Saturday, 2 July 2011

Part 2: Sesuci Hatimu



        Bowinknye kelas habis awal, buat penat ja bangun awal hari ini. Kalau ponteng ok jugak. Hmm, nak buat apa yea..online la jap. Lantas Mia cepat-cepat sign in akaun facebooknya untuk melihat siapa yg dapat menemani hatinya yang bosan. Handphonenya seringkali berbunyi dengan mesej-mesej dari peminat. Terus saja online, dah masuk sorang kat chat.
                ‘hai awak.. ponteng kelas yea! – Daus
                ‘hai jgk..mne da ponteng la, itew abes klaz awal ari ni. –Mia
                ‘pastu awak tgh buat apa?’ –Daus
                ‘xde buat apa, buhsan la wak.. –Mia
                ‘saya pon xde klaz ari ni, jum kua! – Daus
                ‘ok jugak tuh, heehe –Mia
                ‘siap cepat taw, 15 minit saya sampai kat pagar depan ok’ –Daus
    Mia terus bergegas untuk bersiap. Ajakan untuk keluar jarang sekali ditolak oleh Mia. Akhirnya hati yang kosong dapat diisi oleh Daus. Bukan daus sahaja lelaki yang sering keluar dengan Mia, malahan ramai lagi yang cuba untuk menggoda Mia. Boleh dikatakan ramai juga la kaum lelaki yang mengenali Mia. Siapa yang tidak tergoda dengan saiz badan yang kecil, perempuan manja, manis berbicara dan dikatakan perempuan hot la di kampus itu. Mia tidak pernah peduli apa yang dilemparkan oleh orang ramai kepadanya. Apa yang dia tahu, dia bangga sebab mengenali lebih ramai orang di situ, tidak kira senior mahupun junior. Boleh dikatakan dulu dia pernah dituduh playgirl oleh seorang lelaki, mahu tak menangis. Mia pun ada perasaan, tapi lemparan begitu lansung tidak menyedarkan Mia. Setakat 2 atau 3 hari je dia dapat bertahan dari melayani mesej-mesej yang masuk ke telefonnya. Lepas itu, kembali ke tabiat lama. Dia rasa dirinya dihargai oleh orang lain kerana situasi berjauhan dengan teman lelakinya agak sukar untuk dia.  Jarang sekali dia menghubungi teman lelakinya, masing-masing ego dengan pendirian. Kadang-kadang sebulan tanpa khabar, dan akhirnya kembali baik dengan teman lelaki. Walaupun dia peramah dengan lelaki-lelaki akan tetapi dia tidak sanggup untuk meninggalkan teman lelakinya. Mia tidak sampai hati untuk mengecewakan teman lelakinya itu kerana perhubungan mereka sudah terjalin 3 tahun sejak dia mula-mula menjejak kaki ke MSU.
                “sori lambat sikit, dah lama tunggu? “Soal Mia
                “its ok, tunggu seribu tahun untuk yunk pon boleh..jum kita gerak” balas Daus.
Kereta yang dipandu laju oleh Daus jauh kelihatan meninggalkan perkarangan MSU.
                “eh, itu bukan Mia ke dengan Daus?” soal aku.
                “erm..yela tuh dia. Asyik keluar je ikut lelaki tu, ikut lelaki ni. Mana pernah diam dia kat sini, macam la kau tak kenal dia Eilly.” Jelas Rita.
       Rita adalah teman sebilik Mia. Aku dan Rita seringkali menasihati Mia, namun perbuatan kami hanyalah melepaskan batuk ditangga. Sudah hilang kata-kata kami untuk menyekat dari Mia terlampau bersosial tapi semuanya hanyalah angan-angan.
                “patutlah dia tak nak ikut aku ke library tadi, rupanya nak keluar. Mia selalu macam ni.” Getus hati kecil ku.
                “aku dah masak dengan perangai dia, aku dalam bilik macam tak ada rumet je. Asyik-asyik keluar lewat pagi baru balik, aku tak tahu la dia melepak entah ke mana.” Jawab Rita.
                “biarkan jela, kita tak boleh nak haling dia. Dia dah besar sepatutnya dia pandai berfikir dan menjaga batasan pergaulan.” Aku membalas lagi.
      Aku dan Rita dikatakan agak baik juga lah, kami menjadi rapat sebab Rita sangat peramah walaupun kadang-kadang dia cakap tidak berlapis. Aku dan Rita menuju ke kafe untuk menikmati makanan tengahari. Di kala aku sibuk memilih lauk pauk, aku tersedar ada sepasang mata cuba melirik ke arahku. Namun, aku cuba untuk tidak memandang siapakah gerangan itu. Aku terus bergegas ke kaunter untuk membayar.
                “berapa semua ni pak cik?” soal aku.
                “sikitnya makan, ermm kalau macam ni bagi pak cik Rm 2.80 jela..” jawab pak cik kafe.
      Aku dan Rita mengankat kaki untuk keluar dari kawasan kafe, dan aku cuba untuk menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan tadi yang membuatkan aku tidak selesa. Oowhh..dia lagi. kenapa aku asyik jumpa si mamat ni je hari ni. Tadi dekat library mamat ni cuba nak menegur aku, namun aku cuba untuk mengelak dari mengatur perbualan dengannya. Aku rasa tidak perlu untuk aku bercakap dengan lelaki jika tiada perkara penting.
                “kau pandang apa tu Eilly? Syok kat mamat jambu erk?” soal Rita.
                “eish, mengarutlah kau ni..aku nak sukakan lelaki? Tak mungkinlah kan..aku tak kenal la mamat tu.” Jawab aku.
                “alahai, mamat tu banyak punya hensem kau tak nak, semua berebut sukakan dia taw, termasuk aku..heheh” gelak Rita.
                “campak bagi free pun aku tak nak, kau kenal ke mamat tu?” aku cuba menyiasat siapakah lelaki itu.
                “ tak ada lah kenal sangat tapi aku pernah combine masuk dalam kelas dia minggu lepas, kalau tak silap aku nama dia zhafie……entahlah nama penuh apa,” jawab Rita.
        Dalam hatiku, indah sungguh nama zhafie..sama hensem dengan orangnya. Tapi mungkin kebetulan sahaja aku bertembung dengan zhafie. Lelaki yang bermula huruf ‘Z’, macam sweet je bagi aku, tapi hanya disini sahaja sweetnnya, aku tak mungkin minta yang lebih-lebih.

btw: tunggu update seterusnya, will be continue:)
Part 1 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

4 sUntiKaN sEmaNgaT:

Asfz said...

hehehe...
dah update..
pening sket baca...hehehehe

cpt update ag =)

Latest Entry: Report Card?? Result?? :(

MisS BubBLe said...

@Cik Domo
pening??kui3...

Unknown said...

Zhafie? memamgla nama yg indah :)

MisS BubBLe said...

haHahaa...kan! sweet nama zhafie..:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta