Tuesday 16 August 2011

Part 3: Qalisya Ain



  “Echa, bangun cepat sayang. Tak baik tidur lama-lama nanti hilang seri kat wajah tu,”usik Datin Rose.
              “Ala mama,hari ni kan hari minggu. Biarlah Echa tidur puas-puas. Papa bagi kerja banyak sangat kat Echa kebelakangan ni,”rungut Echa sambil menarik selimut.
              “No..no..Buka mata cepat turun tengok siapa ada kat bawah,cepat bangun,” kata Datin Rose sambil tersenyum.
              “Arrgghh, siapa pula yang datang hujung minggu macam ni mama? Danny kan pergi luar Negara seminggu,” soal Echa sambil menggosok matanya.
               “Ermm, cepat bangun.Kesian abang Qashmir dah lama tunggu kat bawah tu,”jelas Datin Rose.
               “What?Abang Qashmir kat bawah? Yeaahhh!!!”Echa menjerit sambil bingkas bangun dari katil dan turun ke bawah.
    Qashmir sedang sibuk berborak dengan Datuk Esham di ruang tamu. Beg pakaiannya juga masih lagi dibiarkan di situ. Kepulangan Qashmir pasti menambah seri di wajah Echa dan juga keluarga Datuk Esham. Maklum sajalah Qashmir jarang dapat cuti sebegini, dia selalu mengikuti penerbangan ke seluruh dunia.
                “Abang Mir!!! Kenapa tak beritahu Echa abang sampai pagi ni,”jerit Echa sambil memeluk belakang Qashmir.
                “Surprise for you. Saja tak nak beritahu,abang mir tahu adik abang ni mesti tidur sampai tengah hari,”sambil menarik hidung mancung Echa.
                “Err..abang mir ni selalu macam ni. Echa bangun awal lah tiap-tiap hari,lagipun Echa dah bekerja kat syarikat papa. Penatlah abang mir..huh,”rengek Echa sambil buat muka.
                “Haha,baguslah. Tu tandanya Echa dah besar dan tak perlukan abang mir lagi untuk jaga Echa. Nanti dah boleh kahwin..hehe.”usik Qashmir.
                “Eiiiii..apa abang ni, Echa masih perlukan abanglah. Echa tak boleh hidup tanpa abang mir…”terus Echa melepaskan pelukan.
                “Alalala,abang gurau jelah. Kan abang ada ni. Tak payah buat muka comel..dahla busuk tahu tak. Pergi mandi cepat, abang nak keluar kejap lagi. Pusing-pusing KL,kalau tak mandi tak boleh ikut..haha,”usik Qashmir.
                “oops,lupa tak mandi lagi..ok bos! Echa pergi mandi sekarang,tunggu Echa tau,”jerit Echa sambil bergegas kembali ke biliknya.
     Qashmir tersenyum melihat telatah adik bongsunya. Begitu manja sekali Echa dengan Qashmir. Masakan tidak dari kecil Qashmir selalu melindungi Echa dan membela Echa kalau dimarahi datuk Esham. Qashmir memang begitu rapat dengan Echa berbanding Qabill yang mewarisi sikap Datuk Esham seorang yang tegas dan komitmen pada tugas.
               “Abang Mir jom! Echa dah siap..hehe,cantik tak? “tanya Echa sambil berpusing-pusing.
               “Cantik,semua ciptaan Allah sempurna dan cantik. Cuma lagi manis kalau….”kata-kata Qashmir tersekat dan bagai tidak sanggup meneruskannya.
              “Kalau  apa abang mir?” dahi Echa mula berkerut menandakan seribu persoalan.
               “Err..tak ada apalah. Jom gerak,tak sabar nak rasa naik kereta sport Echa, dengar kata papa baru belikan ya..hehe,” Qashmir cuba mengelak dari di soal Echa tentang apa yang tersirat tadi. Dalam hati Qashmir sebenarnya ingin melihat adiknya berhijab. Baginya lagi cantik kalau Echa menutupi rambutnya. Tapi dia tidak sanggup melafazkannya kerana dia tahu Echa masih belum bersedia dan Qashmir tidak mahu memaksa biarlah atas kerelaan Echa sendiri.
     Kereta yang dipandu Echa laju meninggalkan perkarangan rumahnya dan menuju ke tempat yang dipinta oleh Qashmir. Kereta sportnya dilabuhkan berhadapan dengan sebuah kedai buku. Echa melihat abangnya yang seperti sedang mencari seseorang dari pandangan jauh.
                “Abang mir,kita nak buat apa kat sini? Kata nak main bowling,”soal Echa.
                “jap ya, abang mir ada janji dengan kawan kat sini, nak ambil barang..hah..itupun dia. Kawan abang dah sampai,” tunjuk Qashmir ke arah seorang lelaki yang agak suci wajahnya seperti terbina satu ketenangan di raut wajah lelaki itu.
               “Assalamualaikum Qashmir,wah semakin segak kau sekarang sampai berjanggut sikit hah,”gurau Rifqy dan sesekali anak matanya cuba melihat Echa.
               “Waalaikumsalam ya  sahabat karibku,Rifqy..haha.Macam mana yang aku minta tolong kau carikann,dah jumpa?” soal Qashmir.
               “ya..ya..ada ni hah. Tak sangka aku, akhirnya kau berminat juga nak baca tentang semua ni,”ujar Rifqy sambil menghulurkan sebuah buku pada Qashmir.
               “Terima kasih Rifqy,kau lah sahabat aku. Sudah banyak kau tolong aku. Aku cuma fikir mati itu pasti dan kita tak dapat nak mentafsirkannya bila. Eh,masuklah apa tercegat lagi. Nanti kita sampai shopping complex boleh kita bercerita panjang lebar,”jelas Qashmir smabil mempelawa Rifqy masuk ke dalam kereta.
       Echa terus menghidupkan enjin dan bergerak laju ke depan. Sesekali hatinya berasa  kurang senang dengan kehadiran Rifqy,tetapi anak matanya seakan suka melihat kejernihan wajah Rifqy yang tenang.
                                                                **************************

btw: will continue soon,keep reading:)
Part 2: ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

7 sUntiKaN sEmaNgaT:

Syahirah Suhaili said...

eyh,zaty ada buat crita lagi la..hehe..nanti ada masa adiela mlepak baca cnie okeyh..dah part3 dah..go go chaiyok zaty! :D

Syarni Farida said...

aku follow novel nie ;p

MisS BubBLe said...

@Syahirah Suhaili
oke, adiela:D

MisS BubBLe said...

@Miss S.F.S
hehe,terharu nye ko baca aku nye..kui3..masey..muahaha

Asfz said...

Qashmir tu mesti KACAK kan ^___^

Rifqy <-- new name..1st time dengar..uniq!! sm ngn nama kitee...

MisS BubBLe said...

@Cik Domo
bru dgr ye..shuka la plih nme2 yg cm cantik ni..a'ah kacak sgt..bayngkan..hik3..;p

nme apa asfz sbenar ye?hee

Unknown said...

Wah jd berfikir yg gak2 tentang abang qhasmir, knpa bilang2 tentang kematian?
jgn2.....

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta