Saturday 25 August 2012

Lappyku selamat pembedahan

Olla =)

Baik hati kan, cepatlah KLIK SINI untuk isi tabung duit raya zaty =)

         Hehe, sukanya rasa sebab lappy kite kan dah sembuh. Dia dah tak demam panas lagi. Kalau sebelum ni, kesian je zaty tengok dia menderita. Bila zaty guna dia, macam terpaksa je dia berkhidmat untuk zaty. Memang tak sampai hati , zaty sentuh dan gosok-gosok dia..lagi kesian.. Rupanya dia demam panas. Dah setahun rasanya lappy terkena demam panas lepas tu tiba-tiba pengsan. Kalau zaty tak baringkan laptop ni atas katil cooler fan yang mahal ni mesti lappy akan pengsan. Hidup dia bergantung pada katil cooler fan ni je.
Muka mashi sedih sebab lappy masuk hospital :(

          Disebabkan dah dekat 4 tahun zaty hidup dengan lappy ni, zaty sayang sangat terus hari ni bawa lappy pergi hospital Acer. Nasib baik la janji dengan abam tu cakap nak bawa keluar lappy petang ni juga. Kalau tak sempat operation, zaty nak hantar pagi esok je. Tak mau la tinggal lappy sensorang kat hospital. Susah nye kalau beranggan lama sangat . Wuwuwuwu



         Tiba-tiba dalam pukul 3.30 petang macam tu abam kat hospital Acer call cakap dah boleh ambil lappy, yeahhh..sukanyaaa..terus pergi check out lappy dengan bil bayaran nak tahu berapa.. 7o inggit mak jemah oii..mahal rasanya kerana lappy ni kena servis je pun,banyak sangat habuk, bakteria masuk kat badan lappy sebab tu lappy cepat sangat panas.Sekarang dengan senang hati guna lappy tersayang tanpa rasa panas kat badan lappy lagi. Hopefully lappy bahagia sebab dah sembuh. 


Dengan bahagianya lappy berkhidmat macam biasa


Ouhh my lappy..jangan demam lagi ya..duit dah kering~

Kalau ada laptop sesiapa yang seringkali pengsan terkejut, better korang bawa pergi servis la. Sebab kalau asyik pengsan kang nanti dia mati terkejut disebabkan motherboard dah tak berfungsi susah dah la nak baiki.. Habuk dan debu yang banyak kat kipas laptop sebab tu laptop cepat panas.


btw: Lappy dah servis, sekarang misi nak beli antivirus pulak..~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

lappy kte tak update lg antivirus, haha

MisS BubBLe said...

@amir aizat
hehe, same la..dah berbulan expired kaspersky, dats why nk update baru..hee

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta