Sunday, 3 July 2011

Part 3 : Sesuci Hatimu


        Jam menunjukkan pukul 12 malam, mata aku masih lagi segar di buai angin malam. Aku membiarkan tingkap di bilikku terbuka, rambutku dibiarkan lepas untuk merasai angin dan melihat bintang yang sungguh cantik ciptaanNya. Aku bersyukur masih lagi dapat bernafas di dunia ini dan meneruskan pengajian aku disini. Aku tidak pernah meminta untuk ditempatkan di universiti bertaraf dunia, namun cukuplah untuk aku menunaikan cita-cita ayah dan ibu ku untuk melihat aku menyambung pelajaran. Sesungguhnya peluang yang diberikan kepadaku ini tidak akan aku sia-sia kan. Masih ramai lagi diluar sana tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran, dan sesungguhnya aku bersyukur.
                “Eilly..!tadaaa..tengok ni!” arah Mia.
                “uish, kau ni Mia..ketuklah pintu dulu sebelum masuk. Terkejut aku.” Balas aku.
                “ kau nie asyik mengelamun je, tengoklah ni aku belikan kau kfc ni” jawab Mia.
                “apa lah kau ni, lewat malam macam ni pun kau still nak suh aku makan yea, saja nak kasi aku gemuk yea..haha” jawab aku.
                “ bukannya selalu makan lewat malam. Owhh yea tadi aku pusing-pusing kedai tepi jalan, then aku lihat banyak sangat shawl cantek-cantek kat situ. Confirm kau berkenan kalau kau tengok memang rambang mata taw.” Jelas Mia.
                “iyeke..wah macam best je, kau pun satu tak belikan aku 1 shawl. Kau kan tahu aku suka pakai shawl..hehe..” gurau aku.
                “ kau tak kasi duit, macam mana aku nak beli..aku ni pokai..hahaha..” gelak Mia.
                “pokai la sebab kau selalu keluar, bila masa kau nak berjimat..kau ni saving la sikit, tengok sekarang baru balik, kalau jadi pape kat kau sape susah. Aku bukannya ada kereta nak pergi selamatkan kau kalau apa-apa jadi.” hujah aku.
                “ kau je yang terlebih risau, aku dengan Daus ok je.. dah la aku mengantuk ahh..nyte, aku balik bilik dulu” jawab Mia.
Macam tu la kalau aku nak membebel sikit mulalah cari alasan nak elak, bila aku membebel panjang dikatanya aku macam ustazah. Aku tak faham lah Mia ni, apa yang dia nak sebenarnya? Tak cukup lagi ke mempunyai teman lelaki yang sangat menyayangi dia. Memanglah aku tak pandai dalam soal cinta, tetapi tak salah kalau aku memberi pendapat mana satu yang lebih baik untuk dijadikan teman hidup. Aku memang kurang menyenangi dengan Daus, sebab bagi aku dia tak layak untuk menjadi teman rapat Mia. Kalau betul dia sayangkan Mia dan ingin Mia jadi kekasih hatinya sepatutnya dia menjaga Mia, bukannya membawa Mia keluar pada lewat malam begini. Aku lebih suka kalau Mia dengan teman lelakinya shahrul, walaupun shahrul agak mengongkong namun shahrul ikhlas dan serius dalam perhubungan. Dia sedikit mengongkong Mia sebab dia nak yang terbaik untuk Mia, shahrul cuba menjaga kehormatan Mia sebab itu dia melarang Mia kerap keluar malam dan menjaga pergaulan Mia. Apa Mia masih tidak sedar yang shahrul betul-betul prihatin akan dirinya. Sepatutnya dia beruntung dapat shahrul.
                    Mataku kian layu, tanganku menyapa lappyku dan terus di offkan semuanya. Aku mengatur langkah menuju ke katil bagi merehatkan minda dan badanku. Sesekali ku lihat kearah rumetku wani yang sudah lama dibuai mimpi. Aku terus melelapkan pandanganku dan hanyut di alam tidur.

will be continue..:)
Part 2 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

Kapan Lanjutannya? tak sabar tunggu lah hehe...

MisS BubBLe said...

sorry kemungkinan lambat update..will inform u later k..:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta