Monday 20 June 2011

part 1 : Luhurnya Cintamu


      Jangan pergi nak ! tak kesian ke tinggalkan mak,ayah dan adik2 kau? Mak tak kisah dengan semua yang berlaku dan menimpa keluarga kita. Biarlah orang nak cakap apa pun..
"tak apa lah mak, lebih baik saya membawa diri ke bandar daripada duduk di kampung mendengar cacian,saya xsanggup tengok mak menangis dihina dan dicaci oleh orang kampung", jawab aku.
Leeya seorang gadis kampung yang berhijrah ke bandar kerana tidak tahan dengan tuduhan yang melulu orang kampung sehingga pertunangannya dengan kamal diputuskan. Perasaan kecewa dan malu itu telah membawa aku ke bandar pesat membangun, dan dengan kelayakan yang aku ada,aku kini bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat korporat terkenal. Lamunan Leeya terus terhenti apabila namanya diseru.
          "Leeya!! Leeya!!..ni ke kerja awak pagi-pagi buta, termenung entah ke mana.Berkhayal dah sampai bulan ker?"soal bosnya, Encik Razif. Razif siapa yang tidak kenal,lelaki muda kacak,berkulit putih dan tinggi serta menjadi kegilaan ramai wanita disana. 
Razif merupakan anak Datuk Razlan,usahawan terkenal di Kuala Lumpur. Perusahaan Datuk Razlan kini dibawah tugas anak sulungnya Razif yang baru sahaja pulang dari luar negara 3 bulan yang lalu. Namun Razif masih lagi mentah dalam bidang keusahawanan,jiwanya masih denga hiburan dan seringkali terikut-ikut dengan budaya barat.
                  “err..err, maafkan saya Encik..saya tak sengaja..”,jawab aku yang masih tersentap.
                  “Maaf je yang awak tahu, tak kan setiap hari saya kena maafkan awak je!”, bentak Razif.
Razif memang suka mencari kesalahan Leeya, kerana dia tahu Leeya tidak akan membangkang apa yang dikatakan olehnya. Tambahan pula, Razif suka melihat wajah Leeya yang ayu dan sopan,lansung tidak menunjukkan riak muka untuk menentang. Ringtone baby nyanyian Justin Bieber kedengaran, lantas Razif menyambut panggilan telefon bimbitnya. “owh my baby,! Mukanya tersenyum kembali, maklumlah baby nya yang telefon, Mary. Razif terus berlalu pergi dari meja Leeya dan masuk ke biliknya untuk menyambung perbualannya dengan `baby’, kekasih hatinya Mary yang berlagak perempuan mat salleh. Baru sahaja tinggal di U.K lima tahun, tetapi gaya dan penampilannya lansung tiada ala-ala gadis melayu. Tetapi apa yang membuatkan Razif meminati Mary adalah kerana Mary seorang yang sporting, dan tidak melarang Razif untuk keluar dengan mana-mana perempuan. Mary yang seakan faham dengan sikapnya seorang playboy di United kingdom. Kadang-kadang Razif sendiri pun tidak faham akan perasaan sebenarnya terhadap Mary, tapi yang pasti hatinya hanya milik seorang perempuan yang selalu membuat hatinya merintih kerinduan.

              Aku hanya tertunduk dan mula mengambil dokumen untuk menyambung kerjaku yang terbengkalai gara-gara peristiwa hitam 3 tahun lalu datang menjengah ke benak fikiranku. Aku pun tidak tahu mengapa peristiwa itu seringkali bermain difikiranku sejak sebulan ini. Mungkinkah kerinduanku sangat tinggi akan keluargaku yang ditinggalkan di kampung Medang? Atau mungkin itukah petanda sudah tiba masa nya untuk aku pulang ke kampung? Sambil membaca dokumen, anak mataku seringkali melihat telefon di meja. Hatiku terasa ingin menelefon seseorang yang aku rindui berbulan-bulan sehingga menganggu kareer kerjaku tetapi siapakah dia.             “kring..kring!!, perasaan Leeya tersentap lagi dengan bunyi deringan telefon di mejanya. Lalu aku mengangkat telefon dan menjawab dengan lembut.
                “Halo, Razlan Corporation Sdn.bhd. Boleh saya bantu?”,aku  menunggu jawapan. Tetapi panggilan itu tiada sambutan suara, sudah beberapa kali aku menjawab “halo..halo..Halo..nak bercakap dengan siapa? Siapa yang buat panggilan ni? Lunak suaraku beberapa kali menyoal sebegitu, akhirnya di hujung talian kedengaran orang ketawa. Dalam hatiku sudah dapat meneka siapa insan itu. Lalu aku terdiam walaupun hati ini macam nak terbakar, bukan kali pertama aku diperlakukan macam orang bodoh bercakap sorang-sorang,namun aku hanya menahan marah.
                 “halo..boleh bercakap dengan cik secretary yang suka cakap sorang-sorang?hahahaha,ngilaan ketawa Razif makin kuat kedengaran di talian. Hatinya rasa seronok dapat kenakan setiausahanya. Razif makin puas mengenakan Leeya. Tapi, tiba-tiba ketawa Razif terus terhenti kerana aku hanya diam membatu tanpa bersuara, lalu Razif dengan suara kelelakiannya menyentap..”masuk bilik saya sekarang dan bawa dokumen semalam yang saya suruh awak siapkan! Sekarang juga!! Sambil menghempas telefon dengan kuatnya. Hatinya sekarang makin cukup puas memperlakukan aku sebegitu. Aku terus meletakkan gagang telefon dan bangun meluru masuk ke bilik Razif. Begitulah yang terpaksa ditanggung oleh aku setiap hari. Kesabaran aku yang tinggi seringkali diuji.
*******************************************
>>will be continue, keep reading :)

part 2 (KLIK)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

8 sUntiKaN sEmaNgaT:

FF said...

err... pnjg nya..

hehe ;p

MisS BubBLe said...

@CikFF
haha...xpe, take ur time darl:)

kisah gadis stay up late said...

confirm en razif nak lafazkan cintanya kt si leeya ni..
hahha..
:)

Asfz said...

cepat la smbung..pastu apa jdi..hehe..
rmind me klw da update..hehehe

Latest Entry: Bermain dengan tahi lalat

MisS BubBLe said...

@kisah gadis stay up late
haha..cepat bonar andaian..

MisS BubBLe said...

@asfz lily
tiap hari akn update..okeh, will inform u..:)

Unknown said...

best bace!! nnt update smbungan citer ni!! hehe

MisS BubBLe said...

@amir aizat: skarang dh part 3..hee~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta