Wednesday, 17 August 2011

Tips Bakar kalori..

Olla peeps..!
Hari ni apa kata kita belajar lagi pasal kalori nak tak..hee, kalau tak nak tutup mata main jauh2 ye..hehe..
tolonglaaaaa.....tak nak macam ni biar bdan sekarang pun dah nak ke arah ni..grrr~

Kita boleh membakar kalori dengan:
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
Contoh kalori yang dibakar mengikut aktiviti kita:

Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori
Jadi kita tak perlu nak risau atau fikir sangat kalau kita terlebih makan pada hari itu. Tapi janganlah selalu buat2 terlebih makan ya, kalau boleh ikutlah berapa kada kalori yang sepatutnya kita perlu. Dah tahu kan berapa kalori untuk lelaki dan perempuan. kalau tak tahu baca balik entri ini oke.
Cuba bayangkanlah kalau kita makan melebihi kadar yang ditetapkan selama setahun:
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).
haha, macam mana..takut tak tengok penambahan sebenar? Miss Bubble pun dah sedar badan ni makin gempal sejak setahun ni..parah2..nak turunkan macam dah tak ada harapan...hukhuk...:( So terpaksalah starting dengan penjagaan dari sekarang kalau tak dapat turun tak apalah, janji dah tak ada penambahan..hik3..:D
btw: celik mata luas2 ya pasal kalori nie..:p
boleh rujuk sini untuk contoh kandungan kalori dalam makanan> Entri ini



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

haha bawak sendiri club tu yg penting tu. tak payah caddy2. heee

MisS BubBLe said...

@bunbun
ape cik bunbun..hehe,kurang pehem.;p

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta