Monday 30 December 2013

Harus Baca Barulah Berpengetahuan

Olla =)


Korang2 sekalian, meh sini baca entri ni. Miss Bubble buat short entri dan korang semua dengar ya...eh silap baca yea ^^ . Okeh meh nak senarai hot story untuk dikongsi bersama. Dah siap list ni :

Ini cerita khas ditujukan pada lelaki2 di luar sana yang perokok tegar. Perokok tegar yang hisap je rokok tanpa tahu asal usul dan tak kira jenama apa. Jenama 'J' ini dikatakan bahaya, nak tahu lebih lanjut klik tajuk untuk terus ke artikel penuh.

Sekarang ramai dah pakai samsung kan. Nak2 samsung note ni. Awesome, tapi nak dijadikan cerita bertuah sungguh sape yang pakai note 3 ni. Nak tahu kenapa bertuah, klik tajuk untuk artikel penuh.

. Menggemparkan dikatakan penyu boleh bercakap. Siap ucap terima kasih lagi kat manusia. Wah3, hebat penyu generasi sekarang. Tak percaya klik tajuk untuk baca artikel penuh.

Perkataan two dah ditukar ke twy? Ada advertisement tulis macam tu ek? Korang tahu ke tak ni? Kalau tak tahu jom kita klik tajuk baca sesama sahih ke tidak bebenornye....



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Ada Apa Dengan Tahun Baru

Olla ;)

      Guys tengok tak tajuk entri kita. Hmmm, macam orang frust menunggeng je. Yelaa, nak tahu ada apa dengan tahun 2014? anyone can tell me....

      Mungkin la ramai yang excited masuk tahun baru nanti sebab nak kahwin, nak bertunang, nak melahirkan anak, nak sambung belajar , nak habis belajar, nak start kerja baru or dapat naik pangkat ke. Wow, bestlaa hidup korang semua kan. Senang je hidup korang. Dulu Miss bubble pun excited nak masuk 2013. Kononnye dah terbayanglah tahun 2013 ni penuh kejutan cause final year as engineering student, boleh grad, dan berangan dapat kerja. Duit masyuk jer, berangan lagi orang tu datang cari kita balik. Tapi semua ni tak terjadi. Seriously no miracles!

    Yes, memang dah graduate. Tapi korang akan rasa happy kejap je. Lepas konvo, korang akan makin stress sebab kerja. Dulu korang stress sebab tak reti nak buat assignment, fyp or else. Tapi semua tu last2 setel juga bila dah sampai due date. Yang situasi sekarang, tiap2 hari stress kerja tak dapat, duk pikir je memanjang. Apply situ sini tak da jawapan, pergi intrview xda jawapan. Haa, yang ni tak da due date, flexsibel seumur hidup. Selagi tak dapat kerja, benda ni tak setel dan stress tu pun tak hilang. Believe me.

      Setiap pagi bersemangat, bila dah ke arah petang makin menurun mood semangat. Mana tak nya pagi2 cam giler menunggu panggilan fon. Tenung je fon tak berbunyi jugak. Dalam hati tak da rezeki lagi. Ya Allah, kuatnya dugaan mu..izinkanlah aku menerokai dunia mencari rezeki yang halal.

(Gambaq kat atas jadi model blog jap, maklumlah tak da benda nak buat. Ber selfie dulu)
Published with Blogger-droid v2.0.10

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 16 December 2013

Tak Ramai Kawan

Olla :

Guys, i was really sad and frustrated. Nobody can't help me right now. Then who should i ask for help? Orang cakap berkawan biar ramai, tapi orang tak pesan pun berkawan biar susah dan senang. Waktu sekolah korang memang rasa dia ni, dia tu adalah your fren forever. Then bila korang masuk universiti, korang lepak sama keluar enjoy sesame, then tangkap gambar sesame lepas tu letak caption "friends forever". sampai satu masa korang susah, cuba korang tengok balik caption korang friends forever tu, betul2 forever ke tak. Ada satu masa nanti korang akan alami masa susah, kesukaran hidup yang perlu ditempuh sebelum korang boleh berdiri senang lenang. Trust me dear bloggers ! 


Di saat korang perlukan sangat2 bantuan friends forever korang tu, Miss bubble tak rasa 100 percent ada yang membantu. Actually bila korang dah meningkat dewasa dan menuju ke alam kewanitaan, semua orang akan pergi membawa diri masing2. Dah tak ada istilah friends forever yang korang tulis waktu sekolah, matrik or universiti. Tak ramai generasi sekarang yang baik hati. Miss Bubble bukanlah ingin mengata ataupun mempertikaikan, tetapi cukuplah hati ini terluka. Terluka dan kecewa kerana di saat Miss Bubble perlukan mereka, perlukan bantuan, nothing ! It just like you talk to the mirror, see your desperate face asking for help but nothing changed. True story.

Please don't put your trust to the people, don't put your high expectation that your friends always be there for you. Korang berkawanlah beribu berjuta, tak salah. Tapi korang doakan lah agar hubungan korang sentiasa akrab dan tak salah memilih kawan. Kita ada mata hati untuk menilai. Orang berbudi kita berbahasa orang membantu kita menghargai. Sesungguhnya Miss Bubble takkan lupakan orang yang banyak membantu Miss Bubble di kala susah sekarang ni. I really love my truely friends. :'(



(Tak tahu nak mintak tolong sape pulak utk intrview kali ni, nasiblah duduk kelantan, intrview KL...)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 12 December 2013

Harapan Kian Pergi...

Olla :(



Tibanya hari ini, aku sudah semakin lumpuh..semangatku sudah layu dan terbang bersama harapan aku sebelum ini. Sudah ku cuba menggapai bintang di langit, tapi apakan daya ia semakin menjauh. Aku cuba dan terus mencuba sehingga aku jatuh tersungkur. 

Ku lihat sekelilingku, keadaan makin mendesak. Ku lihat lagi sekelilingku, aku masih belum berupaya. Ku lihat sekelilingku, kenapa aku bernasib malang. Ku cuba merenung, apakah masih ada sirna lagi untuk aku. 
Orang bilang kalau tidak berusaha, mana mungkin dapat hasilnya. 
Tapi aku, sudah cuba berusaha tapi belum membuahkan hasil. 

Kenapa kuat nya ujian yang dikenakan pada aku. 
Sebaknya hati, seakan tidak mampu lagi untuk menanggung. 
Sebaknya hati, seakan membebankan. 
Setiap hari bagaikan hujan untukku. 
Hari yang cerah belum kian muncul. 

Tak tertahan mata ini, untuk menyeka titisan hujan kian membanjiri. 
Ku cuba sapu dan menahan, tapi kaca2 jernih makin laju jatuh berderai. 
Ya Allah, di manakah haluan tuju untuk aku. 
Apakah penyudahan cerita kisah hidupku :'(






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta