Suasana dirumah Datuk Esham pada malam itu riuh rendah dengan suara dan gelak ketawa keluarga itu. Makan malam di rumah Datuk Esham agak berlainan daripada malam biasa. Ini kerana sempena menyambut kepulangan pengantin baru yang berbulan madu di Paris selama sebulan iaitu Qabil dan isterinya syafinaz. Turut dijemput pada mala itu ialah Daniel dan keluarganya. Pasti datuk Esham sudah merancangkan sesuatu pada mala mini. Echa pula sedang sibuk melayani Daniel di tepi kolam. Mereka berdua kini sedang hangat dilamun cinta dan apatah lagi telah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak. Echa pada malam itu kelihatan seperti bidadari apabila mengenakan gaun malam berwrna pink muda dan sesuai digayakan olehnya yang berkulit putih mulus.
Echa merasakan dirinya diperhatikan dari jauh,setiap gelak ketawa atau gurauannya dengan Daniel. Gerak hatinya cuba untuk mengatakan ada sepasang anak mata cuba untuk memerhatikannya dari tadi dan akhirnya tekaan dia betul apabila Echa menoleh ke belakang dan matanya bertentang dengan Rifqy yang juga sedang berborak dengan Qashmir. Ternyata Qashmir juga menjemput Rifqy makan malam di rumahnya kerana dia sudah menganggap Rifqy sebagai saudaranya sendiri. Manakala Datuk Esham dan Datin Rose sedang asyik berbincang dengan mummy dan daddy Daniel untuk mengaturkan pertunangan Echa dan Daniel tidak lama lagi.
Sedang Qashmir naik ke biliknya untuk mengambil sesuatu untuk diberikan pada Rifqy, tiba-tiba Echa menuju ke arah Rifqy yang bersendirian sambil merenung jauh.
“Ehem,saya tahu awak sedang perhatikan saya. Tapi saya nak bagi nasihat pada awak, jangan cuba nak campur hal peribadi saya dan Daniel”,pesan Echa yang berdiri tegak di depan Rifqy.
“Maafkan saya jika awak merasakan begitu,tetapi tidak elok kalau bukan muhrim berpegangan tangan,”tegur Rifqy.
“Ah,awak jangan nak berlagak seperti ustaz kat sini. Nasib baik awak kawan Abang Mir,kalau tidak tak ingin saya nak tengok awak kat sini,”tegas Echa seakan membuat muka bengang .
“saya ke sini atas jemputan Qashmir dan awak jangan risau. Selepas saya mengambil barang dari Qashmir, saya akan pulang kalau itu dapat menghilangkan kemarahan yang terpampar di rauh wajahmu Qalisya Ain,”sungguh tenang dan berselamba Rifqy menjawab.
“Fine!! It’s good. Hopefully I will not see you again after this,”jawab Echa dan masuk ke rumah untuk mengambil minuman. Setelah Echa pergi muncul pula kelibat Daniel di depan Rifqy.
“Hey you ustaz,don’t try to disturb my future fiancé or else your life will become ruin.Watch out men!,” amaran tegas dilontarkan oleh Daniel.
“Daniel Ralph,don’t try to give warning to me. Don’t pretend that you are caring for Echa. I know who you are in Australia,” jelas Rifqy perlahan.
“Then what are you trying to do,haha..Become hero, then just go and tell her everything that you know. But if you want anything happen to Qalisya, yes you may tell her everything about me,hahaha,”gelak dan senyum sinis Daniel cuba lemparkan pada Rifqy sambil berlalu pergi mendapatkan Echa.
Rifqy seakan terfikirkan sesuatu dan dia tidak sanggup untuk menceritakan segalanya pada Qalisya kerana takut Qalisya terus di apa-apakan oleh Daniel. Tambahan pula, dia yakin Qalisya pasti tidak akan percaya akan kebenaran kata-katanya. Kelibat Qashmir muncul semula sambil membawa beg kertas ditangannya dan dihulurkan kepada Rifqy.
“Rif,aku nak kau jaga elok-elok barang dalam ni dan sampai suatu saat kau tahulah pada siapa akan kau berikan nanti,”serius muka Qashmir saat melafazkannya.
“Mir,kenapa kau cakap macam ni,sampai bila aku kena pegang benda ni?”soal Rifqy.
“Bila dah tiba masanya, kalau aku pergi dulu dan kau tolong tengokkan adik aku sekali ya. Aku tahu aku boleh bergantung harap pada kau. Aku nak kau bimbing adik aku Qalisya Ain,” pesan Qashmir dan dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang dia ungkapkan.
“Jangan risau Mir,kau janganlah macam ni,kau buat aku suspen je..hehe,”sedikit gelak dari Rifqy.
Tawaan Rifqy terhenti seketikadan raut wajahnya seakan berubah apabila terdengar Datuk Esham mengumumkan untuk tunangkan Qalisya Ain dengan Daniel Ralph. Jantungnya bagaikan terhenti berdegup dan dia sendiri seakan tidak dapat menerima pengumuman itu. Pandangannya jauh merenung Qalisya Ain disamping Daniel yang sedang bergembira dan hangat sebagai pasangan kekasih. Majlis di rumah Datuk Esham bersurai dan kembali senyap apabila tetamu beransur pulang.
Echa melabuhkan punggungnya dikatil, setelah make updimukanya ditanggalkan tetapi matanya masih belum mengantuk. Dia tersenyum sendirian apabila mengingati wajah kekasih hatinya Daniel. Echa menaruh sepenuh perasaan sayang pada Daniel dan merasakan Daniel lah lelaki sempurna di hatinya. Tiba-tiba kelibat seseorang terlintas bermain di fikirannya,hatinya mula kian membakar bila teringatkan saat-saat perkenalan dia dengan Rifqy suatu ketika dahulu.
“Owh,panjang lebar kita berbual,aku lupa nak kenalkan kau dengan adik kesayangan aku. Inilah Qalisya Ain satu-satunya perempuan dalam family aku,”jelas Qashmir kepada Rifqy.
Echa mula mengankat tangannya untuk bersalaman dan melontarkan senyuman pada Rifqy,namun tangannya tidak disambut. Air muka Echa berubah dan terus meletakkan tangannya kembali.
“Err..maaf. Saya Azril Rifqy,panggil saja Rifqy,”jawapan ringkas daripada Rifqy tapa memandang Echa.
“Apa malu-malu ni,Echa..Rifqy ni kawan baik abang,kalau abang tak ada nanti, Echa bolehlah minta nasihat dari Rifqy ni..hehe,”gelak Qashmir.
Berderau hati Echa apabila melihat reaksi Rifqy yang seakan sombong. Wajahnya sungguh tampan dan suci tetapi berlagak sombong,macam-macam hati Echa mengomel sendirian tapi dia mengawal emosinya di depan Qashmir. Saat Qashmir bangun untuk membayar minuman di kaunter, tiba-tiba hatinya terasa sakit apabila terasa dirinya disindir.
“Sungguh cantik dan sempurna sekali jika seorang perempuan menutupi rambutnya,”tiba-tiba terpacul begitu dari mulut Rifqy dan memandang ke arah seorang perempuan bertudung.
Memang hangatlah hati Echa membara apabila terasa dirinya disindir. Hatinya makin kuat menyumpah pada Rifqy, dia semakin meluat dengan Rifqy yang berlagak ala-ala ustaz dan cuba menasihati dia. Memang dalam perjalanan pulang, Echa lansung tidak mengukir senyuman dan sesekali memandang muka Rifqy melalui cermin kereta sambil menunjukkan mukanya yang masam mencuka namun Rifqy hanya membalas dengan secalit senyuman. Lamunan Echa terhenti seketika saat tombol pintu biliknya dipulas dan kelihatan abang Mir tercegat di muka pintu.
“ermm, tak tidur lagi wahai puteriku?”soal Qashmir sambil menguntumkan senyuman.
“Belum, teringatkan something yang buatkan tak jadi nak tidur,huh,”keluh Echa,
“Kenapa ni? Rindukan abang mir atau pun Rifqy,”usik Qashmir.
“Eish,jangan disebut nama itu, Echa tak sukalah kat Rifqy. Dah la macam ustaz..eii geram,” Echa membuat muka macam tak puas hati.
“Dahlah tak payah fikir . Rifqy tu baik orangnya Cuma Echa yang masih belum kenal dia sepenuhnya. Jangan cepat membuat andaian,”jelas Qashmir sambil mengusap rambut Echa.
“entahlah,meluat. Lupakan je. Abang mir betul ke nak berangkat esok?”soal Echa.
“a’ah,cuti abang dah habis. Nanti kalau ada masa abang balik lagi,jangan risau kalau abang mir tak ada, Rifqy kan ada boleh jagakan Echa..hehe, Cuma…abang mir tak yakin dengan Daniel bolehkah dia bahagiakan Echa,”rungut Qashmir.
“tengok tuh, abanng mir pun belum kenal Daniel sepenuhnya sebab tu abang mir cakap macam tu, hehe..jangan cepat buat andaian abang mir..hehe..,”gelak Echa.
“Amboi..pandai kenakan abang mir balik ya..hmm, esok Rifqy hantar abang..Jomlah kalau nak ikut..haha,..ok lah abang nak tidur dah. Kalau selalu teringatkan wajah Rifqy tu maknanya rindu..nite!,”Qasmir terus keluar dari bilik Echa.
Akhirnya perbualan itu ditamatkan dan Echa terus terlena dibuai mimpi.
**************************
btw: will be continue,...:)
Part 3: ( KLIK )
~mood tak bape elok, buhsan terkurung dalam rumah...~
6 sUntiKaN sEmaNgaT:
tetiba pening part ni..
hahhaha
@Cik Domo
iyeke..hmm:(
Apa jgn2 Qashmir tak kembali lg?
suka deh ma rifqi :D hehe
@ZeLika_Merry Mempawah
haha..suka rifqy ya...;p
maaf la , akhir2 nie busy sikit . so , ketinggalan pulok . p da abs baca smpai part 4 da . hehe . xsabor2 nak tunggu pertenghan nye . hehe
@syamy
nti mlm dah ade part 5..dunk worry akn diupdate slalu...thanx for reading ya:)
Post a Comment