Friday, 24 June 2011

Part 6: Luhurnya Cintamu


       Seperti biasa aku sampai di pejabat tepat pukul 8.30 pagi, tiba-tiba aku menjeling ke arah sejambang bunga ros putih di atas meja aku. Aku terus mengambil bunga itu, dan terpaku melihat nama yang tertera pada kad itu.
salam perkenalan dari sy..Ariff’. siapa Ariff nie, tersalah orang ke? tapi bunga ni tulis pada aku, nama aku Aleeya. Siapa la pemuda misteri ni yea. Ahh, malas nak fikir, kalau gentleman datanglah depan jumpa. Tapi wangi jugak ros ni, sambil mencium.
            “ehem…ada orang dapat bunga rupanya, patutlah datang awal pejabat hari ni,” usik Razif.
            “tak ada lah bos, kawan bagi”balas aku malas nak panjangkan cerita.
Razif terus meluru ke biliknya, selepas beberapa minit kemudian datang seorang perempuan berskirt pendek dan agak menjolok mata terus meluru ke bilik Razif. Kalau tak salah aku itu Mary, kenapa ada kat sini? Masam je muka minat salleh celup tu, gaduh la tu..malas aku nak masuk campur.
              “apa you buat kat sini Mary? I banyak kerjalah,“jawab Razif.
               “I miss you so much..! kenapa you dah tak call I sekarang? Kenapa you nak larikan diri dari i?”soal Mary.
              “kan I dah kata I busy, you pergilah dengan ramai jejaka lagi kat luar, you kan suka berfoya-foya. Cukuplah malam tu depan mata i, you tidur dengan lelaki lain. You ni perempuan melayu tahu tak, kat sini Malaysia, not UK okeh..tolonglah faham. Your name is Mariah not Mary..!” bentak Razif.
              “I tak kisah semua tu, tapi maaflah atas kesalahan I malam tu I mabuk tak sedar apa yang terjadi, Razif I cintakan you..! I tak boleh hidup tanpa you..!....rayu Mary.
              “enough ok, hubungan kita dah tak ada apa-apa. I tak nak kita jumpa lagi, tolong kelur dari bilik I boleh sebelum I panggil security..” pinta Razif.
               “Mesti you dah ada perempuan lain kan, sebab tu you cakap macam ni kat i. I akan tunggu you datng balik dekat i..!” terus keluar dari bilik Razif dan menghentak pintu dengan kuat.
Razif duduk di kerusinya. Tangannya membuka laci meja dan tersimpan sehelai sapu tangan. Setiap hari Razif pasti melihat sapu tangan itu untuk melepaskan rindunya pada seseorang yang dia sayang. Walaupun bertahun-tahun, namun perasaannya tetap sama seperti dulu, dia ingin mencari orang yang dia sayang namun dia sendiri hilang akal dimana hendak mencarinya. Razif mengelamun panjang di kerusinya. Dia masih ingat janjinya pada mama dan papa nya, dia hanya akan berkahwin dengan perempuan yang dia cinta dan sayangi sejak dulu. Setiap hari dia berdoa supaya ditemukan atau didekatkan dengan seseorang yang dia sayang.
                “bos..!! bos!!, aku menyeru.
                 “oohh, ada apa Leeya. Pintu saya tercabut ke, kenapa tak ketuk pintu saya dulu.” Sedikit tegas dari Razif. Razif terus menyembunyikan sapu tangan itu kembali ke dalam loker mejanya.
                 “maaf bos, saya dah ketuk banyak kali tapi tiada jawapan.”aku membalasnya.
                 “awak nak hantar dokemen tu jerk an, letak atas meja dan boleh keluar. Saya ada banyak kerja lagi nak disiapkan.”balas Razif.
Leeya terus meletakkan dokumen itu di atas meja da n Razif dan berlalu pergi. Hairan aku, kenapa hari ini macam moody je dia tuh.? Ermm..gaduh dengan cik Mary la tuh. Habis dengan aku pun dimarahi, tapi ok juga dia moody macam ni tak ada lah nak menyakat aku. Senangnya hati aku hari ini, tapi rasa macam lain la kalau dia tak usik aku. Kadang-kadang usikan dia tu membuatkan aku teringat pada seseorang. Kenapa perasaan ini perlu wujud saat aku rindukan dia. Masih berkesempatan lagikah aku untuk bertemu dengan dia. Hanya Tuhan yang mengatur perjalanan hidup ini, aku reda dengan apa yang telah Engkau tetapkan. Deringan telefon berbunyi dan sudah pasti nombor yang tidak dikenali terpapar di screen telefonnya. Nak angkat ke tidak ya, siapalah telefon aku. Jarang ada nombor tak kenal masuk kat telefon aku. Mana tahu penting, baik aku angkat jelah.
                “helo, Cik Leeya ke tuh” balas suara seorang pemuda.
                  “ya, saya bercakap. Siapa di sana?” Aku terus menyoal.
                 “saya Ariff, orang yang menghantar bunga pada awak. Suka tak?” Pemuda itu membalas.
                “Siapa awak sebenarnya? Apa niat awak bagi bunga tuh? Saya kenal awak ke?” bertubi-tubi soalan aku menyoal.
                 “kan saya dah tulis ‘salam perkenalan’. Saya Cuma nak kenal dengan awak. Mungkin bila jumpa nanti awak akan tahu siapa saya. Sudi tak awak lunch dengan saya hari ini?” soal Ariff.
                “ermm…tapi..saya..tak boleh, saya banyak kerja…mungkin”,tak sempat aku membalasnya, terus Ariff memotong ayatku.
                “okeh, kita jumpa di kafe bawah ya, pukul 1,bye.”balas Ariff.
Aduh, aku belum sempat lagi nak bagi alas an, dia dah letak. Siapa lah ariff ni ya. Setahu aku kalau kawan dekat kampus dulu tak ada nama Ariff. Tapi suara tuh macam pernah aku kenal, aku yakin suara itu pernah menegurku..adakah suara itu yang aku cari-cari selama ini?tapi di mana ya..hati aku sungguh tidak tenang, dan perasaan berdebar menyelubungiku. Aku tak tahu kenapa aku rasa menggelabah semacam, sesekali dipanadang jam tangan. Adakah aku tidak sabar untuk berjumpa dengan dia. Kalau lah betul apa yang aku fikirkan ini. Jam menunjukkan pukul 1, aku segera turun ke kafe bawah untuk melihat siapakah jejaka itu, adakah ini satu pertemuan yang aku mimpikan? Aku terus meluru masuk ke kafe, tapi semua wajah di situ aku tidak kenali. Aku masih mencari-cari..tiba-tiba namaku dipanggil.
               “Leeya,! Leeya..! seru Ariff.
Aku menoleh ke belakang dan aku lihat seorang pemuda kacak. Pemuda yang pernah aku menegurku. Owh dia kah Ariff. Perasaan sedikit hampa kerana sangkaanku salah. Aku menuju ke meja Ariff dan duduk.
“thanks awak sebab sudi datang jumpa saya,ingat tak kita pernah jumpa dekat shopping kompleks minggu lepas?”Tanya Ariff.
               “welcome,ya ingatan saya masih tajam. Tapi mana awak tahu tempat saya bekerja dan nombor handphone saya awak dapat kat mana? Apa tujuan awak buat semua ni?”aku terus mempersoal.
              “maaf kalau saya mengganggu awak, tapi sejak pertemuan hari tu saya tak tahu kenapa saya selalu terbayangkan Leeya, kebetulan di shopping kompleks tuh saya ternampak awak berjalan dengan Sarah, dan untuk pengetahuan awak sarah tu sepupu saya. Dia lah yang beritahu semua pasal awak. Tak salahkan kalau saya nak berkenalan dengan awak?”jelas Ariff.
              “owh, jadi Sarah sepupu awak. Memang tak salah berkenalan, tapi saya tak boleh nak lama sangat kat sini saya masih banyak kerja untuk disiapkan.”aku terus memberi alasan.
             “tapi kalau saya nak lebih dari seorang kawan?”Tanya Ariff.
              “tak pelah Ariff, saya kena pergi dulu. Terima kasih bunga tadi.” Aku terus berlalu pergi tanpa menghiraukan namaku dipanggil. Perlukah saat-saat aku rindukan orang lain, tetapi yang muncul hanyalah insan baru yang cuba mencuri hatiku. Cukuplah hatiku dihancuri oleh insan bernama lelaki, aku masih belum bersedia untuk semuanya, tapi andai ini yang cuba kau aturkan untuk aku, aku reda Ya Allah..

btw: will update soon, keep reading (sayang korang semua)
Part 5 ( KLIK )http://www.emocutez.com
Part 7 (KLIK)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

6 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta