Wednesday 29 June 2011

Contez Saya kenal Sangat Si Hakim Tu

(Situasi dirumah tatkala hujung minggu)

                   Dunia blog kian hari semakin melonjak tinggi, pelbagai orang tidak mengira kaum ataupun bangsa sibuk mengejar populariti sebagai kaki blogging. Ini juga turut terjadi kepada seorang blogger yang bernama Hakim. Hakim seorang kaki blogger tegar sejak dia mahu mengejar bilangan follower. Hamper setiap hari akan ditatap dunia blognya dan senyuman pasti melirik sampai ke pipi jika bilangan followernya meningkat Namun, di dalam hati Hakim, sudah bertekad akan mengadakan contest jika bilangan followernya mencapai sasaran yang diimpikan. Alhamdulilah, akhirnya impian Hakim menjadi kenyataan dan dia terus melancarkan ‘Contest Saya Kenal Sangat Si Hakim itu’.
                  Wah, hari ni dah banyak sambutan aku dapat. Tak sangka pula aku ni dikenali di dunia blog..hehe. Malahan aku rasa makin berkeyakinanlah untuk keluar. Lagipun, aku rasa mesti aku dah famous amous macam blogger lain. Maklumlah sambutan untuk contest tu pon boleh tahan, traffic aku naik mendadak itu tak tengok follower aku lagi..fuuh, masyuk gila..terbaik ahh dunia blog nie memang kasi aku terkenal. Tak payah penat lelah nak jadi artis, jadi blogger pun dah cukup okey, getus si Hakim sendirian.
                Setelah 2 jam menghabiskan masanya di dunia blog, akhirnya Hakim mengambil keputusan untuk ke shopping complex, tapi dia tidak bercadang untuk mengajak girlfriendnya yang cute itu sebab dia takut akan terjumpa blogger lain dan dia tidak mahu awek nya cemburu jika dia ditegur atau dikelilingi blogger cun.

( Situasi Di Mid Valley)

                Penatnya jalan sensorang ni, janji dengan Si Ahmad pukul 12, tapi si mamat ni memang selalu lambat. Eishh, dah puas aku ronda shopping complex ni tapi tak ada lak awek-awek cun ke nak tegur aku, ajak aku minum ke. banyak punya hensem aku hari ni, takkan tak da yang nak usha-usha aku..bisik Hakim sendirian sambil menunggu rakannya, Ahmad.
Sedang asyik berjalan, Hakim mengatur langkah untuk berhenti disebuah kedai minuman bagi menghilangkan haus ditekaknya. Tiba-tiba dia terdengar suara-suara perempuan berbisik di belakangnya.

Perempuan 1 : Aku rasa macam kenal je mamat kat depan tu. Siyes macam familiar.
Perempuan 2 : kau ni biar betul, aku tak kenal pun. Siapa?
Perempuan 1 : Adalah, aku pernah tunjuk kat kau hari tu gambar dia kat blog, banyak punya hensem kat luar. Tak sangka aku dapat jumpa dia hari ni.
Perempuan 2: iyeke..sori la aku tak pakai cermin mata, kurang jelas pandangan.

                “Eh2..ada orang cakap pasal aku la. Aku rasa aku tak salah dengar, gadis2 belakang aku ni cakap pasal blog. Yes.! Ternyata ada orang kenal aku kat luar..tak sangka muka aku ada orang kenal.hahaha, aku dah femes..yuhuu..”,lonjakan gembira si Hakim sampai senyum macam kambing.

Perempuan 1: ala, betul dah si akim tuu..
Perempuan 2: ruginya aku tak pakai cermin mata hari ni. Cepatlah tegur minta sign weyh..
Perempuan 1: jap aku panggil, Akim!!Akim!!
Tanpa segan silu Hakim terus berpaling ke belakang sambil senyum.
Hakim: yea, saya.. saudari berdua mesti peminat saya kan..ada join contest saya ker? (sambil seyum-senyum)
Perempuan 1 : errr..err..awak ni..
Hakim: yea, betullah tu.. saya Hakim.
Perempuan 1: Hakim mana lak nie..?
Hakim: tadi yang awak panggil-panggil bisik pasal blog, itu saya la.
Perempuan 2: awk ni dah salah orang, kami tak kenal awak la.
Perempuan 1: kami panggil Akim penyanyi la. Dia ada kat depan tadi.
Hakim: owhh..yeke, jadi awk berdua tak kenal saya la.
Perempuan 1: tak kenal lansung. Awak bukan artis, mana saya kenal.
Hakim: saya blogger..ermm…yang ada buat ‘contest saya kenal si hakim itu’…

         Merah padam muka si Hakim yang menahan malu depan 2 orang gadis, gara-gara mengejar populariti akhirnya malu yang dia dapat. 2 orang gadis itu berlalu pergi dari Hakim dengan segera.

Perempuan 1: hahaha…malu gila mamat tu, perasan terlebih.
Perempuan 2: ciss,,jahatnya kau gelak. Tapi betul wei..aku dah sakit perot tahan gelak tengok muka mamat tadi merah gila malu ingatkan kita panggil dia.hahhahaa
Perempuan 1: ala, biasalah taktik nak mengorat kita la tu.., haha
Perempuan 2: Dah ah, tak tahan aku mengenangkan kejadian tadi. Tapi ensem kot mamat tadi, boleh tahan la..hehe

               “Malunya aku depan awek-awek cun tadi, mati-mati aku ingat diaorang kenal aku, ciss aku dah terkena.malu siot…! Balik ni aku nak update kat blog la pasal kejadian malu nie. Gara-gara ‘ contest saya kenal si hakim itu’ buat aku malu..dengus si Hakim sambil meneruskan perjalanan di shopping complex.
(maluunye muka, orang tak kenal lagi aku rupanya)



~Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata tidak kena mengena antara yang hiudp mahupun yang telah mninggal, hehe..kat cnie nak tag 2 org, tapi semua dijemput untuk join:
>>Aizat
>>Zorro

Aku dah join contest neyh, so Hakim kenalah pilih aku sebagai juara sebab penat taw aku create cerita nie, tapi apa yang penting nak hadiah taw..!!hehe..kasi tiup-tiup bagi menang yea..:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

8 sUntiKaN sEmaNgaT:

Syarni Farida said...

tebaek punya imaginasi ;P

MisS BubBLe said...

hahHaa...:)

aunty kodok said...

best2 !

MisS BubBLe said...

@aunty kodok
thanx so much!

Hakim. said...

Ini...ini...............

saya malu.

Terima kasih sebab support contez saya.. :D

Unknown said...

mcm menarik, tp mcm xsempat la nk bercerita mcm ni,huhu but saye support anda okay! insyaAllah mesti dpat nye, x grand prize, saguhati pon ok kann

MisS BubBLe said...

@Hakim IS Mikah

haha..gurau2 jerk..(jgn mara)..hee~

MisS BubBLe said...

@amir aizat

its oke..thanx :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta