Sunday 23 December 2012

i Love This Song

Olla =)

       I herad this song from one of the blog and fall in love with this meaningful song.  Because i love this song, so i'll share with all of you. Hope you guys like and fall in love with this song. You ca find the real singer in youtube, most of her video did not show her face..but her voice is so sweet and best... auuww, fall in love with this song "you". Enjoy guys ~




btw: keep playing from morning until now.... :')

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 22 December 2012

Without Relationship Is Better For Me

Olla :(

     Back to my topic, why i'm saying without relationship is better for me??? why? Cause i'm think this good for me. Maybe for me only who cannot manage my time correctly. Yeah, i admit it all the time i'm used for doing my assignment, study, lab report and eating while watching movies. But, while i'm study or do my assignment, i'm still replying your message. I'm still reply although its late for a few minutes. (even lambat masih balas ok)

   Bila dah lambat beberapa minit, miskol dan mula mesej marah2...dan mula mesej tuduh2, awak cakap saya melayan orang lain, berfacebooking n chat ! Saya menggatal !! Kenapa nak cakap macam ni kat saya, sedangkan saya sangat sibuk dengan assignment dan tambah sekarang dah study week. Kenapa susah sangat nak faham diri saya yang banyak kerja, saya bukannya tak mesej awak lansung, selalu and everyday. Walaupun sibuk, saya layan awak..tapi kalau awak sibuk, saya boleh consider. Saya tahu masa awak banyak sekarang sebab awak tengah rehat, tapi kalau next semester mesti awak faham bila dah jadi final year student. Saya tak minta lebih, cuma support saya dan faham saya.


   Kalau awak marah2 saya, mengata macam2 saya..awak ingat saya tak sedih? Saya jadi stress, sincerely i'm saying that i'm too stress! Saya ada hati dan perasaan, saya sensitif..saya nak ada orang support saya ketika ni, kerana saya keseorangan..awak tahu kan saya tak punya teman untuk bergantung kat sini, saya cuba jadi kuat walaupun rasa ditinggalkan oleh teman2, awak cakap berdikari..ye saya berdikari dan saya berharap awak faham saya selalu. Tapi tolonglah jangan marah dan tuduh bukan2. Saya memang buat kerja, tak menggatal pun. 

    Kalau awak nak orang yang 24 hours reply mesej awak cepat, for sure i'm not that person. Maybe there is someone who suits with you. I'm here now because my parent asks me to study hard. Please, please and please dont hurt me. Its better friends than become more than friend. Bagi saya ruang dengan kehidupan saya. Maaf, tak sanggup nak kena terima tuduhan melampau awak...i can't stand anymore.... :(




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 21 December 2012

Kenapa Hati ini terguris

Olla =)


     Soal Hati dan perasaan memang sukar untuk kita luahkan, tapi hanyalah diri kita sendiri yang merasainya. Hati kita yang di beri oleh Allah , menyingkap pelbagai perasaan, marah, cemburu, kecil hati dan macam-macam. Kita yang meminjam hati ini harus pandai mengawal keadaan agar hati kita tidak merasa sakit dan tercemar. Mungkin ada segelintir yang mempunyai perasaan mudah berkecil hati, same like me. Memang akui diri ini yang lemah dan tersangat sensitif. Sesungguhnya hati kecil ku ini terlalu cepat untuk terasa dan berkecil hati terutama dengan kawan2.. Kenapa terjadinya sebegini? Kerana berkecil hati itu adalah sifat normal bagi seorang manusia. 

memang ramai antara kita cepat terasa dan perasaan ini tidak salah. Kadang2 kita perlu melayan rasa ketidakpuasan hati. Jika kita membiarkan begitu, pasti akan timbul rasa dendam ataupun sikap buruk. Melayan sifat berkecil hati maksudnya kita sedar kita sedang berkecil hati dengan sahabat kita, mungkin kita boleh ambil alternatif untuk meluahkan rasa ketidapuasan kita ataupun segelintir antara kita segan dan malu untuk meluahkan. Jadi kita sendirinya perlu kuat, cuba menarik nafas panjang2, pejam mata dan istighfar. Mungkin perlu juga untuk menjauhkan diri seketika, agar hati kita akan terubat. Dan mungkin juga ada yang menanti untuk dipujuk. Kalau tidak dipujuk, maka makin parahlah hati kita. Sebagai manusia, kita juga punya perasaan berkecil hati dan sebagai manusia kita juga perlu menundukkan ego kita dengan memujuk kawan kita. 

Biarlah kawan kita itu tidak begitu penting dalam hidup kita sekarang, tetapi ingatlah sebarang kemungkinan ataupun benda pada masa hadapan bukan kita yang tentukan. Mungkin pada masa hadapan, kita pula yang akan rasa berkecil hati, dipinggirkan dan merasa dijauhi serta berseorangan. Orang yang mengecilkan hati kita mungkin antara sedar ataupun tidak. Antara tidak sedar kerana dia yakin dia mempunyai teman2 yang lain di sisinya, dan tidak perlu dia memujuk pada yang seorang ini. Dan antara yang sedar dia akan cuba merendahkan egonya dan mengambil balik hati temannya. Ingatlah walaupun sekarang kita masih boleh bergelak ketawa, bersuka ria dengan membiarkan teman anda berkecil hati, kemungkinan juga kita akan turut merasainya nanti.


btw: antara sedar ataupun tidak , ataupun kita sebenarnya bergembira di atas kesedihan teman kita yang tidak mempunyai tempat bergantung seperti dulu...Renung2 kanlah~

    

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 13 December 2012

ohh Durian !

Olla =)


          Mesti korang semua dah dilanda dengan demam durian kan, maaflah Miss Bubble terlambat update sal durian ni. Disebabkan musim buah yang melanda sekarang ni, banyaklah pulak durian situ durian sini sampaikan tekak ni dah rasa kempunan dengan durian. Dan lagi satu makanan baru yang semakin famous iaitu durian crepe. Tapi bukan setakat perisa durian je, ade kiwi crepe, strawberi crepe n pelbagai jenis crepe lagi lah. Rasa durian crepe yang zaty makan hari tu sebijik macam makan durian betul je, die punya cream kat dalam tu tak rasa sangat pun. Ade certain orang suka, ada certain tak . Terpulang pada taste masing2 la.

         So, nak dijadikan cerita, disebabkan kempunan nak durian, time keluar semalam Miss Bubble singgahlah satu gerai/stall buah durian sebab nak beli with my housemate. Tengah pilih2 yang mana elok, penjual tu siap hulur suruh rasa yang ni, rasa yang tu. Lepas tu, tiba2 dia bagi sebijik durian kat kiteowang dan suruh duduk kat meja belakang makan sampai habis, dibekalkan 3 air mineral. Wahh, rasa beruntung sangat sebab dapat makan percuma lagi. Dah la tadi masa nak pilih durian dah try beberapa ulas..haha :D


Okeh, dah macam gerai sendiri duduk menikmati sebiji durian, tapi separuh tak habis pun..segan je ase ~ hik3

Bila dah rasa kenyang sikit, perut terisi terus angkat kaki pulang. Haha, buah durian di belakang bonet kereta memang betul2 memenuhi bau kereta.


btw: Cubalah hargai kawan yang masih ada di depan mata ..peace ~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 10 December 2012

Dinner Last Minit

Olla =)

     Owkeyh, tanpa disangka-sangka, aku a.k.a Miss Bubble pergi dinner. Buat first time nya, nak cakap teruk memang lah teruk jugak la sebab sebelum ni mana ada nak join dinner2 pape. Tapi for this time, dengan lembut ahtinya, aku mengatakan "ya, aku pergi". Tema dinner kali ni ialah "kampung". Dan memang dikatakan last minit aku terima call jemputan dari tim, eceh jemputan konon padahal memang patutnya aku kena pergi sebab dinner tu sempena aku dan rakan2 yangd ah bergelar "mantan jawatankuasa kolej".

      Then, aku pun cakap, "ya". Pergi, terus cari baju, amin ambik je iron dan berselendang. Simple je, janji aku tunjuk muka aku pergi dan dapat makan free lagi. Memang tak rugi pape, walaupun tak ada geng2 aku yang lain, tapi aku tabahkan hati pergi juga. Kesian kan dekat budak2 baru yang dah manage sal dinner untuk kiteowang. So , apa salahnya pergi kannn....^^


 Waktu nak balik, tibe2 adik2 ku (anak buah masa pegang jwtn, tp skrg dieowang dah ambil alih tugas) mengacukan kamera nak ambil gambar Miss Bubble yang dah berjalan kat depan dieowang, apa lagi segan la kalo sensorang untuk di ambil gambar, lantas terus tarik tim untuk di ambil gambar bersama..hehe

 Malulah adik2 ni nak ambil gambar, so Miss Bubble pun cakap kite ambil gambar sekali lah..hehe~

 Miss Bubble yang pink, sebelah kiri yang laki tu fizu, sebelah kanan, tim.. sebelah tim, shafiq. Diaorang memang terbaek, dah macam adik dah miss bubble anggap dieowang ni ^^

Yang ini pulak pertunjukan silat gayong perempuan melawan lelaki..uiyooo...(sorry xbape nak jelas enset tak berkualiti)

Persembahan nyanyian/band oleh adik2...


Sebenarnya semua adik2 je kat sini, sebab generasi mereka yang akan memimpin pula. Kami di barisan suoer duper tua (senior) dah duduk tengok je..hehe... Memang dinner yang simple, makan duduk bersila mengikut tradisi melayu lama. Makanan yang sangat banyak, ada lontong, mee kari, bihun, nasi goreng, kuih muih, kek dan pelbagai lagi yang mengenyangkan. Memang tak rugi pergi untuk isi perut..hekhek ~


Btw: Terima kasih semua yang menghiburkan di kala Miss Bubble kesorangan di waktu ini :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 30 November 2012

Sambung cerita Jom Heboh

Olla =)

Sebelum tu korang KLIK SINI dulu yea, isi la tabung neyh =)











btw: Bila lah orang tu nak upload video yang menari2 happy hour, rasa cam nak tengok jee ^^
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Retired

Olla =)

        Officially sudah tamat tempoh tampuk pemerintahan Miss Bubble dan rakan seperjuangan di kampus. Berakhirnya malam ini, maka berakhirlah tampuk pemerintahan takhta kami, i means jawatankuasa kolej. Maka bermulalah Barisan baru kepimpinan dengan secara rasminya menggantikan kami, dan menyambung perjuangan di kolej kediaman.

       Alhamdulilah kerana akhirnya kami melabuhkan perjuangan kami yang selama ini hampir 2 tahun disebabkan sistem yang sentiasa berubah-ubah dan tarikh AGM (annual grand meeting yang sentiasa tertangguh menjadikan tampuk pemerintahan kami begitu lama berbanding tampuk pemerintahan yang lepas. Walaupun banyak tentangan dan kritikan di awal kami memegang jawatan, namun dengan semangat dan sabar kami tempuhi bersama, dan di harapkan setiap apa yang berlaku selama ini menjadi satu kenangan dalam diri masing2.

      Walaupun tak banyak jasa yang ditaburkan , namun tercalit kenangan dan memori yang tak dapat dilupakan. Kamu2 semua memang best sebenarnya, cuma kadang2 setiap orang tak lari daripada membuat silap.

"Kita kalau dah reda dengan jawatan yang kita pegang, maka kita kena reda dengan apa yang ditugaskan untuk kita, kalau kita tidak mampu untuk tunaikannya, maka janganlah kita libatkan diri dengan jawatan"
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 28 November 2012

Sales Promoter Terhebat !

Olla =)

Wah, sorry2 guys sebab tak ber update blog ni. Very busy, sampaikan rasa penat sokmo. Nak mengadap lelama lappy ni pon dah malas. Mata ni asyik berat je. Okeyh, sekarang nak cerita pasal isu part time job Miss Bubble. Haha, jangan tak percaya dalam sejarah Miss Bubble bekerja, selama ni tak pernah bekerja. First tyme try, tut2 dapat jadi sales promoter.

Ceritanya macam ni, minggu lepas pergi interview then kena berlakon jadi sales promoter dan juga customer. Objektifnya dia nak tengok communication skill, kelantangan suara dan agresif kita. Alhamdulilah, Miss Bubble berjaya dan terpilih untuk jadi sales promoter dekat booth "JOM HEBOH" kat kuantan, pahang baru-baru ni. Hihi..

Memang diri sendiri tak percaya boleh pula nak kerja part time, salary dikira 120 per day, agak lumayan juga la kan untuk student cam Miss Bubble ni yang tak pernah kerja. At least pengalaman dah ada. First day start keje 7.30 dah ada kat booth, buat preparation, tukar uniform jeng3..jadilah anak kapal bila berpakaian uniform. Tut2 rupanya ada je bahagian lain selain sales promoter, tukang buat air, packaging, kaunter tapi Miss Bubble dapat sales promoter di mana kena communicate, persuade pelanggan untuk beli produk tu. Hah, mesti tertanya-tanya apa la agaknya yang Miss Bubble jual.. Barangnya adalah "Kopi Kapal Api" -"betul-betul kaw !" Itu dia punya tag line. Haha..

Muka cam badut lepas abis syif.. :P

Seriusly first day jom heboh, keadaan sekitar sangat teruk dengan lumpur. Keadaan sangat worse, dan demi kerja ni, terpaksa diteruskan promote2 barang jual kat orang yang datang walaupun seluar dah dipenuhi lumpur. Memang penat kaki dan tangan, dan syukur Alhamdulilah ramai juga yang sudi beli dan sudi mendengar explaination Miss Bubble.

Banyak lagi nak cerita tapi sambung lain kali la yea, sebab macam panjang pula ceritanya..peace :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 18 November 2012

Di Sebalik Itu

olla :)

     Malas nak buat ayat panjang-panjang, hehe..sebab nak tunjuk something new je. Oopsss, apa tuh?Ape kena dengan tajuk Di sebalik itu, haha..DI sebalik maksud benda ni la.. Alaaa....benda ni, yang akan nampak sweet dan manis je bila dipadankan pada si gadis2 dan para wanita. Mungkin ada yang mempunyai makna mendalam, sweet memory, sebagai tanda or saja suka2 untuk menghiasi diri kita. Benda apa tuu................heee~





Kotak apa la ni..ish3x


Wahh..apee tuu..ehem~


Aishh...takkan tengok je, benda ni untuk dipakai la..hihi..sudah terhias jari manis ku dan bertambah manis dengan serinya sarungan cincin ini..



btw: Hehee, alamak..ada cincin dah sekarang kat jari..tapi longgar la pulak^^

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 17 November 2012

Apa Gunanya Kawan...kalau

Olla :)

      Hai semua, mesti tengah berseronok-ronok ye adik2 yang cuti sekolah. Boleh relax sambil tengok kartun. Hmm, Miss Bubble lak dalam hati berdebar-debar je. Tapi kenapa? Sebab cuti MIDSem dah habis la awak. Kecean kan, hari ni semua dah berpusu-pusu balik kampus, pada yang tengah driving bawak leklok. Kereta kena lah jaga leklok kan, sebab harta hang, bukan harta aku. puiihh.. *eishh, malas nak bukak cerita.

    Tapi kan, untunglah sapa yang boleh drive sendiri, kita lak tak bawak kereta pi kampus, jadi macam susah nak mintak tolong orang ambikkan dekat terminal. Susah gak kan cam gini, bila nak mintak tolong kawan tu rasa takut ja kat dalam hati ni. Sebab takut dia tak dapat tolong,hoho.. Dah tak tahu nak menilai kawan mana yang senang nak diminta tolong. Sebab apa? Sebab susah sangat sekarang nak mintak tolong orang, lagipun mungkin menyusahkan, ataupun mungkin lah ingat kita takkan bayar duit minyak kereta yang kita naik kan, ataupun mungkin dia takut, atau ada kerja atau apa2 je kemungkinan.

    WHatever it is, sebagai balasan dengan rasminya Miss Bubble balik lambat ke kampus, mogok sebab susah sangat nak cari tiket turun kat mana nak bagi senang la orang ambik. Hehe, sorilah menyusahkan pada sesape yang terlibat..peace yawww...selamat pulang semua, Miss Bubble di still di rumah bergoyang kaki. Assignment bertimbun kita tolak tepi dulu..bubyee~


btw: Think positive!

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 10 November 2012

P.e.m.a.l.a.s

Olla =)

           Dengan sukacitanya miss bubble di nobatkan sebagai pemalas. Arghh, ape ke benda la nye. Seriously no mood, bertimbun assignment menanti, tapi satu pun tak gerak. Sebab apa? Sebab malas dan tak tahu nak buat. Haa, sekarang midsem break, kononnya ada la bawa balik buku dan labsheet, but at last tak sentuh pape pun lagi. Bila buka autocad, ermm,..xreti la pulak.. Beralih ke PSPICE, waduh..gawat lagi la tak reti. Dah design circuit tapi how to run? Nak tanya sape ye, agak2 ada ke orang buat assignment kat rumah time cuti begini..Masalah betul, memang tak ada angin nak buat kerja, kalau buat apa pun tak jadi.Aisshhh...ottokei??wat to do....sigh*


btw: Aku pemalas for a time being~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 5 November 2012

Sebelum Kuliah Bermula

olla =)

      Hoho, toLong mata sudah berat dan mengantuk yang amat sangat.. Patutnya study, ni tidak.. duk tuwet2 mesej fon..layan youtube dengan pecebuk. haiih, apa nak jadi ni zaty kan..Esok ada kuiz, ala, tapi kuiz je pun. Waktu gap esok tengoklah nota jap, tak pun tiru orang sebelah kan3..macam tak pernah buat;p

       Hmm, nak dijadikan cerita, mentang2 kelas kul 4 ari ni, sempat aje vroom2 start kereta keluar kuantan dengan member. Poket kering tapi, ala tak pelah cuci2 mata lagipun kawan nak hantar dia punya printer dan beli barang. Naseb baek tadi sempat aje sampai dan tak terskip claz..kui3x..

 Hehe..klakar betol muka...malu jee

 tengah jadik promoter untuk kawan beli kasut ni..cantek kan^^

 Pink..oouhooho...

Tadaaa....dapat gula kapas sebagai habuan jadi peneman...hikhik

Mula2 malu je nak hambek gula2 kapas, sekali kawan tolong ambilkan dan bayar..heee~


btw: Tolonglah setadi, malam esok ade test jugak !
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 4 November 2012

Freebies Top Button

Olla =)

   Hai korang sume, buat apa tu? Miss Bubble sedang kekenyangan  dengan chicken rice kfc petang tadi. Yelah bangun pagi tadi hanya berbekalkan milo panas dan koko crunch je, pastu tetiba last minit petang tadi kawan2 mesej "jom kepci". Then Miss Bubble "alrite, jum !". Teruslah melantak sampai kenyang, ni pun ada double down yang baru nak try tak makan lagi. 

    Disebabkan perut dah kenyang, hati gembira Miss Bubble pun bukak photoshop then edit2 pape yang patut. Tadaaa....terhasilllah top button yang tak berapa nak comel, tapi kalau korang nak guna ke memang nak, dipersilakan ambil. Miss Bubble tak marah pun, saja buat amal hari ni. :)


Photobucket
(http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/topbutton1.png)

Photobucket

(http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/Topbutton2-1.png)

Photobucket
(http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/Topbutton3.png)


Photobucket
(http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/Topbutton4.png)

Photobucket
(http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/Topbutton5.png)

Photobucket
(http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/topbutton6.png)

Photobucket
(http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/topbutton7.png)


     Itu jela kot yang Miss Bubble buat setakat ni. Bagi yang minat cartoon2 comel camni bolehlah nak ambik, tak pun kalau nak minta Miss Bubble buatkan yang gambar lain..InsyaAllah boleh kot kalao ada masa free.. have fun guys ^^

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 3 November 2012

My New Signpost

Olla =)

       Disebabkan rasa best pulak mengadap blog hari ni, maka dengan laju nye tangan ni bukak photoshop. Bila dah bukak terus je tangan ni create signpost baru..ngee..tahu tak signpost yang miss bubble maksudkan tu..alaaa, tu nama yang miss bubble bagi untuk tempek kat gambar means gambar tuh sumber nya dari miss bubble sendiri bukannya dari orang lain or google okeyh~

ini yang selalu Miss bubble guna..lawa kann...haha

jeng3..ini yang baru, nampak cam kurang menarik lak..


      Hmm, bila dah letak comparison begini, nampak macam yang lama lagi cantik tapi tak pelah Miss bubble akan guna yang baru gak sebab nya...yang lama tuh bunga tu besar dan macam menyebuk lak...so make it simple terhasil lah yang baru..tak apa lah tak cantik mana, janji apa yang nak disampaikan.hee.. ~

btw: Rasa macam nak edit header..ermm, tak pun haa..benda lain...tungguuu :P


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

oUhh tidakk...sambung tidoq best

Olla=)

       Gud morning, gud afternoon and good evening..but gud nite pun also can rite..sebab...sebabnyeee...ahh, tak dapat nak gambarkan keadaan sekarang, suasana yang sangat sejuk dan nyaman..macam berada kat cameron pulak..eceh, padahal sekarang dah pukul 12.40 tengahari. See, tengokla sempat lagi miss bubble tangkap gambar dari tingkap bilik.

               ooppss..yang ni blok laki, ter snap la pulak... ^^

Awan tengah beransur2 bergerak menjadi gelap..

Dah nak gelap dan suasana makin sejukkkk......hoho

      Huhu, bestnya di hari minggu begini, tatkala di waktu ini masih ramai student2 berada dalam selimut lagi. Haha, miss bubble pulak tengah menaip entri ni, smabil minum milo panas bersama coco crunch kononnye brekpest..hee~

     Kalau lepas zohor jap2 lagi rasanya makin lentok la jawabnya, layan korea terus tido..wahh, bestnya tambah pulak dengan batuk2 n selsema memang rasa best kat katil je..ngee~

Nak join Says.com boleh menjana duit (KLIK SINI)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Berikan Aku Cinta !

Olla =)

Bagi sesiapa yang perlukan cinta, meh nak bagi cinta.. eh3, sape zaty lak nak bagi cinta2 nie kan..haha.. Waiting for the person who is willing to get my love..ngee~.. Jom layan :')


Tuhan..berikan aku Cinta
Untuk temani aku..... :')


Mesti ramai tengah kusut fikir, ape agaknya zaty ni post lagu macam ni, mesti tengah frust, tengah mencari or what so ever...huhu.. tak pelah malas nak gitau pape, Tuhan je yang tahu..

btw: Jom siap nak g discussion lak..hoho~
Nak join says.my boleh (KLIK SINI)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 2 November 2012

Aku Lepaskan....

Olla =)

         Cukuplah dengan semua ni, its better for me to let you go. I have to take care my heart from being hurt from you again... Rasanya dah banyak bersabar dengan awak, tapi awak still tak paham apa yang saya nak. Saya nak berkawan, just only friend for this time being sebab saya tak nak rosakkan cinta sebelum hubungan yang halal. Saya inginkan cinta yang suci selepas kita menjadi halal. So, kalau awak tak faham kenapa saya cakap saya anggap awak kawan, saya tak boleh buat apa. 


        At least if we are friend i can't lose your contact, but you...ask me to forget everything, to forget that we never know each other. I never expected that you ruined our relationship, if that so..i have to accept. I hurt myself also, i'm cried with all this thing, tapi saya percaya Allah akan ketemukan saya dengan orang yang layak. If you are meant to me, then we will meet again in da future when both of us are ready. I will pray Allah will send the right person which can guide me....i'm waiting for that day.. Ameen ~




Nak join says.com untuk jana duit kat blog boleh ( KLIK SINI)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 21 October 2012

Sedih....Kenapa?

Olla :(


      Kenapa yea bangun je pagi hari ni, kat dalam hati ni rasa kosong sangat...sebak, sedih teramat sangat. Pada siapa yang harus aku mengadu, susah nak luahkan apa yang terpendam kat dalam ni. Hanya Maha Pencipta tahu apa yang terbuku dan apa yang membuatkan hati ni sedih sebegini. Tapi, zaty tak mampu nak happy2 macam orang lain, ingin luahkan isi hati ini, tapi zaty tahu orang takkan faham. 

     Mungkin ada perasaan rindu yang terselindung di dalam ini, yang tak mampu untuk ku luahkan, tak mampu untuk ku katakan. Setiap hari ku melabuhkan malamku dengan ditemani jernihan kaca membasahi pipi. Ku cuba halang perasaan ini Ya Allah, tapi zaty tahu engkau maha mengetahui kan. Mungkin di kala ini aku tak mampu untuk tenangkan jiwa dengan bacaan ayat suci, mungkin betul keadaan hormon tidak stabil juga. Tapi akan cuba tahan perasaan rindu ini dan jika ini yang engkau mahukan, aku redha dan sabar menanti pelangi indah yang akan Engkau hadiahkan padaku nanti. 


btw : Kuatkan hati ini walaupun seringkali ditemani jernihan kaca ~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 20 October 2012

Cerpen : Pelangi Untuk ku



Sungguh. Dia terpempan! Hatinya bagai disiat-siat. Dunianya dirasakan kelam. Inilah rasa sakitnya putus cinta. Tidak pernah dalam kamus hidup Qistina dirinya dikecewakan, bahkan itulah cinta pertamanya. Cukup segalanya diberikan kepada insan bergelar sang arjuna. Disangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Fikirnya itulah insan yang bakal menjadi kunci pendua hatinya. Musnah impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama si dia.

Turutkan hati sudah lama dia membunuh diri. Daripada menelan pil lebih dos, kelar tangan sehingga cubaan terjun bangunan, segala usaha sudah puas cuba dilakukan. Tapi, semuanya gagal.

"Qis, cukuplah Qis! Mak dah tak sanggup nak tengok Qis menderita lagi. Tak ada untungnya pun, mudaratkan diri adalah! Si Fuad tu bukannya kisah tengok keadaan Qis macam ni. Dia senang hati ...Qis yang tak tentu hala," sedih Puan Rahmah mengenangkan nasib puteri tunggalnya. Buntu melihat keadaan Qistina. Makan tak lalu, asyik terperap dalam rumah. Kerja entah ke mana, solat entah ke mana.

"Mak, Qis sayang sangat dia. Qis dah bagi segala-galanya. Qis tak boleh hidup kalau dia tak ada, lebih baik Qis mati je mak."

"Astaghfirullah! Mengucap, Qis. Ingat Allah. Bukan cinta manusia yang kita nak kejarkan, tapi cinta Allah." Puas dipujuk, hanya mati jua yang diluahkan oleh Qistina. Kalaulah dia sedar nikmatnya hidup Allah, pasti bukan ini yang dipinta.

Berbulan telah berlalu, namun masa masih belum mampu mengubat perih hati Qistina. Jiwanya masih belum benar-benar tenang. Terasa masih ada ruang yang kosong di hatinya. Tapi, apa? Kenapa tiada klu untuk soalan ini? Kenapa susah benar mahu lupakan kesedihan ni?

Malam itu Qistina terasa resah yang amat. Hatinya terasa pedih sangat. Bagai meronta-ronta meminta sesuatu yang tidak pasti. Kepalanya berat sekali. Tapi entah kenapa tangannya terasa ringan mahu mencapai bungkusan coklat di penjuru meja studinya. Itu pemberian terakhir Fuad sebelum mereka berpisah. Segala kenangannya sebelum itu telah dibakar, hanya tinggal bungkusan itu sahaja. Pelik, terasa sayang untuk membuangnya tapi dia belum ada kekuatan untuk membukanya. Baru malam itu dia seolah-olah diberi kudrat menyentuhnya.

"Qis, Fuad minta maaf. Mungkin ni kali terakhir kita berjumpa. Fuad rasa kita patut putus je. Fuad tak mampu nak bagi apa-apa pada Qis, cuma ni aja yang boleh Fuad bagi." Itulah kata-kata terakhir Fuad sebelum menyerahkan bungkusan coklat itu kepadanya. Tiada khabar lain selepas itu.

Hati Qistina meruntun kembali. Tapi digagahkan juga membuka bungkusan itu. Subhanallah! Terpacul kalimah itu daripada bibir Qistina. Sebuah mushaf berwarna hijau pucuk pisang dikeluarkan perlahan-lahan. Tafsir al-quran! Entah bila kali terakhir dia menyentuh kitab seperti itu. Air matanya berderai. Tidak mampu ditahan. Dibuka helaian pertama ...ada nota kecil didalamnya.

Buat Qistina, Fuad minta maaf seandainya tindakan Fuad betul-betul menghancurkan hati Qis. Jujur bukan itu niat Fuad sebenarnya. Pedih rasanya hati ni untuk mengambil keputusan seperti itu. Tapi, Fuad tak mampu. Tak mampu untuk berhadapan dengan Allah nanti. Cukup banyak rasanya dosa yang kita dah buat selama ni. Memang Fuad sayangkan Qis, tapi Fuad tak mampu nak letakkan cinta kepada Qis melebihi cinta Allah. Sebab tu Fuad tak nak jadi insan yang mengheret Qis ke neraka. Fuad bukanlah orang yang layak untuk menerima cinta sejati daripada Qis. Harga sebuah mahar cinta sejati itu terlalu mahal. Hanya mampu dimiliki oleh sang Pencipta sahaja. Sepertimana nama Nur Qistina Wafa' ...cahaya keadilan dan kesetiaan, begitu juga harapan Fuad. Berlaku adil dan setialah kepada Yang Esa. Hanya ini yang mampu Fuad berikan ....ayat-ayat cinta daripada Kekasih yang paling agung.

Lencun sudah baju Qistina. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Diselak-selak lagi helaian berikutnya. Terdapat pula nota tulisan nama surah dan ayatnya. Dicari dan dibacanya satu persatu.

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka sentiasa dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah, ayat 186)

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Matanya tertancap pada ayat yang benar-benar menusuk jiwanya.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Surah ar-R'ad, ayat 28)

Ya. Inilah jawapan kepada seribu satu persoalan Qistina. Itulah pertama kali sejak kali terakhir dia bersujud di tikar sejadah. Malam itu menjadi saksi kehambaannya kepada Yang Esa. Entah berapa banyak air mata yang melimpah. Membawa diri untuk kembali kepada yang hakiki. Jauh di sudut hatinya, tiada apa yang mampu diluahkan '...Terima Kasih Kekasihku, bukan Engkau yang melupakanku, tapi aku yang terlupa akanMu.'

Sungguh. Benar. Memang dunia tidak cukup adil kepada kita. Tetapi Allah itu Maha Adil. Perancangannya cukup rapi untuk setiap makhluknya. Dia sentiasa menyimpan pelangi untuk setiap hujan panas yang dialami hambanya.

btw: Sangat sweet dan bermakna (sumber : copy paste dari fb)
Pandai2 reka tajuk sendiri..hee~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 17 October 2012

Done PSM 1

Olla =)


      Alhamdulilah, selesai sudah PSM 1 (Program Sarjana Muda) semalam, dengan berakhirnya presentation. Gemuruh, takut dan macam-macam perasaan ada sebelum nak present proposal projek depan 4 orang panel pulak tu. Bukan calang-calang panel. Lagi bertambah ketar lutut bila orang2 sebelum zaty present disoal dengan bermacam-macam soalan, sampaikan ada panel gelak kerana tahu jawapan yang diberikan oleh student salah. Kira memang panel hentam student cukup2 lah. Bila sesi soal jawab, kat situlah macam-macam soalan panel akan tanya dan akan persoalkan kita punya projek. 

     Waktu turn zaty present, kononnya nak eye contact la kan, tapi panel2 tak ada pun nak pandang sangat slide kat depan yang zaty present, dieorang tengah fokuskan slide yang kiteowang dah bagi sebelum present. So, apa yang kita akan cakap dieorang akan teliti kat slide sama ada betul, logik ataupun masuk akal apa yang kita planning pasal projek. Selesainya part conclusion maka bermulalah sesi soal jawab. Hati dah berdebar, tapi senyum je. Memang dalam hati redha je ni, yang pasti kena senyum tak tunjuk muka cuak. First kena tanya pasal sensor, jenis sensor apa nak guna untuk display bacaan speed motor tu. Then kat situ ada complicated sikit, sorang panel ni je yang tanya zaty, dan syukur la dia tak hentam habis-habis dia cuma explain sikit n suggest. 

     Lepas soalan pertama, zaty pandang semua panel tunduk ke bawah, haha..then zaty tanya la "any question?", pastu semua cam senyap, then panel tadi jugak pun tanya la satu lagi soalan memandangkan barisan panel lain tak tahu nak tanya apa kot, alhamdulilah jawapan untuk soalan kedua ni dapat pujian good. Wah, lega sangat rasa dalam hati ni. Hanya Allah yang tahu, dan bersyukur sebab tak jadi macam rakan-rakan yang lain ada yang kena tukar tajuk, hampir ditolak proposalnya, dipertikaikan dan macam-macam. Alhamdulilah sangat, dan sekarang dah boleh proceed untuk PSM 2. Nak proceed untuk order komponen dan mulakan simulink dulu.. Doakan untuk zaty ye ^_^


btw: terima kasih dekat supervisor, awal2 pagi lagi Dr. dah msg tanya pasal presentation semalam..hee~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 13 October 2012

Preparation For Presentation project proposal

Olla =)

      Memang dah lama xupdate blog ni, disebabkan kekangan masa yang terlampau busy. Sekarang pun still busy, tapi hati ni mendesak nak juga update. At least nak inform kekawan semua yang zaty busy buat preparation presentation. Nak tahu ke presentation untuk apa?

        hah, actually presentation yang sangat penting bagi pelajar tahun akhir macam zaty, iaitu presentation pertama untuk proposal projek. Kiranya zaty akan present pasal tajuk projek yang zaty proposed adakah akan diterima oleh panel ataupun tidak. Dia bergantung pada kelogikan zaty menyampaikan, apa zaty nak guna dan bagaimana projek itu berfungsi. Memang cuak sangat, dalam masa enam minggu kena prepare everything, buat research, faham betul-betul pasal tajuk dan juga berbincang dengan supervisor.

        Sekarang slide dah siap, cuma nak buat short note pastu nak hafal dan faham lagi supaya presenatation nanti tak banyak baca slide or refer kertas. HoHo, harap-harap lah zaty dapat sampaikan dengan baik dan diterima baik oleh panel. Tapi kan, bukan setakat presentation ni je, kena study untuk test EID jugak. adoi, hari selasa test, malam tu hantar assignmnt techno then pagi rabu presentation. Khamis nak submit lab report EID lak, memang full jadual.

     Papepun korang tolong doakan ye zaty boleh buat dan panel bermurah hati bagi markah tinggi.Hee....PSsst..korang nak tanya ni, ada tak sesiapa tahu kenapa voltage drop mesti 3% ???
Soklan assgnmnt EID masih tak jumpa jawapan dia..hmm...


btw: Jom sambung buat kerja lagi,..huuu~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 2 October 2012

Shut Up gegurls

Olla =)



       Sebelum tidoq, nak update blog jap. Memang nak bagi amaran keras ni dekat bebudak yang riang ria tiap2 malam, almost lewat malam duk menganggu ketenteraman orang lain. Oke fine, zaty memang mata tengah celik lagi, tapi bagi orang lain yang tengah tidur pun boleh terganggu. Menjerit punyalah kuat, berkejaran bagai, ingat ini hostel waktu kat sekolah ke nak buat gitu??? 

       Memang angin satu badan ni zaty, dah banyak malam asyik bising je bebudak kat atas. Sem lepas duk blok ni oke je, sem ni bile dah junior tahun 1 masuk tahun 2 dah buat riang kat blok senior lak. I'm super duper senior oke, plez respect me..aiceyhh..bajet kan zaty, abaikan...bukan nak cakap senior ke apa, tapi plez la gegeurl respect others people. Lagipuun dah lewat malam still nak melalak macam kena histeria ke? Kalau dah hiseteria betul2 kami akak2 yang kat bawah ni dah malas nak naik atas pi tengok, tak tahulah betul atau main-main.


      Korang pun masuk universiti sebab berilmu, ada akal kan boleh beza mana baik atau buruk. Bagi korang yang berada tahun 2 memang la korang masih boleh enjoy sakan, tapi bagi kami setiap malam final year student stay up,busy dengan final year project. Kalau nak menjerit ke melalak make sure waktu petang gegurl pergilah kat tasik tu, menjerit lah kuat2. Malu tahu tak lewat malam duk buat bising, blok laki sebelah pun duk sound2...plez la behave sikit, ini universiti bukan sekolah ataupun tadika. Kalau nak sambut besday sekalipun janganlah over sangat. 

       Korang bising lagi siap2 main air macam tadi, tunggulah akak pi naik lagi sekali belasah korang. Haaaa, ape macam garang macam gengster tak..memang la, sebab waktu  tidur sorang malam tu bunyi menjerit punyalah kuat, mengerikan..eeiii, bikin orang panas je. Tunggulah korang buat perangai lagi, ini akak kawasan datang cari korang. Hahahhaa.

                                          


btw: Kepala bersrabut dengan PSM 1, 2 minggu lagi kena present proposal projek...
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 29 September 2012

Tak perlu nak Part Time Job !

Olla =)

Selamat pagi semua, eh betullah dah pagi kan. Sekarang pukul 2.10 pagi. Mata ni masih belum terlelap, lantas datang idea nak menulis jap. Sambil-sambil tengah baca preparing untuk slide presentation selasa ni, tiba-tiba at last die mesej cakap "nyte". Pastu dia suruh tengok keputusan bola untuk malam ni, then i am thinking where is him now? He said "work" = part time job. Seriusly terkejut, sebab dia tak pernah bagitaw pasal benda ni.

Apa aku nak kisah sebenarnya kan, bukannya ada pape.. Cuma kawan, perlu ke nak tahu semua benda. tapi zaty yang curious lak tany macam-macam. Bila lagi? kat mana? Oke fine aku penyebuk, tapi in term of ambil berat. Come on la, zaty terkejut sebab dia dah mula part time job, tapi kenapa? Duit pinjaman masih belum cukup ke? Kalau nak cakap background of family, dia punya adik beradik mostly dah keje. Perlu ke dia nak keje, sedangkan income die dari sharing pun dah berbaloi masuk sikit2 dari blog. 

Risau kalau pelajaran dia terabai, sedangkan dia free pun tak pernah nak study sangat, asyik facebooking dan chatting. I know your habit, walaupun awak tak bagitaw awak chatting dengan orang lain, tapi saya seakan masak dengan sikap yang seakan playboy awak.oOopss sorry. tak nak masuk campur !

Part time job sampai ke lewat pagi then bila dah balik mesti penat sampaikan tidur siang. Saya tahu duit tu penting, tapi sebagai pelajar kita kena pandai manage duit. Tak payah lah nak terpengaruh nak beli tu, nak enjoy sana sini. Sabar, kalau ada duit lebih bolehlah, tapi saving la sikit. Jangan nak semua barang branded je, kalau dah tahu tak pandai manage duit, tak payahlah ajak orang keluar. Duk diam-diam kat hostel macam saya yang kebosanan terlampau..huhu, Saya bukan marah, cuma takot melalaikan awak. 

Kalau sekarang awak dah mula part time job, sikit sebanyak ganggu pelajaran awak, then nanti habis belajar takkan awak nak terus kerja part time awak tu. kalau awak bersabar sikit je sekarang, InsyaAllah tahun depan awak dapat kerja lagi elok dan high salary berbaloi dengan apa yang kita belajar sekarang. Engineer to be, InsyaAllah.

Rasanya kita sebagai pelajar tak perlu lagi nak buat kerja part time yang sampai memerlukan kita kerja lewat pagi cenggini, cukup-cukuplah buat kerja ringan-ringan,sumber pendapatan dari blog awak tu dah cukup. Saya bukan sibuk, maaf sangat-sangat kalau awak tahu saya tak suka, mesti awak akan cakap saya tak faham awak. Saya tahu, tapi saya tetap tak bersetuju. Pelajar tugasnya menuntut ilmu, bukannya berpenat lelalh kerja kat luar tu. Huuhuu~


btw: Mesti dah tak de masa lepas ni, kerja sampai lewat pagi..

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 28 September 2012

Dah boleh update macam biasa

Olla =)

Duit poket kering, tolong isi tabung saya :( KLIK SINI

            Back to normal, tahu tak maksudnya..hehe. Mkasudnya saya dah boley update blog macam biasa. Sebelum ni ada masalah teknikal sikit, kan heboh pasal filem berkaitan penghinaan nabi tu kan3.. Mesti korang tahu, dan sebagai boikot atau pun cara protes, universiti zaty pun turut join tunjukkan bantahan. So, dieorang block pengunaan google dan juga youtube. That is why la zaty sunyi sepi je tanpa mengupdate blog. hUuhuuu~

       Mungkin ada segelintir berfikiran kenapa perlunya buat bantahan ataupun protes sebegini sedangkan mungkin pihak sana lansung tidak gentar dengan tindakan kita. Sebenarnya, pihak universiti zaty boikot untuk beberapa hari sahaja sebagai tanda mereka concern mengenai hal ini. Walaupun beberapa hari, at least usaha tu kita nampak kan. Kalau selama-lamanya block, dia pun tahu student nak guna buat kerja macam-macam. Mereka tak adalah kejam sebegitu. Tapi paling menyedihkan ada segelintir kekawan yang tidak faham kenapa tindakan block sebegini dilakukan. Hanya beberapa hari je awak-awak, tolonglah bersabar, dan tengok hari ini dah boleh guna macam biasa. Tak lama pun kan, bersabar je. 

            Alhamdulilah pada siapa yang faham situasi sebenar, tetapi menyedihkan bagi kaum sendiri yang turut pertikaikan kenapa sistem block google dan youtube dilakukan beberapa hari. Semoga kita sama-sama renungkan .


btw: Ya Allah, memang buntu tak tahu nak buat apa sekarang. Nak baca jurnal, punyalah malas sebab banyak tak berkaitan dengan tajuk yang diinginkan..huuu ~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 17 September 2012

Masih tak berubah ye awak

Olla =)

           Di saat menaip entri ni, tangan laju je menekan keyboard meluahkan isi hati yang terpendam. Sesudah je end call, terus datang mood nak tulis jugak kat blog. Tahu sebab awak takkan baca dan tahu pasal blog saya ni. Mungkin ni yang terbaik daripada awak mula tuduh saya macam-macam. Bila dah datang cemburu buta awak yang tak tentu pasal, naik bingung saya. Tapi saya tak salahkan awak pun, cuma satu je saya minta berubah. Tolonglah ubah perangai awak yang panas baran, cemburu buta dan mengungkit. Thats enough oke. Jujurnya bila dah fikir elok-elok, rasa macam tak ada nya saya nak lebih2 dari kawan sebab awak masih tak berubah. Cukuplah awak dah remove dan block fb saya. Walaupun hati ni sakit dan kecewa, tapi saya maafkan awak jugak. Saya still reply mesej awak berharap awak ada perubahan, tapi still the same. Then wat should i do, if i'm changed a lot? Hmm...Saya reply mesej awak sebab saya tak nak gaduh2..saya masih berperikemanusian untuk befriend with you. But sincerely, kita memang tak boleh more than friend. Biarlah saya je yang tahu, kita kawan macam biasa macam kawan-kawan yang lain cukuplah. Awak nak saya terus tak layan mesej awak...haaa, think it carefully, rasanya tak ada orang lain yang boleh sabar macam saya lepas awak dah buat macam-macam sampai hati saya terluka dan sakit. Sekali cukuplah yea..tak mo banyak2 k.. peace..~


Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang tiada =)


btw : Alamak dah dekat 2 pagi, jom sambung lagi buat report..bubye~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta