Tuesday 28 August 2012

Lelaki pun berkira

Olla =)

KLIK SINI jap ya !



        Korang dah baca tajuk untuk entri ni? Zaty nak cerita sikit berkaitan lelaki, maaflah kalau ada yang terasa ataupun tidak. Tapi ini secara umum nya, bukannya zaty nak mereka cerita ke apa. Lelaki kebiasaaannya kalau dah bercinta selalunya akan berkorban, maksud zaty dari segi kewangan. Iyelah dah ajak perempuan keluar maksudnya dia lah yang akan bayar ke apa, tapi ada certain perempuan tak adalah kejam sampai biarkan sahaja duit lelaki tu bayar tu bayar ni. Mestilah memahami keadaan masing-masing tambahan pula bagi golongan yang masih belajar.

       Tapi nak dijadikan cerita, bila gaduh je mesti lelaki tu akan mengungkit. Bukan sikit tapi banyak, tak habis-habis mengungkit. Seriusly terkejut tak sangka akan wujud lelaki macam ni. Si girl pula tak sangka semua benda akan diungkit dan dipersoalkan, sebab girl ni tak pernah mengharap pape, tak pernah nak minta tu, minta ni. Tapi adalah beberapa kali girl ni dapat chocolate, ada yang besar dan ada yang kecik (cadbury gitu). Lepas tu girl ni juga dapat lah bunga tisu yang si laki ni buat sendiri. Itu semua si girl tak minta and memang tak nak pada mulanya, tetapi lelaki tu cakap orang bagi kenalah terima. So, si girl terima dengan ikhlas, setiap kali dia gaduh dengan laki tu mesti dia akan ingat kat laki tu, terpandangkan bunga mesti ingat, tengok coklat pun boleh ingat. Tapi sikap buruk lelaki tu suka sangat menuduh, cemburu dan marah-marah tak tentu pasal. Bila dia dah start cemburu, dia akan cakap la si girl tu melayan, ramai layan lelaki, tak hargai dia. Then bila dia call girl tu mesti lepas tu dia cakap nak harapkan girl tu call, memang tak la. Tapi setahu zaty, girl ni kerap juga call si lelaki ni. Tak tahu pula si lelaki boleh cakap si girl ni bila je call dia, asyik dia je nak call. Ouhh hello, sebenarnya si girl dengan lelaki tuh bukan bercinta ok. patut kah lelaki tu treat girl tu macam tu? 

       2 Hari lepas, lelaki tu mengungkit nak harap girl ni call, memang tak lah. Padahal girl tu call laki tu tak angkat dah tidur kot, then tiba-tiba laki tu call. Lepas tu ada lah gaduh-gaduh sebab benda kecil, terus laki tu letak fon. Then boleh laki tu mesej ungkit dah banyak benda dia bagi kat girl tu, tapi apa je girl tu bagi kat dia, tak pernah. Dia tuduh la si girl ni terlampau berkira. Padahal si girl ni ada sorok sesuatu dari laki tu selama ni, si laki tu tak sedar yang si girl pernah bayar duit baju untuk dia. Tapi si girl tu tak pernah mintak, then sebab sakit hati si girl tu terlepas cakap juga, Sejak malam tu, zaty tahu girl tu memang kecewa dan sedih sebab tak pernah jumpa dan kenal lelaki yang suka berkira dan mengungkit macam tu, setahu zaty kawan laki yang call zaty tak pernah pun cakap gitu. Ada yang pernah beberapa kali derma top up dia cuma cakap tak apa lah belanja. 

     Disebabkan hal itu, hati girl ni memang dah tak ada perasaan. Tiba-tiba je laki tu mesej pagi tadi cakap maaf, tetapi si girl tu pasti takkan berlembut hati sebab dah banyak kali jadi, laki tu tak sedar girl tu dah banyak bersabar. Cukup-cukuplah mainkan hati girl.


Btw: Maaf..entri terlampau panjang..errrr~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 26 August 2012

ANTIVIRUS mana yang elok

Olla =)

       Korang zaty nak tanya ni. Maklumlah zaty pun memang tak pandai dan tak tahu juga pasal lappy ni. Sebenarnya macam ni, lappy zaty dah run out expired key la katakan. Sebelum ni zaty pakai kaspersky 2011 je, then dah berbulan lepas dah expired. kena lah update baru, tapi nak update baru tu makan duit pulak. Alamak, dah la operation lappy sebelum ni dah 70 inggit, ni nak cari vitamin untuk lappy lak. Yang menjadi masalahnya zaty rasa macam nak tukar pakai antivirus lain pulak. Ada kawan dia beli kaspersky kat kedai, then tuan kedai tu cakap kaspersky macam makan window sikit entah lebeh kurang macam tu la, kena pi tanya kedai sendiri. Tuan kedai tu suggest pakai norton. Haa, tu la zaty pun search internet pasal norton, bolehlah. Rasa macam nak beli yang ni je minggu depan or buka sem je time duit masuk.
Kalau yang zaty baca antivirus ni dia dah siap sekali dengan antispyware. So tak payah la nak beli untuk antispyware pulak..tapi antispyware tu ape pulak..ooopss..;p


Yang pasal avira dengar-dengar kurang baik, tapi entahlah kan sebab kita semua bukan tahu sangat mende alah ni. 

Yang antivirus ni, macam mana? ada sesiapa pernah pakai..?

avast pun macam..ermm, entahlah..korang rasa?

Jeng3..yang ni la zaty selalu pakai sebelum ni..tak perasan pula oke ke idak..haha

      Korang pula macam mana? Korang rasa yang mana sebenarnya elok untuk diguna pakai. Sharing2 lah kat sini, zaty memang nak tahu. 

     Sebelum ni, zaty beli key dari member kat kampus yang jual RM10 tu. Tak pasti la original ke tidak, tapi kali ni zaty memang nekad nak beli yang kat kedai terus je sebab nak protect lappy betul2 untuk sem depan. Sem depan dah tahun akhir, then kena buat projek final, that's why zaty nak jaga leklok lappy, nak elakkan dari benda-benda yang tak sepatutnya. faham2 lah selalu kalau dah busy dan serabut dengan projek adalah masalah nak datang, & ada yang roska laptop. Mintak jauhlah..my lappy baru je balik dari servis tempoh hari, hopefully dapat berkhidmat dengan elok demi projek akhir zaty. Korang pun doakan yea.


btw: Sesiapa tahu jangan lupa share2 yea, dan jangan lupa klik tabung zaty kat sebelah mana tahu dapat kumpul beli antivirus pulak.hehe

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 25 August 2012

Lappyku selamat pembedahan

Olla =)

Baik hati kan, cepatlah KLIK SINI untuk isi tabung duit raya zaty =)

         Hehe, sukanya rasa sebab lappy kite kan dah sembuh. Dia dah tak demam panas lagi. Kalau sebelum ni, kesian je zaty tengok dia menderita. Bila zaty guna dia, macam terpaksa je dia berkhidmat untuk zaty. Memang tak sampai hati , zaty sentuh dan gosok-gosok dia..lagi kesian.. Rupanya dia demam panas. Dah setahun rasanya lappy terkena demam panas lepas tu tiba-tiba pengsan. Kalau zaty tak baringkan laptop ni atas katil cooler fan yang mahal ni mesti lappy akan pengsan. Hidup dia bergantung pada katil cooler fan ni je.
Muka mashi sedih sebab lappy masuk hospital :(

          Disebabkan dah dekat 4 tahun zaty hidup dengan lappy ni, zaty sayang sangat terus hari ni bawa lappy pergi hospital Acer. Nasib baik la janji dengan abam tu cakap nak bawa keluar lappy petang ni juga. Kalau tak sempat operation, zaty nak hantar pagi esok je. Tak mau la tinggal lappy sensorang kat hospital. Susah nye kalau beranggan lama sangat . Wuwuwuwu



         Tiba-tiba dalam pukul 3.30 petang macam tu abam kat hospital Acer call cakap dah boleh ambil lappy, yeahhh..sukanyaaa..terus pergi check out lappy dengan bil bayaran nak tahu berapa.. 7o inggit mak jemah oii..mahal rasanya kerana lappy ni kena servis je pun,banyak sangat habuk, bakteria masuk kat badan lappy sebab tu lappy cepat sangat panas.Sekarang dengan senang hati guna lappy tersayang tanpa rasa panas kat badan lappy lagi. Hopefully lappy bahagia sebab dah sembuh. 


Dengan bahagianya lappy berkhidmat macam biasa


Ouhh my lappy..jangan demam lagi ya..duit dah kering~

Kalau ada laptop sesiapa yang seringkali pengsan terkejut, better korang bawa pergi servis la. Sebab kalau asyik pengsan kang nanti dia mati terkejut disebabkan motherboard dah tak berfungsi susah dah la nak baiki.. Habuk dan debu yang banyak kat kipas laptop sebab tu laptop cepat panas.


btw: Lappy dah servis, sekarang misi nak beli antivirus pulak..~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday 23 August 2012

My friend Engagement

Olla :)

      Maaf atas kelewatan mengupdate entri, hehe.. maklumlah musim raya. Dah masuk ke 5 ke 6 ni banyak pula berjalan jumpa kawan. Ye lah waktu ni jelah boleh jumpa sebab cuti kan dan sebab ni jugalah ramai lah yang buat kenduri kahwin la, tunang la merisik la. Termasuklah zaty ada orang merisik, ooopss...maaf gurau je. Hehe, bukan zaty la, tapi kawan zaty. Alhamdulilah telah selamat majlis pertunangan dia waktu raya ke -4 tu. Kawan zaty nama dia manisah, kawan waktu kiteowang belajar dekat MRSM dulu. Tak sangka jodoh dia dah sampai, sekarang dia belajar kat UTP InsyaAllah habis belajar dan kerja kejap dia akan melansungkan majlis kahwin pulak.

Waktu menunggu rombongan pihak lelaki sampai

kami pun nak bergambar juga (diapit oleh aini dan wani kawan mrsm)

Tadaaa..its me and manisah

Alamak, tersipu-sipu malu pulak..hehe

Fokus semua duk ambil gambar

Senyum...wah, secocok kan

Semua tak tahu nak pandang kamera mana=p

Pandang sini la..hehe

Dah macam pasangan kahwin kan..oopss

Waktu menyarungkan cincin pertunangan pada lelaki, Megat

kami bertiga

3 perempuan teman di bangku sekolah

Tak sangka dekat majlis pertunangan macam ni lah ada peluang nak jumpa kawan-kawan lama. Nanti bila dah lansungnya majlis pernikahan mesti lagi meriah dan dapat kumpul reramai. ni pun dah bersyukur sebab di jemput, memang lepas spm lansung tak jumpa dengan manisah. Akhirnya kami bertemu di majlis yang mulia ini. Tahniah manisah dan megat. Semoga kekal dan selamat ke jinjang pelamin. InsyaAllah..


btw: Pergi majlis kawan bertunang, manalah tahu dapat tempias sikit2 aura..kot2 jodoh sampai jugak ke..hehehe ;p

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday 21 August 2012

Raya 2012

Olla =)

Nak duit raya, cepatlah korang KLIK SINI taw =p

          Hari ni dah masuk 4 syawal, mesti ada lagi yang tengah riuh rendah berhari raya kan. Tapi ada juga yang dah mula masuk bekerja. Suppose macam zaty sepatutnya dah start balik praktikal, tetapi disebabkan dah minta cuti seminggu, nasib baik encik tu luluskan. Hehe, kalau cuti lelama pun bukannya ada buat apa juga, sebab tak tahu nak pi umah sapa. Semalam, seharian asyik makan dan makan je kejenya sebab ramai sangat panggil makan, kenduri la, open house la, kesukuran n what so ever la. Penat perut ni asyik makan je sampai dah rasa bertambah-tambah kat perut. Errr...

         Errm, nak tahu first day raya buat apa, awal2 pagi as usual pergi solat la. Lepas tu sampai rumah mulalah sesi bersalam dan bermaafan. Tak banyak pun ambil gambar sebab rasa macam tak comel je raya ni.hehe..

Org pandang kamera, dia pandang tempat lain pulak..;p

Without my brother yang tak dapat cuti nak beraya

Cake..cake..cake..

My 2nd raya..simple

Oopsss, gambar tak ready ni..muka terkejut 

baby ni nak lawan pipi la...tembam ~

Ingatkan hari ni nak pergi rumah kawan bertunang, tapi tunggu kawan sorang lagi tak mesej-mesej. Tak tahu dia jadi ke tak nak pergi nya.. huhuuuhu..

btw: Selamat berhari raya lagi kekawan. Nanti zaty update entri kalau pergi majlis pertunangan kawan =)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 19 August 2012

Salam Lebaran 2012

Olla =)
Sebelum tu KLIK SINI untuk bagi duit raya =)

             





Di kesempatan ini, zaty juga ingin mengucapkan kepada semua blogger Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Semoga kedatangan syawal ini memeriahkan lagi hidup kita berbanding tahun lepas. Semoga segala amalan kita di bulan ramadhan akan diterima oleh Nya. beraya-raya juga, keselamatan diri kena jaga taw. Bagi sesiapa yang bakal pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Zaty juga nak pesan kontrol makan taw, maklumlah raya ni berbagai-bagai juadah dihidangkan, nanti mulalah penyakit cirit tu datang. So, pandai-pandailah kita kawal nafsu makan kita ok. =)
           



btw : Terlampau busy sampaikan baru sekarang sempat update entri raya ;p
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday 18 August 2012

Last minute preparation

Olla =)
Sebelum tu, mohon semua KLIK SINI untuk kasi duit raya taw..hee~


        Wah, penatnya rasa. Badan semua sakit-sakit dari pagi sampai ke malam tak henti-henti buat kerja. Maklumlah last minute kan, hari ini macam-macam kena buat. dari pagi tadi keluar pergi beli tudung lagi, lepas tu balik buat conflake salut coklat. Lepas tu barulah mula buat kek. Seperti biasa, kek coklat memang wajib ada kalau time raya. Moist chocolate, sangat yummy. Sambil-sambil buat kek tu kena goreng bawang lagi sebab nak buat kuzi untuk santapan pagi raya, Oopss, mesti certain people tak tahu kuzi tu apa kan, dia kuah yang macam pekat, ada ayam lepas tuh dicicah oleh roti dan juga roti jala. hehe...Malam pula, sambung lagi buat Apam dot-dot. Wah, meriahnya bunyi kan..buat tu buat ni, tapi padahal simple-simple je...

Moist chocolate





Apam dot dot


btw : kekawan semua yang baik hati klik ya tabung zaty yang link kat atas tu, Nak kutip duit raya...=)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Ramadhan meninggalkanku...

Olla :-)

Pejam celik pejam celik akhirnya hari ni dah 29 ramadhan. Sudah mencapai hari terakhir kita berpuasa bagi tahun ini. Lambaian ramadhan sudah mula menutup tirai dan lambaian syawal sudah mula memanggil untuk membuka tirai. Adakah kita sudah berpuas hati dan boleh tersenyum kerana ramadhan akan meninggalkan kita dalam beberapa jam lagi?
        Ya Allah, rasa sedihnya hati ni sebab ramadhan kali ni, amalan belom memuaskan, dan malam yang ku cari meninggalkan begitu sahaja. Bukan kerana alpa tetapi kerana tidak mampu untuk mengerjakan amal ibadat padamu ya Allah. Betapa ruginya rasa, tetapi tak boleh mengeluh kerana halangan itu juga merupakan satu kurniaan juga pada perempuan. Sememangnya kita semua akan mengalaminya setiap bulan.
      Solat terawih yang terakhir semalam berjaya membuatkan ku menitis air mata, sebaknya dihati tidak tahu akal puncanya. Tapi zaty berharap segala permintaan yang kupohon dari mu Ya Allah akan dimakbulkan. Berilah aku peluang untuk bertemu ramadhan lagi.
      

Btw : my short entri sebab tengah goreng bawang..hehe, entri raya will coming soon..peace!

Published with Blogger-droid v2.0.6

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 17 August 2012

D.I.Y brooch lagi


Olla ;-)

Entri yang ringkas dan bergambar. Ni adalah entri sambungan yang lepas iaitu hand made brooch. Kali ni zaty nak tunjuk beberapa lagi brooch yang zaty pulun buat gara2 nak tukar mood jadi macam2 corak dan jenis zaty try buat. Rasa cam comel je pkai brooch felt ni. Cuba lah korang buat, mesti best je pakai bila buat sendiri. Hehe.. Raya nak dekat ni bolehlah bergaya dengan kain felt.







Published with Blogger-droid v2.0.6

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday 15 August 2012

Shopping Tudung Raya

Olla =)

Sebelum tu tolong KLIK SINI  dulu ye isilah tabung zaty jap..nak raya ni. ;p

      Wah, dah malam baru nak hapdet blog untuk hari ni. Selalunya awal pagi dah update, tapi hari ni lambat sebab busy sikit. Yeke busy, haha..Tak buat kerja pun kat tempat praktikal, nakal-nakal sikit hari ni. Dalam pukul 10 camtu zaty keluar dengan 3 orang lagi kawan pergi bazar nak cari tudung semata-mata. Kira ponteng waktu kerja la ni..hehe. Terpaksalah pergi waktu ofis sebab nak elak dari jammed. Kalau pergi waktu lepas kerja memang cari nahas la. 

     Dah sampai sana, misi mencari tudung yang sesuai dan berkenan di hati memang ambil masa agak lama. Tambah pula duk pusing-pusing pening rasa sebab banyak sangat tudung kan kat situ, semua duk jual tudung yang pattern sama. Kena pandai cari yang tawar harga murah la. Yang melambatkan tadi sebab susah betul nak cari tona warna yang sesuai dengan baju zaty tu. Ada yang berkenan tetapi bidang besar la pulak..Last-last lepas ditilik, diletak diangkat, dibelek akhirnya zaty pun ambil la tudung bawal 3 tone yang ada bunga rose kat tepi kan. Memang kena pakai tudung camni la sebab nak bagi nampak keserasian warna dengan baju kurung zaty tu. Satu lagi beli tudng bawal 2 tone biasa je untuk adik sebab tak jumpa la yang ada bunga kat tepi untuk color baju dia.

                                                          Beli beli beli baju..baju..

Berlambak-lambak tudung memang rabun mata nak tengok & cari

Hmm, tengah memilih. Tapi tak nak pun pattern tu, hehe

Baju-baju pun banyak tergantung, sakit ahh tengkuk nak tengok atas..;p


                       Jenis tudung yang kat belakang la zaty beli..bunga2 kat keliling tudung

       Serius nak cakap memang ramai yang shopping tudung hari ni. Zaty ni kira last minit shopping tudung, tu pun ada lagi tudung nak beli cuma pening tadi pusing banyak sangat kedai. Haha, tak pela jumaat nanti nak pergi kedai tudung je. Korang macam mana gegurl, dah beli semua persiapan raya ke?


btw: Paling tak tahan dah la ponteng waktu pagi jap, lepas tu minta nak balik awal perut buat hal je tadi.huu ~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday 13 August 2012

Iri Hati dan Hasad dengki

Olla =)

Sebelum tu KLIK SINI dulu untuk bagi duit raya kat zaty =)



Kenapa mesti kita ada perasaan tu? Susah sangat ke nak elak dari lahirnya perasaan tu? Cubalah kita tanya diri kita sendiri. Zaty sendiri akui ada juga terdetik perasaan sebegitu, tetapi tak lama. Bila cuba tenangkan hati dan fikiran, zaty sedar tak patut ada perasaan itu. umumnya semua orang ada perasaan itu tapi antara pandai atau tidak kita mengawalnya. Tapi zaty tak pendendam, lepas beberapa hari je zaty terus lupa. Tetapi nak di ceritakan, masyarakat sekarang hasad dengki dengan kawan satu, paling tak tahan ada juga yang dengki dan iri hati sesama adik beradik. MasyaAllah, memang sedih kalau dengan adik beradik pun kita boleh timbul perasaan iri hati. Bayangkan lah kita dari kecil hidup bersama, semua kekurangan, buruk, gembira, sedih, tawa dan duka dikongsi bersama. 


       Kalau waktu kecil bergurau bermain bersama, tetapi bila dah meningkat dewasa kenapa perasaan sayang adik beradik boleh berubah. Inilah kebanyakkan yang zaty nampak sekarang, bila dah berkeluarga, adik beradik diketepikan. Walaupun kita ada hidup sendiri, tetapi janganlah ada sikap iri hati antara adik beradik. Kadang-kadang alam remaja pun adik beradik dah mula iri hati sesama sendiri. Difikirnya ibu bapa memilih atau pilih kasih, walhal ibu bapa sebenarnya melayan anaknya sama je. Cuma kita je yang nampak negatif, semua ni kerana bisikan syaitan. 


     Fikirkanlah perasaan ibu bapa jika mereka melihat anak-anak mereka bergaduh, kecilnya hati mereka kerana kasih sayang yang mereka curahkan secara adil dan saksama diperkotak-katikkan. Perasaan marah jika disimpan lama, maka ianya amat sukar untuk disembuhkan dan menghasilkan rasa dendam. Tanda-tanda itu dapat dikesan apabila individu itu berterusan membenci dan menjauhi orang tersebut. Hasad dengki adalah kesan daripada dendam. 

     Perasaan hasad dengki boleh menyerang sesiapa sahaja dan penyakit jiwa itu sangat bahaya yang boleh menyebabkan permusuhan. Kenapa waktu kecil kita boleh berbaik-baik dan kenapa bila dah besar mesti bergaduh? Cubalah kita renung-renungkan. Semuanya di hati, selalulah kita check hati kita dan bersihkan hati kita dari perasaan iri hati.


btw: Jangan terlalu ikutkan hati kita sampaikan menghancurkan hati orang lain. Percayalah pada balasan baik Allah.

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Jom Sepenuh Hati jap

                              Raya nak dekat, sape syg zaty KLIK SINI isi tabung zaty =)


                                

Korang pernah dengar tak lagu ni? Mesti yang pernah dan mesti ada yang tak tahu lansung. Kalau cam zaty tak athu sangat dulu, sekarang ni je baru nak feel lagu ni. Rasa sekali dengar cam bolehlah nak layan untuk ambik mood menulis..oppss,. Sebenarnya zaty pernah dengar lagu dari seseorang yang nyanyi lagu ni. Biarlah orang tu nyanyi tak sedap tapi lirik lagu ni bermakna kan.. Bulan-bulan pose pun dengar lagu,..zaty tak pe nak ambil mood jap..layan...=)


btw: Orang takkan faham kita selagi dia tak berada dalam situasi kita....


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 12 August 2012

DIY : My Own Felt Brooch

Olla =)

Raya nak dekat, sape syg zaty KLIK SINI isi tabung zaty =)

       Hari ini zaty nak share dengan korang semua brooch yang zaty buat sendiri. Memang tak ada kat kedai atau kat mana-mana sebab handmade sendiri taw. Kesan glue pun ada melekat sikit-sikit, kalau nak bukti lagi tu haa, kesan cap jari kat brooch..hehe. Tapi ada tak yang tak tahu kain felt ni apa? Kalau ada yang tahu sila rajinkan diri google "felt" oke. Memandangkan sekarang mostly dah ramai bergiat dalam bidang felt craft ni, jadi zaty pun semangat tekad yang tinggi  berjinak-jinak juga dalam dunia felt ni. Tapi zaty masih di tahap awal, nak buat bisnes tu rasanya belom lagi sebab takut tak ada orang nak beli kan..hahhaa, so zaty buat untuk diri sendiri dan family jela. Tak payah nak membazir duit beli brooch, just buat sendiri ikut pattern atau style apa yang kita nak. Jom lah tengok hasil tangan zaty ni haa..

yang ni tak tahu nak letak nama apa, main buat je 2 color..hehe

ala, tak clear la pulak kamera..tak pandai la tuh nak setting kan.. teruk betul zaty. tapi bunga ni macam bunga yang orang buat guna straw. Haa, ingat tak, ingat tak..!


This 3 brooch buat gaya gulung-gulung jer.. Ada yang gulung rapat-rapat dan yang kaler pepel tu gulung jauh2 sikit, tak mampat. Yang gulung 2 color tu mestilah guna 2 color baru nampak selang seli tone warna.


Bunga pepel tu macam tajam kat kelopak dia, dan yang hijau kelopak dia bujur, ala-ala bulat gitu la.. Hiasan kat tengah tu selalunya orang letak butang baju tapi cari2 kat rumah tak ada lah pula butang baju yang lebih. So, zaty jumpa manik ke apa terus lekat gam kat tengah tu..


Tadaa...ni lah hasil titik peluh dan tangan zaty sendiri. Just ambil masa sikit untuk buat semua ni, time baring pun boleh duk gulung-gulung juga taw. Rasanya korang pun boleh cuba ;p


Macam mana korang? Oke ke tak rasanya zaty buat.. Tak adalah cantik sangat, percubaan pertama. Tapi zaty ada lagi beberapa brooch baru yang zaty buat. Gambar tu dalam handphone lak,tapi dekat instagram dah upload semua brooch baru tu. Nanti la next entry zaty letak felt brooch lain lak oke. Kalau korang rajin memang boleh buat la, just beli kain felt warna yang korang nak lepas tu beli pin brooch. Tak rugi pun sebab buat nak pakai sendiri. Setiap hari boleh tukar baru..hee~

btw: Brooch ni boleh buat raya taw . Selamat mencuba =)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Jom Cuci Mata Untuk Lebaran

Olla =)

Ini adalah entri ke berapa entah untuk hari ni. Entri ni special untuk para gadis terutamanya, tetapi kalau lelaki nak tengok pun boleh, bercadang nak beli untuk isteri ke mak ke kekasih hati ke adik ke or sesapa la. Sementara zaty tak ada kerja nak buat kat tempat praktikal ni, apalagi google la nak tengok fesyen-fesyen baju kurung sekarang, tetapi tak banyak la jumpa. Kalau zaty tengok dalam majalah-majalah, banyak sangat fesyen yang terbaru dan siap bertingkat-tingkat. Ada yang menyerong kanan, kiri macam-macam la. Paling zaty suka yang banyak tingkat, tapi hampa tukang jahit tu cakap tak boleh buat sebab sebab tak ada contoh. Lagipun badan gempal cam zaty kalau pakai bertingkat-tingkat banyak nanti nampak makin chubby bila angin tiup-tiup jadi ala cam princess gemok lak..ooopss.. hehe.. Dah la jum cuci mata tengok baju, mana tahu boleh jadi inspirasi korang untuk next raya lak kan.. :)

psst: Momoy ce tengok..

p      p     p      p
p     p
p     p
p     p
  (kain potongan duyung) baju daripada butik Koleksi Maria



baju kurung moden bertingkat
Baju kurung moden bertingkat (KLIK)


      
Baju Kurung Moden Bertingkat - sinaran kamunting


 
Fesyen bertingkat chiffon - Riana Collections


Baju kurung bertingkat ala princess - Aina D fesyen

Kalau korang memang nak tengok lagi banyak fesyen, zaty syorkan beli majalah. Sekarang macam-macam majalah dah penuh terpampar pasal baju2 ni..maklumlah raya dah nak dekat. Untuk blogger momoy tu, teruskan mencari..raya sekali setahun, paling tak 1 baju pun dah cukup..hehe =)


btw: zaty punya baju tak ada bertingkat-tingkat..wuuu :(
        -tapi ingat jangan terlampau membazir oke-

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta