Sudah seminggu aku tidak mendengar khabar dari Ariff, sejak pertemuan aku dengan Ariff di kafe itu, Ariff tidak henti-henti menelefon aku. Kadang-kadang sebelum tidur aku akan mendapat mesej selamat malam dari Ariff. Tapi sekarang aku lansung tidak mendengar khabar dari Ariff. Ahh, kenapa sekarang aku menggelabah kalau tidak mendapat panggilan dari Ariff. Selama ini, aku melayannya acuh tak acuh memang patut aku diperlakukan begini. Aku tahu niat Ariff baik, tapi aku masih belum bersedia dengan apa yang dia inginkan. Aku hanya anggap Ariff sekadar teman, tapi sejak dia mula melamar aku tempoh hari, aku tidak bisa terima semua itu. Adakah kerana aku memberitahu hatiku hanya untuk orang yang aku cari selama ini? Atau kerana aku menolak lamarannya? Aku tak boleh menerima lamaran Ariff, kerana aku tidak cintakan dia. Tapi kenapa sekarang aku teringatkan Ariff? Kenapa wajahnya, suaranya menghantui aku saat ini. Seminggu tanpa khabarmu sudah bisa membuatkan aku dihantui oleh bayangmu Ariff. Tak mungkin aku rindu padamu Ariff. Tak mungkin. Perasaan aku masih sama seperti dulu dan aku tetap akan menunggu orang yang aku cintai untuk hadir dalam hidupku kembali.tapi andai jodohku dengan Ariff, aku reda. Aku mencapai telefon dan menelefon orang yang aku rindui di kampung.
“Assalamualaikum mak..apa khabar? Ini Leeya..”, jelas aku.
“waalaikumsalam, Leeya. Mak rindukan Leeya, bila Leeya nak balik sini? Mak ada berita gembira nak beritahu Leeya. Jawab Mak leha.
“Mustahak sangat ke mak? Mungkin Leeya akan pulang hujung minggu. Leeya pun rindukan mak dan adik-adik juga, nanti kita bercakap panjang ya mak.” Ujar aku.
Selepas talian dimatikan aku terus mendapat satu mesej dari orang yang aku nantikan, mungkin.
“Leeya, saya nak jumpa awak. Setengah jam saya akan datang jemput awak.ok”
Pesanan mesej ringkas dari Ariff, kenapa dia nak jumpa aku? Tanpa melengahkan masa aku terus bersiap dan menunggu ketibaan Ariff. Selepas setengah jam, kereta Honda silver terpacak di depan rumahku dan aku terus bergegas masuk ke dalam kereta Ariff.
“hai Ariff, kenapa lama sangat awak tak call saya. Mana awak menghilang?” aku betanya.
“saya agak sibuk kebelakangan ni, kenapa awak rindu saya ya?”balas Ariff.
“tak rindu pun saja pelik sebab lansung tiada call dan mesej dari awak.ingatkan awak dah tak nak berkawan dengan saya sebab saya tempoh hari. Tiba-tiba hari ini awak ajak saya keluar kenapa? Ada hal mustahak ke?” aku bertanya.
“Saya takkan paksa awak untuk terima saya,saya akan tetap menunggu dan awak fikirlah dulu tapi hari ni saya nak bawa awak jumpa kawan baik saya. Kami berkawan baik sejak di UK lagi.Dia banyak tolong saya dan kami dah macam adik beradik.”jawab Ariff.
“kawan baik awak? Tapi kenapa?”aku bertanya lagi.
“Saya pernah cerita pasal awak pada dia, dan dia teringin sangat nak kenal dengan perempuan yang berjaya buat hati saya berubah. Saya pun tak tahu kenapa dia ingin sangat berjumpa dengan awak.” Ujar Ariff.
“owh..macam tu, tapi saya segan lah.” Aku memberi alasan.
Kereta yang dipandu Ariff tiba di Restoran Chill, dan aku terpandang pada sebuah kereta yang aku agak kenal. Kereta sport berwarna kuning milik lelaki yang selalu buat aku naik angin. Tapi apa dia buat kat sini. Mati aku kalau dia nampak aku dengan Ariff. Mesti dia akan sangka Ariff ialah teman lelakiku. Tapi mengapa aku nak risau kalau dia menganggap begitu? Mungkin selepas dia tahu aku sudah mempunyai teman lelaki dia tak akan berani untuk kenakan aku lagi, mungkin selepas ini aku tidak akan jadi bahan ketawa dia lagi. Aku dan Ariff berjalan masuk ke Restoran itu dan tiba-tiba perasaan berdebar menyelubungi aku. Kenapa Ariff membawa aku menghampiri meja Razif? Setibanya di situ, aku lihat muka Razif tidak seperti biasa. Mukanya agak serius, tapi kenapa dia berkeadaan begitu.
“Sori dah lama tunggu ke man?”Tanya Ariff.
“tak adalah aku baru sampai,”ujar Razif.
Man? Bukankah dia Razif? Kenapa Ariff menyebut man, mungkin nama samara je kot. Mata Razif kuat menjeling kea rah ku. Aku tak tahu kenapa pandangannya sangat berbeza dari hari yang lain. Selalunya wajah ceria di mukanya dan senyumannya yang seringkali melebar tatkala aku dikenakan. Tapi hari ini, dia sungguh berbeza, dengan t-shirt dan seluar jeans yang dikenakan menampakkan keenseman Razif. Makin lama di pandang boleh cair hati aku, lantas aku mengelakkan anak mataku dari mencuri pandang Razif.
“mana perempuan yang kau ceritakan padaku, Ariff?” soal razif.
“kau ni tak sabar-sabar dari semalam lagi man, kau tak Nampak ke aku bawa perempuan ni. Dia lah yang aku ceritakan pada kau. Kenalkan inilah Syafeira Aleeya.” Jawab Ariff.
Riak wajah Razif berubah seperti melihat hantu. Aku tak tahu kenapa RAzif tidak berhenti melihat aku, tidak berkelip matanya saat namaku disebut oleh Ariff. dah buang tabiat kot Razif ni, adalah tu nak cari alasan nak kenakan aku. Aku takkan biar kau kenakan aku hari ini Razif.
“Man..! Man!.kenapa macam nampak hantu je, jangan ditenung lama sangat, ingat Leeya ni aku punya tahu. Kau jangan nak potong line.hahhaa”, gurau Ariff.
Razif terus melarikan anak matanya dari memandang Leeya. Namun hati Razif seperti tidak kena, dia sendiri tidak pasti dengan kehadiran Leeya depan matanya bagaikan satu rahmat.
“kenapa Ariff yang ditemukan dengan Leeya sebelum aku dipertemukan, kenapa Ariff berjaya menawan hati Leeya. Adakah aku masih tiada peluang untuk bertakhta di hati Leeya.?”bisik Razif di dalam hati kecilnya.
Tidak lama selepas itu Razif mengankat kaki untuk beredar. Namun sesekali matanya melirik kearahku. Senyumannya itu seperti member erti seribu maksud, tapi aku tidak mengerti semua itu.
“Ariff, sebenarnya Razif tu bos saya di pejabat.” Aku memberitahu Ariff.
“wah,kecil betul dunia ini ya, patutlah dia macam nampak hantu. Selalunya dia banyak cakap tapi tak tahu pula hari ni dia jadi orang lain.hehe,” sedikit gelak dari Ariff..
Selesai makan, kami beredar dari situ dan Ariff menghantar aku pulang.
Malam seperti biasa aku hanya membiarkan diriku rebah di sofa di laman rehat, tiba-tiba aku mendapat mesej dari nombor yang aku tidak kenali.
‘sungguh indah pertemuan di aturkan, namun perpisahan ini mungkin menguji kita’
Aku begitu terkejut saat membaca mesej ini, kata-kata itu pernah terngiang di telingaku dan merupakan kata-kata terakhir arm sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Siapakah pemilik nombor ini yang membuatkan hatiku tak keruan. Aku cuba membalas tapi tiada jawapan. Aku mengatur langkah untuk tidur dan saat aku melelapkan mataku, aku terima satu mesej dari nombor tadi.
‘selamat tidur puteriku,! Setiap yang berlaku pasti menjadi kenangan terindah, tika bangunnya kamu dari tidur, semua kenangan itu pasti bertukar menjadi rindu’
Tak mungkin!!!tak mungkin…siapakah gerangan yang membuatkan aku teringat pada kau arm.? Tak mungkin ini kau arm………........
Last Part will be update soon, keep reading :)
Part 7 ( KLIK )
Part8 last ( KLIK)
8 sUntiKaN sEmaNgaT:
haha..betul la razif tu arman kan..
arm dah muncul..
akhirnya leeya nak jga balek kg..
adakah akn bertemu kamal?
adeiii...
cepat la update episod seterusnya...
wat la 2 part 1 hari..ahahah..demand x? =)
@Cik Domo
hahahha..maseh byk jd pmbaca setia..tp tggal 1 part je lg..:)
mana part akhir nie?? huhu
siapakah lelaki misteri tu? jwb cepat..huhux
@M Fizan
yer2..sabau..nk update last part dh..hee~
hehehe tu mst full name die razif arman :D .. hehehe
hahaha..:D
wah ternyata benar razif tuh arman, tp knp selama ni tak kenal?
sbb dh lma tggalkan kg,jd xknl la..mnusia kn cpt berubh..:)
Post a Comment