Thursday 12 June 2014

Aku Menanti Nisfu Syaaban

Olla =)

Tajuk entri dah macam tajuk novel ke cerpen kan. Aku menanti malam nisfu syaaban. Yes, this year aim aku sangat tinggi. Aku ingin beribadat lebih daripada tahun lepas yang penuh dengan kelalaian dan kealpaan. Ya Allah, aku bermohon keampunan dariMU, dihapuskan segala dosa2 lampau aku, kealpaan aku dengan duniawi semata-mata.

Sesungguhnya aku betul2 ikhlas untuk menambah amalan ibadat aku. Saat ini aku patut bersyukur diberi nafas untuk mengenal erti realiti dunia yang sebenarnya. Terima kasih Allah yang telah banyak menguji aku, setiap ujianMu aku merasakan seakan tidak berdaya tapi dengan kekuatan iman aku cuba kuat dan tabah menghadapi setiap ujianMu Ya Allah. Sayu hati bila difikirkan balik mengenai masa lampau aku. Aku kena yakin bahawa ada terselit hikmah di setiap apa yang aku alami sekarang. 

Lagi sayu dan menyayat hati apabila seorang teman cuba menasihati aku di kala aku berlinangan air mata memikirkan nasib apa yang terjadi sekarang, apa yang aku lalui, apa yang aku hadapi dan apa jenis ujian ini. Masih belum cukupkah aku diuji satu persatu? pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiranku. Aku aku kadang kala aku lemah dan rebah. Aku hanyut bahawa semua yang terjadi kerana Allah ingin menguji aku, ingin melihat kekuatan aku. Ya Allah Ya Rabb :(

My friend said " Kuatnya awak untuk terima semua ujian ni, kuatnya Allah menguji awak. Kalau saya belum tentu kuat, Allah menguji hambanya mengikut kemampuan masing2. Awak adalah seorang yang hebat, dengan ujian yang Allah berikan, Allah sayang awak. Allah tahu awak mampu dan kuat untuk harungi semuanya. Tak semua orang hebat macam awak zati. Masya Allah "

Makin berlinangan air mata aku kala sahabat memujuk dan menasihatiku. Memang aku lemah di kala itu, tapi di sebalik kata2 sahabat aku, fatihah aku rasakan ya pasti dan yakin akan ada hikmahnya yang begitu besar. Sungguhpun aku merasakan tidak kuat, tapi lihatlah aku masih mampu tersenyum hari ini dan aku masih punyai teman yang ada dikala aku susah begini. In Sya Allah, suatu hari nanti pasti ada ganjaran yang besar menanti aku. Amin!

Jadi aku menanti hari2 sebegini agar aku dapat tingkatkan lagi amalan aku pada Maha Pencipta. Sesungguhnya aku insan yang lemah dan penuh dikotori dengan dosa. Semoga amalan aku diterima dan diredhai Allah. Sama2lah kita manfaatkan hari kita dengan meningkatkan amalan baik. Belum pasti kita akan bertemu lagi hari2 sebegini. Allah Ya Rabb :(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 7 June 2014

Bukan Sengaja Tapi Ter "ingat"

Olla ^-^

Entri ni khas untuk dia yang telah kembali kepada Maha Pencipta. Saya sediakan entri ni untuk pastekan luahan/karya awak kat saya. At least ada juga post awak yang melekat tertampal kt blog saya. No hard feelings. Bukan sengaja tapi terdatang dengan sendiri bila tak sedar jadi teringat. 


Nak sangat kan macam tu, sekarang it happens. Harap awak tenang di sana. Sudah ketentuan takdir, semuanya dah tertulis. Apa-apa pun saya akan tetap ingat sepanjang perkenalan kita. Dont worry, nanti saya akan paste bebanyak lagi post awak kat blog saya. 

Al-Fatihah



btw: Jangan muntah hijau kalau ada entri2 macam ni. Hanyalah sekadar luahan hati rindu. (Godek punya godek mcm2 jumpa :')


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta