Monday, 20 June 2011

Part 2: Luhurnya Cintamu


              Suasana malam itu tidak seperti biasa, tiada kedengaran suara cengkerik. Hanyalah suara katak yang memanggil hujan. Jam menunjukkan 9.00 malam, aku terbaring di sofa empuk rumah sewa menampakkan badanku yang semakin susut kerana tiada selera makan. Aku mula menyewa dirumah itu sejak dari mula kakiku berpijak di Kota besar itu, atas bantuan rakan sekampung, Siti. Kebetulan ketika itu Siti sedang mencari teman housemate baru dan untung kedatangan aku ke kota ini terus mendapat tempat perteduhan. Rumah sewa ini didiami 4 orang gadis termasuk aku tetapi setiap malam hanya aku sahaja yang tinggal berseorangan. Maklumlah, rakan-rakan serumahku ada yang kerja shif malam dan ada juga yang keluar dengan teman lelaki. Semua hal peribadi rakan-rakan serumahku tidak pernah aku campuri. Aku tidak mahu dianggap menjaga tepi kain orang, lagipun niat aku datang ke KL adalah untuk mencari rezeki yang halal bagi menampung keluarga di kampung. Televisyen dibiarkan terbuka, walaupun aku berada di ruang itu, namun fikiranku entah kemana melayang. Hanyut terus dibuai kenangan-kenangan lama di kampung. Aku terus membiarkan kenangan itu datang menghantui benak fikiranku.
              “kamal,kenapa begitu cepat diputuskan pertunangan kita? Sampai hati kamal buat Leeya  begini,bagilah kesempatan untuk Leeya jelaskan perkara sebenar. Apa yang Kamal lihat tadi tidak seperti yang kamal sangkakan”, semakin kuat tangisan aku.
               “ tak usahlah kau permainkan dengan kata-kata Leeya, mana cintamu yang kau katakan akan setia padaku? Mana janjimu yang akan sehidup semati denganku. Perempuan jenis apa kau ni, dibelakangku kau bermain cinta dengan sudin. Kalau bukan Hanis yang ceritakan kepadaku, sampai ke mati aku tidak tahu.”
Aku semakin kelu dan tidak tahu bagaimana untuk membela diri di depan tunangku sendiri dan juga di depan keluargaku. Kamal datang meluru ke rumahku waktu malam hanya untuk memutuskan pertunangan. Kejadian petang tadi di jeti, sememangnya membuatkan Kamal bengang, marah dan kecewa dengan sikap aku. Apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri seakan aku membenarkan Sudin untuk menyentuh bahuku. Setelah Kamal menjerit dari jauh, barulah bahu aku dilepaskan dan aku cuba untuk berlari kearah Kamal. Namun kamal terus berlalu pergi dengan perasaan marah yang membara tanpa mempedulikan panggilan aku.
             “Percayalah kamal, Leeya tidak pernah mendustai cinta kita, Sudin yang selalu menganggu Leeya. Petang tadi,di jeti Leeya cuba melepaskan diri tetapi Sudin memegang bahu Leeya dan dia cuba buat benda yang tak elok pada Leeya,..”
             “aahhh..sudahlah Leeya, jangan kau cuba nak fitnahkan orang lain kerana mahu menutup perbuatan terkutuk kau tu. Sebelum ni aku hanya mendengar dari mulut orang yang kau sering berjumpa dengan Sudin di pantai, aku cuba tidak mahu mempercayainya, tetapi petang tadi dengan mata kepala aku Leeya, kau cuba buat benda terkutuk di kampung ni. Inikah bakal isteri yang akan aku kahwini? Kau sememangnya tidak layak untuk mendapat cintaku. Betullah selama ini keluargaku cuba menjodohkan aku dengan Hanis, tapi aku sendiri yang tergila-gilakan perempuan murahan macam kau.!”
Hati aku cukup tercalar dengan kata-kata kesat Kamal. Tuduhan yang dilemparkan begitu kuat mencalarkan hatiku dan makin hancur apabila aku dituduh perempuan murahan. Air mata aku semakin kuat bergenangan membasahi pipi. Tangisanku semakin laju, dan seolah tidak mampu terhenti kerana dimalukan seperti itu, dilemparkan tuduhan yang tidak betul oleh kekasih yang aku cintai sepenuh hati. Aku cuba menahan esakanku dan cuba mempertahankan maruahku. Namun setiap benda yang terpacul dari mulut aku lansung tidak dimakan oleh Kamal. Hati Kamal sudah menjadi batu, dan dirinya sudah dikawal oleh hasutan syaitan yang cuba meruntuhkan masjid yang akan dibina.
               “ Leeya tak kisah orang kampung nak cakap apa pasal Leeya tapi Leeya nak kamal percaya yang Leeya xpernah buat benda terkutuk, Leeya cuba menjaga diri Leeya dan cinta Leeya hanya untuk Kamal saja, apa yang diceritakan oleh Hanis semuanya tak betul. Di jeti itu Hanis sendiri yang ada dengan Leeya, selepas itu Hanis meminta supaya Leeya tunggu kerana….”kata-kata aku tidak sempat dihabiskan lalu Kamal terus mencelah.
              “Tadi kau tuduh Sudin,sekarang kau nak libatkan Hanis pula dalam masalah kita. Sudahlah, Hanis bukan perempuan murahan macam kau. Aku tak nak dengar lagi semua alasan kau, aku nak putuskan pertunangan kita. Aku dah tak nak tengok perempuan jijik macam kau..!! “Kamal terus bergegas turun tangga dan berlalu pergi dari rumah Leeya.
       Sejak kejadian malam itu keluarga aku sering disindir, ibu bapaku dicaci kerana tidak pandai menjaga anak gadis. Ibuku Mak Leha seringkali menitiskan air mata mengenangkan nasib aku yang tidak sempat membina rumah tangga. Mulut orang kampung tak dapat ditutup dan cemuhan semakin hari semakin membuak-buak. Manakala Hanis yang dikatakan teman rapat aku juga lansung tidak menegur aku. Hanis seolah-olah berpuas hati dengan segala yang menimpa diri aku. Barulah aku sedar bahawa Hanis bukanlah kawan yang baik,hanya teman sepermainan sewaktu kecil . Secara tidak sedar, pipi aku sudah dibasahi dengan jernih-jernih kaca. Lamunanku sekali lagi terhenti apabila kedengaran pintu rumah sewaku diketuk berulang kali. Lantas,aku bangun dan terus membuka pintu itu.Rupanya, Siti yang baru pulang dari kerja. Siti melihat wajahku seperti orang yang sedang berduka terus Siti duduk di sofa bersamaku.
            “Leeya, asal muka kau nampak pucat, tak bermaya je. Kau nangis ye tadi?”tanya Siti
             “tak ada lah Siti,aku penat sikit kerja banyak hari ni.kau macam tak faham bos muda aku macam mana”, jawab aku yang cuba menyembunyikan perasaan sebenar.
           “tak payahlah kau nak berdalih tukar topik Leeya, aku nie dah kenal kau lama. Aku tahu bila masa kau happy, bila masa kau penat.Kau nangis kan tadi. Kenapa Leeya? Masih teringatkan kampung lagi ke?” soal Siti yang masih tidak mendapat jawapan.
            “errrmm..entahlah Siti sejak kebelakangan ni aku asyik teringatkan benda-benda yang menimpa diri aku,” sayu hati aku membalasnya.
           “Aku faham Leeya, tapi semua tu dah ditakdirkan oleh Allah. Kita hanya merancang,Dia yang menentukan. Owh,sebelum terlupa aku nak bagi tau kau, aku nak balik kampung hujung minggu ni, jom lah kita balik sekali.”.
          “Tak apa lah Siti, aku masih belum bersedia untuk balik, ermm..nanti aku nak kirim wang,tolong bagi pada mak aku yea..jangan lupa tolong tengokkan sekali adik-adik aku.”balas aku.
Sememangnya aku semakin keras hati untuk pulang ke kampung smenjak ayah menyahut seruan ilahi beberapa bulan selepas aku meninggalkan kampung itu. Aku hanya bertanyakan khabar melalui telefon,itu pun jarang-jarang. Hatiku masih belum terubat. Perbualan antara aku dan Siti makin rancak, sehingga tidak sedar malam semakin larut.
                                                           
*************************

>will be continue,keep reading
Part 1 (klik)
Part 3 (klik)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

8 sUntiKaN sEmaNgaT:

Asfz said...

sangat memahami perasaan Leeya.. :'(

cepat smbung yek..n inform me ok! :)
teheee..makin menarik jalan ceritanya :)


Latest Entry: Siapa LOLA??

MisS BubBLe said...

@asfz lily
thanx 4 reading...coming soon:)

amrlaqm said...

nnti dh ada part 3, bgtw sy ok?
bez pulak bca cerita nie.. hehe (^^,)

MisS BubBLe said...

@Amirul Aqiim
okeh..no problem..will inform u..thanx 4 reading..:)

Alif Haris said...

awk tulis sndiri eh ? pndai eh :D

MisS BubBLe said...

@alif haris

yerp..tulis sndri, bru mncuba..maseyh sudi baca..:)

Ayie Abas said...

LAYAN PERASAAN laa AWAK nie...KALAU ADA AWEK MCM nie MMG BEST TAPI KENA PANDAI JAGA HATI...MUDAH TERASA DAN MUDAH MERAJUK nie...heheh..

MisS BubBLe said...

@Ayie Abas
mksud ayie utk karakter lam cerpen ke or ckp kt sy?:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta