Monday 30 July 2012

Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom

olla :)

          Firstly nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam, dan juga pada sesiapa yang boleh puasa (especially perempuan..opps). Oke, dalam entri kali ni, bukan nak bercerita pasal bulan Ramadhan ke apa, tapi entri ini khas ditujukan kepada Cik Tom!. hah, kenapa buat entri untuk cik tom? Eishh, dah dia yang penganjur untuk giveaway mestilah kena buat special entry for her.. (ambik hati..hehe). Sebelum terlanjur menulis, Miss Bubble sebenarnya dah jatuh hati dengan Cik Tom, aishh...jangan fikir bukan-bukan, tak habis lagi ayat..jatuh hati dengan giveaway Cik Tom yang anjurkan tu. So, ada keinginan tanpa segan silu lah Miss Bubble laju-laju tekan keyboard buat entry giveaway ni hah.

     Sebelum Cik Tom dan pembaca lain dah tertunggu-tunggu nak tahu dari mana Miss Bubble kenal Cik Tom dengan si blog nya, lagi afdal la Miss Bubble terus memulakan bicara. Eceh, macam nak berpuitis dah..stop..stop jap. Sebenarnya macam ni ceritanya.........

 Dear Cik Tom, 


    Saya mula mengenali diri anda (blog Cik Tom) sebermulanya Cik Tom menganjurkan giveaway ni. Tapi....bukan direct terus ke blog Cik Tom, pagi ni tetiba lah rajin sangat mouse hello kitty ni pergi klik-klik blog blogger, niatnya nak melawat la. Lepas jalan blog tu, terbang dan merangkak akhirnya sampai ke blog De'Directioners. Bila scroll baca entri, terus terpandang tajuk dia pasal giveaway, dalam hati ni dah rasa tertarik nak join. Lepas tu terus je klik link kat situ, then invisible buka mata tengok dah mendarat kat blog Cik Tom. Lepas tu kan, apa lagi, scroll2 pastu godek2 blog Cik Tom tengok apa yang ada, dan lepas tu....Miss Bubble terus follow la blog Cik Tom. Bila dah follow apa lagi, cepat-cepatlah Miss Bubble  mulakan misi menaip entri ni. Hah, itulah al-kisahnya Miss Bubble mengenali Cik Tom. harap Cik Tom tak kisah lah perkenalan kita bermulanya di giveawaya, hehe.. apa-apa pun, selamat berkenalan dan hopefully Cik Tom sudi menjenguk ke blog Miss Bubble selalu yea :)

        Chupp, tak habis lagi...disebabkan tekad yang tinggi nak menang giveaway ni, so dengan rela hati nya Miss Bubble nak promot satu link entri Miss Bubble. Ala, bukan ngada2 nak promot la, Cik Tom yang suruh..hehe... Tak adalah, Miss Bubble memilih entri INI sebagai my favourite entry because......jap, hah sebab inilah first time Miss Bubble nak tunjuk Doodle yang cantik sket Miss Bubble buat. Entri ni cam bermakna untuk Miss Bubble, waktu ni memang dah rasa cam demam doodle. Asyik mengadap lappy pastu cari tutorial sana sini dengan tekadnya nak belajar buat doodle. Lepas tu, bukan Miss Bubble je yang demam, tapi mostly blogger. Ramai blogger waktu ni dah mula-mula berjinak dengan lukis doodle, sebab doodle ni femes kat alam blog. Ye dop Cik Tom ? Hehee.. So, sebab itulah Miss Bubble suka entri ni ! :)

       Dengan itu berakhirlah entri yang macam panjang lebar tak tahu apa lah duk mengarut, tapi harap dengan kesabaran yang tinggi Cik Tom sudi membacanya sampai ke fullstop terakhir yea :)

Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtaiPapa Mifz, Amna, kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puan Bee dan KeretaHitam

btw: Acaner, boleh tak menang..boleh laa yea :P












~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Part 8 : Biarkan Kenangan Itu


Sudah hampir sebulan Rea menjalani praktikalnya di syarikat pembinaan itu. Semakin hari semakin banyak yang dia pelajari di situ, dan semakin terbuka dalam dunia pekerjaan sebenar. Dalam kesibukkan waktunya, zamrishal cuba mendekati dirinya. Rea menyedari zamrishal cuba untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat, tetapi Rea tidak yakin akan menjadi seorang sahabat yang baik kerana hatinya begitu takut jika persahabatan yang kukuh akan hancur seperti dahulu. Dia kurang pasti dan yakin dengan setiap kata-kata yang diungkapkan oleh seorang lelaki. Tetapi yang menghairankan kenapa lelaki yang sekacak zamrishal masih belum mempunyai teman istimewa, dengan penampilannya yang sebegitu selalunya menjadi idaman setiap gadis. Pernah terlintas di fikiran Rea untuk mengajukan soalan begitu, tapi tidak pernah terkeluar di mulutnya kerana siapalah dia untuk bertanyakan soal peribadi. Sedangkan dia sendiri pun melayani zamrishal dengan teruk. Kalau bukan soal kerja, sudah pasti dia tidak akan bertegur sapa dengan zamrishal.
“Rea, dah hampir sebulan kita kenal. Kalau saya nak minta sesuatu boleh?” soal zamrishal yang muncul di belakang Rea yang sedang menikmati kopi panas.
“err, ya. Apa dia?” jawab Rea.
“Boleh tak saya nak minta nombor handphone awak? Tapi kalau awak tak sudi tak mengapalah, saya faham,” zamrishal membalasnya.
Rea berfikir sejenak, jauh di sudut hatinya dia lihat keikhlasan zamrishal untuk berkawan dengannya, tapi kerana ego Rea menepiskan perasaan belas itu dan kerana masa lampau dia juga membayangkan zamrishal hanyalah lelaki yang sama seperti zafril yang berkata-kata manis.
“Saya boleh bagi nombor saya, tetapi dengan syarat hanya benda penting sahaja awak boleh call saya, faham?” Rea menetapkan syarat dan akhirnya dia memberikan nombornya pada zamrishal. Zamrishal melunturkan senyuman kepada Rea kerana kesudian Rea memberikan nombor padanya. Dia yakin langkah pertamanya untuk memiliki gadis itu akan berjaya.
Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam, sudah beberapa kali Rea menguap dan akhirnya dia masuk ke biliknya untuk tidur. Sebelum memejamkan matanya, dia memandang kepada handphone nya dilihat ada satu mesej dari nombor tidak dikenali.
“salam, terima kasih kerana sudi terima saya sebagai teman baru dalam hidup awak, saya yakin kita akan bertambah baik selepas ini. Saya sangat menghargainya kalau awak sudi memberi kesempatan waktu untuk saya mengenali diri awak dengan sepenuhnya”- Zamrishal
Aiikk, mamat ni rupanya. Dah dapat nombor terus mesej, tapi rasanya aku cakap hanya benda penting sahaja baru contact aku. Rea menekan keypad handphonenya dan terus membalas mesej.
            “wasalam, bukankah saya cakap hanya benda penting sahaja baru awak boleh contact saya? Dan saya masih belum terima awak untuk jadi kawan saya. Saya harap awak faham.”-Rea
            “Saya tahu awak tak percayakan lelaki, tetapi awak tak boleh nak bandingkan diri saya dengan orang lain. Saya betul-betul ikhlas untuk jadi kawan awak, tak apa saya akan buktikan keihklasan saya terhadap awak, dan by the way tadi awak cuma cakap jangan call kalau bukan perkara penting. That’s why saya mesej je, hehe~” –zamrishal
            “errrr, yekee saya cakap begitu. Sorry, ok fine. Ikut suka hati awak lah,”-Rea
            “Thanks again sweety ! nyte” –zamrishal
Eeuwwww….sweety, malas ah nak balas. Mata dah ngantuk sangat ni, esok kena menghadap muka dia juga. Tiba-tiba satu lagi mesej masuk.
            “Benda yang lepas, biarkan berlalu dan menjadi kenangan dalam hidup. Tetapi benda yang baru, bukakan diari hati yang baru untuk mengukir sebanyak mana kenangan yang lebih indah dari yang lepas” –zamrishal.
Mata Rea kembali celik dan menghayati setiap baris mesej tersebut. Pasti ada maksud di setiap perkataan itu. Dia sendiri tidak pasti apakah yang ingin disampaikan oleh zamrishal, dan kenapa mesej itu dihantar kepadanya. Tak mungkin dia tahu sejarah silam aku. “zamrishal, aku tahu kau baik tetapi hati aku masih belum cukup kuat untuk mempercayai kata-kata lelaki. Kejujuran dalam diri kau, aku boleh nampak semua itu, maafkan aku andai aku melayani kau begitu, aku punya sebab tersendiri. Aku takut kalau aku semakin rapat dengan kau, perasaan aku akan berubah. Dan aku takut bila perasaan suka mulai datang, pasti aku akan di kecewakan. Aku tak sanggup untuk menghadapi kekecewaan lagi, cukuplah sekali hatiku dipermainkan, aku tak mahu menjadi boneka lelaki,” hati Rea mula berkata-kata, dan kata-kata rakan baiknya adawa tiba-tiba datang menjengah.
“Perasaan cinta itu telah ditiup dalam diri masing-masing, sekuat mana kita menolaknya ia pasti akan datang menguasai diri, dan cinta juga satu pertaruhan, kita kena berani bertaruh walaupun kita mungkin akan kecewa ataupun bahagia”
            Rea mengingati kata-kata adaw padanya, ada benarnya juga. Kalau kita tidak berani bertaruh, kita mungkin takkan menemui kebahagiaan. Akhinya Rea terlelap jua dan fikirannya kosong  jauh ke alam maya.
***********************************************
Sudah baca, tolong KLIK SINI

Part 7 (KLIK)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 27 July 2012

Part 7: Biarkan Kenangan Itu


Hari yang dinanti sudah tiba, awal pagi lagi Rea sudah bersiap dan mengenakan baju kurung pink dibadannya berserta selendang pinknya yang dililit kemas. Semua maklumat penting di masukkan dalam beg nya, dan dia berlalu ke dapur untuk bersarapan. Rea melihat ibunya sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi lalu Rea pergi mendapatkan ibunya.
“ Ibu ni tak payahlah nak berpenat lelah siapkan sarapan pagi untuk Rea, macam nak pergi sekolah pula. Nanti Rea boleh makan kat luar lah bila dah waktu lunch”,ujar Rea.
“Hari ni kan hari pertama kamu lapor diri kat situ, kedai makan pun kamu tak tahu, kalau dah makan pagi kat rumah senanglah perut dah terisi. Ibu takut kamu kena gastrik je nanti,” balas Ibunya.
“Iyalah ibu, oke Rea makan. Tapi Rea kena cepat ni sebab kena lapor diri pukul 8.30. Kan lambat pula nanti,”jawab Rea.
Lima minit kemudian, Rea berlalu pergi dan meninggalkan perkarangan rumahnya. Hatinya tiba-tiba berdebar apabila memasuki perkarangan tempat praktikalnya di sebuah syarikat pembangunan. Pintu keretanya di buka perlahan, dan mulutnya terkumat kamit membaca ayat suci agar debaran di hatinya hilang. Saat dia memulakan langkahan memasuki pintu utama syarikat itu, tiba-tiba datang pula langkahan yang agak laju di belakangnya. Rea menoleh ke belakang dan melihat seorang pemuda yang agak familiar.
            “eish, aku rasa mamat ni macam familiar, oh I see.. dia lah yang dah 2 kali aku jumpa, tapi apa dia buat kat sini. Ah, malas aku nak peduli, lebih baik aku cepat naik lif sebelum dia perasan aku. Tapi, dia bukannya kenal aku pun, budak sombong dan berlagak takkan nak pandang aku” Rea bermonolog sendirian dan langkahan makin laju. Dia terus menekan pintu lif cepat-cepat apabila lelaki itu mula menghampiri. Tetapi malangnya, lelaki itu sempat menepis pintu lif sebelum sempat lif itu tertutup. Wajah Rea berubah apabila lelaki itu memandang tepat ke matanya dan hanya melontarkan senyuman. Entah kenapa hatinya rasa tertawan dengan senyuman manis pemuda itu. Tetapi Rea hanya berdiam diri di dalam lif, dan memandang ke sebelah lain. Hanya mereka berdua sahaja di dalam lif dan keadaan senyap tanpa sebarang perbualan. Rea bertambah pelik apabila pemuda ini tidak menekan nombor floor yang ingin dia tuju.
            “Hai, awak pun nak ke tingkat 8 juga ke?”soal pemuda itu.
            “hah, ya..saya nak ke tingkat 8” selamba Rea membalasnya tanpa melihat wajah lelaki itu.
            “Samalah kita. Alang-alang dah jumpa dalam lif, nama saya zamrishal. Saudari pula?”lelaki itu terus menyoal.
            “ Rea !” hanya sepatah sahaja yang terkeluar dari mulut Rea, dan saat itu pintu lif terbuka. Hati Rea lega kerana tidak perlu menjawab pertanyaan zamrishal lagi. Tujuannya hanya untuk melapor diri, bukannya berkenalan dengan lelaki. Getus hati kecilnya sendirian.
            “Nur eilly ireanti bt Mohd Firdaus, anda boleh masuk ke bilik sebelah sana ya” arah perempuan yang berada di kaunter. Rea terus bangun dan menuju ke bilik itu. setelah beberapa minit, Rea keluar dari bilik pengurus di situ dan dia diberikan satu meja dan di situlah dia akan melakukan sebarang kerjanya sepanjang dia berpraktikal. Tiba-tiba datang zamrishal berhampiran dengannya.
            “ Rupanya awak memiliki nama yang begitu cantik, sepadan dengan orangnya juga ya,hehe” tegur zamrishal.
            “errr, awak lagi.” Rea menjawab.
            “ya, saya. Sepanjang kita berpraktikal ni, saya harap kita dapat bekerjasama dan menjadi kawan,” balas zamrishal sambil mendapatkan tempat duduknya di sebelah meja Rea.
            “Alahai, mamat ni duduk sebelah meja aku la pulak, nasib akulah pilih syarikat besar nak praktikal, jumpa pulak mamat berlagak ni, huh” dengus Rea sendirian.
            “Sebelum terlupa, maafkan saya kalau selama ini saya pergi begitu sahaja tanpa meminta sebarang maaf dari awak” pinta zamrishal.
            “Maksud awak apa?” soal Rea.
            “Awak ingat tak saya yang langgar awak waktu hari peperiksaan, waktu tu awak terkejut tapi saya tak sempat nak minta maaf sebab nak cepat. Dan waktu awak bersama akwan awak dalam kereta, saya berlalu pergi begitu saja” jelas zamrishal.
            “ohh, saya ingatkan orang macam awak ni tak pandai nak minta maaf, nampak berlagak semacam je” sindir Rea.
            “Hehe, tiba-tiba mulut saya terkunci untu minta maaf waktu tu, sebab tengok wajah awak yang cantik, terus hilang saya nak berkata-kata” gurau zamrishal.
            “Sudahlah, alasan je tu. Lelaki kalau berkata-kata macam gula je penuh dalam mulut” balas Rea sambil memandang ke arah lain.
Hari pertama Rea buntu untuk berbuat apa-apa, dia hanya membuka komputer di hadapannya dan terus curi-curi online. Daripada duduk tersengguk tanpa buat apa-apa lebih baik dia online melihat dunia khayalan cyber sebentar. Kalau dilihatnya dirinya termenung, mungkin zamrishal akan mulakan perbualan kembali. Rea malas hendak melayan zamrishal, entah kenapa dia tidak berminat untuk berborak dengan lelaki itu.
                                  *****************************************

For next part, please wait oke..keep reading :)
Part 6 (KLIK)




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 17 July 2012

Part 6 : Biarkan Kenangan Itu


        Kenapa malam ni rasa macam lambat je berlalu. Bila nak siang ni, mata pun susah nak pejam. Bosan lah pula,” dengus Rea sambil guling-guling di atas katil. Sesekali dia melihat handphone nya kosong. Tiada sebarang mesej masuk, tapi selalunya begitulah. Handphone nya jarang berbunyi semenjak cuti bermula ni. Lagipun dia sendiri tidak tahu kepada siapa untuk dia mulakan mesej. Kalau nak mesej kisya, mesti dah tidur.  Malam itu Rea tidak tahu kenapa matanya susah benar untuk terlelap. Di paksanya mata untuk pejam, tapi tidak menjadi. Akhirnya Rea bangun dan tersandar di dinding katil sambil mendengar radio. Kebetulan radio hot fm sedang bermain lagu “andai ku bercinta lagi” nyanyian mojo, Rea terus mengamati setiap lirik lagu tersebut. Hatinya mula tertarik dengan setiap bait lagu itu. Dia membiarkan dirinya mengelamun dan makin perlahan wajah lelaki yang pernah mencuri hatinya datang menjengah. Walaupun cuba untuk melupakan, namun jauh di sudut hati zafril masih lagi terpahat di hatinya. Sudah bertahun peristiwa hitam dia dan zafril berlalu, tetapi untuk melupuskan zafril dari hidupnya sangat sukar. Baginya zafril lah teman terbaiknya sehinggalah dia mula sedar perasaan cinta wujud di sebalik persahabatannya dengan zafril. Perasaan cinta itu seperti magik yang hadir tidak mengira masa dan waktu, sehinggakan dia tidak mampu untuk menolak perasaan itu. Sehinggalah suatu hari, Rea lah perempuan paling bahagia apabila zafril meluahkan perasaan suka pada Rea. Kegembiraan itu tidak kekal lama sehingga mereka memasuki matrikulasi yang berlainan. Di awal pembelajaran di matrikulasi, hubungannya dengan zafril masih baik walaupun kadang kala ada pergaduhan kecil. Tetapi hidup itu tak selalunya indah dan di tabur dengan kata-kata cinta. Setiap perhubungan perlu ada kejujuran dalam diri masing-masing. Sekuat mana Rea setia apa gunanya kalau zafril mula berubah. Hubungan mereka terputus di waktu pagi sebelum Rea ke kuliah apabila dia menerima satu panggilan daripada zafril. Hatinya luluh dan kecewa mendengar pengakuan zafril yang selama ini hanyalah percubaan untuk merasa di cintai dan mencintai. Rea merasakan tertipu kerana zafril tidak pernah serius dengan dirinya, rupanya zafril hanyalah bergurau di waktu dia meluahkan isi hatinya.
Zafril sendiri tidak menyangka Rea akan menerima cintanya dan memendam perasaan cinta padanya. Tetapi saat Zafril membuat pengakuan itu, zafril sudah sedar dia mulai serius dan yakin dirinya betul-betul cinta pada Rea. Namun, Rea tidak dapat menerima kenyataan itu, hatinya hancur dipermainkan sebegitu, dia tidak boleh meneruskan lagi hubungannya dengan zafril walaupun zafril mengakui kesilapannya. Dia tak sanggup lagi menipu perasaannya pada Rea, kerana dia mulai serius dengan Rea tetapi pada waktu yang sama dia juga menyukai  seorang perempuan di tempat matrikulasinya sendiri. Saat itu, Rea cuba untuk lupakan kembali semua kenangan dia dan zafril, walaupun ditepis jauh kenangan itu namun akhirnya dia kalah dengan perasaannya sendiri. Dia tidak mampu untuk melupakan semuanya kerana zafril lelaki yang pertama wujud dalam dirinya. Seminggu berlalu, zafril masih memujuknya namun Rea tetap berkeras dan tidak mahu lagi dirinya dipermainkan, tambahan lagi Rea rela zafril memilih perempuan itu dari dirinya, kerana perempuan itu berada di depan matanya, yang boleh menjaga zafril. Bukan seperti Rea yang jauh di mata dan tidak mampu untuk melihat apa yang terjadi di belakangnya. Semenjak hari itu, Rea dan zafril sudah mula terputus dan zafril tidak lagi menghubunginya. Jauh di sudut hati Rea mulai rindu, tapi dia mengawal perasaan rindunya itu. Rea tidak berharap zafril muncul kembali dalam hidupnya, biarlah semua yang berlaku itu menjadi kisah silam hidupnya dan hanyalah satu mimpi ngeri.
“Dimana agaknya kau sekarang zafril, takkan secebis perasaan untuk berjumpa denganku tidak ada, biarlah kau hadir sebagai seorang sahabat. Aku pasrah dan redha, tetapi aku berharap kita dapat mengukir kembali persahabatan kita seperti dulu. Kalaulah aku tidak terburu-buru menerima cintanya, mungkin sekarang aku masih lagi berteman baik dengan zafril, cukuplah dia ada dalam hidupku, itu sudah memadai”, Rea bermonolog sendirian. Ternyata peristiwa lama itu tidak dapat menangkis ingatan Rea pada zafril, dan mungkin juga menjadi satu faktor Rea takut untuk mempercayai lelaki. Rea tidak mahu setiap perhubungan itu musnah seperti dia dan zafril dan dia takut jika dirinya dipermainkan lagi. Dia tak sanggup untuk menghadapi semua itu, kerana dia hanyalah insan yang lemah. Disebabkan itu lah, dia mula berserah pada Ilahi dengan siapa jodohnya, itu semua hanyalah rahsia Allah. Dia hanya mampu berdoa ditemukan dengan jodohnya bila tiba waktunya. Bila dia sudah bersedia untuk menerima kehadiran seorang lelaki kembali dalam hidupnya.
******************************************
dah habis baca mohon KLIK SINI

part 5 ( KLIK)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 14 July 2012

Belajar pengiraan lampu dan jenis yang sesuai

Olla =)

Entri kali ni khas untuk sesiapa yang berminat nak jadi engineer of electrical..pheww~ Macam susah je kan nak capai semua ni, banyak benda kena belajar. Oke, kali ni Miss Bubble nak bercerita lagi pasal sepanjang Miss Bubble tengah berpraktikal. Sebelum ni ada cerita yang keluar site, dan sekarang nak cerita kerja kat dalam pejabat pula. Pada hari khamis (12 julai 2012) Miss Bubble belajar mengenai "Guidelines for interior lighting". Apa ke benda la tu yea, ish3.. Bila dah dibagi satu kertas design sebuah bangunan dengan ukuran sekali, lepas tu tiba-tiba dapat tugasan, "cuba kamu calculate semua apa yang patut, dan cari berapa bilangan lampu nak digunakan dan juga jenis lampu yang sesuai di setiap ruang". Oke..fine dah pening sebab baru mula-mula nak belajar. 



  Nampak tak ni, tengah pulun buat calculation dan refer nota formula bagai. Zzzzzz


 Eh3, apa berdiri ni..haaa, macam nak buat presentation kan nak present kita nak guna lampu ni, lampu tu...sat....tak boleh sesuka hati la pilih lampu tu lampu ni, mestilah kena refer hasil dari calculation dulu..jenis kecerahan bagai~..

 Tengok, tak habis lagi berbincang dan bincang tengok catalog. Tengok catalog jenis lampu lepas tu nak kena tengok pula lumen bagi lampu tu lepas tu masukkan lagi dalam formula..


Masih lagi pening-pening sebab ada yang tak faham. Sekali tengok dah macam ketua dah Miss Bubble punya banyak lah penjelasan dan diskusi..tut-tut dah kepeningan sangat, akhirnya jumpa balik encik tu cakap "incik, kami dah pening-pening nak kira ni, ketinggian dari atas sampai ke objek, kecerahan bagai..errr.....tolong.....

Haha, apa macam? Inilah engineer to be, kena faham dan tahu pasal design , pastu kena tahu calculation. Semua aspek kena ambil kira, tak boleh sesuka hati nak guna lampu tu, nak gantung situ lah apa. Ada step-step dia taw...cukuplah dulu, esok nak sambung belajar lagi benda alah ni.. bubyee~

Dah habis baca mohon KLIK SINI


btw: Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan =)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 12 July 2012

Part 5: Biarkan Kenangan Itu



Sudah seminggu cuti panjang Rea bermula, hidupnya kini aman tanpa gangguan kampus, tanpa kesibukan alam universiti. Dia kini bebas dari segalanya, tetapi kadang kala bayangan beberapa orang di kampus sering melintasi kotak fikirannya. Terdetik juga kerinduan di hatinya untuk bertanyakan khabar, namun dibiarkan sahaja kerinduan itu menjadi kuat di hatinya.
            “Rea, kamu ni dah beberapa hari asyik bangun lambat je, cuti ni ibu tengok kamu asyik tidur je kerjanya..ish anak dara apa ni,” leter ibunya.
            “Ala, ibu..Rea baru je nak rilek, masa belajar dulu tidur tak cukup. Sekaranglah masanya untuk tidur. Kasilah chance Rea rehat puas-puas. Hehe,” ulas Rea.
            “Ibu rasa macam dah cukup kamu rehat, dah tu praktikal kamu bilanya mula? Kalau asyik tidur macam ni, tak ada orang nak ambil kamu praktikal,” sambung ibunya.
            “Hari isnin ni, mulalah Rea praktikal. Ibu jangan risaulah, nanti Rea bangun awal pagi pergi praktikal, benda kecil je ibu..haha”gelak Rea.
            “Dah kalau macam tu tak apalah, kalau ibu cakap sikit benda kecil. Hah, ni nak cakap benda besar la pula,” kata ibu Rosnah.
            “Apa hal besar pula ibu? “serius Rea menanyakan begitu pada ibunya.
            “Kamu tu la, dah bertahun-tahun belajar kat sana, takkan tak ada bersangkut kat sesiapa?” soal ibu Rosnah.
            “eish, sangkut-sangkut apa pula ni bu, tak paham lah Rea,” sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Ala…tak usah nak berdalih lah. Umur tu dah meningkat, nanti kawan-kawan kamu semua dah kahwin, tinggal kamu sorang je. Lambatlah ibu dapat menantu macam ni,” ulas ibu Rosnah.
            “ohh, ibu ni ke situ pula. Rea baru je habis belajar, praktikal pun tak habis. Perjalanan hidup ni panjang lagi bu, dah la malas nak fikir. Rea nak keluar petang nanti, nak jumpa kisya, dia pun dah cuti. Oke lah bu, nak pergi bersiap dulu…..”jawab Rea sambil berlari masuk ke biliknya.
Setiap kali ada masa terluang macam tu, mesti ibu Rea, Ibu rosnah akan bertanyakan soal pasangan hidup. Setiap kali ditanya benda yang sama, mesti Rea akan cuba untuk mengelak kerana dia sendiri tidak tahu nak jawab apa. Semuanya dia serahkan pada Allah untuk menentukan jodohnya. Lagipun ini soal teman hidup yang akan dia hidup bertahun-tahun mestilah kena pilih yang betul-betul sesuai dan dapat melengkapi kekurangan dalam dirinya. Bukannya senang macam memilih baju. Rea berharap sangat dia akan menemui cinta sejatinya suatu hari kelak.
                 Kereta viva merah mula meluncur masuk di perkarangan rumah Rea. Kelihatan seorang gadis kecil keluar dari kereta itu. Rea melihat dan merenung jauh dari tingkap biliknya, selepas diamati barulah dia sedar itu rupanya kisya, temannya dari kecil. Rea tersenyum sendirian melihat gelagat kisya yang tidak berubah-ubah, gadis kecil molek yang sentiasa tampak cantik dan kemas setiap masa. Rea memberikan isyarat tangan pada kisya agar menunggunya sekejap sementara dia sedang melilit selendang di kepalanya.
               Setelah siap, hand bag yang tergantung dibiliknya ditarik dan terus disandang ke pangkuannya. Rea terus bergegas turun ke bawah untuk mendapatkan kisya yang sedang rancak berborak dengan ibunya di bawah. Entah apalah yang di borak Rea sendiri pun tidak tahu.
            “Okeh , kisya kecik…jom kita gerak sekarang. Ibu, Rea keluar dulu ya,” ujar Rea.
            “iyalah, keluar elok-elok. Jangan lama sangat, hah kisya bawa kereta elok-elok juga,” pesan Ibu Rosnah.
Kereta Viva merah meluru keluar dari perkarangan rumah Rea. Makin lama makin hilang bayangan kereta itu di pandangan Ibu rosnah.
            “Amboi, rancak berborak dengan ibu, ibu aku cakap apa kat kau kisya?”soal Rea.
            “haha, tak ada apa. Rahsia aku dan ibu kau mana boleh beritahu kau,hihi”balas Kisya.
            “Ahhh, tak payah nak berahsia sangat la kan, cepat bagitau aku. Hah, ni mesti dia tanya aku dah ada boyfriend belum kan. Macam lah aku tak tahu ibu aku tu..eiii” Rea membuat andaian.
            “hahahaha, tu la kau memilih sangat. Ibu kau tu dah tak sabar nak terima menantu, cepat-cepatlah cari. Kesian ibu kau..”balas Kisya.
            “Amboi, kau pun sebelah ibu aku ya, aku bukannya tak nak tapi aku tak percaya sangat dengan cinta cintun manusia ni. Semuanya tipu belaka, yang pasti ada pembohongan di sebalik percintaan dua orang manusia,”ulas Rea panjang lebar.
            “Ala, kau jangan nak bandingkan semua lelaki dengan zafril kau dulu tu, kau kena berani untuk menerima apa jua keadaannya. Bercinta ni memanglah berisiko dan juga kekuatan cinta itu ada penipuan juga,”jelas Kisya.
            “Dah la, tak payah nak sebut nama budak tu. Aku dah lupa semuanya lah, bukan sebab dia aku jadi takut untuk terima lelaki dalam hidup aku. Cuma aku nak lebih berhati-hati. Ala, kalau ada lelaki yang muncul depan aku sekejap lagi, mana tahu dia jodoh yang Allah tetapkan, aku terima je tak kiralah dia macam mana pun,” balas Rea.
            “Iya? Kau pasti Rea? Kau jangan Rea, nanti doa kau tu termakbul baru kau tahu. Manalah tahu muncul lelaki yang kau tak suka dan dia adalah jodoh kau. Bahaya Rea, ni soal jodoh. Kau tak boleh nak tolak takdir..haha” gelak Kisya.
            “Eiiii, kau ni saja nak takutkan aku la. Dah kalau dia jodoh aku, nak buat macam mana, redha jela. Kau tu kisya, cakap orang dah kau dengan din bila lagi nak ke jinjang pelamin. Tak sabar dah aku ni nak makan nasi minyak,hehe” balas Rea.
Lampu isyarat hijau sudah menyala, Kisya mula menekan pedal minyak untuk bergerak, tiba-tiba datang sebuah kereta swift silver laju memotong kereta kisya. Terkejut mereka dan Rea sempat menoleh melihat empunya kereta yang memotong mereka. Rea seakan kenal pemuda itu yang melontarkan senyuman yang sama padanya ketika hari terakhir peperiksaannya.
            “Uish, kau kenal ke pemuda sombong tu Rea? Aku tengok kemain dia seyum je kat kau. Ingatkan nak buka tingkap minta maaf ke apa,”soal Kisya.
            “Aku rasa macam familiar je muka pemuda ni, kalau tak silap dia…….minggu lepas pun dia yang…ahhh, lupakan jela. Malas nak fikir, dah la kisya,” jawab Rea seakan menyembunyikan sesuatu.
                            ***************************************************


Sudah habis..Mohon KLIK SINI 




btw: will be update soon , keep waiting dears :)
Part 4: (KLIK SINI)






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 11 July 2012

out to traffic light maintenance + mengular

Olla :)

camat malam cume... cowie terupdate lewat malam, sebab baru je siapkan log book untuk 4 hari.. Esok sebelum kul 3 dah kena hantar kat sv..huhu, korang nak tahu apa aktiviti Miss Bubble hari ni? Hehe, kami seramai 5 orang ikut En.Nazmi unit traffic light. Mula2 naik truck tu, 5 orang kat belakang kena panjat sendiri la, bila time gerak je sume tergelak-gelak sebab dorang tak biasa naik. Miss bubble kali kedua dah ikut bhagian traffic light so ni pengalaman kedua naik truck dan menikmati angin sepoi2 kat blakanh. haha, best wooo... 




Haha..tu la truck yang kitaorang naik..dah macam tahanan pulak..;p


Eh3,apa Miss Bubble buat tu..kang tak pasal2 meletup pandai2 je sambung cable tu..:D


 Ini adalah aktiviti suka suki bergambar depan controller !


Inilah controller = feeder pillars yang control traffic light. selalunya benda ni ade je kat bucu2 jalan, kalau korang perasan la ;p



yang ni pula nak ambil bacaan underground cable guna multimeter sebab fault detector tak berfungsi...


Setelah penat berjemur di tengah-tengah jalan, akhirnya siap juga kerja2 maintenance ni. Lepas tu kami pun naik truck dengan riangnya..tiba-tiba rasa cam jauh je perjalanan nak balik, tengok2 dah sampai.....



Tadaaa...dah sampai rumah pak cik driver....



Dalam kebun kutip buah durian sempat curik2 bergambar :D


Pak cik tu bawa kami ke dusun, makan durian + buah manggis..uiyoo, sedapp..puas hati dapat makan :D



Tengoklah tu, pak cik driver cakap selagi tak habis tak boleh balik..aiyoo, terpaksa la kami habiskan.. dah la tadi dah melantak durian yang banyak, macam nak termuntah sebab non stop makan durian...burrppp


Muka2 yang kekenyangan melantak durian dan manggis... Terima kasih pak cik driver bawa kami rehat2 kat dusun jap..;p


Puas hati sangat dapat jalan2 makan angin sebelum balik pejabat, hehe...rugi sape yang tak ikut kiteowang kuar hari ni baiki lampu isyarat... memnag terbaik laa. Sampai-sampai je ada yang pening kepala sebab makan durian banyak sangat kot. Miss Bubble lak excited sebab tak ada dusun buah and kalau nak merasa durian alamaknye kena beli kat kedai la...huhuuu (^_^)



btw: Thanx sume, really enjoy it ! 






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 8 July 2012

Jom butterfly kita nyanyi

Olla :)

Apa ada dengan rama-rama? Ermm, entahlah tapi Miss Bubble nak korang hayati lirik ni sama macam Miss Bubble menjiwainya..hehe..Mesti pernah dengar kan lagu ni..I really like diz song, sometimes it can express my feeling...all is past~...


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu m
enetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu
[Chorus]
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu
Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up touching me and you
Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

btw: Lagu nie bermakna buat Miss Bubble, sampai ayaq mata boleh menitis...ermm, mesti ada sejarahnya kan..biarlah berlalu..orang tak hargai buat apa kita nak teruskan.. Peace :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Part 4: Biarkan Kenangan Itu



Suasana bertambah gamat kedengaran dari luar dewan peperiksaan. Semua pelajar berjalan menyusur keluar dewan apabila diberi arahan untuk keluar dan menandakan peperiksaan akhir telah pun tamat bagi pelajar ukur bahan. Begitu juga Ireanti yang telah tamat menghadapi peperiksaan akhirnya. Suara bersorak dari pelajar ukur bahan sedikit sebanyak menimbulkan ketidakpuasan hati bagi pelajar fakulti lain kerana ada segelintir yang masih belum tamat peperiksaan. Dari jauh kelihatan senyuman yang terpancar diraut wajah Ireanti, senyuman yang begitu mahal harganya yang mampu memikat hati sesiapa saja para lelaki yang memandangnya. Walaupun Ireanti jarang melontarkan senyuman, namun sekali senyuman melirik di wajahnya menjadikan dirinya cantik dan manis dipandang. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Ireanti, walaupun kecantikannya tidak setanding kawan-kawannya yang lain, namun ada juga tercalit satu keistimewaan ataupun daya penarik dalam diri Ireanti. Langkahan Ireanti yang meninggalkan perkarangan dewan itu terhenti seketika apabila terdengar namanya diseru dari arah belakang. Suara itu diamatinya dan dia seakan mengenali suara itu, lantas menoleh ke belakang.
“Oh, kau rupanya Mirul. Ada apa panggil aku ni?” soal Rea sambil mengalihkan pandangan matanya dari bertentangan.
“Tak ada apa, cuma nak jumpa kau buat kali terakhir, kau kan dah habis final exam,”jelas Mirul.
“ya, Alhamdulilah akhirnya dah habis exam aku. Kau bila pula ?”Rea menyoal kembali.
“Aku punya fakulti next week baru habis, banyak sangat gap jadual exam aku sebab tu lambat habis. Bestlah kau dapat balik kampung dah lepas ni,” ulas Mirul.
“Tak apalah, banyak sikit masa kau nak belajar kan. Balik nanti bukan boleh rilek, kita kan kena bersiap sedia untuk menjalani praktikal, tu yang buat aku cuak ni,”jelas Rea.
“Ala, nak takut apa praktikal, kita buat apa yang orang suruh je, kalau tak tahu kan dia ajar. Ataupun kau takut ada orang jatuh hati kat kau, hehe,”gurau Mirul.
“Eish, ke situ pula kau. Orang macam aku ni mana ada yang berkenan. Kalau ada pun, mesti orang tu buta lah Mirul,” balas Rea.
“Oh, kau cakap aku buta la Rea?” Mirul menyoal.
“Aik, bila pula aku cakap kau, ada-ada jela kau ni,haha,”gelak Rea.
“Yela, kau cakap siapa jatuh hati kat kau, maksudnya orang tu buta. Jadi, aku ni buta lah sebab sukakan kau,”spontan Mirul melafazkan perkataan suka.
Rea tersentap apabila mendengar pengakuan yang sebegitu dari mulut Mirul. Dia tidak menyangka Mirul sangat berani untuk bergurau perkara begini. Rea menganggap itu hanyalah gurauan semata-mata dari Mirul, tidak mungkin Mirul menyimpan perasaaan padanya sedangkan dia sudah memiliki tihah, gadis rebutan kampus. Namun, Rea tetap berasa kurang senang untuk berborak lebih lama lagi dengan Mirul.
“ermm, Mirul tak apalah. Aku kena balik dulu, nak kemas barang-barang aku. Kalau ada peluang, mungkin kita akan ketemu lagi. Apa-apa pun aku ucapkan selamat berjaya untuk paper final kau!,” Rea cuba mengalih topik perbualannya.
“Aik, ubah topik nampak. Tapi Rea,…”Mirul belum sempat menghabiskan ayat terus disambung oleh Rea.
“Semoga berbahagia dengan tihah ke jinjang pelamin, nanti kahwin jangan lupa jemput aku. Selamat tinggal Mirul,” ucap Rea sambil bergegas dari situ.
Dia tidak sanggup lagi untuk berborak panjang dengan Mirul. Makin lama dia berborak dia seakan menjadi seperti cacing kepanasan, tidak sanggup menatap wajah Mirul. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa timbul perasaan sebegitu di dalam dirinya. Mungkin dia takut jika Mirul membuat kenyataan yang sudah pasti tidak dapat diterima akalnya. Sedikit sebanyak dia takut juga digelar perampas, ataupun Mirul itu cumalah bergurau dengannya. Tapi waktu Mirul meluahkan perasaannya, raut wajahnya begitu serius. Hati Rea berdolak dalih dan menidakkan apa yang difikirnya. Dia berharap itu semua tidak akan terjadi. Rea yakin Mirul hanyalah kawan baiknya tidak lebih dari itu. Sedang asyik berjalan tiba-tiba kotak pensel yang dipegangnya terjatuh gara-gara dilanggar oleh seorang pemuda. Rea menoleh ke belakang, tetapi lelaki itu hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa meminta maaf.
“eish, mamat ni, dah la langgar, boleh pula pergi macam tu je. Maaf pun tidak, tak beradab lansung.” Sambil mengambil kotak penselnya di lantai.
“Hai, mengelamun ke sampai barang kat tangan boleh terjatuh, haha” gelak adaw.
“uish, ko adaw, aku ingatkan siapalah pula datang nak langgar aku..”selamba Rea menjawab.
“Langgar? Ape ko merepek ni Rea? Dah habis exam pun kepala dah tak betul ek..heehe” gelak adaw lagi.
“Tak adalah, tadi ada sorang mamat ni terlanggar aku sampai jatuh kotak pensel aku. Lepas tu pergi macam tu je, aku pandang dia, tapi boleh dia senyum je. Ingatkan nak cakap maaf, hampeh..”keluh Rea.
“ouh, mamat macho tadi? Haha, sudah-sudah..jom pergi makan lapar ni” sambil menarik tangan Rea yang masih kelu berlalu pergi dari situ.
        *********************************************************



btw: Nantikan update part seterusnya, keep waiting :)
Part 3 : (KLIK)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 2 July 2012

Part 3: Biarkan Kenangan Itu



Angin pada waktu malam nyata lebih kuat dari petang tadi. Deruan angin yang kuat dan sejuk itu masuk melalui tingkap bilik Rea yang dibiarkan sahaja terbuka. Rea memang suka membiarkan tingkap biliknya terbuka agar mendapat ruang udara yang mencukupi baginya. Lebih-lebih lagi, udara yang nyaman dari luar mampu menenangkan dia dan mengelakkannya dari rasa mengantuk untuk belajar. Pandangannya melihat kea rah jam mejanya yang menunjukkan tepat pukul 11 malam. Dia merasakan malam itu berlalu sangat perlahan, sehinggakan dia buntu untuk berbuat apa.
“ Kenapa dengan aku malam ni, jam baru pukul 11 malam tetapi aku seakan tidak boleh untuk meneruskan revision aku seperti malam-malam sebelumnya. Apa aku nak buat, terus tidur? Tapi mata aku masih segar. Errm, menonton movie di dalam laptop ? Tapi aku tak ada cerita best. Hah, baik aku pergi bilik sebelah. Manalah tahu diaorang ada movie terbaru ke apa, dapat juga aku hilangkan kebosanan aku daripada duduk di bilik ini bersendirian,” Rea bermonolog sendirian.
Rea terus bangun dan meluru keluar dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Pintu bilik itu diketuk dan apabila ada suara dari dalam menjawabnya, barulah tombol pintu itu dipulas dan dibuka oleh Rea. Rea melihat jiran biliknya sedang kusyuk menonton movie.
“Hai korang, tengok movie tak panggil aku ya,” kata Rea.
“haluuu, kitaorang memang nak ajak tadi, tapi takut menganggu kau study pula. Lagipun kau kan selalu study je waktu macam ini, haha” jelas Fida.
“Betul tu kata Fida, kitaorang tak kacau kau, tapi dah alang-alang kau datang ni jom lah tengok dan join kitaorang ni, hehe” ajak Adawiyah teman sebilik Fida.
Mereka berdua memang ibarat satu kepala, roomate yang sehati dan sejiwa. Kalau pergi makan ke keluar mesti pergi bersama. Maklumlah dah bertahun diaorang duduk sebilik, dan tidak pernah diaorang bergaduh ataupun bertikam lidah. Dengan bertolak ansur dan saling mempercayai membuatkan hubungan mereka bertambah rapat dan mesra walaupun berlainan course.
“Hmm, tak adalah. Malam ni aku tak boleh nak belajar sangat lah. Aku tak tahu apa yang menganggu, sampaikan hilang fokus. Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bosan pun ada, sebab tu aku datang menjengah korang berdua ni,” jelas Rea.
“Aik, apa yang membuatkan kau jadi macam tu. Kau ada masalah janganlah segan nak cerita kat kitaorang. Macam selalu kitaorang akan jadi pendengar yang setia,” balas Fida.
“Entahlah, aku pun tak tahu. Tiba-tiba je macam ni,”jawab Rea.
“Oops, aku tahu. Mungkin sebab petang tadi !,”Adawiyah meneka.
“Petang tadi? Apa dia? Kenapa aku tak tahu ni?” soal Fida.
“Eishh, petang tadi apa? Apa yang kau tahu Adaw?” Rea mula menyoal inginkan kepastian.
“hahaha, jangan ingat aku tak nampak Rea. Walaupun aku berkaca mata tapi kalau bab sensasi ke gosip aku nampak. Ala, waktu petang tadi aku nampak si Mirul datang tempat kau duduk berborak dengan tihah,” Adawiyah menjelaskan apa yang dia nampak petang tadi.
“Korang gaduh ke? Macam best je cerita ni. Tak jadilah tengok movie, hehe” kata Fida.
“Tak ada apalah, petang tadi Mirul datang nak pujuk tihah. Kebetulan aku ada kat situ dengan tihah, bukannya jumpa aku, jelas Rea.
“Stop! Stop..aku rasa dia bukan nak pujuk tihah sebenarnya tadi,” Adawiyah mencelah.
“Ala, kau ni memandai je Adaw buat cerita. Dah diaorang bercinta mestilah pakwe nak jumpa makwe,haha” gelak Fida.
“Betul diaorang bercinta tapi aku tetap nak cakap Mirul pergi tasik tadi bukan nak jumpa tihah. Petang tadi aku pun ada juga berjalan kaki dekat kawasan tu, dari jauh aku nampak si Mirul berjalan pergi ke arah kau tapi belum sempat tiba-tiba si tihah yang muncul tepi kau dulu kan,” jawab Adaw.
“Iya betul, then apa kaitannya?” soal Rea.
“Dengarlah dulu aku habiskan cerita ni, Mirul nampak tihah dengan kau, teruslah dia berhenti dan memerhati dari jauh. Tak lama lepas itu, Mirul pusing dan ingin patah balik, tetapi malangnya Mirul nampak aku sedang memandangnya waktu itu. Aku nampak wajah dia berubah, lepas itu dia terus juga berjalan pergi ke arah kau dengan tihah. So, kau faham tak fida apa yang aku nak simpulkan kat sini? Soal Adawiyah sambil menjeling ke arah fida.
“Yes. I got it. That means, mirul pergi tadi nak jumpa kau Rea, pastu terbatal niat sebab si tihah ada. Lepas itu, dia terpaksa juga pergi ke arah kau dengan tihah kononnya nak pujuk tihah gara-gara nak sorok perasaan malu dia sebab si adawiyah ni nampak dia yang tengah skodeng kau tadi, hahaha. Kan simple je kesimpulannya,” jelas fida sambil tergelak.
“Takkanlah macam itu sekali. Entahlah aku pun tak tahu nak cakap. Tapi kalau dia datang tegur aku pun, tak salah sebab aku dengan dia kan kawan,” balas Rea.
“Alahai cik Rea oit, kau yang fikir kawan. Hati dan perasaan si Mirul kau boleh baca ke? Manalah tahu dia sebenarnya ada hati kat kau. Kau je yang tak perasan Rea,” ulas fida
“Tapi korang kan tahu tihah sukakan dia, aku pula memang tak pernah anggap Mirul tu lebih dari seorang kawan. Tak mungkinlah jadi apa-apa antara kitaorang. Aku cuma harapkan Mirul dan tihah kekal,” jawab Rea.
“Iyalah Rea, kau tu baik sangat. Senang-senang bagi Mirul yang kacak kat tihah. Paling tak pun, baik kau passing kat aku je Mirul tu, hahahaha” gelak Adawiyah.
Suara gelak dan tawa making hingar di bilik itu. Suasana yang suram sebentar tadi telah bertukar menjadi gamat. Malam pula semakin larut tanpa disedari oleh mereka. Pelbagai cerita dan perkongsian bersilih ganti, ada sahaja benda yang akan digelak kerana perwatakan si adawiyah yang lucu dan mencuit hati. Sememangnya Rea beruntung kerana ditemani oleh kawan-kawan seperti Fida dan adawiyah yang selalu mengambil berat akan dirinya.
                  ****************************************** 

btw: sorry atas kelewatan sambungan cerita ni..really sorry sbb tiap2 ari penat praktikal..wuwuwu.sambung next part lagi, next tyme,keep waiting oke :)

Part 2 (KLIK)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta