Tadaa...Dah beberapa bulan berblogger tapi still tak cakap pasal diri kan3.. okeh, jadi hari ni Miss Bubble nak olah serba sedikit sal blog ini..:)
Nama Diri dalam blog : Miss Bubble oke lah boleh panggil -> (Zaty Humaira) juga..
Url blog: justrunawayfromyou.blogspot.com
Umur tuan blog: Masih muda, dalam range pelajar IPTA.
kerjaya: Seorang pelajar IPTA , Bachelor dalam bidang kejuruteraan Elektrik.
Mula berblogging : since May 2011 ( sampai sekarang dah 3 bulan berapa hari entah )
Sebab berblogging: 1. Bosan lama sangat cuti sem
2. Rasa gatal tangan nak jadi blogger.
3. Perlukan something untuk luah atau share cerita hati.
4. Rasa nak juga ada 1 blog.
5. Cuba untuk menjana minda dengan penulisan.
6. Sebagai medium untuk publish karya cerpen sendiri.
7. Dapat menambah ramai kawan.
8. Boleh berkongsi ilmu dan juga mendapat banyak maklumat.
9. Mengisi masa lapang.
10. Banyak sebab sampai tak tahu nak tulis..hehe
Terciptanya URL blog :
" justrunawayfromyou.blogspot.com" ermmm..korang rasa ada maksud tak sampai terhasilnya link blog Miss Bubble camnie..Tak cantik lansung kan, tapi......memang ada maksud. Lebih kurang macam melarikan diri, membawa hati yang selalu di sakiti dan juga lari jauh-jauh dari segala benda yang terjadi dalam hidup sebelum ni (bukan frust cinta ya..nope!) Apabila terciptanya blog ni, diri rasa tenang untuk menceritakan segalanya yang tersirat di hati di blog ini.
Hobi :
kalau bercerita pasal hobi, memang kelu. Tak tahu lah hobi apa..hehe, dulu suka main game, tapi sekarang asyik menulis je..tengok tv ya jugop..kui3..
Cita-cita:
Bila dah ambil engineering, mesti terfikir nak jadi engineer kan.hopefully tapi semua tu tak menjanjikan apa-apa lagi sampailah grad. Cuma impian untuk menjadi seorang yang bekerjaya suatu hari kelak. Amin.
Perangai:
Sangat buruk perangai, muka susah nak senyum..(orang cakap muka masam je) hahaha, tapi senyumlah kat orang yang kenal. hati baik sebenarnya kadang-kadang je angin sikit bila ada yang tak kena. Sangat pemalu,tak suka cakap banyak tapi bila dah mula rapat dengan seseorang macam dah tak hengat dunia..Sangat sensitif juga taw, selalu rasa kecil hati tapi lama-lama hati terubat sendiri woo..Nak tahu lagi ke, malu nak cakap ni..ala pasal suka makan banyak..errrr, makan banyak bila dah stress, cepat sangat nak berputus asa..ish..perangai tak baik tol.. Rajin la juga buat assignment, dan banyak lagilah..Lama-lama nanti semua tahulah perangai cane..
Fizikal Luaran:
Miss Bubble seorang yang tak tinggi dan tak pendek..Kira ok la, tapi dikatakan pendek bila berada di kalangan yang tinggi..Badan ni dah susah nak slim, makin sehat tembam dan tak tahulah kalau tak control makan mungkin beberapa tahun akan datang dah jadi obes..Minta jauh, bilalah nak insaf sal jaga badan nie..aduiiii...
Tentang blog:
Blog ni pada awalnya dijadikan sebagai diari peribadi namun lama-kelamaan sudah menjadi umum dan menjadi bacaan semua. Dalam blog ni ada mengenai hal personal, kehidupan seharian, perkongsian ilmu, pendapat, tempat terkumpulnya karya cerpen ciptaan sendiri, dijadikan juga untuk masuk contest or giveaway ( sampingan) dan macam2 lagi.....
Harapan:
Sentiasa support Miss Bubble dalam penulisan..Hopefully wujudnya blog ini tidak akan menimbulkan pergaduhan, perbalahan, gosip2 liar mahupun pertelingkahan mulut. Tak nak mengata kalau boleh pengunjung kat blog ni ada kad pengenalan blog ya.. Love kedamaian:)
Faveret Color :
Mostly purple, tapi dalam blog ni tak tunjuk sangat..More to colourful, hope will be cheerful:)
2 sUntiKaN sEmaNgaT:
hekhek. geng purple! keep blogging miss bubble! hehehe
@bunbun
hahha..dah kata rmai genk pepel nie..maesy cik bunbun..;)
Post a Comment