Wednesday, 31 August 2011

LIKE n LOVE, its Different



Differences between the one you like and the one you love,
in front of the person you like,
Your heart beat faster,
But in front of the person you love,                                                    
You will get happy.

If you look into the eyes of the one you like,
You will blush,
But if you look into the eyes of the one you  love,
You will smile.

In front of the person you like,
You can't say everything on your mind,
But in front of the person you love,
You can.

When the one you like is crying,
You will calm him down,
But when the one you love is crying,
You will cry with him.

The feeling of like starts from the ears,
But the feeling of love starts from the eyes,
So if you want to stop liking a person you used to like,
What you need to do is just cover your ears,
But if you try to close your eyes,
Love turns into a drop of tears that remains in
your heart forever...
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 30 August 2011

Part 6: Qalisya Ain



           Rifqy tidak berhenti ulang alik, sesekali matanya melirik ke arah badan yang terdampar di atas katil tanpa sedarkan diri. Muka Rifqy begitu cemas, dia sendiri merasakan kelainan pada dirinya. Selepas beberapa minit, Datin Rose dan Datuk Esham masuk ke bilik dan terus duduk di samping Echa. Datin Rose tidak berhenti menitiskan air mata. Tangannya terus mengenggam tangan Echa yang masih tidak memberikan reaksi untuk sedarkan diri.
                “Echa,bangunlah. Janganlah kamu juga pergi tinggalkan mama,”ucap Datin Rose.
                “Bersabarlah Auntie. Qalisya tak ada apa-apa, Cuma terkejut je. Semua ini ujian daripadanya. Sama-samalah kita berdoa agar Echa tersu bangun ,”ujar Rifqy.
                “Terima kasih Rifqy kerana bawa Echa ke sini. Uncle reda dengan apa yang terjadi,”balas Uncle Esham.
                “Sebaiknya begitulah Uncle. Kita sebagai hambanya harus sentiasa ingat padanya…,”tidak sempat dia menghabiskan ayat, tiba-tiba suara lemah Echa kedengaran.
                “Abang mir..jangan pergi ..Abang mir..”jerit Echa lemah seakan tidak berdaya. Matanya perlahan-lahan dibuka.
                “Alhamdulilah,akhirnya Echa dah sedar,”Datin Rose mengucapkan syukur pada Ilahi.
                “Papa, Mama..Echa kat mana ni? Apa yang berlaku?”tanya Echa.
                “Echa kat hospital sekarang ni. Tadi Echa pengsan bila dapat tahu pasla Abang mir dan terus Rifqy yang membawa Echa ke sini,”jelas Datuk Esham.
                “Rifqy…terima kasih ya.” ucap Echa.
                “Sama-sama. Sudah tanggungjawab saya untuk membawa awak ke sini,”balas Rifqy sambil menguntumkan senyuman.
    Tiba-tiba air jernih mulai mengalir di pipi Echa. Matanya mulai bergenangan air mata. Lantas disapu oleh datin Rose.
                “Echa,jangan sedih macam ni. Mama juga akan turut sedih kalau melihat keadaan Echa macam ini,”pujuk Datin Rose.
                “Maafkan Echa mama…Echa sendiri tidak dapat menangggung semua ni. Daniel..mama..dia jahat….,”air matanya makin laju.
                “Kenapa dengan Daniel, Echa?” soal Datuk Esham.
                “Dia tipu Echa, dia mainkan cinta Echa. Sebenarnya dia dia ada hubungan dan buat maksiat dengan perempuan lain di rumahnya,”jelas Echa.
                “Sanggup Daniel berlaku kurang ajar dengan kita. Orang macam Daniel tak layak jaid menantu papa. Echa jangan risau,lepas ni papa akan pastikan Daniel tidka menganggu kamu lagi,”tegas Datuk Esham seakan menyesal dengan sikapnya yang memperkenalkan anaknya pada Daniel suatu ketika dahulu.
        Rifqy masih lagi diam membisu tanpa berkata-kata. Dia mendengar semuanya apa yang berlaku antara Echa dan Daniel. Kini baru dia mengerti kenapa Echa berkeadaan teruk seperti tadi. Rifqy tidak sanggup memandang wajah Echa yang sudah hilang sikapnya yang periang. Rifqy seakan teringatkan pesanan Qashmir kepadanya supaya menjaga Echa. Kini Rifqy sudah faham segalanya. Lantas dia segera meminta izin untuk pulang kerana dia sudah tahu tanggungjawabnya sekarang.
          Echa kini sedang berehat di rumah, dia pun sudah dibenarkan keluar dari hospital. Dia masih perlukan masa untuk tenangkan fikiran dan menerima setiap apa yang terjadi dalam hidupnya. Hakikatnya dia perlu pasrah akan kepergian orang yang dia sayangi iaitu abang mir telah menyahut seruan ilahi. Dia juga harus belajar menerima bahawa Daniel bukan lelaki yang tercipta untuknya, ingin sekali dia buang segala kenangan dia bersama Daniel dan harus membuka buku baru di dalam hidupnya. Echa sangat rindukan Qashmir tetapi apa kan daya, dia tidak dapat mengubah takdir. Echa membuka pintu bilik Qashmir dan melihat keadaan bilik abangnya yang tersusun rapi. Matanya seakan tertarik pada sesuatu di atas meja kecil bersebelahan katil. Tangannya mencapai sebuah buku bertajuk ‘Mati Itu Pasti’. Air matanya perlahan-lahan mengalir, hatinya terkedu melihat tajuk tersebut. Dia cuba membuka helaian buku tersebut dan terpampar satu nama yang seakan  dia kenal.  Dia cuba mengingati nama tersebut.
                “yeah, aku sudah ingat siapa gerangan ini..Azril Rifqy, kawan abang Mir. Dia pemilik buku ini, dan abang Mir ada meminjam buku ini daripada Rifqy dahulu. Sekarang aku harus pulangkan kembali kepada hak milik asal agar abang Mir tenang di sana,”bisik hati kecil Echa sendirian sambil mengingati nombor yang tertera pada buku itu.
       Dengan pantas, Echa mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor tersebut. Tiba-tiba satu suara menyambut taliannya.
                “Assalamualaikum, nak bercakap dengan siapa?”tanya Rifqy.
                “Waalaikumsalam, Rifqy ke tu? Saya Qalisya, ingat tak?”balas Echa.
                “oo…I see. Saya ingat. Ada hajat apa awak telefon saya ni?” Rifqy menyoal kembali.
                “Saya nak jumpa awak boleh? Ada sesuatu saya nak pulangkan pada awak, dan sebelum terlupa jemputlah datang ke rumah malam ini, ada buat majlis arwah dan bacaan yassin untuk arwah Abang Mir..kalau awak tidak keberatan boleh kita jumpa malam ni, di rumah saya.” Jelas Echa.
                “InsyaAllah, kalau tiada aral melintang saya akan datang. Lagipun saya ada sesuatu nak diberikan pada awak juga. Nanti kita jumpa, ok.” Rifqy menjawab.
                “Terima kasih.  Jumpa nanti, echa terus mematikan talian.
    Malam sudah tiba, kelihatan cahaya bulan terang benderang menerangi malam mengantikan matahari. Para tetamu semakin ramai memenuhi perkarangan rumah Datuk Esham. Hati Echa resah seketika bagaikan menanti seseorang tidak kunjung tiba. Majlis tahlil akan dimulakan sebentar lagi, semua para tetamu sudah memenuhi ruang di dalam rumahnya. Tidak sampai beberapa minit, barulah muncul Rifqy di muka pintu dan terus mengambil tempat lalu mengikuti majlis tahlil da bacaan yassin beramai-ramai. Para tetamu diberikan makanan dan banyak kawan Datuk Esham datang mengucapkan takziah. Echa segera mencari kelibat Rifqy, dia bimbang kalau-kalau Rifqy lupa akan janjinya. Namanya di seru, dan Echa segera memandang ke belakang. Nafasnya bagaikan terhenti apabila melihat Rifqy terpacak di belakangnya. Terasa pantas degupan jantungnya berdetap memandang wajah Rifqy, hatinya memuji ketampanan dan kekacakan Rifqy berbaju melayu.
                “saya ingat awak lupa sebab tu saya cari awak” ujar Echa.
                “Tidak, saya tidak lupa. Jom lah kita ke sana sikit agar perbualan kita tidak menganggu tetamu lain” sambil berjalan menuju ke bangku kosong di luar rumah.
                “Rifqy, pertama sekali saya nak minta maaf kalau saya agak terkasar dengan awak sebelum ni. Saya telah melayan buruk akan kebaikan awak dan kesempatan ini saya nak serah kembali buku ini pada awak. Saya pasti ia kepunyaan awak kan?”sambil menghulur sebuah buku kepada Rifqy.
                “Tak apa, saya lansung tidak mengambil hati, dan saya maafkan semuanya. Ya, ini buku yang saya pinjamkan pada arwah. Sebenarnya saya pun terkejut bila arwah Qashmir meminta untuk membaca buku ini dan tidak menyangka rupanya ajalnya telah tiba. Siapa sangka semua ni boleh berlaku, semuanya kuasa Tuhan.”
                “ Saya betul-betul tidak dapat menerima ajal abang mir di dalam kapal terbang. Hati saya sangat rindu dan wajah abang mir seringkali membayangi saya..”sayut hati Echa.
                “Seperti yang saya katakana tadi, semua itu telah di aturkan. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Awak mesti kuat dan teruskan apa yang dikehendaki oleh Qashmir.”balas Rifqy.
                “Dikehendaki oleh Abang Mir? Maksud awak apa? Soal Echa.
                “ Di dalam ini ada sehelai selendang dan sepucuk surat. Qashmir pernah member barang ini pada saya dan meminta saya member barang ini pada yang berhak bila tiba masanya. Jadi saya rasa sekarang masa yang sesuai untuk saya berikan pada awak. Maafkan saya juga kerana telah membaca isi kandungan surat itu dan barulah saya tahu barang ini perlu diserahkan pada awak Qalisya,”jelas Rifqy.
                “memang awak sudah menjalankan amanah awak Rifqy. Selendang ini sangat cantik, tapi saya masih belum faham niat Abang mir sebenarnya,”balas Echa.
                “Ya, selendang itu sangat cantik dipandang, tetapi ia lagi cnatik jika dikenakan pada awak Qalisya. Selendang itu akan menyerlah kecantikannya jika dapat menutup rambut-rambut awak Qalisya. Itulah yang dikehendaki oleh Qashmir sebenarnya, tapi dia tidak ingin awak berubah kerana dia. Qashmir inginkan awak benar-benar sudah bersedia dan terbuka hati untuk memakai selendang ini dengan ikhlas,”Rifqy terus menjelaskan stu persatu hasrat Qashmir.
                “Baru sekarang saya faham. Terima kasih Rifqy, awak dah banyak menyedarkan saya. InsyaAllah kalau saya sudah bersedia saya akan tunaikan hasrat abang Mir. Sayang sekali abang mir tidak sempat melihat saya memakai selendang ini,”terurai air mata Qalisya.
                “Sudahlah, jangan dikenang lagi orang yang tiada. Sekuat mana pun kasih sayang kita pada Qashmir, tetap tidka dapat menandingi kasih sayang Allah pada Qashmir. Saya harap lepas ini saya dapat melihat kembali senyuman di muka awak. Kalau ada apa-apa masalah,jangan segan untuk berkongsi.”pesan Rifqy.
                “Ya, hati saya makin tenang apabila mendengar awak berkata sedemikian. Saya reda dengan semuanya. Terima kasih sekali lagi, harap lepas ini kita dapat berjumpa.” Kata Echa.
                “InsyaAllah, kalau ditakdirkan kita berjumpa lagi tapi pada masa itu saya nak tengok awak kembali riang dan tidak sedih lagi ok.hehe,” ungkap Rifqy dan meminta diri untuk pulang.
Hati Echa kembali berbunga, dia merasakan semanagt yang baru di dalam dirinya. Jiwanya sanagt tenang mendengar segala luahan hati Rifqy, dan secara tidak sedar dia dapat menguntumkan senyuman  apabila teringatkan wajah Rifqy seorang lelaki melayu yang kuat pegangan agama. Echa semakin yakin Rifqy bukanlah agama pada nama, tetapi seluruh hati dan jiwanya juga.
                                               ****************************

btw: sori sangat2 sebab lambat update..kan dah cakap masa tak mengizinkan..hihi:)
keep reading ok, will be continue..:)
Part 5 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Suasana Raya

Salam and Olla semua:)

       1 sYawal kini sudah datang dan Ramadan pula beransur pergi.. Genap kita berpuasa dan akhirnya sebagai ganjaran kita diberikan satu bulan syawal di mana hari yang dikira sebagai hari kegembiraan..Tetapi bukanlah untuk berseronok sampai tidak sedar diri..Hari raya ini sebenarnya akan lebih bermakna pada orang-orang yang:

  • Berjaya menghabiskan puasa di bulan ramadan dengan penuh kesabaran
  • Mengikuti solat tarawih dengan penuh keikhlasan
  • Melakukan banyak amalan sunat dan solat sunat
  • Jangan lupa bayar zakat taw
  • Sembahyang sunat Hari Raya
So, hari raya ni bukannya senang-senang je semua nak raya..hehe, macam hari graduasi kita lah..Kalau kita tak completekan bulan Ramadan, macam mana syawal nak wujud kan...kebiasaannya hari raya ni kita ambil peluang untuk menziarahi dan bermaafan..bukan menziarahi orang yang masih bernyawa tetapi tidak lupa pada yang sudah meninggalkan kita..Melawat kubur pasti ramai yang buat kan, lepas ziarah kubur, barulah pergi raya rumah orang..yuhuu, cepat2 kumpul duet raya pastu kasi kat Miss Bubble ye..:)

papepun Selamat Hari Raya Aidilfitri & mAaf zahir batin:)

btw: saja tinggalkan entri auto publish utk isi masa lapang korang yang mungkin ada stay kat umah kan..;)
~E-kad Raya Disini~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 29 August 2011

Miss Bubble nak berucap

Olla semua:)

Blogger semua mesti tengah busy kemas rumah kan..Tak pun bergembira borak2 dengan sepupu sepapan yang balik kampung juga kan..Ataupun ada yang tengah buat kek ke biskut lagi..Miss Bubble buat apa? buat tak tahu je, eh idak la gitu.Miss Bubble pun ada misi kemas rumah, kek dan biskut semua ready untuk tetamu..hehe, hasil titik peluh sendiri..kiki,So sebelum mata ni terlena, bagi la masa 5 min nak buat ucapan ni..pendek je:)


Jom tengok E-kad raya disini!
btw: jangan lupa solat raya yea!
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 28 August 2011

Timetable next sem..yuhuu..

Olla semua..wink3..Miss Bubble nak share jadual Miss Bubble next sem..hehe, setelah bertungkus lumus semalam ni jela yang dapat..;p

BEE2123- ELECTRICAL MACHINES
BEE3133- ELECTRICAL POWER SYSTEMS
BEE3413- PRINCIPLES OF COMMUNICATION SYSTEMS
BEE3912- ENGINEERING LABORATORY V
UHM2022- ETHNIC RELATIONS
UHR2012- ISLAMIC INSTITUTIONS             




Fuh,macam tak cantik je kan timetable next sem..Ada lubang2 kat tengah rehat..kelas lak dah rapat smpai kul 6..Nak menyesal pun tak guna, sebab diri sendiri yang pilih waktu tu..Ala, bukan sengaja Miss Bubble nak pilih time cenggitu tapi banyak dah abis waktu yang Miss Bubble nak..Semalaman tak tidur semua sebab duk berebut nak masuk lam sisitem..Yela sistem baru cenggini menyusahkan tul, Dari pul 12 malam cubba2 tapi susah nak acces masuk line bz, afta subuh barulah cam laju sikit..MUla2 dah planning tak nak ambik yang ada klaz ari jumaat, sekali memang tak dapat buat apa..Mengikut kapasiti dan jadual subjek lain tak clash, ni lah yang dapat..Subjek pun hopefully yang dipilih untuk belajar tak membebankan..Harap2 lah dapat belajar dengan baik..Amin..Papepun dah kira ok la dapat daftar, ada yang kurang bernasib baik terpaksa fikir untuk ambil subjek apa sebab subjek yang dia nak ambik next sem dah penuh..Sama-sama lah kita cuba yang terbaik:)

btw: kat sini ada ucapan raya untuk semua. Jom tengok E-kad Raya.
~oopss, dah tahun 3 rupanya~kiki
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 27 August 2011

Tolong DOakan!

Entri yang tatkala kebuhsanan menunggu server running still tak boleh..Tolonglah menjadi sistem, nak daftar subjek, tolonglah paham..ini soal masa depan, kalau lambat nanti tak dapat..Ya Allah YA RAbbi permudahkanlah urusanku dan juga kekawan..Redailah subjek yang telah ku pilih..Moga2 dapat juga daftar sebelum penuh..tolong sangat..........!!! Tak larat nak menunggu depan lappy lagi, mata dah ngntuk..permudahkan segalanya...Amin:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 26 August 2011

rindu pada blog...

Olla..monim u olls..:)

      hmmm..windunye kat blog bucuk nie, hihi..1 ari xonline semalam sebab kekangan masa tak mengizinkan..huhu, dah nak dekat raya baru kalot nak buat biskut raya..Macam ni la jadinya, balik tarawih semalam buat 1..hihi, lupa lak nak upload yang semalam..hehe. Nasib baiklah dah post kad raya awal2 kan, mana tahu tak sempat nak tengok lansung..siap bagi ucapan raya lagi..http://www.emocutez.com
         Korang tahu tak..? Miss Bubble sebenarnya tengah pening ni..pening sal pendaftran subjek untuk sem depan..Susah benor nak susun jadual tak nak bagi clash pastu kan kucar kacir.. Tak tahu nak ambil subjek mana..eii, susah bebenor sistem baru..Esok dah kena isi..Ada masa hari ni je untuk fahami dan arrange balik jadual..Kalau lambat isi esok, al maklum tak dapat lah nak daftar subjek yang Miss Bubble nak...Doa2 lah semoga dipermudahkan urusan ya.. Dalam kepala ni banyak mende nak buat..huhu
        Alang-alang dah update netri ni kan. Miss Bubble nak luahkan satu bende yang bermain di fikiran.. Miss bubble takotlah orang tu tipu kan..sebab blog dia dah tak leh bukak..Mesej kat inbox tak reply lagi cuak dibuatnya..Mesti tertanya-tanya apa menda kan..hehe, pasal giveaway dulu...Orang tu cakap nak hantar hadiah tak termasuk postage, then Miss Bubble bank in la 5 hinggit je..pastu tunggu2 sampai ari ni xde khabar berita.. Blog dia xpat nak buka.. Maybe tukar link kot..tapi at least reply la inbox..takot ni tersalah buat andaian kan...Hopefully dia tak ada niat lain bulan2 puasa ni tak baik...hmmmhttp://www.emocutez.com
        okeh last nak gitaw, maybe jarang update blog kot dalam masa terdekat sebab yelakan banyak mende nak disetelkan..huhu,..kalo ada masa auto publish pun tak pe kan..cerpen pum lum update sepenuhnya lagi..harap2 la korang dapat bersabar dengan kerenah Miss Bubble ni..hihi,.okelah korang nak p terjah dulu kunjung balas blog korang..peace:))

btw: Hopefully semuanya oke...:))http://www.emocutez.com

       
       
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 25 August 2011

E-Kad Raya Untuk Anda!

       Salam & Olla semua..
Ini adalah entri khas untuk semua blogger yang sudi datang kat blog ni..Especially my follower..Thanx for being my blogger fren..So sempena bulan yang mulia ini Miss Bubble dah siapkan E-kad raya special untuk semua..Sesiapa yang sudi nak kad raya dari Miss Bubble bolehlah ambil dan tempek kat blog ( kalau sudi) hehe..Zaman dah canggig tambah poket yang kering cuti 4 bulan tak ada uat pe keje mendatangkan duit, so dengan cara ini jelah Miss Bubble mampu lakukan untuk anda.Terima kasih sangat2 sampai hari ini blog ni masih kukuh dengan sokongan anda semua..Jadi sebelum Ramadhan berlalu pergi da syawal datang menjelma, jom kita bagi kad raya kat blog..hihi..:)


Dengan kad ini jela mampu Miss Bubble coretkan kata-kata raya untuk semua:)
http://i1124.photobucket.com/albums/l580/bublylove/kadraya.jpg

>>okeh, sambil2 tengok kad raya, jom layan seloka raya sekali..hehe..barulah mood raya datang kan3..




btw: Rasanya tak terlalu awal dan lambat untuk ucap semua ni kan, hee~
~fuh, penat hari ni dah siap 2 cookies.~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 24 August 2011

Raya Oh Raya!

Olla..slamat malam sume :)

hah,skunk baru nak update entri kan..ada org tercari-cari tak..Mestilah tak kan, semua duk sibuk preparation nak raya kan3..Sebelum ni tak rasa pun bahang nak raya tapi hari ni baru ada rasa..( sikit baru).. Sebab apa rasa? sebab petang tadi keluar baru beli barang-barang nak buat biskut..hihi, ingatkan tahun ni dah tak buat biskut, last minit je tadi kua kedai p beli barang-barang..Maybe sikit je kot buat.. Senang nanti boleh bawa balik kampus..wuu, pikir2 tak nak raya sebab afta raya nanti dah kena balik kampus..sobs2..Ingat walaupun kita dilanda masalah ke apa, tapi raya tetap raya tau..preparation kena buat juga, mengikut kemampuan la..Yang penting solat sunat raya ye..:)


korang ada pasang pelita ke? Miss Bubble tak ada..

           Hah, nak cerita semua yang berlaku hari ni boleh..Blog ni cakap dia sudi jadi tempat berteduh untuk Miss Buble luahkan semuanya..hikhik..Sebenanrnya pagi tadi tak peduli sangat kat blog, online sebab nak kepastian betul ke subjek dah boleh daftar, ada yang dah daftar..Tapi 28 sebenarnya baru sistem bukak untuk daftar subjek..tyme tu mmg kena cepat la sebab nak berebut daftar..takut xdapat nanti..rugiii...
           Balik tarawih tadi suppose nak keluar lah kan 1 family, tibe2 je angin hilang mana tah, Miss Bubble je tak jadi nak g...huhu, kalut nak tengok cerita samarinda uhh..hihihi..
           Pastue kan korang, Miss Bubble sebenarnya ada design kad raya..Bukan nak post kat sape2 tapi..tapi buat kad ni pun sebab nak upload kat blog jee..hihi, nak kasi kat korang semua..Sempena nak raya, first tyme raya dengan blog tahun ni so baik hati nak bagi kad raya percumalah..kalau sesiapa rasa nak boleh je ambil..khas untuk blogger2..esok Miss Bubble upload ok..:)

btw: Rasa syukur sangat sebab malam ni lagi baik dari semalam yang hanya tidur bersama minyak cap kapak dan minyak mestika..(faham kan)..hee~
~esok bermulanya nak uli2 doh~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 23 August 2011

kumpul Doodle percuma!

aLLo sUme... ( ^,^ )

Doodle..doodle..doodle, raya pun raya jugak tapi doodle tak dilupakan.. Bagi siapa-siapa yang suka doodle tapi tak pandai nak lukis cam Miss Bubble apa kata kita tak a granted bila ada orang bagi doodle kita amik jela kan..hik3..Tak yah cakap banyak jum tengok bawah doodle2 cantik Miss Bubble rembat dari blogger2 lain..(minta keizinan ye) :p

1. Ambil dari blog Apit
  



2. Ambil dari blog asfz

    
hehe, tema warna merah raya ni..:)


3. Ambil dari blog bunbun.




btw: cumei2 sume, makaseh bangat sumbangkan doodle free cenggini..:))






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Warna Tudung Mengubah Persepsi..?

Salam..olla olli sume..:)

     Bila dah tengok jari kan, dah kurang dari sepuluh..Dah nak dekat ni, mcm mna agaknya semua buat preparation raya..Miss Bubble lagi relax, tak buat biskut lagi..Tak tahulah macam mana, banyak sangat hal2 lain..Memang tak ada preparation lansung...Hari nie lak duk sakit kepala..huk3..Masa yg duk ada nie baik update blog walau sakit pun..Oke sebenarnya nak cakap pasal tudung..Sekarang fokus dekat tudung bawal, batu2 lah ye, bukan shawl ke apa.. Miss Bubble tertanya-tanya kenapa ada segelintir yang memilih warna untuk pakai tudung..? Walaupun tudung yang sama jenis fabrik tapi warna yang menjadi keutamaan..Maksudnya macam nie la, ada orang tu suka pakai warna hitam dan tak boleh pakai warna putih.. Then ada yang suka pakai warna putih tak suka pakai hitam..Pernah tanya beberapa kawan Miss Bubble lah, apa yang different sangat kalau pakai hitam ke putih..sebab Miss Bubble jenis main rembat je putih ke hitam ke warna lain ke asalkan sesuai dengan baju dan nampak elok..

Bagi penggemar yang suka pakai warna hitam:
>>Ada yang cakap muka nampak kecik, terlindung, selesa, ada konfiden, macam2 la..

Tapi ada yang memang lansung tak suka pakai warna putih sebab:
>> Kulit hitam tak sesuai pakai putih, nanti nampak muka besar..susah nak menjadi dan macam2..

             Tetapi sebenarnya tu semua ilusi kita.. Kalau kita dah terbiasa pakai warna hitam bila nak pakai putih memang lah nampak pelik kan, samalah juga ada yang tak suka pakai tudung warna sebab macam menyerlah nak g kenduri..Lupakan je sume tu..Bayangan minda kita semata-mata..For the first tyme kita pakai yang lain dari biasa kita pakai memang lah nampak lain muka kita, ada yang bertambah comel..cuma kita je yang hilang konfiden..Bila dah terbiasa, InsyaAllah tak ada pape yang lain..Semua warna sama ja..Sebab apa tak nak kasi memilih warna, sebab senang...tak semua koleksi tudung nak warna hitam je...tak cool la kan..Kita cuba je semua janji tak menonjol sangat la kan dan menutup aurat..peace

sorry muka Miss Bubble mmg tembam tp nk tnjukkan tudung putih ke hitam oke je kan..:P



btw: tetibe ckp sal tdung kan...;p
~hopefully sakit nie tak lama, trganggu nk buat mende lain:( ~


    


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 22 August 2011

Part 5: Qalisya Ain

    
  Semua benda yang dilakukan oleh Echa di pejabat tidak betul, bagai ada sesuatu yang menganggu emosinya. Fail-fail masih banyak bertimbun di atas mejanya. Echa lansung tidak menyentuh semua fail yang patut disemak olehnya. Hatinya benar-benar tidak keruan, mulutnya terkumat kamit mengomel pasal Daniel. Beberapa kali Echa cuba menghubungi Daniel tetapi tetap tiada panggilan. Makin panas hatinya bila tidak dapat menghubungi Daniel. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dan muncul kelibat abangnya Qabill.
                “Echa, what’s going on? Why you did’t finish your work?”tegas Qabill bertanya apabila melihat Echa mundar mandir berulang kali.
                “Nothing! Just think too much about Daniel. Why he did’nt contact me? Why? What happen to him? I’m just worried about him..,” keluh Echa sambil tidak berhenti mendial nombor Daniel.
                “That’s it? Itu puncanya echa tidak boleh focus dan beri komitmen pada kerja? Kenapa Echa masih nak campurkan masalah peribadi dengan hal kerja? Along tak suka Echa terus begini, sooner or later he will contact you,”Qbill meninggikan suaranya ke arah Echa.
                “Along ni kenapa? Tiba-tiba nak marah Echa. Kenapa along tak pernah sekali faham perasaan Echa. I just worried if something bad happens to him,” jelas Echa.
                “Maybe he’s busy, enough ok. Along tak nak dengar lagi semua tu. Along Cuma nak Echa semak semua dokumen tu dan serahkan pada Along secepat mungkin,”pesan Qabill dan terus keluar dari bilik Echa.
                “Along dari dulu sampai sekarang tak pernah nak peduli perasaan Echa, alngkah baik kalau abang mir ada di sisi sekarang. Mesti abang mir akan tolong Echa,”rungut Echa sendirian.
      Tiba-tiba hatinya begitu rindu pada Qashmir. Beberapa minit kemudian Echa bergegas keluar dari bilik pejabatnya, menuju ke keretanya dan menghidupkan enjin. Echa menekan pedal minyak keretanya sekuat hatinya. Echa nekad untuk pergi ke rumah bujang Daniel untuk memujuk Daniel. Echa begitu pasti yang Daniel mungkin berkecil hati dengannya kerana  Echa menolak pelawaan Daniel untuk keluar makan bersama. Kereta yang dipandunya makin laju dan tiba di perkarangan rumah Daniel. Echa melihat kereta putih Daniel terpacak di depan rumah dan dia yakin Daniel ada di dalam.
         Dengan harapan yang tinggi agar dia dapat memujuk Daniel, Echa melangkah kaki menuju ke pintu rumah Daniel. Hatinya tiba-tiba makin berdegup kencang saat tangannya mengetuk pintu rumah  Daniel. Berkali-kali diketuk dan akhirnya pintu dibuka. Echa mengankat mukanya dan memandang wajah Daniel yang dirinduinya seakan bangun dari tidur tanpa berbaju.
                “owh you Echa, buat apa kat rumah i?”tanya Daniel.
                “Danny,sudahlah. I tahu salah I sebab tengking you tempoh hari. Maafkan I Danny,jangan buat macam ni kat I,”pujuk Echa.
                “Ermm,dahlah I lansung tak salahkan you. I tak marah pun,”balas Daniel sambil memegang tangan Echa.
                “Really? Thanx Danny. I betul-betul tak boleh hidup tanpa you Danny. I nak you tahu I betul-betul tak boleh hidup tanpa you Danny. I really love you!”lembut suara Echa saat melafazkan kalimah cinta.
                “Don’t cry dear, I love you too darling!” Daniel membalas.
                “Tapi kalau you cintakan I, kenapa you tak angkat phone? Dah banyak kali I call you,” rengek Echa manja.
                “owh..actually..hah, bateri phone I habis. Lagipun I kurang sihat hari ni,” Daniel memberi alasan.
                “you sakit ke? Boleh I masuk ,biar I buatkan air untuk hilangkan sakit kepala you tu.”pinta Echa.
                “Hah? Masuk? Eh,..tak payah..No..no..Just give me masa untuk rehat ya sayang,” jawab Daniel yang cuba menghalang Echa masuk.
                “Erm, but why? It’s ok, you rehatlah puas-puas sayang. Nanti jangan lupa makan ubat dan…tiba-tiba Echa terhenti untuk meneruskannya apabila datang seorang kelibat perempuan seksi di belakang Daniel. Muka Echa semakin pucat dan berubah melihat perempuan mudadatang memakai baju tidur dan memeluk belakang Daniel.
                “Danny..siapa perempuan yang datang buat bising kat rumah you ni. Ganggu kita nak tidur je kan..haha,”gelak perempuan muda itu.
                “Wait..what’s going on now? Who is she? Why she is here with you Danny? I need your explaination now!” bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Echa.
                “Tenang sayang. Biar I jelaskan dulu. Dia tak ada apa-apa dengan i…ini semua salah faham,”belum sempat Daniel  menjelaskan Echa terus memotong.
                “That is why you did’nt picked up my call, not allow me to enter you house. Because you are hidden something from me! You dah buat maksiat dengan perempuan ni dalam rumah you sendiri!” bentak hati Echa sambil berlinangan air mata.
                “Dear, I cintakan you sorang je. Serius I tak ada apa-apa dengan perempuan ni,”jelas Daniel.
                “Danny…you cakap kita tak ada apa-apa..Semalam you dah lupa ke kita berseronok semalam,” gelak perempuan itu yang seakan tidak sedar apa yang dicakapkan.
                “Shut up! I sudah mengerti smeuanya. I bukan budak kecil yang boleh you permainkan. Mata I dah cukup untuk menjelaskan semuanya. From now on, jangan cari dan contact I lagi. I jijik dengan perangai you ni, Daniel Ralph!” echa makin marah dan terus pergi dari situ.
                “ Echa! Echa ! wait.. You akan menyesal putuskan hubungan kita ni..”ugut Daniel.
    Echa tidak dapat menahan rasa sebak dihatinya, air matanya mencurah-curah jatuh membasahi pipi. Rasa terkilan dan kecewa tidak dapat dibendung lagi. Echa memandu keretnya main laju, dia menangis teresak-esak membayangkan apa yang dilihatnya tadi. Dia lansung tidak menyangka lelaki yang dia percaya dan cintai hari ini sanggup merobekkan dan memusnahkan kebahagiannya. Kereta yang dipandunya diberhentikan secara tiba-tiba kerana dia tidak sanggup lagi untuk memandu.

               Cinta yang aku taburkan padamu lansung tidak dihargai,
              Sayangku padamu lansung kau tidak mengerti,
              Betapa hebatnya cintamu memberiku sejuta pilu,
              Betapa agungnya kata-katamu membuatku terpaku.

   Echa melepaskan perasaan kecewanya lalu menekupkan mukanya di stereng sambil menangis sekuat hati. Beberapa minit kemudian, cermin keretanya diketuk dan Echa mendongak terkejut dengan wajah yang muncul di luar keretanya sambil membuka tingkap.
                “ Qalisya, awak tak apa-apa? Kenapa awak ni? Boleh saya bantu?” soal Rifqy.
                “tiada siapa boleh bantu saya. Memang semua orang suka saya dikecewakan oleh lelaki,”esak Echa dan air matanya makin laju.
                “Tidak Qalisya, semua orang dijadikan berpasangan dan mungkin awak belum temui cinta sejati awak. Awak tak boleh macam ini, mohonlah pada Tuhan agar awak ditemukan dengan jodoh yang baik,”nasihat Rifqy lembut.
                “Awak tak tahu apa jadi pada saya,”lembut Echa membalasnya.
“Memang saya tak tahu apa sebenarnya terjadi pada awak, tapi hati saya tak dapat menahan,saya tak sanggup melihat seorang perempuan menangis. Qalisya kalau awak nak berkongsi,silakan. Saya sudi menjadi pendengar,”balas Rifqy untuk memujuk Echa.
      Tiba-tiba telefon bimbit Echa berbunyi. Echa menjawab panggilan dari Datin Rose. Air mukanya terus berubah dan telefonnya dibiarkan jatuh begitu. Echa menangis sekuat hati.
                “Mama suruh saya pulang sekarang. Katanya kecemasan,” teresak-esak Echa memberitahu Rifqy.
                “Izinkan saya untuk menghantar awak pulang. Saya tak nak awak bahayakan diri awak dengan memandu kereta dalam berkeadaan begini,”pujuk Rifqy.
     Akhirnya Echa angkur dan membiarkan Rifqy memandu keretanya sambil ke rumahnya.
                                                  ****************************

btw: will be continue..keep reading;)
Part 4: ( KLIK )

                                                                
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 21 August 2011

Kembali ke blog...

Salam..Olla semua..!

tadaa..http://www.emocutez.comnak muncul kejap kat blog ni, rindu bangat nak menaip..huhu,nasib baik tak masuk dalam mimpi je.. Sebenarnya saja nak diamkan diri jap, tahan nafsu berblogging..tapi akhirnya jatuh tersungkur di depan lappy nie jugak..adui,..tak kesahla pape pun..Yang penting Miss Bubble kembali menyinari blog ini.Yang penting perlu ada supporter baru semangat..hehe..Semalam mata kurang ngantuk, jadi duduklah melayani internet tanpa hala tuju. Tiba-tiba dapat satu panggilan dari kawan kat kampus..Uhh,macam dah lama tak berborak maklumlah 4 bulan kot duduk rumah, cakap pun macam kekok sikit..terbelik lidah..hehehe, pastu lama-lama cam ok dah cakap. borak-borak macam2, kawan yang call Miss Bubble tak kedit..hik3..Cerita perkembangan semasa masa cuti nie la..Miss Bubble cakap Miss Bubble dah tembam pastu takut nak balik kampus nanti afta raya. Takut orang mengata, tak sanggup nak hadapinya..wuuu..then kawan Miss Bubble cakap mesti takut kat .......,Pastu kawan cakap ada 2 minggu lagi nak kurus,sempat..Then boleh lak dia minta gambar terbaru nak tengok..hahaha..Malulah kalo dah tembam cam gini nak tunjuk muka..wuwuwu... Masa dah makin menghampiri, serius bila fikir balik sangat takot nak bersemuka dengan semua kawan dekat kampus..Hilang konfiden, tambah lak 4 bulan lebih terpisah..Sabar jela kalau kena sindir nanti...Papepun badan susah nak turun, so kena accept it..kalau ada mata-mata yang kurang enak jangan lah pandang Miss Bubble jadi mulut tak adalah nak berbunyi kan..Cermin diri dulu sebelum nak mengata ok..Kaum lelaki dan perempuan sama je, tapi paling penting lelaki yang berani nak mengata depan-depan terus..huhuhu...http://www.emocutez.combubye~

btw: main bedal je mkn,smpai naik jerawat 1..dh nak raya neyh...aduiii..
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 20 August 2011

short message

tibe-tibe macam malas nak cakap pape kat blog 2/3 hari nie..huk3..dah tiba masanya untuk officially rehat jap, maaf sebab tak terus berblogging..Ada benda yang nak dishare lagi tapi not in the mood..will see u again bila dah rasa nak blogging 2/3 ari nanti..boleh kan..?papai//~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 19 August 2011

Part 4: Qalisya Ain


    Suasana dirumah Datuk Esham pada malam itu riuh rendah dengan suara dan gelak ketawa keluarga itu. Makan malam di rumah Datuk Esham agak berlainan daripada malam biasa. Ini kerana sempena menyambut kepulangan pengantin baru yang berbulan madu di Paris selama sebulan iaitu Qabil dan isterinya syafinaz. Turut dijemput pada mala itu ialah Daniel dan keluarganya. Pasti datuk Esham sudah merancangkan sesuatu pada mala mini. Echa pula sedang sibuk melayani Daniel di tepi kolam. Mereka berdua kini sedang hangat dilamun cinta dan apatah lagi telah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak. Echa pada malam itu kelihatan seperti bidadari apabila mengenakan gaun malam berwrna pink muda dan sesuai digayakan olehnya yang berkulit putih mulus.    
         Echa merasakan dirinya diperhatikan dari jauh,setiap gelak ketawa atau gurauannya dengan Daniel. Gerak hatinya cuba untuk mengatakan ada sepasang anak mata cuba untuk memerhatikannya dari tadi dan akhirnya tekaan dia betul apabila Echa menoleh ke belakang dan matanya bertentang dengan Rifqy yang juga sedang berborak dengan Qashmir. Ternyata Qashmir juga menjemput Rifqy makan malam di rumahnya kerana dia sudah menganggap Rifqy sebagai saudaranya sendiri. Manakala Datuk Esham dan Datin Rose sedang asyik berbincang dengan mummy dan daddy Daniel untuk mengaturkan pertunangan Echa dan Daniel tidak lama lagi.
         Sedang Qashmir naik ke biliknya untuk mengambil sesuatu untuk diberikan pada Rifqy, tiba-tiba Echa menuju ke arah Rifqy yang bersendirian sambil merenung jauh.
                “Ehem,saya tahu awak sedang perhatikan saya. Tapi saya nak bagi nasihat pada awak, jangan cuba nak campur hal peribadi saya dan Daniel”,pesan Echa yang berdiri tegak di depan Rifqy.
                “Maafkan saya jika awak merasakan begitu,tetapi tidak elok kalau bukan muhrim berpegangan tangan,”tegur Rifqy.
                “Ah,awak jangan nak berlagak seperti ustaz kat sini. Nasib baik awak kawan Abang Mir,kalau tidak tak ingin saya nak tengok awak kat sini,”tegas Echa seakan membuat muka bengang .
                “saya ke sini atas jemputan Qashmir dan awak jangan risau. Selepas saya mengambil barang dari Qashmir, saya akan pulang kalau itu dapat menghilangkan kemarahan yang terpampar di rauh wajahmu Qalisya Ain,”sungguh tenang dan berselamba Rifqy menjawab.
                “Fine!! It’s good. Hopefully I will not see you again after this,”jawab Echa dan masuk ke rumah untuk mengambil minuman. Setelah Echa pergi muncul pula kelibat Daniel di depan Rifqy.
                “Hey you ustaz,don’t try to disturb my future fiancĂ© or else your life will become ruin.Watch out men!,” amaran tegas dilontarkan oleh Daniel.
                “Daniel Ralph,don’t try to give warning to me. Don’t pretend that you are caring for Echa. I know who you are in Australia,” jelas Rifqy perlahan.
                “Then what are you trying to do,haha..Become hero, then just go and tell her everything that you know. But if you want anything happen to Qalisya, yes you may tell her everything about me,hahaha,”gelak dan senyum sinis Daniel cuba lemparkan pada Rifqy sambil berlalu pergi mendapatkan Echa.
    Rifqy seakan terfikirkan sesuatu dan dia tidak sanggup untuk menceritakan segalanya pada Qalisya kerana takut Qalisya terus di apa-apakan oleh Daniel. Tambahan pula, dia yakin Qalisya pasti tidak akan percaya akan kebenaran kata-katanya. Kelibat Qashmir muncul semula sambil membawa beg kertas ditangannya dan dihulurkan kepada Rifqy.
                “Rif,aku nak kau jaga elok-elok barang dalam ni dan sampai suatu saat kau tahulah pada siapa akan kau berikan nanti,”serius muka Qashmir saat melafazkannya.
                “Mir,kenapa kau cakap macam ni,sampai bila aku kena pegang benda ni?”soal Rifqy.
                “Bila dah tiba masanya, kalau aku pergi dulu dan kau tolong tengokkan adik aku sekali ya. Aku tahu aku boleh bergantung harap pada kau. Aku nak kau bimbing adik aku Qalisya Ain,” pesan Qashmir dan dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang dia ungkapkan.
                “Jangan risau Mir,kau janganlah macam ni,kau buat aku suspen je..hehe,”sedikit gelak dari Rifqy.
     Tawaan Rifqy terhenti seketikadan raut wajahnya seakan berubah apabila terdengar Datuk Esham mengumumkan untuk tunangkan Qalisya Ain dengan Daniel Ralph. Jantungnya bagaikan terhenti berdegup dan dia sendiri seakan tidak dapat menerima pengumuman itu. Pandangannya jauh merenung Qalisya Ain disamping Daniel yang sedang  bergembira dan hangat sebagai pasangan kekasih. Majlis di rumah Datuk Esham bersurai dan kembali senyap apabila tetamu beransur pulang.
         Echa melabuhkan punggungnya dikatil, setelah make updimukanya ditanggalkan tetapi matanya masih belum mengantuk. Dia tersenyum sendirian apabila mengingati wajah kekasih hatinya Daniel. Echa menaruh sepenuh perasaan sayang pada Daniel dan merasakan Daniel lah lelaki sempurna di hatinya. Tiba-tiba kelibat seseorang terlintas bermain di fikirannya,hatinya mula kian membakar bila teringatkan saat-saat perkenalan dia dengan Rifqy suatu ketika dahulu.
                “Owh,panjang lebar kita berbual,aku lupa nak kenalkan kau dengan adik kesayangan aku. Inilah Qalisya Ain satu-satunya perempuan dalam family aku,”jelas Qashmir kepada Rifqy.
       Echa mula mengankat tangannya untuk bersalaman dan melontarkan senyuman pada Rifqy,namun tangannya tidak disambut. Air muka Echa berubah dan terus meletakkan tangannya kembali.
                “Err..maaf. Saya Azril Rifqy,panggil saja Rifqy,”jawapan ringkas daripada Rifqy tapa memandang Echa.
                “Apa malu-malu ni,Echa..Rifqy ni kawan baik abang,kalau abang tak ada nanti, Echa bolehlah minta nasihat dari Rifqy ni..hehe,”gelak Qashmir.
     Berderau hati Echa apabila melihat reaksi Rifqy yang seakan sombong. Wajahnya sungguh tampan dan suci tetapi berlagak sombong,macam-macam hati Echa mengomel sendirian tapi dia mengawal emosinya di depan Qashmir. Saat Qashmir bangun untuk membayar minuman di kaunter, tiba-tiba hatinya terasa sakit apabila terasa dirinya disindir.
                “Sungguh cantik dan sempurna sekali jika seorang perempuan menutupi rambutnya,”tiba-tiba terpacul begitu dari mulut Rifqy dan memandang ke arah seorang perempuan bertudung.
     Memang hangatlah hati Echa membara apabila terasa dirinya disindir. Hatinya makin kuat menyumpah pada Rifqy, dia semakin meluat dengan Rifqy yang berlagak ala-ala ustaz dan cuba menasihati dia. Memang dalam perjalanan pulang, Echa lansung tidak mengukir senyuman dan sesekali memandang muka Rifqy melalui cermin kereta sambil menunjukkan mukanya yang masam mencuka namun Rifqy hanya membalas dengan secalit senyuman. Lamunan Echa terhenti seketika saat tombol pintu biliknya dipulas dan kelihatan abang Mir tercegat di muka pintu.
                “ermm, tak tidur lagi wahai puteriku?”soal Qashmir sambil menguntumkan senyuman.
                “Belum, teringatkan something yang buatkan tak jadi nak tidur,huh,”keluh Echa,
                “Kenapa ni? Rindukan abang mir atau pun Rifqy,”usik Qashmir.
                “Eish,jangan disebut nama itu, Echa tak sukalah kat Rifqy. Dah la macam ustaz..eii geram,” Echa membuat muka macam tak puas hati.
                “Dahlah tak payah fikir . Rifqy tu baik orangnya Cuma Echa yang masih belum kenal dia sepenuhnya. Jangan cepat membuat andaian,”jelas Qashmir sambil mengusap rambut Echa.
                “entahlah,meluat. Lupakan je. Abang mir betul ke nak berangkat esok?”soal Echa.
                “a’ah,cuti abang dah habis. Nanti kalau ada masa abang balik lagi,jangan risau kalau abang mir tak ada, Rifqy kan ada boleh jagakan Echa..hehe, Cuma…abang mir tak yakin dengan Daniel bolehkah dia bahagiakan Echa,”rungut Qashmir.
                “tengok tuh, abanng mir pun belum kenal Daniel sepenuhnya sebab tu abang mir cakap macam tu, hehe..jangan cepat buat andaian abang mir..hehe..,”gelak Echa.
                “Amboi..pandai kenakan abang mir balik ya..hmm, esok Rifqy hantar abang..Jomlah kalau nak ikut..haha,..ok lah abang nak tidur dah. Kalau selalu teringatkan wajah Rifqy tu maknanya rindu..nite!,”Qasmir terus keluar dari bilik Echa.
         Akhirnya perbualan itu ditamatkan dan Echa terus terlena dibuai mimpi.  
                                         **************************

btw: will be continue,...:)
Part 3: ( KLIK )
~mood tak bape elok, buhsan terkurung dalam rumah...~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 18 August 2011

entri Layannnnnnn..!!!

Ku terpandang jam di dinding, masih awal hatiku bersua..mata ku masih belum ingin terlelap, cuma diri ini seakan ingin menaip..tapi apa yang perlu ditaipkan..ku cuba untuk melayani lagu2 yang sebati dengan jiwa dan perasaanku sekarang...keluh dan terus mengeluh bila dibayangkan setiap apa yang pernah ku lalui sebelum ini...tapi hidup ini tidak patut wujud perkataan menyesal dengan apa yang telah terjadi..sebab apa yang terjadi kita sendiri yang memilih untuk terjadi...namun langkahan kita masih jauh dan ku perlukan kekuatan untuk terus ke depan..Hati mulai meronta dan fikiran mulai terganggu, namun hanya kaca-kaca jernih yang melimpahi,. Begitu kuat ku terfikirkan dan saat malam itu ku ingin cuba untuk luahkan sesuatu namun semuanya hampa..Bayangkan perasaan kala waktu itu, ku cuba untuk mesej tetapi kredit handphone ku tiada..mulailah bergenangan air jernih di pipi.ku tahn sebak hati ini dan ku ubati  hati ini dengan menulis...Waktu malam itu ingin ku luahkan kesedihanku, kenapa? kerna ku rasakan kebaikanku itu telah dipergunakan...Mahu saja ku menjerit sekuat hati memberitahu apa yang ku rasai agar kau dapat menenangkanku..ku tak sanggup berteman dengan orang yang cuba mempergunakan kebaikanku..Saat diperlukan,bayanganku dicari..inikah yang cuba dibina,ukhwah ini kah yang perlu ku pertahankan lagi.. Kalau ku cuba mengatakan TIDAK , bolehkah semuanya selesai....

saje nak tempek muka kat blog..tutup mata lao tak nak tengok;p


btw: !!!aBaikan repekan di atas, jum layan lagu jiwang jap..Lao tgk gmbr msti senyum kn...(petua) :p
~Bila nak mesej baru sedar kedit habes, mungkin ada hikmah untuk menghalang dari mesej kn..;)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Special for yOu..!

Olla...
Entri pendek tapi cukup bermakna..hehe, sekarang dah petang malas tulis panjang2..cuma Miss Bubble nak kasi doodle ni kat one of my fren..Dia suka purple like me..Dia merupakan ex-rumet Miss Bubble, sangat baik dan dulu2 kalau Miss Bubble majuk mesti dia pujuk gak..hik3..cuwet sangat bila bersama kamu dear...Here doodle for you fren, saja suka suki nak buat utk kamu..hajar :)



Okeh, ada lagi koleksi doodle yang Miss Bubble nak kasi kawan-kawan Miss. Jom tengok !







btw: hajar, owg bagi kat blog ni jela,..hehe..shuka x?? :)
~erm, harap2 dorang suka :)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 17 August 2011

Tips Bakar kalori..

Olla peeps..!
Hari ni apa kata kita belajar lagi pasal kalori nak tak..hee, kalau tak nak tutup mata main jauh2 ye..hehe..
tolonglaaaaa.....tak nak macam ni biar bdan sekarang pun dah nak ke arah ni..grrr~

Kita boleh membakar kalori dengan:
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!
Contoh kalori yang dibakar mengikut aktiviti kita:

Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori
Jadi kita tak perlu nak risau atau fikir sangat kalau kita terlebih makan pada hari itu. Tapi janganlah selalu buat2 terlebih makan ya, kalau boleh ikutlah berapa kada kalori yang sepatutnya kita perlu. Dah tahu kan berapa kalori untuk lelaki dan perempuan. kalau tak tahu baca balik entri ini oke.
Cuba bayangkanlah kalau kita makan melebihi kadar yang ditetapkan selama setahun:
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).
haha, macam mana..takut tak tengok penambahan sebenar? Miss Bubble pun dah sedar badan ni makin gempal sejak setahun ni..parah2..nak turunkan macam dah tak ada harapan...hukhuk...:( So terpaksalah starting dengan penjagaan dari sekarang kalau tak dapat turun tak apalah, janji dah tak ada penambahan..hik3..:D
btw: celik mata luas2 ya pasal kalori nie..:p
boleh rujuk sini untuk contoh kandungan kalori dalam makanan> Entri ini



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 16 August 2011

Part 3: Qalisya Ain



  “Echa, bangun cepat sayang. Tak baik tidur lama-lama nanti hilang seri kat wajah tu,”usik Datin Rose.
              “Ala mama,hari ni kan hari minggu. Biarlah Echa tidur puas-puas. Papa bagi kerja banyak sangat kat Echa kebelakangan ni,”rungut Echa sambil menarik selimut.
              “No..no..Buka mata cepat turun tengok siapa ada kat bawah,cepat bangun,” kata Datin Rose sambil tersenyum.
              “Arrgghh, siapa pula yang datang hujung minggu macam ni mama? Danny kan pergi luar Negara seminggu,” soal Echa sambil menggosok matanya.
               “Ermm, cepat bangun.Kesian abang Qashmir dah lama tunggu kat bawah tu,”jelas Datin Rose.
               “What?Abang Qashmir kat bawah? Yeaahhh!!!”Echa menjerit sambil bingkas bangun dari katil dan turun ke bawah.
    Qashmir sedang sibuk berborak dengan Datuk Esham di ruang tamu. Beg pakaiannya juga masih lagi dibiarkan di situ. Kepulangan Qashmir pasti menambah seri di wajah Echa dan juga keluarga Datuk Esham. Maklum sajalah Qashmir jarang dapat cuti sebegini, dia selalu mengikuti penerbangan ke seluruh dunia.
                “Abang Mir!!! Kenapa tak beritahu Echa abang sampai pagi ni,”jerit Echa sambil memeluk belakang Qashmir.
                “Surprise for you. Saja tak nak beritahu,abang mir tahu adik abang ni mesti tidur sampai tengah hari,”sambil menarik hidung mancung Echa.
                “Err..abang mir ni selalu macam ni. Echa bangun awal lah tiap-tiap hari,lagipun Echa dah bekerja kat syarikat papa. Penatlah abang mir..huh,”rengek Echa sambil buat muka.
                “Haha,baguslah. Tu tandanya Echa dah besar dan tak perlukan abang mir lagi untuk jaga Echa. Nanti dah boleh kahwin..hehe.”usik Qashmir.
                “Eiiiii..apa abang ni, Echa masih perlukan abanglah. Echa tak boleh hidup tanpa abang mir…”terus Echa melepaskan pelukan.
                “Alalala,abang gurau jelah. Kan abang ada ni. Tak payah buat muka comel..dahla busuk tahu tak. Pergi mandi cepat, abang nak keluar kejap lagi. Pusing-pusing KL,kalau tak mandi tak boleh ikut..haha,”usik Qashmir.
                “oops,lupa tak mandi lagi..ok bos! Echa pergi mandi sekarang,tunggu Echa tau,”jerit Echa sambil bergegas kembali ke biliknya.
     Qashmir tersenyum melihat telatah adik bongsunya. Begitu manja sekali Echa dengan Qashmir. Masakan tidak dari kecil Qashmir selalu melindungi Echa dan membela Echa kalau dimarahi datuk Esham. Qashmir memang begitu rapat dengan Echa berbanding Qabill yang mewarisi sikap Datuk Esham seorang yang tegas dan komitmen pada tugas.
               “Abang Mir jom! Echa dah siap..hehe,cantik tak? “tanya Echa sambil berpusing-pusing.
               “Cantik,semua ciptaan Allah sempurna dan cantik. Cuma lagi manis kalau….”kata-kata Qashmir tersekat dan bagai tidak sanggup meneruskannya.
              “Kalau  apa abang mir?” dahi Echa mula berkerut menandakan seribu persoalan.
               “Err..tak ada apalah. Jom gerak,tak sabar nak rasa naik kereta sport Echa, dengar kata papa baru belikan ya..hehe,” Qashmir cuba mengelak dari di soal Echa tentang apa yang tersirat tadi. Dalam hati Qashmir sebenarnya ingin melihat adiknya berhijab. Baginya lagi cantik kalau Echa menutupi rambutnya. Tapi dia tidak sanggup melafazkannya kerana dia tahu Echa masih belum bersedia dan Qashmir tidak mahu memaksa biarlah atas kerelaan Echa sendiri.
     Kereta yang dipandu Echa laju meninggalkan perkarangan rumahnya dan menuju ke tempat yang dipinta oleh Qashmir. Kereta sportnya dilabuhkan berhadapan dengan sebuah kedai buku. Echa melihat abangnya yang seperti sedang mencari seseorang dari pandangan jauh.
                “Abang mir,kita nak buat apa kat sini? Kata nak main bowling,”soal Echa.
                “jap ya, abang mir ada janji dengan kawan kat sini, nak ambil barang..hah..itupun dia. Kawan abang dah sampai,” tunjuk Qashmir ke arah seorang lelaki yang agak suci wajahnya seperti terbina satu ketenangan di raut wajah lelaki itu.
               “Assalamualaikum Qashmir,wah semakin segak kau sekarang sampai berjanggut sikit hah,”gurau Rifqy dan sesekali anak matanya cuba melihat Echa.
               “Waalaikumsalam ya  sahabat karibku,Rifqy..haha.Macam mana yang aku minta tolong kau carikann,dah jumpa?” soal Qashmir.
               “ya..ya..ada ni hah. Tak sangka aku, akhirnya kau berminat juga nak baca tentang semua ni,”ujar Rifqy sambil menghulurkan sebuah buku pada Qashmir.
               “Terima kasih Rifqy,kau lah sahabat aku. Sudah banyak kau tolong aku. Aku cuma fikir mati itu pasti dan kita tak dapat nak mentafsirkannya bila. Eh,masuklah apa tercegat lagi. Nanti kita sampai shopping complex boleh kita bercerita panjang lebar,”jelas Qashmir smabil mempelawa Rifqy masuk ke dalam kereta.
       Echa terus menghidupkan enjin dan bergerak laju ke depan. Sesekali hatinya berasa  kurang senang dengan kehadiran Rifqy,tetapi anak matanya seakan suka melihat kejernihan wajah Rifqy yang tenang.
                                                                **************************

btw: will continue soon,keep reading:)
Part 2: ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta