Tuesday 30 August 2011

Part 6: Qalisya Ain



           Rifqy tidak berhenti ulang alik, sesekali matanya melirik ke arah badan yang terdampar di atas katil tanpa sedarkan diri. Muka Rifqy begitu cemas, dia sendiri merasakan kelainan pada dirinya. Selepas beberapa minit, Datin Rose dan Datuk Esham masuk ke bilik dan terus duduk di samping Echa. Datin Rose tidak berhenti menitiskan air mata. Tangannya terus mengenggam tangan Echa yang masih tidak memberikan reaksi untuk sedarkan diri.
                “Echa,bangunlah. Janganlah kamu juga pergi tinggalkan mama,”ucap Datin Rose.
                “Bersabarlah Auntie. Qalisya tak ada apa-apa, Cuma terkejut je. Semua ini ujian daripadanya. Sama-samalah kita berdoa agar Echa tersu bangun ,”ujar Rifqy.
                “Terima kasih Rifqy kerana bawa Echa ke sini. Uncle reda dengan apa yang terjadi,”balas Uncle Esham.
                “Sebaiknya begitulah Uncle. Kita sebagai hambanya harus sentiasa ingat padanya…,”tidak sempat dia menghabiskan ayat, tiba-tiba suara lemah Echa kedengaran.
                “Abang mir..jangan pergi ..Abang mir..”jerit Echa lemah seakan tidak berdaya. Matanya perlahan-lahan dibuka.
                “Alhamdulilah,akhirnya Echa dah sedar,”Datin Rose mengucapkan syukur pada Ilahi.
                “Papa, Mama..Echa kat mana ni? Apa yang berlaku?”tanya Echa.
                “Echa kat hospital sekarang ni. Tadi Echa pengsan bila dapat tahu pasla Abang mir dan terus Rifqy yang membawa Echa ke sini,”jelas Datuk Esham.
                “Rifqy…terima kasih ya.” ucap Echa.
                “Sama-sama. Sudah tanggungjawab saya untuk membawa awak ke sini,”balas Rifqy sambil menguntumkan senyuman.
    Tiba-tiba air jernih mulai mengalir di pipi Echa. Matanya mulai bergenangan air mata. Lantas disapu oleh datin Rose.
                “Echa,jangan sedih macam ni. Mama juga akan turut sedih kalau melihat keadaan Echa macam ini,”pujuk Datin Rose.
                “Maafkan Echa mama…Echa sendiri tidak dapat menangggung semua ni. Daniel..mama..dia jahat….,”air matanya makin laju.
                “Kenapa dengan Daniel, Echa?” soal Datuk Esham.
                “Dia tipu Echa, dia mainkan cinta Echa. Sebenarnya dia dia ada hubungan dan buat maksiat dengan perempuan lain di rumahnya,”jelas Echa.
                “Sanggup Daniel berlaku kurang ajar dengan kita. Orang macam Daniel tak layak jaid menantu papa. Echa jangan risau,lepas ni papa akan pastikan Daniel tidka menganggu kamu lagi,”tegas Datuk Esham seakan menyesal dengan sikapnya yang memperkenalkan anaknya pada Daniel suatu ketika dahulu.
        Rifqy masih lagi diam membisu tanpa berkata-kata. Dia mendengar semuanya apa yang berlaku antara Echa dan Daniel. Kini baru dia mengerti kenapa Echa berkeadaan teruk seperti tadi. Rifqy tidak sanggup memandang wajah Echa yang sudah hilang sikapnya yang periang. Rifqy seakan teringatkan pesanan Qashmir kepadanya supaya menjaga Echa. Kini Rifqy sudah faham segalanya. Lantas dia segera meminta izin untuk pulang kerana dia sudah tahu tanggungjawabnya sekarang.
          Echa kini sedang berehat di rumah, dia pun sudah dibenarkan keluar dari hospital. Dia masih perlukan masa untuk tenangkan fikiran dan menerima setiap apa yang terjadi dalam hidupnya. Hakikatnya dia perlu pasrah akan kepergian orang yang dia sayangi iaitu abang mir telah menyahut seruan ilahi. Dia juga harus belajar menerima bahawa Daniel bukan lelaki yang tercipta untuknya, ingin sekali dia buang segala kenangan dia bersama Daniel dan harus membuka buku baru di dalam hidupnya. Echa sangat rindukan Qashmir tetapi apa kan daya, dia tidak dapat mengubah takdir. Echa membuka pintu bilik Qashmir dan melihat keadaan bilik abangnya yang tersusun rapi. Matanya seakan tertarik pada sesuatu di atas meja kecil bersebelahan katil. Tangannya mencapai sebuah buku bertajuk ‘Mati Itu Pasti’. Air matanya perlahan-lahan mengalir, hatinya terkedu melihat tajuk tersebut. Dia cuba membuka helaian buku tersebut dan terpampar satu nama yang seakan  dia kenal.  Dia cuba mengingati nama tersebut.
                “yeah, aku sudah ingat siapa gerangan ini..Azril Rifqy, kawan abang Mir. Dia pemilik buku ini, dan abang Mir ada meminjam buku ini daripada Rifqy dahulu. Sekarang aku harus pulangkan kembali kepada hak milik asal agar abang Mir tenang di sana,”bisik hati kecil Echa sendirian sambil mengingati nombor yang tertera pada buku itu.
       Dengan pantas, Echa mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor tersebut. Tiba-tiba satu suara menyambut taliannya.
                “Assalamualaikum, nak bercakap dengan siapa?”tanya Rifqy.
                “Waalaikumsalam, Rifqy ke tu? Saya Qalisya, ingat tak?”balas Echa.
                “oo…I see. Saya ingat. Ada hajat apa awak telefon saya ni?” Rifqy menyoal kembali.
                “Saya nak jumpa awak boleh? Ada sesuatu saya nak pulangkan pada awak, dan sebelum terlupa jemputlah datang ke rumah malam ini, ada buat majlis arwah dan bacaan yassin untuk arwah Abang Mir..kalau awak tidak keberatan boleh kita jumpa malam ni, di rumah saya.” Jelas Echa.
                “InsyaAllah, kalau tiada aral melintang saya akan datang. Lagipun saya ada sesuatu nak diberikan pada awak juga. Nanti kita jumpa, ok.” Rifqy menjawab.
                “Terima kasih.  Jumpa nanti, echa terus mematikan talian.
    Malam sudah tiba, kelihatan cahaya bulan terang benderang menerangi malam mengantikan matahari. Para tetamu semakin ramai memenuhi perkarangan rumah Datuk Esham. Hati Echa resah seketika bagaikan menanti seseorang tidak kunjung tiba. Majlis tahlil akan dimulakan sebentar lagi, semua para tetamu sudah memenuhi ruang di dalam rumahnya. Tidak sampai beberapa minit, barulah muncul Rifqy di muka pintu dan terus mengambil tempat lalu mengikuti majlis tahlil da bacaan yassin beramai-ramai. Para tetamu diberikan makanan dan banyak kawan Datuk Esham datang mengucapkan takziah. Echa segera mencari kelibat Rifqy, dia bimbang kalau-kalau Rifqy lupa akan janjinya. Namanya di seru, dan Echa segera memandang ke belakang. Nafasnya bagaikan terhenti apabila melihat Rifqy terpacak di belakangnya. Terasa pantas degupan jantungnya berdetap memandang wajah Rifqy, hatinya memuji ketampanan dan kekacakan Rifqy berbaju melayu.
                “saya ingat awak lupa sebab tu saya cari awak” ujar Echa.
                “Tidak, saya tidak lupa. Jom lah kita ke sana sikit agar perbualan kita tidak menganggu tetamu lain” sambil berjalan menuju ke bangku kosong di luar rumah.
                “Rifqy, pertama sekali saya nak minta maaf kalau saya agak terkasar dengan awak sebelum ni. Saya telah melayan buruk akan kebaikan awak dan kesempatan ini saya nak serah kembali buku ini pada awak. Saya pasti ia kepunyaan awak kan?”sambil menghulur sebuah buku kepada Rifqy.
                “Tak apa, saya lansung tidak mengambil hati, dan saya maafkan semuanya. Ya, ini buku yang saya pinjamkan pada arwah. Sebenarnya saya pun terkejut bila arwah Qashmir meminta untuk membaca buku ini dan tidak menyangka rupanya ajalnya telah tiba. Siapa sangka semua ni boleh berlaku, semuanya kuasa Tuhan.”
                “ Saya betul-betul tidak dapat menerima ajal abang mir di dalam kapal terbang. Hati saya sangat rindu dan wajah abang mir seringkali membayangi saya..”sayut hati Echa.
                “Seperti yang saya katakana tadi, semua itu telah di aturkan. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Awak mesti kuat dan teruskan apa yang dikehendaki oleh Qashmir.”balas Rifqy.
                “Dikehendaki oleh Abang Mir? Maksud awak apa? Soal Echa.
                “ Di dalam ini ada sehelai selendang dan sepucuk surat. Qashmir pernah member barang ini pada saya dan meminta saya member barang ini pada yang berhak bila tiba masanya. Jadi saya rasa sekarang masa yang sesuai untuk saya berikan pada awak. Maafkan saya juga kerana telah membaca isi kandungan surat itu dan barulah saya tahu barang ini perlu diserahkan pada awak Qalisya,”jelas Rifqy.
                “memang awak sudah menjalankan amanah awak Rifqy. Selendang ini sangat cantik, tapi saya masih belum faham niat Abang mir sebenarnya,”balas Echa.
                “Ya, selendang itu sangat cantik dipandang, tetapi ia lagi cnatik jika dikenakan pada awak Qalisya. Selendang itu akan menyerlah kecantikannya jika dapat menutup rambut-rambut awak Qalisya. Itulah yang dikehendaki oleh Qashmir sebenarnya, tapi dia tidak ingin awak berubah kerana dia. Qashmir inginkan awak benar-benar sudah bersedia dan terbuka hati untuk memakai selendang ini dengan ikhlas,”Rifqy terus menjelaskan stu persatu hasrat Qashmir.
                “Baru sekarang saya faham. Terima kasih Rifqy, awak dah banyak menyedarkan saya. InsyaAllah kalau saya sudah bersedia saya akan tunaikan hasrat abang Mir. Sayang sekali abang mir tidak sempat melihat saya memakai selendang ini,”terurai air mata Qalisya.
                “Sudahlah, jangan dikenang lagi orang yang tiada. Sekuat mana pun kasih sayang kita pada Qashmir, tetap tidka dapat menandingi kasih sayang Allah pada Qashmir. Saya harap lepas ini saya dapat melihat kembali senyuman di muka awak. Kalau ada apa-apa masalah,jangan segan untuk berkongsi.”pesan Rifqy.
                “Ya, hati saya makin tenang apabila mendengar awak berkata sedemikian. Saya reda dengan semuanya. Terima kasih sekali lagi, harap lepas ini kita dapat berjumpa.” Kata Echa.
                “InsyaAllah, kalau ditakdirkan kita berjumpa lagi tapi pada masa itu saya nak tengok awak kembali riang dan tidak sedih lagi ok.hehe,” ungkap Rifqy dan meminta diri untuk pulang.
Hati Echa kembali berbunga, dia merasakan semanagt yang baru di dalam dirinya. Jiwanya sanagt tenang mendengar segala luahan hati Rifqy, dan secara tidak sedar dia dapat menguntumkan senyuman  apabila teringatkan wajah Rifqy seorang lelaki melayu yang kuat pegangan agama. Echa semakin yakin Rifqy bukanlah agama pada nama, tetapi seluruh hati dan jiwanya juga.
                                               ****************************

btw: sori sangat2 sebab lambat update..kan dah cakap masa tak mengizinkan..hihi:)
keep reading ok, will be continue..:)
Part 5 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta