tidak , ataupun kita sebenarnya bergembira di atas kesedihan teman kita yang tidak mempunyai tempat bergantung seperti dulu...Renung2 kanlah~

    

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 13 December 2012

ohh Durian !

Olla =)


          Mesti korang semua dah dilanda dengan demam durian kan, maaflah Miss Bubble terlambat update sal durian ni. Disebabkan musim buah yang melanda sekarang ni, banyaklah pulak durian situ durian sini sampaikan tekak ni dah rasa kempunan dengan durian. Dan lagi satu makanan baru yang semakin famous iaitu durian crepe. Tapi bukan setakat perisa durian je, ade kiwi crepe, strawberi crepe n pelbagai jenis crepe lagi lah. Rasa durian crepe yang zaty makan hari tu sebijik macam makan durian betul je, die punya cream kat dalam tu tak rasa sangat pun. Ade certain orang suka, ada certain tak . Terpulang pada taste masing2 la.

         So, nak dijadikan cerita, disebabkan kempunan nak durian, time keluar semalam Miss Bubble singgahlah satu gerai/stall buah durian sebab nak beli with my housemate. Tengah pilih2 yang mana elok, penjual tu siap hulur suruh rasa yang ni, rasa yang tu. Lepas tu, tiba2 dia bagi sebijik durian kat kiteowang dan suruh duduk kat meja belakang makan sampai habis, dibekalkan 3 air mineral. Wahh, rasa beruntung sangat sebab dapat makan percuma lagi. Dah la tadi masa nak pilih durian dah try beberapa ulas..haha :D


Okeh, dah macam gerai sendiri duduk menikmati sebiji durian, tapi separuh tak habis pun..segan je ase ~ hik3

Bila dah rasa kenyang sikit, perut terisi terus angkat kaki pulang. Haha, buah durian di belakang bonet kereta memang betul2 memenuhi bau kereta.


btw: Cubalah hargai kawan yang masih ada di depan mata ..peace ~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 10 December 2012

Dinner Last Minit

Olla =)

     Owkeyh, tanpa disangka-sangka, aku a.k.a Miss Bubble pergi dinner. Buat first time nya, nak cakap teruk memang lah teruk jugak la sebab sebelum ni mana ada nak join dinner2 pape. Tapi for this time, dengan lembut ahtinya, aku mengatakan "ya, aku pergi". Tema dinner kali ni ialah "kampung". Dan memang dikatakan last minit aku terima call jemputan dari tim, eceh jemputan konon padahal memang patutnya aku kena pergi sebab dinner tu sempena aku dan rakan2 yangd ah bergelar "mantan jawatankuasa kolej".

      Then, aku pun cakap, "ya". Pergi, terus cari baju, amin ambik je iron dan berselendang. Simple je, janji aku tunjuk muka aku pergi dan dapat makan free lagi. Memang tak rugi pape, walaupun tak ada geng2 aku yang lain, tapi aku tabahkan hati pergi juga. Kesian kan dekat budak2 baru yang dah manage sal dinner untuk kiteowang. So , apa salahnya pergi kannn....^^


 Waktu nak balik, tibe2 adik2 ku (anak buah masa pegang jwtn, tp skrg dieowang dah ambil alih tugas) mengacukan kamera nak ambil gambar Miss Bubble yang dah berjalan kat depan dieowang, apa lagi segan la kalo sensorang untuk di ambil gambar, lantas terus tarik tim untuk di ambil gambar bersama..hehe

 Malulah adik2 ni nak ambil gambar, so Miss Bubble pun cakap kite ambil gambar sekali lah..hehe~

 Miss Bubble yang pink, sebelah kiri yang laki tu fizu, sebelah kanan, tim.. sebelah tim, shafiq. Diaorang memang terbaek, dah macam adik dah miss bubble anggap dieowang ni ^^

Yang ini pulak pertunjukan silat gayong perempuan melawan lelaki..uiyooo...(sorry xbape nak jelas enset tak berkualiti)

Persembahan nyanyian/band oleh adik2...


Sebenarnya semua adik2 je kat sini, sebab generasi mereka yang akan memimpin pula. Kami di barisan suoer duper tua (senior) dah duduk tengok je..hehe... Memang dinner yang simple, makan duduk bersila mengikut tradisi melayu lama. Makanan yang sangat banyak, ada lontong, mee kari, bihun, nasi goreng, kuih muih, kek dan pelbagai lagi yang mengenyangkan. Memang tak rugi pergi untuk isi perut..hekhek ~


Btw: Terima kasih semua yang menghiburkan di kala Miss Bubble kesorangan di waktu ini :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta