Saturday 29 September 2012

Tak perlu nak Part Time Job !

Olla =)

Selamat pagi semua, eh betullah dah pagi kan. Sekarang pukul 2.10 pagi. Mata ni masih belum terlelap, lantas datang idea nak menulis jap. Sambil-sambil tengah baca preparing untuk slide presentation selasa ni, tiba-tiba at last die mesej cakap "nyte". Pastu dia suruh tengok keputusan bola untuk malam ni, then i am thinking where is him now? He said "work" = part time job. Seriusly terkejut, sebab dia tak pernah bagitaw pasal benda ni.

Apa aku nak kisah sebenarnya kan, bukannya ada pape.. Cuma kawan, perlu ke nak tahu semua benda. tapi zaty yang curious lak tany macam-macam. Bila lagi? kat mana? Oke fine aku penyebuk, tapi in term of ambil berat. Come on la, zaty terkejut sebab dia dah mula part time job, tapi kenapa? Duit pinjaman masih belum cukup ke? Kalau nak cakap background of family, dia punya adik beradik mostly dah keje. Perlu ke dia nak keje, sedangkan income die dari sharing pun dah berbaloi masuk sikit2 dari blog. 

Risau kalau pelajaran dia terabai, sedangkan dia free pun tak pernah nak study sangat, asyik facebooking dan chatting. I know your habit, walaupun awak tak bagitaw awak chatting dengan orang lain, tapi saya seakan masak dengan sikap yang seakan playboy awak.oOopss sorry. tak nak masuk campur !

Part time job sampai ke lewat pagi then bila dah balik mesti penat sampaikan tidur siang. Saya tahu duit tu penting, tapi sebagai pelajar kita kena pandai manage duit. Tak payah lah nak terpengaruh nak beli tu, nak enjoy sana sini. Sabar, kalau ada duit lebih bolehlah, tapi saving la sikit. Jangan nak semua barang branded je, kalau dah tahu tak pandai manage duit, tak payahlah ajak orang keluar. Duk diam-diam kat hostel macam saya yang kebosanan terlampau..huhu, Saya bukan marah, cuma takot melalaikan awak. 

Kalau sekarang awak dah mula part time job, sikit sebanyak ganggu pelajaran awak, then nanti habis belajar takkan awak nak terus kerja part time awak tu. kalau awak bersabar sikit je sekarang, InsyaAllah tahun depan awak dapat kerja lagi elok dan high salary berbaloi dengan apa yang kita belajar sekarang. Engineer to be, InsyaAllah.

Rasanya kita sebagai pelajar tak perlu lagi nak buat kerja part time yang sampai memerlukan kita kerja lewat pagi cenggini, cukup-cukuplah buat kerja ringan-ringan,sumber pendapatan dari blog awak tu dah cukup. Saya bukan sibuk, maaf sangat-sangat kalau awak tahu saya tak suka, mesti awak akan cakap saya tak faham awak. Saya tahu, tapi saya tetap tak bersetuju. Pelajar tugasnya menuntut ilmu, bukannya berpenat lelalh kerja kat luar tu. Huuhuu~


btw: Mesti dah tak de masa lepas ni, kerja sampai lewat pagi..

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 28 September 2012

Dah boleh update macam biasa

Olla =)

Duit poket kering, tolong isi tabung saya :( KLIK SINI

            Back to normal, tahu tak maksudnya..hehe. Mkasudnya saya dah boley update blog macam biasa. Sebelum ni ada masalah teknikal sikit, kan heboh pasal filem berkaitan penghinaan nabi tu kan3.. Mesti korang tahu, dan sebagai boikot atau pun cara protes, universiti zaty pun turut join tunjukkan bantahan. So, dieorang block pengunaan google dan juga youtube. That is why la zaty sunyi sepi je tanpa mengupdate blog. hUuhuuu~

       Mungkin ada segelintir berfikiran kenapa perlunya buat bantahan ataupun protes sebegini sedangkan mungkin pihak sana lansung tidak gentar dengan tindakan kita. Sebenarnya, pihak universiti zaty boikot untuk beberapa hari sahaja sebagai tanda mereka concern mengenai hal ini. Walaupun beberapa hari, at least usaha tu kita nampak kan. Kalau selama-lamanya block, dia pun tahu student nak guna buat kerja macam-macam. Mereka tak adalah kejam sebegitu. Tapi paling menyedihkan ada segelintir kekawan yang tidak faham kenapa tindakan block sebegini dilakukan. Hanya beberapa hari je awak-awak, tolonglah bersabar, dan tengok hari ini dah boleh guna macam biasa. Tak lama pun kan, bersabar je. 

            Alhamdulilah pada siapa yang faham situasi sebenar, tetapi menyedihkan bagi kaum sendiri yang turut pertikaikan kenapa sistem block google dan youtube dilakukan beberapa hari. Semoga kita sama-sama renungkan .


btw: Ya Allah, memang buntu tak tahu nak buat apa sekarang. Nak baca jurnal, punyalah malas sebab banyak tak berkaitan dengan tajuk yang diinginkan..huuu ~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 17 September 2012

Masih tak berubah ye awak

Olla =)

           Di saat menaip entri ni, tangan laju je menekan keyboard meluahkan isi hati yang terpendam. Sesudah je end call, terus datang mood nak tulis jugak kat blog. Tahu sebab awak takkan baca dan tahu pasal blog saya ni. Mungkin ni yang terbaik daripada awak mula tuduh saya macam-macam. Bila dah datang cemburu buta awak yang tak tentu pasal, naik bingung saya. Tapi saya tak salahkan awak pun, cuma satu je saya minta berubah. Tolonglah ubah perangai awak yang panas baran, cemburu buta dan mengungkit. Thats enough oke. Jujurnya bila dah fikir elok-elok, rasa macam tak ada nya saya nak lebih2 dari kawan sebab awak masih tak berubah. Cukuplah awak dah remove dan block fb saya. Walaupun hati ni sakit dan kecewa, tapi saya maafkan awak jugak. Saya still reply mesej awak berharap awak ada perubahan, tapi still the same. Then wat should i do, if i'm changed a lot? Hmm...Saya reply mesej awak sebab saya tak nak gaduh2..saya masih berperikemanusian untuk befriend with you. But sincerely, kita memang tak boleh more than friend. Biarlah saya je yang tahu, kita kawan macam biasa macam kawan-kawan yang lain cukuplah. Awak nak saya terus tak layan mesej awak...haaa, think it carefully, rasanya tak ada orang lain yang boleh sabar macam saya lepas awak dah buat macam-macam sampai hati saya terluka dan sakit. Sekali cukuplah yea..tak mo banyak2 k.. peace..~


Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang tiada =)


btw : Alamak dah dekat 2 pagi, jom sambung lagi buat report..bubye~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 16 September 2012

Macam mana nak cari duit poket?

Olla =)


      Straight to the point la ya, zaty nak tany korang semua especially yang sedang belajar. Korang ada idea tak nak cari duit poket lebih? Kalau yang dah kerja tak pelah bulan-bulan masuk gaji, tapi bagi yang tengah belajar macam zaty ni, teringin sangat nak cari duit poket sendiri. Bukan lah nak kata duit tak cukup sangat, tapi zaty nak juga jana pendapatan sendiri sambil belajar. Lagipun zaty belajar sekarang memang 100% depends pada PTPTN. Nak dapatkan tajaan, maklumlah tak berapa nak layak dulu kan. So, dengan duit ptptn ni la zaty hidup sampai sekarang. Kalau nak minta duit nak PAMA (papa dan mama) memang zaty takkan lah, sebab zaty fikir dah dapat duit ptptn tu, so dah cukuplah dengan duit tu. Malas nak susahkan duit dieowang lagi. Manalah tahu nanti dieowang nak tolong bayar duit ptptn sikit..hehe..

          Bagi zaty duit ptptn memang mencukupi kalau pandai saving, selalunya mesti ada lagi baki yang lebih bila dah habis sem. Zaty fikir tak nak lah boros sangat, nak saving sikit2 nak dijadikan balik sebagai bayaran kepada ptptn nanti. Duit raya hari tu pun dah masuk bank, walaupun sikit. Cuma sekarang zaty nak cari duit lebih, nak duit poket sendiri. Mesti rasa best kalau dapat jana pendapatan sendiri, so tak adalah limit sangat nak beli itu, nak beli ini.


           Yang paling penting, dari sekarang zaty dah perlu cari duit untuk simpanan masa hadapan. Nak bayar duit ptptn tu yang penting, zaty tak nak tangguh lama-lama, kalau boleh nak setelkan cepat bila dah habis belajar nanti dan dapat kerja. InsyaAllah. Cuma, zaty nak tahu ada cara tak nak cari duit sendiri? Kalau income blog, nuffnang memang hampeh la sebab dah lama tak boleh nak login nuffnang then nak sign up baru pun tak boleh. Bila nak depends pada says pulak, tak banyak sangat income sebab tak ada orang klik..huuhu..Susah kalau yang iklan2 klik ni sebab jujurnya zaty bukan blogger femes so nak harapkan income kat blog memang tak boleh. 

           Zaty ada fikir nak mulakan karya dengan menulis, tapi zaty tengah cari masa untuk mulakan menulis. Buat masa sekarang banyak benda nak setel kat hostel ni. Seriusly kalaulah zaty layak dan berbakat, mesti karya zaty diterima kan. Mungkin ni satu cara zaty tengah fikirkan. Harap korang doakan zaty boleh berjaya dalam penulisan. Selain dari ni, korang rasa apa yang boleh zaty buat sebagai seorang student? hah, cepatlah tolong fikirkan dan bagi idea kat zaty. Memang zaty teringin sangat taw.


btw: Semoga zaty dipermurahkan rezeki.. Amin =)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 14 September 2012

Kawanku di mana

Olla =)


         Morning korang, biarlah terlambat pun, tapi belum pukul 12 tengahari lagi kan. Mata still ngantuk tapi tahan jela sebab tak elok tidur lelama kan, lagi pun hati tengah gundah gulana. Rasa sedih sangat, sedih dan sedih. Tapi apa kawan nak kisah kan, lagipun saya ni mungkin tak ada lah special sangat. Nak cari kawan betul-betul faham dengan kita memang susah, dah puas mencuba untuk jadi yang terbaik. Mungkin kadang-kadang apa yang kita dah buat, sacrifice pun orang tak nampak. Hanya kita je yang anggap dia kawan yang boleh kita menumpang. 

          Seriusly, zaty memang seorang yang lemah. Zaty akan kuat bila ada orang yang sanggup berada di sisi untuk tolong. Zaty dah cuba, tapi kenapa hati ni masih boleh rasa sakit, boleh ada perasaan makan hati, memang tak nak semua tu, tapi bila ada perlakuan atau perbuatan yang seolah-olah zaty ni tak penting, seriusly zaty makan hati. Rupa-rupanya zaty sorang jela yang anggap dia kawan, yang boleh mengadu certain thing. Mungkin dekat hati dia, sebaik mana pun zaty cuba lakukan, dia takkan boleh treat zaty macam dia treat kamu-kamu. 


         Mungkin dia-dia selesa bersama dia je. Zaty pula jadi tempat kitar semula, ada pun tak pe, tak ada pun tak pe. Pape hal bukan nya nak dengar zaty. Mungkin susah kot orang nak terima zaty kat sini, walaupun dah hampir bertahun-tahun bersama. Sampai ada yang cakap zaty ni macam bodoh pentingkan kawan yang tak hargai zaty seadanya. Memang rasa diperbodohkan tapi zaty tak nak gaduh-gaduh. Biarlah cukup hati ni je makan hati. Kalau di hostel sekolah dulu, seriusly memang kiteowang rapat, zaty ada kawan-kawan yang selalu di sisi sampai sekarang dia masih contact zaty. oopss, sori tak angkat dia punya col pagi tadi sebab tidur..Hehe..



btw: agak-agak siapalah yang rasa kewujudan zaty ni penting dalam hidup dia.. bajet je kan zaty ni, nak menagih simpati orang yang tak sudi..phuiii...~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 11 September 2012

Latest Faveret Song

Olla =(

       Tak mau cakap banyak, nak juga korang layan lahu ni. Best sangat, memang feeling dan sesuai sangat dengan jiwa zaty sekarang. Dengar la banyak kali sampai tertitis-titis ayaq mata..wuwuwuwu~



Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
selalu dihatiku...


btw : Ingatkan dah berubah..nampak sama jee.. errr~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 10 September 2012

My New Semester Begin

Olla=)

         Malam kedua zaty berada di kampus, suasana masih lagi rasa berbeza. asyik terbayangkan muka2 keluarga, katil, bantal busuk dan semuanya kat rumah. Tetapi dikuatkan hati ini demi perjuangan jihad kat sini. For ur information, sekarang zaty officially super duper senior..ooopss, perasannya..tak de sape yang kenal pun mana satu senior or junior..Sebab muka zaty kan cam youn2 gitu. Nak menyamar jadi tahun 1 balik pun boley..Hahaha.. :D

          First day kuliah hari ni, ermmm...tak ada lansung kelas. Semua cancel. Punyalah semangat bangun awal tadi, tapi bukan nak pergi kelas cuma nak berebut tukar kelas. Alhamdulilah nasib baik ada lagi kosong tempat, terus cepat2 zaty drop kelas tu then add nak masuk kelas Dr. Lepas dah selesai pasal kelas, mulalah sesi menakutkan. Dengar penerangan pasal tajuk projek yang zaty pilih hari tu. Dr. tu pesan suruh baca dan faham then nanti jumpa dia lagi. 

My timetable

Huhu, nampak kan macam kosong. Biasalah nama lagi final year student, buat apa nak busy pergi kelas. Pikir sal projek jela.. 



btw: Pape pun korang sentiasa doakan kejayaan zaty yea =)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 9 September 2012

Kenapa Sekarang ?

Olla =)
Kenapa Sekarang orang tu nak muncul dan cakap jeles?
Kenapa aku punya perasaan pun lain, 
dulu aku belum bersedia tetapi sekarang aku rasa dah tahu perasaan aku...
Bila aku dah mula kenal perasaan aku...
Memang aku terpaksa lepaskan dia untuk orang lain?
Sebelum ni aku memang berharap..
walaupun mulut aku mengatakan tidak, 
tapi ada secebis perasaan yang aku tak sedari..
sekarang aku rasa semua itu..tapi muncul orang baru..
mengatakan dia adalah istimewa dalam hidup kamu..
Dia jeles kerna aku baek dengan kamu..
Ya Allah, kenapa waktu aku sudah punya perasaan suka..
aku perlu buang dan lepaskan untuk orang lain..
kenapa waktu begini aku perlu hancurkan hati aku sendiri..
Tapi andai dia dengan kamu aku redha..
sebab Allah dah utuskan seorang perempuan yang jauh lagi cantik dari aku..
Mungkin aku tak setanding dia..
Andai dia bukan jodohku, kau jauhkanlah aku dengan dia..
Andai dialah jodoh yang kau tetapkan..
Kau dekatkanlah hati aku dengan dia..




btw : Aku tidak punya rupa paras yg cantik seperti dia...

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 7 September 2012

Officially diberhentikan...


Olla =)

               Wuwuwuwu…praktikal dah tamat. Maka selesai lah sudah zaty sebagai seorang pelatih di JKR cawangan elektrik selama 3 bulan. 3 bulan pada awalnya terlalu lama untuk ditempuh, tetapi bila dah sampai penghujungnya 3 bulan macam terlalu singkat. Kalau diikutkan masih banyak ilmu yang boleh dipelajari sepanjang sesi berpraktikal, tetapi lumrah manusia dibelenggu dengan sikap PEMALAS.

                Sepanjang 3 bulan zaty berada di bawah bumbung JKR, zaty telah banyak didedahkan dengan alam pekerjaan sebenar sebagai seorang engineer. Kalau sebelum praktikal, seriously zaty masih kosong dengan skop tugas engineer  terutama elektrik. Mesti ramai yang akan memperkata elektrik, baiki-baiki, wiring, dan tengok kerosakan. Tetapi sila fokus pada peringkat pengajian kita. Kalau lepasan diploma, kita memang akan terlibat dengan bahagian maintenance, kerosakan dan sebagainya. Tetapi bagi lepasan ijazah sarjana muda, mereka akan dipanggil sebagai seorang jurutera.

                Jurutera elektrik banyak didedahkan dengan design, lukisan plan, bangunan mengunakan autocad, diberi hak untuk memilih petender bagi sesuatu projek dan juga mesti mahir dalam pengiraan bagi mencari kesesuaian lampu , bilangan dan jenis lampu. Seorang jurutera juga bertanggungjawab dalam bidang sebut harga. Bagi memilih petender untuk sesuatu projek, jurutera akan membuat cut off untuk memilih petender.
                Walaubagaimanapun, bahagian maintenance juga tidak boleh diabaikan. Seorang jurutera juga mesti tahu dan ambil berat di bahagian penyelengaraan. Bermakna mestilah rajin turun ke site, barulah kita tahu kesesuaian bagi sesuatu pemasangan. Zaty bukan sahaja keluar ke site, tetapi juga berkesempatan menuntut ilmu secara teori di sana. Alhamdulilah, atas kesudian encik2 di tempat praktikal yang sudi berkongsi ilmu, nota dan mengajar kami.

                Itulah pentingnya kita berpraktikal, tanpa praktikal sebegini kita mungkin tidak akan nampak benda di sekeliling kita. Kita mungkin tidak tahu skop tugas kita yang macam mana, dan kalau ada rezeki mungkin kita senang dan mudah untuk diterima bekerja. Jadi, manfaatkanlah apa yang telah ditetapkan oleh kita sebagai seorang pelajar kejuruteraan untuk menuntut seberapa banyak ilmu sepanjang kita berpraktikal. Jangan hanya bergoyang kaki tanpa mendapat apa-apa. Renung-renungkanlah….








btw: i wish i could be one of JKR's engineer one day.. Ameen ~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 5 September 2012

Laz Day Praktikal

Olla =)

Korang2 KLIK SINI isi tabung kasi penuh

          Sebenarnya benda ni semalam, hari Rabu..tapi dah macam hari terakhir pula praktikal. Muka kemain seronok je semua lepas makan laksa. Sangat sedap, ada staff buat jamuan laksa sempena diaorang puasa 6 kan. So, kami semua pun turut serta dalam sesi makan-makan ni. Zaty pun ada juga sumbang taw, apalagi kek chocolate jela yang mampu zaty buat. Tak sedap pun tapi biar jela..hehe..

Lepas sesi makan, maka bermulalah sesi bergambar. Buat kenang-kenangan, tak tahu dah bila pula boleh jumpa semua2 ni. Sebagai kenangan, kiteorang hadiahkan frame ayat kursi sebagai tanda ingatan. Harap-harap pihak JKR takkan melupakan kami di sini.



sesi penyerahan frame 

Bersama jurutera yang cantik kat tengah 

kami bersama Ir.

gegurl, bakal engineer mengorak langkah macam Ir.


Maka, berakhirlah sudah sesi bergambar. Hopefully, kami semua dapat menjadi seorang engineer yang berjaya pada masa akan datang. InsyaAllah. kalau umur panjang, harap berjumpa lagi. Terima kasih korang semua :)


btw: ambil aura mana tahu muda2 dapat title "Ir" nanti.. Ameen~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 4 September 2012

Open House

Olla =)
  Korang tolong la KLIK SINI isi tabung zaty kasi penuh yea..

        Sekarang dah minggu last zaty praktikal.. dan macam-macam benda la pula bila dah saat2 akhir ni. Maksud zaty dah jadi kaki ponteng..alamak,..kuat merayau situ merayau sini. Ikut suka hati nak datang pukul berapa lepas tu balik. Tapi entri ni pengembaraan zaty pergi open house rumah salah seorang kawan di praktikal daripada UTEM, dia dah habis praktikal last week.

          Kami pergi dalam 4 buah kereta, kononnya lepas pergi open house rumah kak adni, terus nak balik rumah la. Lama jugak berlabuh kat rumah kak adni, makan dan makan sampai kenyang. lepas tu bukan terus balik tapi jalan2 kat tesco jap. Sebab ada kawan yang tak familiar kat area sini. So bawalah rombongan jenjalan cuci mata.

Mee kari tuhhh...sedapppp

Ini pula cheese cake..yummy

oopss muka tak bermaya je..

Macam nak potong kek besday pula..;p


Santai je..

Eh3..semua tak sedar kena snap gmbr

Inilah kami geng2 Li bersama, tapi ade 2 orang tak datang



Btw: jalan-jalan cari makan,..nanti jemput kami ke kenduri kawen pulak.. ;p




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 3 September 2012

PTPTN je yang ku mampu


Olla =)

PTPTN menyusahkan anda ke? Kalau menyusahkan kenapa still nak pinjam juga dengan PTPTN. Habis yang ada mulut tu mulut ni asyik cakap berat PTPTn ni, susah nak membayarnya nanti. Korang yang cakap macam dapat TAJAAN JPA ke MARA ke PETRONAS ke or what so ever ke haa ? Kalau korang dah tahu PTPTN ni nanti bayarannya banyak, so pandai-pandailah belajar elok-elok senang nak apply scholarship. Sekarang dah banyak yang sediakan scholarship untuk pelajar-pelajat IPT. Betapa beruntungnya sape yang dah terima tajaan sebegitu. Tak payah nak fikir bayaran keesokan harinya, tak payah nak ikat perut di universiti dan ada dengan duit tajaan pun bole buat biayai untuk majlis pertunangan. Memang sangat untung.

        Tapi malangnya nasib seperti zaty yang lansung tak dapat nak merasa mendapat duit tajaan. Zaty nak salahkan siapa kalau bukan diri sendiri. Dah banyak peluang depan mata, tetapi masih belum juga zaty capai. Waktu dulu masuk je tingkatan 1, zaty dapat biasiswa dari syarikat mak sedara nekerja. Tetapi hanya sampai tingkatan 3 sahaja, tak banyak pun duit terkumpul sebab zaty guna buat beli buku banyak masa form 3. Lepas tu masuk form 4 pula bermula kehidupan di MRSM. Duit biasiswa tu tak dapat diteruskan sebab luar daripada negeri yang zaty diami. So, biasiswa tu terhenti camtu then dekat MRSM kiteowg dapat hanya wang saku setiap bulan kalau tak silap. Dah lupa dalam RM 25 macam tu. Peluang sebenarnya dah dekat dengan zaty, tapi zaty tak mampu nak mencapainya. Kalau dekat MRSM memang ada program SPC (skim pelajar cemerlang) kiranya sape yang dapat trial spm tinggi boleh lah dapat tajaan ni. Ada tu tak payah tunggu result spm dah boleh sambung belajar di IPT.

         Memang banyak sangat peluang kalau dah masuk MRSM, Cuma zaty je yang tak bertuah mungkin effort zaty belum cukup dan berbaloi untuk zaty kecapi macam orang lain. Ramai yang fly ke luar Negara, tajaan tu tajaan ni, masuk belajar kat UTP yuran free, bulan2 dapat duit elaun lagi. Zaty pula, lepas spm terus ke matrikulasi. Dekat matrik ni yuran semua ditanggung sendiri tetapi kiteorang akan dapat duit elaun juga untuk 1 sem dia bagi RM 1500. Kiranya setahun kat matrik  RM 3000. Tapi waktu tu duit cukup-cukup makan je siap tambah duit mak bapak pula kasi. Dekat matrik pun peluang cerah sebenarnya, kalau result gempak boleh mohon tajaan khusus untuk pelajar matrik akan ditaja belajar dan bila dah habis nanti kena balik mengajar jadi lecturer di matrik.

         Tapi mostly result yang tinggi2 dekat matrik berjaya dapat tajaan JPA. Bila dah masuk university diaorang tak payah nak pinjam PTPTN ke MARA, sebab nak dapat tajaan JPA lepasan matrik macam senang je daripada lepasan SPM. Tengok dekat situ pun zaty dah terlepas peluang. Seriusly zaty kesal tetapi memang tak dapat berbuat apa-apa melainkan teruskan hidup sebagai peminjam PTPTN. Walaupun keluarga zaty mampu untuk menanggung pembiayaian di university, tetapi zaty tak nak membebankan. Waktu tu zaty pun tak tahu sangat nak pinjam duit MARA, Cuma ikut kawan cakap nak pinjam PTPTN zaty pun terus buka akaun sspn. Maklumlah tak ada sesiapa yang guide zaty, semuanya zaty tanya kawan. Kalau zaty pinjam dengan MARA mungkin waktu bayaran nanti akan dipotong jumlahnya kerana pinjaman MARA ni dia potong ikut pointer. Tapi PTPTN juga dah ditukarkan kepada biasiswa bagi pelajar yang grad dengan kelas pertama. MasyaAllah, ini peluang yang ke berapa zaty tetap terlepas dan masih belum dapat capai. 
           Bila renung-renung rasa macam nak nangis sangat sebab tak mampu nak grad kelas pertama nanti. Dah tak boleh nak kejar, telinga ni sakit je dengar ura-ura orang lain. Kenapa pinjam PTPTN? Susah nanti nak bayar..habis tu kalau zaty tak pinjam ada ke sesiapa yang sudi nak bagi pinjam or taja zaty? Tolonglah jangan tanya soalan kenapa tak minta biasiswa sebab dah sah2 la orang yang tak dapat biasiswa akan pinjam PTPTN. Dan kalau lah waktu tu juga ada yang sokong and guide zaty suruh pinjam MARA ke or agensi lain kan bagus. Tapi zaty independent sebab parent zaty memang tak tahu and tak de masa nak care semua ni. All the thing zaty sendiri urus dan fikir. Zaty nak masuk university mana, pilihan sendiri no more opinion from others. Memang zaty tak ada sesiapa nak rujuk.. alhamdulilah lah walaupun pinjam PTPTN zaty memang tak menyusahkan parent, tak de lansung minta duit bulan-bulan malahan zaty cuba untuk berjimat sebab nak save money dan sumbat kat akaun sspn.

         Mungkin nasib adik zaty lebih cerah sebab dia ada yang guide. Sape lagi kalau bukan zaty, dan siap dapat arahan dari parent lagi. kalau zaty tak tolong dia, mesti akan cakap pada siapa lagi nak tolong. Then macam mana zaty dulu? berdiri di atas usaha sendiri. Now they are more focusing on this issue when other people talked about ptptn. Waktu zaty ada ke masa untuk dengar semua luahan zaty minta pendapat……ermm,I need to be more independent. Biarlah orang nak cakap apa, tapi zaty tahu Allah itu merancang sesuatu yang terbaik untuk zaty. Mana tahu dapat suami yang berpendapatan tinggi, bolehlah ringankan beban zaty langsaikan hutang. Seriusly teringin nak cari duit poket sendiri lepas tu sumbat dalam bank untuk simpanan akan datang. InsyaAllah….


btw: sape yang tak nak biasiswa..tapi mampukah.....

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 2 September 2012

Aurat yang tak disedari

Olla =)

Sebelum baca sila KLIK SINI untuk isi tabung =)



Untuk entri kali ni, sebenarnya zaty dah lama nak update tetapi selalu tak berkesempatan. Asyik ade je duk bercerita pasal benda lain. So, hari ni zaty nak cerita sikit pasal tajuk entri hari ni. Berkisarkan aurat, ramai antara kita tanpa menyedari mendedahkan aurat sesama perempuan. Kita tak sedar secara tidak lansung aurat kita terdedah pada kaum jantina yang sama. Maksud zaty ialah melalui pemakaian harian kita.
                Kebanyakan kita, pelajar terutamanya memakai seluar yang terlalu pendek (perempuan) iaitu di atas lutut. Antara sedar atau tidak perempuan juga ada batasannya antara perempuan. Aurat perempuan dengan perempuan lain (bukan mahram) ialah dari pusat hingga ke lutut. Tapi masa kini,  sudah ramai yang menggemari memakai seluar yang terlalu pendek hingga menampakkan atas lutut iaitu peha. Itu sebenarnya sudah termasuk sebahagian daripada aurat kita.

Zaty pun tak perasan sehinggalah kawan zaty, kak azia yang menyedarkan zaty mengenai ini. Jadi zaty berminat untuk berkongsi ilmu dengan semua perempuan akan perlakuan kita yang mungkin ada segelintir tidak menyedarinya. Alhamdulilah, nasib baik lah zaty berseluar 3 suku di hostel yang berada di bawah paras lutut. Zaty tahu ramai yang berseluar pendek terutama yang tinggal di hostel, tetapi dengan berpakaian sebegitu kita dengan mudahnya menambah dosa pada diri sendiri.
Bayangkanlah nak menjaga aurat dengan lelaki pun susah takkan aurat dengan perempuan yang begitu senang  pun kita tak boleh nak jaga. Mungkin adalah yang tidak sedar akan hal ini, tetapi zaty harap dengan entri ini dapat menyedarkan setengah pihak. Walaupun sudah ada yang terbiasa, tetapi lebih elok pakai di rumah la, kalau untuk berada di hostel apa salahnya membeli seluar tiga suku, itupun dikira seluar pendek dan menyelesakan. Cubalah korang perhatikan sekeliling korang, memang ramai yang berkeadaan macam ni, ada yang dah macam boxer. Lansung tak malu dedahkan sehingga hampir menampakkan benda yang tak sepatutnya.
Kita yang memandangnya biasa tetapi hakikatnya benda itu mendatang dosa bagi si pemakai. Kalau yang duk pandang pun bernafsu, lain cerita la. Maka dosa lah juga  yang akan menyusul. Zaty pun sekadar berkongsi bukan menuding jari pada sesiapa, cuma menyedarkan pada sesiapa yang tak perasan atau menyedari aurat antara perempuan pada hakikatnya.




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 1 September 2012

Salam Kemerdekaan ke 55

Olla =)


           Dah tahu terlambat untuk ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Al maklum saja lah internet kat rumah problem pula, dah rugi 2 hari nak update belog ni. Walaupun lambat, tetapi hati ni tetap ingat hari merdeka. Setiap tahun kita pasti menyambutnya, tapi zaty just tengok live kat tv je la upacara sambutan kemerdekaan tahun ni. 

      Merdeka yang kita tahu ialah bebas. Ia adalah sempena pembebasan negara kita daripada penjajahan. tetapi kita juga merdeka, atas diri kita la. Merdeka sebab apa. kalau zaty pun merdeka juga, bebas dari seseorang yang suka sakitkan hati. 

             Oke lah tak tahu juga sebenarnya nak tulis panjang-panjang, cuma nasihat zaty janganlah kita lupa pada hari kemerdekaan ini. 31 ogos setiap tahun !


btw: Semoga hati ini kuat =)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta