Friday 12 August 2011

Jom tengok kalori!


Olla,
kaori 
Hari ni Miss Bubble nak berkongsi sedikit info dengan semua. memandangkan bulan puasa mesti kita fikir nak makan je bila berbuka..Habis semua bazar dipusing..Gara-gara keinginan nak makan.Tapi kena ingat padah menanti kalau makan tak jaga bulan puasa..Bulan puasa lah pasling cepat nak naik badan sebab bila berbuka habis semua benda nak tibai masuk dalam perot..Sekaligus semua, bayanglah berapa kilo naik kalo cenggitu..hehhe..
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.


Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.


Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.


Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori




Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Btw: fuuh, 1 kg bukan sikit banyak taw..kalu nak turunkan berat pun susah 1 kg, paling tidak 0.+ lebih ar..hukhuk3..Sama-sama lah fikir, badan kena jaga..:)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

4 sUntiKaN sEmaNgaT:

Asfz said...

wahh..nice info..
baru taw cmne nk kire kalori..haha XD

MisS BubBLe said...

@Cik Domo
hahahha..tu la psl, smlm mkn berbuka siap kira lg uat anggaran..;p

Eyqa Zubir ™ said...

sblim mkan cek kalori , heh

MisS BubBLe said...

@eyka yuca mika ツ
a'ah..baru betol..sng nk kawal kuantiti yg kita mkn..hehe

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta