Tuesday, 19 July 2011

Part 8 : Sesuci Hatimu


Jam menunjukkan pukul 10 pagi, aku terus bersiap dan memakai shawl hitam. Begitu simple hidupku tidak perlu mengenakan make up atau apa-apa di mukaku, kerana aku lebih selesa bebas dari segala benda-benda kosmetik. Aku mencapai handphone dan buku terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang lobi seperti yang telah dijanjikan dengan yaya, rakan classmateku. Kami berdua ingin mencari buku rujukan bagi menyiapkan assignment kami, namun aku sedikit hampa kerana Mia tidak turut serta pada pagi ini. Ahh, sementara aku menunggu yaya, baik aku telefon Mia kejap mana tahu dia ubah fikiran untuk join aku dengan yaya. Beberapa kali aku cuba mendail nombor Mia, tapi gagal dihubungi. Ermm..belum bangun lagi kot Mia, tak apalah biar aku dengan yaya jelah menyusur dulu. Kelibat yaya sudah kelihatan menghampiri aku dan kami berjalan menuju ke arah library.
                Aku dan yaya mengambil tempat di hujung sudut kerana tidak mahu perbincangan kami atau percakapan kami menimbulkan sedikit kekacauan kepada pelajar lain yang sibuk menelaah. Sedang aku sibuk memilih buku di rak, tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang aneh. Aku dapat merasakan yang diri aku diperhatikan, aku cuba memandang di kanan dan kiri tapi tiada sesiapa. Aku terus menunduk melihat-lihat buku dan aku terdengan sedikit gelak kecil. Aku begitu hairan dan cuba mencari dari mana datangnya gelak itu.
                “Hai Eilly, kusyuk betul awak dengan buku ya, macam tak boleh dipisahkan. Dah lama saya perhatikan awak, rupanya awwk tidak sedar ya..hehe” gelak kecik zhafie.
                “owh, awak zhaf. Patutlah saya pandang kanan, kiri tak ada. Rupanya awak menyorok celah-celah buku ya..” balas aku.
                “ hahhaa, mana ada menyorok, saya pun tengah mencari buku, pastu ternampak awak sebab tu saya tegur ni,” jelas zhafie.
                “shuuhh..kat sini tak boleh bising sangat kan nanti tak pasal-pasal kita kena halau dari library ni, hehe.” Ujar aku.
                “betul juga tu,Eilly….kalau saya..errmm..awak datang sorang ja? “ soal Zhafie.
                “err, arr..apa ni zhaf tergagap pula, tak adalah saya datang dengan kawan kelas..kenapa?”aku menyoal kembali.
                “owhh..datang dengan kawan, maksudnya bolehlah kalau saya nak duduk semeja dengan awak kan? Kalau awak tak kisahlah..” ulasan sedikit perlahan dari zhaf.
                “itu jer? Haha, errmm..kalau tak malu boleh je.. jom lah..” aku mengajak zhaf kembali ke meja aku dan yaya.
           Kami bertiga duduk bersama satu meja dan masing-masing dengan tugasan tersendiri. Nasib baik ada yaya, kalau tidak aku pasti mata-mata yang memandang pasti akan cuba menabur fitnah pasal aku dan zhaf. Aku tahu zhaf seorang lelaki yang dikategorikan sebagai lelaki macho, sebab itulah banyak jelingan yang kurang enak dari pelajar perempuan cuba mengalih pandangan ke arah zhaf. Maklum sahajalah zhaf juga seorang pelajar tahun akhir dan dalam masa sebulan je lagi dia akan menamatkan pengajiannya di sini. Aku pun beruntung dapat berkenalan dengan zhaf setidaknya aku boleh bertukar pendapat dengan zhaf. Melalui percakapan dan perkongsian idea, aku dapat merasakan kelogikan dan kematangan pendapat dari zhaf. Bagi aku, zhaf memang seorang lelaki yang boleh di ajak untuk berkongsi masalah kerana dia sangat matang dan berfikiran terbuka, jelas di sudut hatiku aku suka berkawan dengan zhaf. Setelah sejam lebih kami bertiga di situ, akhirnya zhaf mengajak kami untuk minum di kafe. Aku serba salah atas pelawaan zhaf, oleh sebab yaya bersetuju untuk turut sama aku akhirnya tidak menolak pelawaan zhaf.
                Sesampainya kami bertiga di kafe, tiba-tiba aku mendengar namaku di panggil. Aku menoleh ke belakang dan suara itu datangnya dari Mia. Mia semakin mendekati kami dan menarik tanganku untuk jauh sedikit dari zhaf dan yaya.
                “ewah-ewah, dah pandai bermadu asmara ye sekarang, patutlah aku mesej pun kau tak reply” jelas Mia.
                “owh, kau mesej aku ye Mia, sori aku silent tadi dalam library. aku call pagi tadi kau tak angkat,ingatkan nak ajak kau bersama.” Ulas aku.
                “Aku tidur la tadi, nasib baik aku tak ikut sama kan. Kalau tidak mesti menganggu kau nak dating dengan mamat tu ye..ala Eilly, cakap jela kau nak dekati mamat tu ye..” sedikit tegas dari Mia.
                “eh, Mia..kau ni kenapa tuduh macam tu, aku kebetulan terserempak dengan zhaf tadi kat library. aku tak ada niat apa-apa pun…aku Cuma nak berkawan biasa..” belum smepat aku menghabiskan ayat Mia terus memotong percakapanku..
                “Owh, zhaf namanya..nice! tak kisah lah Eilly, yang pasti aku akan cuba dapatkan zhaf juga ok!” satu lontaran ayat yang aku tidka pasti adakah Mia bergurau ataupun serius dengan kata-katanya. Aku sedikit tersedu, dan terkilan dengan Mia.
Mia berlalu pergi dan menuju ke arah Daus. Pandangan aku terhenti apabila Zhaf dan yaya datang mendekatiku.
                “Eilly, itu siapa? Soal Zhafie.
                “she is one of my close friend” ringkas jawapanku.
                “owh, tapi saya nampak macam ada sesuatu antara awak dengan dia. Kenapa, kamu berdua ada masalah ke?” zhaf terus menyoal.
Sememangnya zhaf dapat menangkap apa yang terjadi antara aku dan Mia. Aku cuba berselindung dari terus disoal zhaf. Apa yang berlaku tadi cumalah salah faham, aku faham Mia memang selalu begitu. Bila dah sejuk nanti ok lah tu dia. Kami bertiga menikmati makan tengahari bersama dan selepas itu yaya meminta untuk beredar dari situ kerana ada urusan yang perlu dia selesaikan. Aku merasakan makin tidak enak apabila aku ditinggalkan berdua dengan zhaf. Tiba-tiba aku menjadi kekok, maklum sahajalah aku jarang berduan dengan lelaki di sini, kerana aku mesti menjaga adat batasan pergaulan aku. Kalau di kampung tidak mengapa kerana aku selalu lepak dengan Haris depan rumahku dan keluargaku pun sudah kenal akan Haris. Jadi aku tidak perlu bimbang dengan mulut-mulut orang. Aku terdiam seketika,sesekali aku melihat ke kanan dan ke kiri.
                “Eilly, terima kasih ye sebab sudi berkawan dengan saya dan dapat makan bersama hari ni.” Jelas Zhafie.
                “its ok, tak salah kalau berkawan kan. Lagipun saya nampak awak ikhlas untuk berkawan dengan saya.” Aku membalas.
                “yeah, memang saya ikhlas dan saya ingin sangat untuk kenal dengan awak lebih jauh dari ini.” Spontan terkeluar dari mulut zhaf.
Aku seakan dapat membaca apa yang diungkapkan oleh zhaf,tapi aku cuba untuk menutup perasaanku.
                “ermm..zhaf, saya rasa elok saya pulang ke bilik dulu. Tak elok saya duduk di sini dengan awak lama-lama. Nanti ada masa kita jumpa lagi dan terima kasih belanja saya hari ni ya. Jumpa lagi Assalamualaikum… aku terus berlalu pergi dari situ.
                “Ok, nanti kita chat ye. Waalaikumsalam” jawab zhafie.
Hmmm…kenapa aku semakin terbayangkan wajahmu Eilly, belum sempat aku meluahkan apa yang aku rasa, kau cuba untuk berdalih dari kenyataan yang aku cuba luahkan. Adakah kau dapat merasakan sesuatu yang aneh apabila kita bersama? Atau adakah kau dapat membaca isi hatiku? Sebelum ini, aku tidak pernah merasakan sesuatu yang aneh dalam diriku, saat aku melihat wajahmu degupan jantungku makin kencang dan saat aku mendengar suaramu aku merasakan kebahagiaan dan saat aku melihat senyumanmu, aku merasakan ketenangan dihatiku. Ya Allah, adakah ini petanda yang dia adalah jodohku? Jika benar, kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk kami. Zhafie seakan bercakap dengan suara hatinya sendiri dan matanya terus enak dibuai tidur yang lena.


btw: keep reading, will be update soon:)
tolong ya komen banyak2 kat sini!..>> KOMEN
Part 7 ( KLIK )
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta