Friday, 15 July 2011

Part 7: Sesuci Hatimu

             
            Waktu malam yang sangat sunyi tanpa kedengaran bisikan suara pelajar, ibarat aku yang tinggal keseorangan di gua ini. Fikiranku buntu entah hilang segala punca atau arah tujuan. Sesekali aku melihat timbunan buku di rak tapi tanganku ini diberatkan untuk mengambil buku-buku itu dan mengulangkaji. Aku dapat merasai mood untuk aku membuat assignment terpaksa ditangguhkan kerana Mia masih lagi bersuka ria di luar dan assignment ini harus aku bincang dengannya terlebih dahulu. Aku tidak mahu nanti Mia tidak berpuas hati kalau aku sendiri yang membahagikan tugas, sebaiknya aku tunggu sahaja Mia. Aku merenung sejenak ke luar tingkap, melihat bintang-bintang yang seakan berkelip ke arahku. Sungguh tenang aku melihat ciptaan yang sangat agung, tinggi di atas sana wahai bulan yang sering memberikan aku cahaya di kala aku kegelapan. 
            Akhirnya aku gagahi jua untuk membuka laptop dan ada baiknya kalau aku cuba mencari sedikit hiburan bagi mengisi hatiku yang dirasakan semakin kosong kian hari. Aku terus login ke akaun facebook untuk melihat kalau-kalau ada berita ataupun maklumat mengenai kerja. Maklum sahajalah setanding dengan dunia yang kian maju, segala penyampaian maklumat, gerak kerja atau apa-apa sahaja berkaiitan kuliah akan segera di sampaikan di facebook. Tiba-tiba hatiku berdebar melihat notification friend request. Lantas aku membuka dan melihat siapakah gerangan itu. ‘Z.Arsyad’. ermm..aku berfikir sejenak siapakah lelaki ini, gambar mukanya pun tiada. Tergerak hatiku untuk menekan button accept dan aku terus menjadi salah seorang friendlist ‘Z.Arsyad’. tidak sampai beberapa minit, Z.Arsyad masuk  ke chat fb ku.
             ‘Salam..Eilly apa khabar?-Z.Arsyad
            ‘Waalaikumsalam..siapa anda yer?-Eilly
           ‘haha, baru kenal tadi terus lupa ya.’-Z.Arsyad
           ‘Maaflah, saya betul-betul tak tahu. Susah sangat ke nak beritahu?- Eilly
           ‘Sangat susah, sebab orang tu tak beritahu nama penuh dia’- Z.Arsyad
           ‘Owhh..kamu Zhaf ya. Tak sangka awak jumpa cari fb saya ya.’ – Eilly
           ‘Dunia di hujung jari, manfaatkanlah. Owh, buat apa lewat malam tak tidur lagi?- Z.Arsyad
          ‘tak ada buat apa, online ja. Bosan pun ada juga. Awak pula tak keluar ke malam minggu macam ni?- Eilly
          ‘malas nak keluar, assignment berlambak. Lagipun awak tak nak keluar dengan saya..hehe- Z.Arsyad.
         ‘Haha, iyalah tu Zhaf. Main-main pula..-Mia

          Entah kenapa begitu rancak pula aku chatting dengan Zhaf. Tiba-tiba aku rasa tenang dapat berborak macam ni dengan zhaf. Sememangnya tutur bicara zhaf sangat sopan dan dia pandai mengambil hati. Aku seakan nampak keikhlasan dia untuk berkawan denganku, tapi aku tidak meletak sepenuh kepercayaan lagi. biarlah masa yang menentukan segalanya. Rancak aku berchatting dengan zhaf sampai malam semakin larut. Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan telefon, dan perbualan aku dengan zhaf dihentikan segera. Aku mengankat panggilan telefon itu dan suara di hujung talian yang mula menyapa aku membuatkan aku tersentak. Aku amat mengenali suara itu.
                “Eilly, kau apa khabar? Sihat?” soal Haris.
                “ermm, sihat macam ni la. Apa mimpi kau telefon aku lewat malam ni?” aku menyoal Haris kembali.
                “saja, tiba-tiba aku teringatkan kau.” Spontan sahaja jawapan dari Haris.
Aku dapat menangkap ada sesuatu yang tidak kena pada Haris dan aku akan cuba untuk membuatkan Haris membuka mulut untuk berterus terang denganku apa yang membuatkan dia untuk telefon aku di malam begini.
                “ Haris..kau ok tak ni? Suara kau macam lain ja. Ada masalah go on straight to the point. Tak payahlah nak berdalih.” Tegas aku.
                “kenapa kau tanya macam tu, salah ke aku call kau malam-malam begini? Atau kau tak suka untuk berkawan dengan aku lagi? soal Haris.
                “ bukan itu maksud aku Haris, tapi aku kenal kau sangat. Kalau kau telefon mesti kau ada masalah kan. Kau gaduh dnegan Aini ke? “ aku cuba membuat andaian.
                “boleh tak kalau kau jangan sebut nama Aini? nampak macam aku menganggu kau malam ni, tak apalah Eilly, salah aku kot kerana telefon kau hari ni. Aku tak nak kau cakap yang aku ni bila ada masalah je baru cari kau. Ok lah Eilly, bye.! Haris terus mematikan talian.
           Aku terkesima sebentar dengan kata-kata terakhir Haris. cukup pedih sekali apa yang dilemparkan oleh Haris, kenapa sanggup Haris menuduh aku begitu? Aku tidak pernah beranggapan begitu, aku cuma mengambil berat akan Haris. Sangkaan aku salah jika dia merinduiku. Haris kenapa begitu banyak perubahan dalam dirimu. Mana lagi kau yang akan sentiasa menemani aku walau apa jua yang berlaku? Tapi aku yakin, Haris mesti bergaduh dengan Aini jika tidak suara dia tidak sedih begitu. Aku sedar yang Haris begitu menyayangi Aini dan aku mula sedar Haris sememangnya seorang lelaki yang setia pada cinta. Dia tidak akan pernah curang jika hatinya sudah terpaut pada seseorang. Untung sahaja siapa yang memiliki cinta Haris dan yang malangnya aku kerana tidak pernah serius akan kata-kata Haris. Akhirnya aku yang rugi bila Haris sudah berteman. Bagi aku menyesal pun tiada guna, kerana cinta yang terlalu awal diungkapkan kepadaku.
           Aku yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan Allah telah menetapkan setiap yang sesuatu. Ahhh…baru aku ingat yang aku tinggalkan zhaf begitu sahaja tadi. Cepat-cepat aku menuju ke meja dan melihat zhaf sudahpun offline. Sedikit kecewa dariku kerana membiarkan zhaf begitu. Aku melihat jam sudahpun pukul 2 pagi dan aku mengambil keputusan untuk tidur. Esok pagi aku akan ke library untuk membaharui proses pinjaman buku aku kerana tarikh pemulangan sudah hampir. Aku terus terlena meninggalkan seribu persoalan mengenai Haris.

btw: sory sbb lambat update sambungan cerita ni :(
Part 6 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

Nice,, ;)
Selalu suka datang kesini membaca cerita yang terasa hidup,
Semoga cepat rilis lanjutannya ya :)

MisS BubBLe said...

@ZeLika_Merry Mempawah
thanx ya always support my cerpen:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta