Monday 6 August 2012

Part 9 : Biarkan Kenangan Itu




Telah heboh satu pejabatnya bahawa supervisor di syarikatnya meminati Rea. Desas desus dan khabar angin itu telah sampai ke telinga zamrishal. Rea sendiri malu dengan khabar angin tersebut, walaupun sudah lama dia menyedari perasaan En. Amran padanya, tetapi tidak mungkin Rea akan menjadi perosak rumah tangga kebahagiaan orang lain. Dia pun faham bagaimana perasaan seorang isteri jika suaminya bermain kayu tiga. Nasib baiklah Rea tidak pernah melayani En. Amran lebih daripada seorang ketua. Dia menghormati En. Amran sebagai ketuanya. Rea mulai sedar perasaan En. Amran kepadanya apabila En. Amran mula meluahkan isi hatinya pada minggu lepas. Sejak dari itu, Rea cuba mengelak jika bertembung dengan En. Amran melainkan soal kerja. Dia tahu setiap gerak gerinya diperhatikan, tetapi dia cuba berlagak professional kerana dia hanyalah budak praktikal di situ, kalau dia buat hal, nanti prestasinya buruk. Dia tidak mahu kerana hal begini masa depannya hancur. Rea mula mencari jalan untuk menutup gosip di syarikat itu, dia malu kalau hal ini berterusan kerana dia tidak pernah sedikitpun menyimpan perasaan suka pada En. Amran.
            “Rea, bahagian saya dah siap. Tinggal bahagian awak lagi belum,” sapa zamrishal sambil menghulurkan kertas plan. Zamrishal lansung tidak pandang wajah Rea.
            “ Ouh, oke. Tapi yang awak punya tu…” belum sempat dia menghabiskan ayat zmarishal memotong kata-katanya.
            “Semua ada kat situ, awak boleh tengok” selamba zamrishal menjawab. Wajahnya serius dan tiada lagi senyuman di wajahnya seperti selalu. Zamrishal juga tidak ceria seperti biasa.
Rea hairan dengan sikap zamrishal yang berubah secara tiba-tiba. Sikap dinginnya yang ditonjolkan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Rea berasa serba salah, entah kenapa hatinya kuat memaksa untuk bertanyakan hal sebenar, apa yang berlaku sehinggakan zamrishal lebih suka berdiam diri. Dicapainya handphone di meja dan menaip mesej. Akhirnya mesej itu dihantar. Puas dia menunggu namun tiada sebarang jawapan, matanya menggerling ke arah zamrishal dilihatnya handphone zamrishal dibiarkan begitu. Dia menghantar mesej sekali lagi. Dan tiba-tiba mesej kali keduanya di balas.
            “Maafkan saya kalau selama ini saya mengganggu hubungan awak dengan orang lain, saya tak nak jadi penghalang awak dengan En. Amran. Saya tahu awak susah nak percaya pada lelaki, tetapi andainya En. Amran dah berjaya buat awak lupakan kisah silam awak, saya doakan awak bahagia dengannya. Tetapi saya berharap awak takkan lupakan saya yang ingin menjadi sebahagian dari hidup awak sebelum ni.”-zamrishal.
Mesej yang diterima begitu panjang, dan Rea mulai bergenang air mata. Entah kenapa mesej itu membuat hatinya sayu. Begitu cepat zamrishal mendengar khabar angin itu, dia tidak tahu cerita sebenar. Tetapi perlukah aku memberitahu segalanya sedangkan aku juga menolak kehadiran zamrishal. Aku tak mahu zamrishal menganggap aku mata duitan hanya kerana En. Amran sudah bekerjaya, akhirnya Rea membalas mesej zamrishal.
            “Awak, saya tak tahu kenapa saya ingin bercerita segalanya pada awak, tapi percayalah tiada apa yang berlaku antara saya dan En. Amran. Saya tak pernah terima En. Amran kerana saya tak sanggup merampas kebahagiaan orang lain. Saya tahu akan ada orang yang lebih baik untuk menjaga saya, tetapi saya tak pasti orang itu adalah awak ataupun orang lain. Selama ini, saya bersikap kasar dengan awak sebab saya takut dengan semuanya, saya takut dikecewakan lagi. Perkara lepas sering menghantui diri saya, tetapi jujurnya saya happy dapat kenal dengan awak. Kadang-kadang saya pelik kenapa awak boleh sukakan saya sedangkan saya tak pernah buat baik dengan awak. Tetapi yang penting saya tak nak hilang kawan seperti awak”-Rea
            “its ok Rea, saya tak marahkan awak. Mungkin saya belum cukup bersedia untuk miliki awak sebab saya tak tahu macam mana nak buktikan lagi yang saya ikhlas sukakan awak. Selagi benda lepas menghantui awak, saya takkan berjaya miliki hati awak yang suci Rea. Jika sudah tercatat awak milik saya, kita akan tetap bersama mengukir kenangan baru bersama. Biarlah semuanya berlalu, kita hadapi hari mendatang dengan seribu harapan”-zamrishal
            “Maafkan saya sebab tak hargai awak, tapi saya tak nak perkenalan kita hancur sebab perkara ni. Saya tahu saya sepatutnya lupakan benda lepas, tetapi berilah saya waktu juga untuk memikirkan semua ni. Saya harap awak faham…..”-Rea
Rea menanti mesejnya di balas, tetapi hampa kerana zamrishal tidak membalasnya. Dia kelu entah macam mana dia akan berhadapan dengan zamrishal untuk tempoh seminggu lagi sebelum tamat tempoh praktikalnya. Kenapa hatinya belum cukup kuat untuk mengukir nama zamrishal di kotak hatinya. Walaupun hampir setiap hari zamrishal menghadiahkan coklat kepadanya sebagai tanda keikhlasannya tetapi semua itu belum cukup kuat untuk meyakinkan Rea. Dia berharap semua ini akan ada jalan penyelesaian, Rea akan terus berdoa memohon petunjuk agar dia dapat membuat keputusan yang betul dalam hidupnya. Dia berharap semuanya berlalu dengan begitu cepat, dunia pekerjaan yang sebegini banyak memberi kehidupan baru kepada dirinya. Walaupun hanya 6 bulan sahaja dia berpraktikal di situ sudah banyak yang dia tempuh dan dia semakin bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar suatu hari kelak.

********************************************

Part 8 ( KLIK)
Sudah baca mohon KLIK SINI
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta