Sunday, 26 June 2011

Last Part : Luhurnya Cintamu


            Seperti yang dijanjikan aku mengambil cuti 2 hari untuk pulang ke kampung. Sudah agak lama aku tidak menjejak kaki ke situ. Pada mulanya Razif menawarkan untuk menghantar aku pulang ke kampung, tapi aku begitu pelik dengan pelawaannya. Layanannya padaku sejak kebelakangan ini sangat aneh, dia tidak lagi mengejek atau mentertawakan aku. Mungkin kerana aku kawan Ariff. Setelah 4 jam didalam bas akhirnya aku tiba di kampung halaman. Adikku syafiq yang datang menjemput aku dengan motor di stesen bas. Setibanya aku di rumah, aku di sambut oleh mak aku.
                “ Akhirnya pulang juga kau Leeya, “ujar Mak Leha.
                 “saya rasa dah tiba masanya saya pulang ke kampung mak. Saya dah lupa semua yang berlaku.”balas aku sambil mencium tangan mak.
                 “ masuklah ke dalam, kebetulan Leeya sampai ada orang sedang menunggu di dalam”, balas Mak Leha.
Sejurus aku melangkah masuk ke dalam rumah, berderau darah aku menyinggap di kepalaku. Kenapa lelaki yang hancurkan harapan aku ada di rumahku? Apa lagi yang dia inginkan.
                “Leeya, maafkan kamal ya. Kamal datang untuk meminta kemaafan dari Leeya, kamal tahu perkara yang terjadi dulu benar-benar membuatkkan hidup Leeya merana, tapi hidup kamal juga merana setelah Leeya pergi dari kampung. Kamal dah tahu ccerita sebenar, sebab itulah Kamal datang untuk meminta maaf. Sesungguhnya kamal banyak berdosa pada Leeya.” Rayu Kamal.
              “ sudahlah kamal, Leeya tak mahu mengingati lagi. cukuplah dengan apa yang berlaku dulu, Leeya dah maafkan semuanya.” Aku membalas dengan sayu.
               “kamal dah tahu semuanya, apa yang terjadi dulu hanyalah kerana sikap melulu dan cemburu buta kamal. Semua yang terjadi kerana Hanis yang merancang segalanya dan kamal terlalu percayakan Hanis tanpa soal siasat dahulu. Sudikah Leeya maafkan kamal dan kalau boleh kita kembali seperti dulu. Kamal tahu Leeya amsih sayangkan kamal kan? Sebab itu Leeya masih belum berkahwin?” ujar Kamal.
               “Leeya dah tak peduli semua itu, perasaan Leeya pada Kamal sudah lama terbuku, dan Leeya pulang ke sini pun kerana Leeya akan bertunang dengan orang yang mencintai Leeya. Lebih baik Leeya menerima orang yang mencintai Leeya daripada Leeya menaruh harapan yang tinggi pada orang yang Leeya cintai.”balas aku.
Kamal terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh aku. Mungkin dia tidak menyangka bahawa aku akan menerima kehadiran orang lain di dalam hatiku. Perbualan aku dengan Kamal terhenti di situ dan aku terus meluru masuk ke bilik. Kamal mengangkat kaki untuk pulang, sudah cukup rasanya penjelasan yang aku berikan pada kamal. Aku dan kamal tak mungkin bersama kembali kerana aku tahu kami tidak dijodohkan bersama. Mungkin Ariff jodoh terbaik aku, walaupun aku masih tidak boleh menerbitkan rasa cinta dalam hatiku. Aku tahu hatiku mungkin jatuh cinta dengan mesej-mesej yang seringkali aku terima setiap hari. Yang membuatkan aku tidak keruan namun aku tidak boleh berharap pada orang yang tidak nyata, sampai ke hari ini aku masih belum tahu siapakah gerangan yang menghantar mesej padaku atau mungkin Ariff . Esok mungkin aku sudah menjadi tunangan orang dan aku harus melupakan anonymous yang seringkali menguji hatiku dan juga mungkin aku harus melupakan Arm…sudah puas aku mencarimu tapi sehingga kini aku tidak ketemu denganmu Arm. Mungkin inilah yang ditakdirkan antara kita. Perpisahan kita saat itu benar-benar menguji kita. Saat aku terbaring di katil, tiba-tiba aku mendapat satu mesej yang aku nantikan.
             ‘keajaiban pasti berlaku jika hati kita benar-benar inginkannya terjadi
Aku tersenyum tatkala membaca mesej ini. Tapi aku tidak tahu apa keajaiban yang bakal terjadi, pada aku, mungkin dengan kehadiran arm di depan aku akan cukup membuat keajaiban berlaku.
                ‘penantian yang selama ini akan tamat dan kerinduan ini akan terubat’ satu lagi mesej masuk ke telefonku. Siapalah gerangan ini yang seringkali bermadah denganku. Sesungguhnya dia menguji hatiku.
        Saat yang ditunggu sudah tiba, kegembiraan yang terbit di muka mak aku jelas kelihatan kerana aku bakal dimiliki sebentar lagi. Penderitaan yang ditanggung oleh mak aku selama bertahun-tahun akan tamat setelah aku mengikat pertunangan dengan Ariff. tiada lagi mulut-mulut yang akan menyindir ibuku kerana tanggungjawab ibuku bakal berakhir, dan aku akan menjadi tanggungjawab bakal suamiku nanti. Mungkin inilah jodoh yang ditentukan oleh Tuhan padaku. Aku reda menerima cinta Ariff, dan aku pasti bibit-bibit cinta pada Ariff akan hadir setelah kami mengikat tali pertunangan. Pihak rombongan telah pun memenuhi ruang rumahku. Perasaan berdebar makin kencang, aku tidak mengerti kenapa aku merasakan sesuatu yang aneh. Ku intai di luar bilik, kelihatan Ariff bersama rombongan. Tapi mengapa Ariff datang bersama, bukankah orang yang ingin bertunang hanya menghantar rombongan? Saat aku mengintai di luar pintu, telefon aku menerima satu mesej.
                   ‘Cinta hadir tatkala kita berjauhan, dan Cinta akan bersatu tatkala kita bertemu kembali dan Cinta hakiki akan kekal dengan kesetiaan’
Ahhh..dia lagi..masih sempat dia menhantar mesej saat-saat aku sudah mahu menjadi tunangan orang. Aku terus mematikan telefon bimbitku dan duduk di katil. Aku mendengar segala perbincangan orang di luar, saat namaku di sebut aku sedikit bergetar, macam ada sesuatu yang bakal berlaku. Air mata ku mengalir membasahi pipi mungkin kerana aku pasrah tidak dapat bertemu denganmu lagi Arm..bahagianya aku kalaulah orang itu adalah Arm. Jantungku macam terhenti seketika apabila namaku disebut dan akan ditunangkan dengan Razif Arman. Aku terus meluru keluar bilik kerana aku pasti ada sesuatu yang tidak enak. Ariff datang mendekatiku dan berkata,
              “Leeya, mungkin kita tak layak untuk bersama namun ada orang yang lagi layak memiliki cintamu itu”, kata Ariff.
Air mataku mengalir kuat membasahi pipi, saat itu datng kelibat seorang lelaki menghampiri aku dan menghulurkan sapu tangan. Sapu tangan yang tertulis nama Eira&Arm…aku mengankat mukaku dan Razif di depanku. Aku masih tidak mengerti.
             “Eira, sudah lama Arm mencari Eira tapi lansung Arm tidak mendapat sebarang petanda. Namun Arm tidak berputus asa, dan Arm sangat bahagia saat Ariff menceritakan semuanya pasal Eira. Waktu kita bertemu di Restoran itu, Arm betul-betul terkejut Leeya adalah Eira Arm yang selama ini Arm cari. Tak sangka kita sebenarnya sudah lama ditemukan namun masa yang belum sesuai.” Jelas Razif
                 “sapu tangan ini? Saya pernah memberinya pada Arm, kenapa ada pada awak? Tak mungkin awak Arm..nama awak Razif, awak bukan Arm..air jernih makin kuat membasahi pipiku,
                 “Eira, ini Arm..keajaiban sudah terjadi, kerana kita benar-benar menginginkannya terjadi.Saat Ariff memberitahu nama Eira, syafeira Aleeya..Arm buntu tak tahu macam mana nak menghadapinya sebab itu Arm berlalu pergi dan setiap hari Arm mesej pada Eira. Nombor yang eira tidak kenal itu adalah sebenarnya Arm.. Arm tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Eira, tapi Arm pasti semuanya ada hikmah. “ jelas Razif lagi.
             “ jadi setiap hari Eira mendapat mesej rupanya semua itu dari Arm…patutlah hati Eira kuat mengatakan itu adalah Arm..Ya Allah Eira bersyukur sangat dipertemukan dengan Arm..Eira betul-betul tak sangka Allah memakbulkan doa Eira. Arm, jangan tinggalkan Eira lagi ya.sejak Arm pergi Eira sangat rindukan Arm…”aku membalas sambil terkedu,
                “cukup Eira, mungkin kita telah ditakdirkan bersama. I really miss you dear, dari dulu lagi Arm ingin luahkan perasaan cinta Arm pada Eira namun Arm tak tahu nak ungkapkan macam mana. Sudikah Eira menjadi teman sehidup semati Arm?”soal Razif.
               “yes, I will.. Eira cintakan Arm….!! Saat itu perasaan gembira yang sukar aku tafsirkan. Rupanya jarak antara aku dan Arm tidaklah jauh. Begitu luhur cinta Arm padaku sehingga aku ditakdirkan bertemu juga dengan Arm walaupun di hari begini. Selama ni aku buta kerana Razif Arman adalah Arm yang aku cari-cari selama ini. Aku selamat ditunangkan dengan Arm ataupun Razif Arman. Terima kasih atas pertemuan yang kau aturkan dan kerana Luhurnya Cintamu,Allah telah menyatukan kita berdua.

btw: thanx sesape yg follow cter nie..dh ending pun:)
Part 7 ( KLIK )http://www.emocutez.com
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

16 sUntiKaN sEmaNgaT:

Alif Haris said...

tapii xkan die lagsung x cam yang boss die tu adalah kwn baiknye dulu arm ??

hehe

Yananana ツ said...

setelah lama follow cerita ni akhirnya habis pon . urm happy ending , so sweet , nangis bace entry last ni .

Asfz said...

yeay!! betol la apa yang asfz jangkakan...
razif = arm
leeya = eira

hoyeaah!! akhirnya kebahagiaan menjadi milikmu leeya =)

padan muka kamal!! hahaha (gelak dengan jahatnya!!!)

MisS BubBLe said...

@alif haris

byasela, mnusiakan slalu berubh dri apa jua, fzikal pon bleh berubah...nie hakikat taw..:)

MisS BubBLe said...

@nurfarhani

wah, smpai nanges..trharuunyee..tQ so much sbb bce ..:)

MisS BubBLe said...

@Cik Domo

haha..kalo hakikatnye mcm tu, mmg xpyh trima dh kamal kn3..hee~

M Fizan said...

nice story..boleh buat novel pulak :D

suka ending cite nie ^_^

Unknown said...

Keajaiban terjadi karna kita benar2 menginginkannya terjadi...
Indahnya, berakhir bahagia... :)

MisS BubBLe said...

@M Fizan

tggi sgt tu nk uat novel, hee~

MisS BubBLe said...

@ZeLika_Merry Mempawah

haHAa..sHukanyee dye:)

Syahirah Suhaili said...

zaty..adiela baru datang bace cerpen zaty nie..hehe..so sweet jln crite..sorie lmbt bace tau..adiela busy cket akhey2 nie..

MisS BubBLe said...

@Syahirah Suhaili

its ok..sudi dtg baca pon da ckup bertuah..hee..:)

Unknown said...

tak bosan pon baca cerite nih...
selalu nak tengok lagi rasenye hehehe...

MisS BubBLe said...

@ZeLika_Merry Mempawah
yeke..thanx sgt taw! anytime boleh singgah dan baca:)

Master Tora said...

nihh kalu himpun2 blehh buat novel nihh

MisS BubBLe said...

@sampankertas

haHAa..tingginye tu novel:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta