Thursday 27 October 2011

Jom datang beramai-ramai!

Olla sume...

         Kejap je ni Miss Bubble muncul kat entri ni, sebab Miss Bubble na promosi jap..Perhatian pada sesiapa yang berada hampir dengan kawasan pekan ke ataupun kuantan, pahang..Moh le ramai-ramai datang mengunjungi FESTIVAL MEMANCING TERBUKA PEKAN... Kalo sesiapa yang tak ada benda nak buat ari sabtu, apa kata bawa family, pakwe, makwe sume la datang memeriahkan lagi festival ni..Bagi kaki pancing, boleh la nak join pertandingan memancing, hadiah istimewa!! tak payah cakap banyak la..Miss Bubble tempek Banner dengan poster kat sini..senang sikit..hee~ Jom tengok..

         
            Untuk banner ni ada sedikit perubahan pada hadiah.. kalo nak tahu hadiah, jum refer poster kat bawah ni..:P



So, sekarang dah tengok poster dengan banner kan..Jadi apa lagi cepat dapatkan borang penyertaan pertandingan memancing..Yang tak nak masuk pertandingan memancing, anda dialu-alukan juga sebab ada aktiviti lain menanti anda!!!jumpa di sana ya..:)



btw: semoga program ni berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan:)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 25 October 2011

Semua balik kg..tapi?

Salam..Olla guys..!

Bersua kembali kita di alam blog..
     errm, korang Miss Bubble kan sebenarnya tak ada apa isi pun untuk entri ni. saja nak update jugak..Miss Bubble ingat nak cerita pasal kenapa Miss Bubble rajin sangat stay kat kampus seminggu sampai tak balik rumah. Orang bagi cuti seminggu tu, tapi Miss Bubble tak balik..mak aiihhh, sayang betul Miss Bubble kat kampus kan..hahaha(tipu je sume tu). Miss Bubble bukan tak nak balik tapi....

1. Nak jimat duit beli tiket
2. Nanti raya haji balik lagi
3. Assignment dan lab report telampau banyak
4. Buka je cuti berderet test menanti
5. Terpaksa stay juga kat kampus sebab nak setelkan kerja2 untuk program memancing
6. Sibuk dengan program memancing
7. Fikir sendirilaaa..haha

          Miss Bubble bukan saja2 tak nak balik tapi bersebab ok..Walaupun hati ni rindu sangat kat rumah tapi nak buat macam mana dah terpaksa. Ada tanggungjawab kat sini. Palings edih bila tadi Miss Bubble col my mum, tanya nape mama senyap je tak call..pastu mama cakap takot ganggu orang yang busy dengan kerja..huu, tersentap ati.mesti sebab sebelum ni bila mama call aje, Miss Bubble tengah meeting la, ada kena siapkan kerja dan macam2 lagi kekangan..But bukan tu yang Miss Bubble pinta.."I'm really sorry!!" Nanti raya kita jumpa ok,.Hope u will miss me always mum..:)

btw: perot tengah kenyang afta pekena nasi pataya yg sgt banyak..burrppp~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 17 October 2011

SaMe goes to me!

Aloo...:)

wah, mesti korang tercari-cari mana Miss Bubble kan..jap ada jap tak ada macam cjips more lak..Ermm,actually Miss Bubble sgt2 sibuk taw, mengalahkan artis..hehe..sibuk siapkan tugasan la,..banyak nak kena design la apa untuk program memancing..Mesti ada yang nak tahu kan..ala, tak nak cerita kat entri ni..Nanti  next entri MIss Bubble upload sume hasil karya Miss Bubble ok..semalam penat sehari sebab uruskan tampal poster then keluar pergi tampal banner..huu, seyes penat..Pastu ari ni klaz full plak tu..Otak ni dah kering, mata merah asyik ngantuk je tak cukup tido..Toink3, tiba-tiba dapat info malam sok ada meeting lagi..konfem2 la abis lambat..

     Korang nak taw tak, perkara yang selalu terjadi kat blog sudah pun terjadi kat Miss Bubble..Nak tahu....ada sorang dah unfollow blog Miss Bubble..tapi Miss Bubble tak boleh nak halang kan, sebab salah diri sendiri juga dah sapa suruh busy sampaikan xupdate blog..padan muka diri sendiri kan3....tak apa la kalo xde orang nak baca ini blog, biar Miss Bubble merepek sorang2 je.. Jam dah nak dekat pukul 1 pagi, tadi niat nak study benda yang blaja kat klaz tadi tapi tiba-tiba jejari ni duk menaip kat sini lak..pasni la revise, lagipun klaz lambat sok..hehe..KOrang jum tgk doodle yang Miss Bubble bagi kat member2 :)





Hehe, Miss Bubble buat ni ikut macam color yang sesuai uuntuk dorang jee..ada nak lukis lagi tapi cam tak larat jer, study luh..ok..bye! sok update ag..

btw: Mood yang tak brapa ok, kdg2 penat dgn segalanya..huu~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 13 October 2011

Siapalah Kita..

Jam menunjukkan pukul 6 petang,  suasana di blok akademik sudahpun beransur lengang. Semua pelajar sedaya upaya untuk terus pulang ke bilik masing-masing. Namun, di suatu sudut kelihatan seorang kelibat perempuan.
            “ Assalamualaikum, saudari kenapa termenung keseorangan..Ada masalah ke? maaflah kalau teguran saya ni menganggu saudari.” tanya Nurul.
            “Waalaikumsalam…Tidak mengapa, saya cuma terfikirkan sesuatu. Saya tak tahu kenapa saya boleh terfikirkan benda ini,”jawab aiza.
            “Kenapa? Benda apa? Kalau awak sudi, awak boleh kongsi dengan saya. Saya pun free sekarang, mungkin kita boleh jalan sekali,” ajak Nurul.
            “ Terima kasih sebab sudi teman walaupun kita baru kenal kan..Jom kita berjalan sambil bercerita,” kata Aiza.
Sedang asyik mereka berjalan, tiba-tiba bahu aiza dirempuh oleh seseorang dan buku ditangannya terjatuh.
            “ooiii, jalan pakai mata..jangan asyik nak mendongak je mata kat atas..mentang-mentang berpangkat, jangan ingat orang nak hormat” sergah Hana yang terus berjalan dengan laju bersama  2 orang kawannya di depan.
Selepas mendengar kata-kata Hana, hati aiza makin menjadi sebak dan air mukanya kembali murung. Kata-katanya terhenti dan tiada sepatah pun terkeluar dari mulutnya. Namun jernih-jernih kaca mulai terburai perlahan-lahan di pipinya. Nurul yang semakin pelik dengan perubahan wajah Aiza, terus menenangkan hati aiza. Nurul sendiri masih kelu dan tidak tahu masalah Aiza, namun apabila melihat aiza mengalir air mata, dia seperti tidak sampai hati untuk bertanya. Dia hanya mampu mengucapkan sabar pada aiza.
            “ Saya tahu semua salahkan saya tentang apa yang berlaku, tapi saya hanyalah insan yang lemah. Jiwa saya seperti mereka, saya hanyalah orang yang memikul amanah yang dipertanggungjawabkan pada saya. Saya bukannya suka-suka terima tanggungjawab ni,” sedu sedan aiza ketika melafazkanya.
            “ Aiza, dari awal lagi saya melihat muka awak. Saya macam dah boleh baca apa yang awak fikirkan, tapi saya tak berani untuk membuat andaian. Saya faham apa yang awak rasa, sebab saya pun ada mendengar keluhan dari beberapa orang pelajar lain,” jawab Nurul.
            “ Apa yang awak dengar? Maaflah kalau saya ini tidak sempurna menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” balas Aiza.
            “tidak mengapa Aiza, walaupun saya banyak mendengar rungutan dan cacian pelajar lain pasal awak dan rakan-rakan awak, tapi jauh di sudut hati saya tersimpang secebis perasaan simpati. Pada awalnya, kalau saya ikutkan saja emosi remaja yang panas mungkin saya sendiri akan turut sama mengotorkan hati ini dengan tuduhan palsu. Tetapi saya cuba luaskan minda saya, saya cuba letakkan diri saya ditempat awak. Saya dapat rasakan bahang dan tugas awak begitu besar aiza,”ulas Nurul.
            “Terima kasih kalau awak cuba faham saya. Tapi saya kecewa dan sedih sebab tak dapat menjadi seorang pemimpin yang baik. Saya gagal mempertahankan semuanya. Segalanya hancur, saya tak sanggup melihat pelajar di sini menabur dosa hanya kerana mulut. Saya tak tahan mendengar rungutan dan keluhan pelajar semua,”ulas Aiza.
            “Tapi aiza, Allah tahu awak dah menjalankan tugas awak. Awak pikul beban yang diamanahkan, kalau awak tidak sesuai memikul semua ni..dari awal lagi Allah tak uji awak dengan semua ni, dari awal lagi awak tak akan dapat menjadi pemimpin. Pencipta kita maha mengetahui, dia tahu setiap kemampuan semua hambanya. Awak patut bersyukur kerana awak seorang insane terpilih yang diberi tanggungjawab di dunia,”nasihat Nurul.
Aiza kembali senyap dan fikirannya melayang seketika. Benak fikirannya masih lagi terngiang-ngiang dengan kata-kata yang amat pedih dari kawannya sendiri semalam. Dia amat sedih kerana temannya sendiri seakan cuba membelakangkannya. Tapi dia reda dan sabar atas semua yang menimpa dirinya. Dia tidak mahu kehilangan seorang kawan hanya kerana perselisihan faham, dia sanggup lepaskan jawatannya andai ada yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab yang besar.
            “Aiza, awak janganlah muram lagi. Saya pun pelajar biasa, tapi saya faham awak dan saya faham pelajar lain punya perasaan. Cuma perasaan memberontak pasti wujud dalam diri masing-masing sebab kurangnya iman di dada. Kita sebagai pemimpin hanya mendoakan semuanya berjalan lancar, itu je..jangan difikirkan sangat nanti menganggu pelajaran awak” balas Nurul.
            “yup, betul cakap awak nurul. Saya rasa lega sikit dapat luahkan semuanya pada awak, tapi boleh saya tanya satu soalan tak?” Aiza cuba menyoal.
            “ Boleh ja, tanyalah,”kata nurul.
            “Cara awak bercakap macam dah ada pengalaman,betul ke? Saya tak sangka awak pandai berkata-kata, dan awak sangat memahami..”soal Aiza.
            “erm, kita selalunya lebih berpandangan luas apabila kita belajar dari perkara yang lepas. I mean pengalaman menjadikan kita matang. Saya ni tak pernah menjadi seorang pemimpin, yang saya tahu hanyalah untuk membantah apa yang ditetapkan. Dulu waktu sekolah saya tak pernah nak ikut peraturan, sikap saya sangat memberontak dan ada sahaja saya nak merungut dengan peraturan yang dibuat,”luah Nurul.
            “Yeke? Tapi apa yang menyebabkan awak berubah Nurul? Kalau awak tak kisah untuk berkongsi dengan saya,” kata Aiza.
            “ Mungkin sebab Allah dah buka pintu hati saya untuk berubah, dah banyak sangat saya membantah kan.hehe..tak adalah.. sebab saya terlalu merungut, sampai suatu saat saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya sedar yang saya ni hanyalah hamba Allah yang menumpang didunianya. Saya mimpi saya terperangkap di tempat yang gelap dan hanya saya seorang saja di situ..puas saya menjerit tapi tiada siapa dapat membantu saya kerana saya alpa dunia ini hanyalah tempat perteduhan sementara, saya tak mampu nak ubah undang-undang ataupun peraturan. Setelah saya bangun dari mimpi ngeri, saya yakin itu hanyalah petunjuk Allah yang nak saya sedar yang saya hanyalah menumpang dunianya..apatah lagi kalau saya duduk di sekolah berasrama dulu, saya hanyalah seorang pelajar yang menumpang untuk menuntut ilmu dan bukanlah untuk meminta sesuatu yang lebih,” nurul mula membuka kisah lamanya.
            “owh, patutlah awak faham dengan semua ni. Kalaulah semua pelajar cuba faham seperti awak kan, mungkin semua tuduhan ataupun umpatan tak akan terjadi. Saya hanya berdoa agar semuanya akan faham,” ulas Aiza.
            “iya, saya yakin suatu hari nanti orang akan faham tugas awak dan diaorang akan tahu yang awak telah berjuang demi mereka. Biasalah perkara macam ni terjadi dalam kalangan kita, kalau bagi saya pegang jawatan tak mungkin saya dapat mengubah segalanya disini sebab bukan saya yang tubuh universiti ni, haha..”gelak nurul.
            “haha,awak ni melawak pula ya. Manalah tahu suatu hari nanti awak yang jadi orang besar diberi mandat urus universiti ni pula..hehe..”gurau Aiza.
            “Itu tak tahulah macam mana nanti, habislah kalau dapat kat saya..”balas nurul.
Mereka berdua terus melangkah kaki menuju ke kafe, dan tiba-tiba nama aiza diseru berapa kali. Akhirnya aiza menoleh dan melihat Dania, rakan sekelasnya datang menghampirinya dengan muka sedih.
            “ Aiza, maafkan aku!” Dania tunduk malu.
            “Kenapa ni Dania?”soal Aiza.
            “Saya dah buat salah dengan awak, saya meragui tugas awak sebagai pemimpin. Belakang awak saya bawa mulut dan menabur cerita yang bukan-bukan. Selama ni saya ingatkan awak tak pertahankan hak kami semua, tapi baru hari ni saya sedar semua yang ditetapkan memang sudah tetap dan tak boleh nak berubah. Saya dah sedar yang saya ni menumpang di sini, walaupun saya bayar untuk tinggal di sini tapi ini bermakna saya dah pilih untuk tinggal kat kampus ni, dan saya harus patuh pada peraturan kat sini, bukannya saya merungut kan,” luah Dania.
            “Dania, saya tak berkecil hati pun. Saya tak nak ada renggang dan jarak antara kita sebab benda remeh ni. Saya cuba sedaya upaya saya untuk membantu pelajar lain, tapi bidang kuasa saya ada had nya. Maafkan saya jika saya tak dapat pertahankan,” jawab Aiza.
            “ Tak apalah, baguslah kalau ukhwah yang terjalin tidak terputus begitu. Jadi kita peranan sebagai student sama-samalah kita faham dengan diri masing-masing dan juga diri orang lain. Lagipun kalau kita bercakap sahaja, dan maki hamun orang tak buat kerja pun tak boleh juga sebab kita sendiri tak pergi berdepan tanya elok-elok dengan yang lebih berhak. Yang menjadi salahnya apabila kita cuba bercakap belakang, perkara sebegini lah kita patut hindarkan..betul tak?” pesan Nurul sambil tersenyum.
            “iya, saya faham…tak guna kalau saya salahkan awak aiza. Awak dah cuba tolong kami, awak dah banyak berjuang dan membantu kami jika kami ada masalah. Apa-apa pun, segala yang termatub sudahpun tersurat dan kita sebagai pelajar harus ikut peraturan diaman sahaja kita berada kan..,” ulas Dania.
            “baguslah begitu, lega hati saya. Apa orang kata, di mana bumi dipijak, disitu langit di junjung..hehe” gelak aiza sambil diikuti oleh nurul dan Dania.
Permasalahan dan resah dihati Aiza akhirnya sudahpun tersurat dan selesai. Hatinya benar-benar lega mempunyai teman yang percaya dan yakin pada dirinya. Apa yang perlu, hanyalah doa dan berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Walau apa cara sekalipun, kita kena ingat setiap benda pasti ada had dan batasannya. Mungkin ada yang boleh berubah tapi dan apa yang perlu selalu kita ingat ialah kita ini hanya meminjam dunia yang sementara untuk melakukan apa yang disuruhNYA. 


btw: Cerita ni  1 part je, sebab semalam ada masa tulislah sikit2..hehe..harap semua faham ye:)
~Doakan segala urusan berjalan lancar~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 5 October 2011

Rugi Kalo tak baCa 3

Tadaa...promosi2..bUkan jualan ya,tapi just nak publish sume link part dalam cerpen ni..for your information ni adalah cerpen ke 3 Miss Bubble..so far no idea nak menulis lagi sebab kekangan masa..Lot of work to do..Jadi sesiapa yang belum habis baca, cepat2 lah baca ya..Mungkin gaya bahasa bukan standard tapi pengceritaan tu ada..hee, selamat memebaca ok:) muahahaa


Qalisya Ain Part 1
Qalisya Ain Part 2
Qalisya Ain Part 3
Qalisya Ain Part 4
Qalisya Ain Part 5
Qalisya Ain Part 6
Qalisya Ain Part 7
Qalisya Ain Part 8
Qalisya Ain Last part


btw: mood yang tersangat busy..lalallalalla~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Last Part: Qalisya Ain

Kaca-kaca jernih makin laju membasahi pipi setiap kali anak mata melirik ke arah jam dinding hospital. Hatinya berdebar kerana suami tercintanya sudah lama berada di bilik pembedahan dan sudah berjam-jam dia menunggu namun hampa kerana masih tiada jawapan dari doktor. Echa seakan menyalahkan dirinya sendiri apabila memikirkan apa yang menimpa Rifqy.
           ‘Andai jantung ini sudah tidak mampu berdegup, maka lupuslah cinta kita yang dibina’
 Fikirannya makin jauh melayang dan teringat akan kata-kata Rifqy. Sedang fikirannya bercelaru tiba-tiba bahunya seakan dicuit oleh seseorang di belakang dan Echa mengankat mukanya. Rupanya kelibat mama dan papanya,lantas Echa terus memeluk erat Datin Rose sambil berbisik.
                “Mama, why all this happen to me?” bisik Echa.
                “shhh, don’t cry baby. Semua ni sudah ditentukan untuk menguji kita sebagai hambanya,”pesan Datin Rose.
                “I know, but in this situation I feel I can’t bear it alone.Really love him so much!”esak Echa dan perlahan-lahan badannya rebah dalam pelukan Datin Rose.
    Perlahan-lahan mata Echa dibuka dan melihat dirinya dikelilingi oleh Datin Rose dan Datuk Esham yang tersenyum juga tidak ketinggalan abang long nya Qabill dan kak syafinaz.
                “Congratulation dear!”bisik Qabill.
                “What’s going on? Why I’m lying here…where is Rifqy?”bertubi-tubi soalan yang terpacul dari mulut Echa sebaik saja dia sedar dari pengsan.
                “Relax dear, from now on you need more rest ok..You will become mother soon!” senyum Datuk Esham sambil mengusap kepala Echa.
                “Am I pregnant? No..! no! I can’t.. Echa tak nak anak ini tiada ayah nanti..Rifqy, mana awak? Saya sangat perlukan awak sekarang..please..get me there!”jerit Echa sambil meronta-ronta uuntuk turun dari katil tapi ditahan oleh Datin Rose.
                “Sayang…Rifqy selamat, mama pasti nothing will happen. Mama akan bawa Echa jumpa Rifqy kalau Echa dapat kawal diri Echa dulu. Jangan cepat buat assumption, ingat kita diuji pasti ada sebabnya sayang,.Kalau rifqy tahu Echa macam ni, mesti dia marah..”pujuk Datin Rose.
                “yeahh, I know. I’m sorry…please, bawa Echa jumpa Rifqy” luah Echa.
  Setelah beberapa minit, Datin Rose membawa Echa masuk ke bilik Rifqy. kelihatan Rifqy masih lagi terbaring tanpa sedarkan diri dan hanya kedengaran bunyi peralatan hospital yang dipasang pada Rifqy. Echa terus mendapatkan Rifqy dan mengucup dahi Rifqy.
                “Abang..Echa ada kat sini. Bukalah mata tengok Echa, jangan diam macam ni..Echa tak suka tahu,tolong abang bangun ya..”bisik Echa di telinga Rifqy sambil menggengam tangan Rifqy.
                “Echa, tabahkan hati ya. Banyak berdoa agar Rifqy sedar dari koma”ucap Datin Rose.
                “Mama..berapa lama lagi Rifqy akan sedar? Rifqy takkan tinggalkan Echa kan mama? Sebab Rifqy cakap dia sayang Echa sangat-sangat..”air mata mengalir lagi dan hatinya makin sayu apabila melihat penderitaan orang yang dia cintai di depan mata.
                “Sama-sama kita serahkan pada yang kuasa. Mama dan doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa, semuanya bergantung pada kekuatan Rifqy. Echa mesti selalu bercakap dengan Rifqy, mungkin dia dengar dan akan sedar.”pujuk Datin Rose.
                “Ya, echa takkan biarkan Rifqy menderita begini. Echa akan terus teman Rifqy sampai bila-bila, sebab Echa tahu Rifqy mesti suka kalau dia sedar Echa ada di sampingnya,” balas Echa.
    Datin Rose meluru keluar dari bilik Rifqy dan meninggalkan Echa sendirian menemani suaminya yang tercinta. Datin Rose sengaja memberikan ruang untuk Echa agar dia dapat menerima semua yang terjadi. Sementara Echa pula tidak henti-henti bercakap sendirian dan mengharapkan Rifqy sedar.
                “Abang..Echa tahu abang mesti dengar semua ni kan, Echa cuma minta satu je, bukalah mata dan bangunlah abang. Echa sangat sunyi tanpa abang disisi, Echa dapat merasakan hidup Echa kosong tanpa suara abang, tanpa cinta dan kasih abang. Echa nak abang tunaikan janji abang yang akan menjaga Echa seumur hidup abang,”ucap Echa.
    Echa tidak berhenti-henti berkata dan memberikan semangat pada Rifqy agar sedarkan diri. Namun semuanya lansung tiada perubahan. Tiba-tiba bunyi nafas Rifqy yang seakan sesak dan degupan jantungya lemah. Echa segera menekan loceng di penjuru katil untuk mendapatkan bantuan. Terus datang kelibat doktor dan nurse dan meminta Echa untuk keluar dari bilik itu sekejap. Hati Echa makin sebak dan dia semakin sedih melihat keadaan Rifqy. dia bimbang jika dia terpaksa kehilangan orang yang dia paling kasihi. Dia pasti akan menyalahkan dirinya seumur hidup atas apa yang berlaku pada Rifqy. selepas beberapa minit, doktor keluar dan senyum.
                “Don’t worry, he will be ok and stable again. It’s a miracle and really impressed me. Maybe his soul is very strong.” kata doktor yang merawat Rifqy.
                “thanks doc,.i know my husband will never leave me alone,”ucap Echa dan hatinya kembali kuat mendengar kata-kata doktor tadi.
   Echa segera mendapatkan Rifqy kembali dan duduk disamping Rifqy.
                “Abang, Echa tahu abang kuat, abang kena lawan semuanya.Echa nak abang tahu yang Echa akan sentiasa semadikan kesetiaan dan cinta kita. Abang nak tahu tak Echa ada berita gembira untuk kita, bila abang sedar nanti Echa janji akan ceritakan.
         selamaku masih bisa bertahan,
         selama ku masih bisa bernafas,
         selama ku hanya selalu mencintai,
         ku ingin selalu menjagamu’
    Echa memeluk Rifqy erat dan dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk merasai degupan jantung Rifqy yang masih bernafas. Dia yakin setiap degupan itu menandakan cinta mereka yang sangat kukuh dan sentiasa mekar dihati Rifqy. Sedang asyik dia berada di pangkuan Rifqy, tiba-tiba Echa merasakan sesuatu bergerak. Lantas dia melihat jari jemari Rifqy yang digenggam erat oleh Echa mulai memberi respon perlahan-lahan.
                “Rif..Rif..wake up dear! I know you can do it..Please open your eyes for me..really miss you so much!” sambil mengejutkan Rifqy.
   Tanpa disedari, seakan suatu keajaiban berlaku. Rifqy mulai memberi respon yang positif dan kelopak matanya mulai bergerak dan perlahan-lahan dia cuba membuka matanya. Mulut Rifqy seperti ingin berkata sesuatu.
                “Sayang…. Sayang….!” Perkataan itu terpacul dari mulut Rifqy saat Rifqy cuba membuka matanya.
                “yes, I’m here!.. syukur abang dah sedar, Echa happy sangat..”ucap Echa.
                “Sayang…thanks for everything…abang tahu Echa mesti di sisi abang…” kata Rifqy yang masih lemah..
                “Ya abang..Lepas ini kita akan hidup bahagia tanpa gangguan lagi. orang yang cuba menghancurkan kebahagiaan kita sudah pun menerima balasan yang setimpal. Sekarang tida lagi halangan untuk kita membina kembali kasih dan cinta kita.” Balas Echa.
                “ Sayang..i really love you.. sayang memang seorang isteri yang baik..” jawab Rifqy
                “Abang..kita akan jadi mama dan papa nanti. Dalam perut ni sedang menanti kasih sayang kita untuk dicurahkan” jelas Echa sambil tersenyum.
                “Really…Syukur sangat semua ni adalah hikmah dan ganjaran Tuhan pada kita. Abang janji takkan sia-siakan hidup sayang lagi,”bisik Rifqy.
                ku ingin benar bersama dengan mu, tatkala waktu sedih dan gembira..ku ingin benar mencurahkan cinta ku padamu walau apa jua rintangan..ku ingin benar menjadi pemberi cinta yang setia agar dirimu tidak kering dengan cinta sejati, ku ingin benar sentiasa bersamamu agar rindu ini sentiasa diubati dengan tawamu Qalisya Ain’
      Sayu hati Echa saat mendengar Rifqy meluahkan segalanya. Dia benar-benar bahagia memiliki Rifqy sebagai suaminya. Bermulanya kehadiran Azril Rifqy dalam hidupnya serba sedikit banyak mengubah hidupnya menjadi seorang yang tabah dan belajar erti hidup serta liku-liku hidup. Kehadiran Azril Rifqy benar-benar melengkapi hidup Qalisya Ain,seorang perempuan yang sentiasa menagih cinta sejati dan mencari cinta Ilahi.
                                             *****************************

btw: Alhamdulilah, sbb berjaya juga update last part..thanx so much pada sesiapa yg baca cerita ni..:)
  ~Always support me~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 2 October 2011

Nie yang malas nak call

Olla my readers,
       Bersua kembali kita hari ini dengan tajuk yang tak berapa nak gempak tapi lantak la kan, sebab blog sendiri..hehe,..Tapi kan rasa susah sangat nak mengupdate blog sekarang ni,  gara-gara internet ciput la ni..slow macam siput gamaknya...sedih owh bila kena tunggu loading lama..Kalau hidup ni tak ada kerja nak buat bolehlah tunggu loading tu..kekawan taw tak, Miss Bubble sebenarnya tatkala ini sedang blur2..sebab tak tahu nak buat kerja apa..padahal hakikatnya assignment banyak..cuma ada sumting menganggu fikiran..Miss Bubble dah call my mum, dari semalam lagi duk teringat nak call..Tapi sayang kredit abislah pula..dah siap uat credit advance ag, pasni sambung balik la cakap..control suara jap, sebab sebak la cakap fon..Homesick taw, xdapat nak tahan la...Nak balik rumah lambat lagi, untunglah siapa yang dekat boleh balik kan..Kalau ada peluang tu baliklah jenguk family,..hati ni asyik rindu ja kat rumah, sekarang ni perasaan rindu untuk family jee..tiada orang lain..
       Terima kasih ya MR.blog sebab sudi jadi tempat Miss Bubble berlabuh dan bercerita...Ermmm, nak taw tak Miss Bubble skunk jadi designer baju..wow!! gempak kan..ceyt, tipu je ok..jangan percaya..sebenarnya Miss Bubble uat tugasan je untuk program memancing akan datang..Tolong2 design t-shirt untuk urusetia program tu je..hehe, macam best lak main design2 ni..Korang2 Miss Bubble stop bebel sini dulu ya, nak sambung buat kerja tambah ada kawan panggil makan kat bilik dia...Jumm! sama-sama kita tahan perasaan rindu pada family ya..Jangan rindu pada kekasih yang belum pasti lak..:)


btw: Semoga hati ini tabah menghadapi hari2 yang penuh mencabar:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta