Tuesday, 21 June 2011

Part 3: Luhurnya Cintamu


                 “alamak ! Mati aku…dah lambat nak pergi kerja,! Tapi kenapa Siti tak kejut aku pagi ni, dia pun belum bangun lagi ke?” bentak hatiku sambil bergegas lari ke toilet dan bersiap untuk ke pejabat. Jam menunjukkan pukul 8.45 pagi, sudah 15 minit aku lambat. Matilah aku kalau bos dah masuk, minta-minta lah dia lambat masuk hari ni.kalau tak, memang kena lagi aku hari ni..ermm nie gara-gara melayan siti ar semalam sampai tidur pun tak cukup..owhh baru aku teringat rupanya Siti tak kerja hari ni, patutlah dia pun tak bangun lagi. Selalunya aku akan terus berjaga selepas subuh, tetapi hari ini aku dalam keadaan uzur,sebab itu lah aku lambat bangun. Aku terus duduk di meja kerja sambil mencari-cari fail yang ditinggalkan atas meja untuk diberikan pada Razif untuk ditandatangani.
           Aiikk..mana fail semalam yang aku letak sebelum pulang, kenapa sekarang tak ada. Teruklah aku kalau ditanya oleh bos nanti..apa aku nak jawab.. habis semua loker diselongkar tapi tidak juga ketemu. Tiba-tiba mejanya diketuk,tukk!! ooppss!..Leeya terkejut dan terus mengankat mukanya. Rupanya Razif yang berdiri tegak di hadapan mejanya.
           “Apa yang dicari sampai bawah meja, macam suka je duduk bawah meja tu,”sindir Razif.
            “err,tak ada apa..Cuma fail yang semalam tuuu…,kata-kata aku terus disambung oleh Razif.
            “oowhh..fail tuh saya dah ambil tadi, sebab saya nak cepat..nak tunggu awak masuk kerja entah pukul berapa,maklumlah pejabat ni bapa mertua awak yang punya kan..”lagi sekali Razif menyindir Leeya sambil dalam hatinya nak tergelak besar .
Dalam hati memang membara rasanya,adakah dia cakap pejabat ni bapa mertua aku yang punya,ingat aku ni nak kahwin dengan orang macam kau ke, tak ingin aku… tapi memang salah aku pun yang datang pejabat lambat. Adushh,..malu aku kena sindir lagi hari ini.” Maafkan saya ye bos, jalan sesak tadi sebab tu saya masuk lambat”,jawab aku.
             “ apa-apa jela awak Leeya, tak habis-habis dengan maaf. Hari ini saya ada meeting dekat Restoran Glory pukul 1 nanti. Jadi saya nak awak ikut sekali yea.”pinta Razif dengan muka tegas.
              “Baik bos,”jawab aku tanpa bantahan.
Razif pun berlalu pergi ke biliknya. Fuh, nasib baik dia tak marah aku lebih-lebih pagi ni,kalau tak memang aku letak jawatan terus dari jadi setiausaha boleh jadi gila aku. Eh, tapi kalau aku berhenti nanti keluarga aku kat kampung nak makan apa, dah la kerja ni susah nak dapat dulu. Punyalah susah aku mencari kerja, nasib baiklah Datuk Razlan baik hati dan sudi terima aku bekerja. Jasa Datuk Razlan memang takkan aku lupakan. Aku menyambung kembali kerjaku yang semakin hari semakin bertimbun. Jam menunjukkan pukul 12.45 tengahari, aku terus bangun dan meluru masuk ke bilik Razif. Tup! Tup!aku mengetuk bilik Razif tapi tiada respon.Aku mengetuk sekali lagi tapi dengan kuatnya.
            “ya, masuk! Dengan kuat suara Razif memberi arahan.
             “bos, sekarang dah pukul 12.45, bos kata ada janji temu pukul 1 nanti, tak nak gerak sekarang ke takut lambat nanti,” pinta aku.
             “owh,tak perasan saya masa berlalu dengan cepat, maklumlah saya banyak kerja nak cari wang nak bagi awak makan la ni Leeya.” Jawab Razif dengan selamba.
Berderau darau aku bila mendengar kata-kata Razif. Apa dia ingat aku ni tanggungan dia ke, aku cari rezeki yang halal kat sini,aku buat kerja dan duit tu dibayar atas kerja yang aku buat,bentak aku di dalam hati.
               “kenapa diam, oowhh ada hati nak jadi isteri saya rupanya,hahaha”gelak Razif.
              “tak terlintas lansung saya nak jadi isteri bos!”,terpacul jawapan itu di mulut aku.
               “hahaha, ya la tu Leeya jangan termakan dengan kata-kata suatu hari nanti sudah la. Cepatlah dah lambat ni” pinta Razif.
kami pun berjalan keluar dari pejabat dan menaiki kereta bersama. Bukan senang aku nak naik kereta bersama Razif tambah pula untuk keluar lunch bersama. Setiap pelawaan Razif mesti akan ditolak oleh aku. Aku hanya akan keluar bersama apabila berkaitan dengan urusan kerja atau janji temu. Aku tak mahu di gosipkan dengan bos sendiri. Kami tiba di Restoran Glory pukul 1.10 kerana jalan agak sesak sedikit.
             “Nampaknya kita dah lambat 10 minit,”kata aku.
              “tak apa, tak ada orang nak marah kita datang lambat lagipun kita datang nak lunch”,selamba Razif menjawab.
Leeya masih kebingungan dan hanya mengikut saja rentak Razif. Mereka pun duduk disuatu sudut yang agak tersorok dari orang ramai.
                “ mana orang yang kita nak jumpa hari ini?”soal aku.
                 “oowh, yang depan awak ni bukan orang ke?” soal Razif.
                 “ I mean client, not you!” sedikit tegas dari aku.
                 “Sudah batal tadi, tapi memandangkan kita dah sampai disini kita berdua jelah makan kat sini.” Balas Razif.
                 “Patutlah dari tadi bos macam acuh tak acuh je, kenapa tak cakap batal?aku terus menyoal.
                 “Should I answer your question? Datang sini nak makan bukannya nak menjawab persoalan awak. Come on la leeya, every time saya ajak awak lunch, macam-macam alasan awak bagi. Jadi tak salah kalau hari ini saya nak lunch dengan awak.” Razif menjawab.
                  “Memang salah, sebab saya tak nak ada mata-mata buat khabar angin yang tak betul pasal saya,” aku makin bengang.
                 “Bukannya buat apa-apa, janganlah terlampau negatif sangat. Sudahlah makan jelah”. Jawab Razif.
     Mereka pun makan dan masing-masing mendiamkan diri. Panas hati Leeya masih belum hilang namun ditahan saja perasaan itu. Razif sesekali memandang muka Leeya yang agak kemerahan kerana menahan marah, namun Razif hanya menahan gelak. Akhirnya dia berjaya mengajak Leeya untuk keluar makan bersamanya walaupun terpaksa menggunakan taktik kotor, tapi dia cukup berpuas hati. Selesai makan, mereka terus pulang ke pejabat.
                                                   **********************************


btw: will be update soon,keep reading:)
Part 2 ( KLIK )
Part 4 (KLIK)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

11 sUntiKaN sEmaNgaT:

Alif Haris said...

haha dpt gak lunch sesama .. :p
alamak bersambung lagi ke ? haha ..

MisS BubBLe said...

@alif haris
yerp brsambung lg sbb kalo nk msukkn semua nti boring lak bace pnjg2 kn..:)

Asfz said...

la..razif ada hati upenya ngan leeya...kih3...pandai guna taktik camtu kan..bijak3...hhahaha

cepat la sambung..
pemolo setia ni..kah3x

Latest Entry: Doodle buat mereka part 2

MisS BubBLe said...

@Cik Domo

jgn cepat buat andaian..hee~

Yananana ツ said...

wahh wahh best lah cite ni. not bad lah. dah macam drama bersiri. btw cepat cepat buat sambungannya k. tak sabar nak bace. HEE <3

MisS BubBLe said...

@nurfarhani
thanx 4 reading taw...really appreciate it:)

Unknown said...

Oh Razif naksir Leeya rupenye.. hehe...

Unknown said...

sambung lagi? huhu

MisS BubBLe said...

@amir aizat

byasela kasi saspen..sbb tuh ada part..hee~

Unknown said...

rajinnya menulis :D
nnt wat la kish yang xsmbg2.lagi sernk baca hehe..x menggu utk cerita setersnya heee :P

MisS BubBLe said...

@fatin hanani

okeh..pasnie InsyaAllah kalo ada idea akn mngarang 1 crita..:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta