Monday 30 July 2012

Part 8 : Biarkan Kenangan Itu


Sudah hampir sebulan Rea menjalani praktikalnya di syarikat pembinaan itu. Semakin hari semakin banyak yang dia pelajari di situ, dan semakin terbuka dalam dunia pekerjaan sebenar. Dalam kesibukkan waktunya, zamrishal cuba mendekati dirinya. Rea menyedari zamrishal cuba untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat, tetapi Rea tidak yakin akan menjadi seorang sahabat yang baik kerana hatinya begitu takut jika persahabatan yang kukuh akan hancur seperti dahulu. Dia kurang pasti dan yakin dengan setiap kata-kata yang diungkapkan oleh seorang lelaki. Tetapi yang menghairankan kenapa lelaki yang sekacak zamrishal masih belum mempunyai teman istimewa, dengan penampilannya yang sebegitu selalunya menjadi idaman setiap gadis. Pernah terlintas di fikiran Rea untuk mengajukan soalan begitu, tapi tidak pernah terkeluar di mulutnya kerana siapalah dia untuk bertanyakan soal peribadi. Sedangkan dia sendiri pun melayani zamrishal dengan teruk. Kalau bukan soal kerja, sudah pasti dia tidak akan bertegur sapa dengan zamrishal.
“Rea, dah hampir sebulan kita kenal. Kalau saya nak minta sesuatu boleh?” soal zamrishal yang muncul di belakang Rea yang sedang menikmati kopi panas.
“err, ya. Apa dia?” jawab Rea.
“Boleh tak saya nak minta nombor handphone awak? Tapi kalau awak tak sudi tak mengapalah, saya faham,” zamrishal membalasnya.
Rea berfikir sejenak, jauh di sudut hatinya dia lihat keikhlasan zamrishal untuk berkawan dengannya, tapi kerana ego Rea menepiskan perasaan belas itu dan kerana masa lampau dia juga membayangkan zamrishal hanyalah lelaki yang sama seperti zafril yang berkata-kata manis.
“Saya boleh bagi nombor saya, tetapi dengan syarat hanya benda penting sahaja awak boleh call saya, faham?” Rea menetapkan syarat dan akhirnya dia memberikan nombornya pada zamrishal. Zamrishal melunturkan senyuman kepada Rea kerana kesudian Rea memberikan nombor padanya. Dia yakin langkah pertamanya untuk memiliki gadis itu akan berjaya.
Jam menunjukkan tepat pukul 11 malam, sudah beberapa kali Rea menguap dan akhirnya dia masuk ke biliknya untuk tidur. Sebelum memejamkan matanya, dia memandang kepada handphone nya dilihat ada satu mesej dari nombor tidak dikenali.
“salam, terima kasih kerana sudi terima saya sebagai teman baru dalam hidup awak, saya yakin kita akan bertambah baik selepas ini. Saya sangat menghargainya kalau awak sudi memberi kesempatan waktu untuk saya mengenali diri awak dengan sepenuhnya”- Zamrishal
Aiikk, mamat ni rupanya. Dah dapat nombor terus mesej, tapi rasanya aku cakap hanya benda penting sahaja baru contact aku. Rea menekan keypad handphonenya dan terus membalas mesej.
            “wasalam, bukankah saya cakap hanya benda penting sahaja baru awak boleh contact saya? Dan saya masih belum terima awak untuk jadi kawan saya. Saya harap awak faham.”-Rea
            “Saya tahu awak tak percayakan lelaki, tetapi awak tak boleh nak bandingkan diri saya dengan orang lain. Saya betul-betul ikhlas untuk jadi kawan awak, tak apa saya akan buktikan keihklasan saya terhadap awak, dan by the way tadi awak cuma cakap jangan call kalau bukan perkara penting. That’s why saya mesej je, hehe~” –zamrishal
            “errrr, yekee saya cakap begitu. Sorry, ok fine. Ikut suka hati awak lah,”-Rea
            “Thanks again sweety ! nyte” –zamrishal
Eeuwwww….sweety, malas ah nak balas. Mata dah ngantuk sangat ni, esok kena menghadap muka dia juga. Tiba-tiba satu lagi mesej masuk.
            “Benda yang lepas, biarkan berlalu dan menjadi kenangan dalam hidup. Tetapi benda yang baru, bukakan diari hati yang baru untuk mengukir sebanyak mana kenangan yang lebih indah dari yang lepas” –zamrishal.
Mata Rea kembali celik dan menghayati setiap baris mesej tersebut. Pasti ada maksud di setiap perkataan itu. Dia sendiri tidak pasti apakah yang ingin disampaikan oleh zamrishal, dan kenapa mesej itu dihantar kepadanya. Tak mungkin dia tahu sejarah silam aku. “zamrishal, aku tahu kau baik tetapi hati aku masih belum cukup kuat untuk mempercayai kata-kata lelaki. Kejujuran dalam diri kau, aku boleh nampak semua itu, maafkan aku andai aku melayani kau begitu, aku punya sebab tersendiri. Aku takut kalau aku semakin rapat dengan kau, perasaan aku akan berubah. Dan aku takut bila perasaan suka mulai datang, pasti aku akan di kecewakan. Aku tak sanggup untuk menghadapi kekecewaan lagi, cukuplah sekali hatiku dipermainkan, aku tak mahu menjadi boneka lelaki,” hati Rea mula berkata-kata, dan kata-kata rakan baiknya adawa tiba-tiba datang menjengah.
“Perasaan cinta itu telah ditiup dalam diri masing-masing, sekuat mana kita menolaknya ia pasti akan datang menguasai diri, dan cinta juga satu pertaruhan, kita kena berani bertaruh walaupun kita mungkin akan kecewa ataupun bahagia”
            Rea mengingati kata-kata adaw padanya, ada benarnya juga. Kalau kita tidak berani bertaruh, kita mungkin takkan menemui kebahagiaan. Akhinya Rea terlelap jua dan fikirannya kosong  jauh ke alam maya.
***********************************************
Sudah baca, tolong KLIK SINI

Part 7 (KLIK)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta