Thursday, 9 August 2012

Part 10 : Biarkan Kenangan Itu

Sebelum layan perasaan, mohon anda KLIK SINI dulu yea =)


         Semenjak kejadian itu zamrishal lansung tidak menghubunginya, satu mesej pun tidak dihantarnya. Mereka hanyalah bertembung di pejabat dan hanya bercakap apabila ada perbincangan soal kerja. Masing-masing bersikap professional, tanpa mencampur adukkan hal peribadi. Rea perasan kadang-kadang zamrishal memandangnya samalah juga seperti Rea yang hanya curi-curi pandang wajah zamrishal dari jauh. Namun begitu, sesungguhnya Rea akui dia begitu rindukan perwatakan zamrishal seperti hari pertama dia berkenalan. Walau apapun, biarkan lah semuanya berlalu, dan tempoh praktikalnya juga sudah hampir tamat. Hari ini merupakan hari terakhir dia dan rakan praktikalnya yang lain menjalani sesi latihan di syarikat itu. Tempoh 6 bulan yang diberikan sudah sampai dan dia terpaksa akui dia  akan berpisah dengan zamrishal buat selamanya selepas ini. Dia akan menjalani kehidupan yang lebih mencabar selepas hari ini. Dia perlu kuat untuk hari-hari mendatang.
            Sempena hari terakhir mereka berpraktikal di situ, syarikat itu telah mengadakan satu majlis makan malam bagi meraikan majlis perpisahan pelatih-pelatih yang berkhidmat di situ selama 6 bulan. Majlis makan malam besar-besaran itu akan diadakan di Hotel bertaraf lima bintang, setanding dengan syarikat yang semakin meningkat naik di dunia pekerjaan. Rea bersiap lebih awal, selesai sahaja maghrib dia terus bersiap dan mengenakan dress yang baru dibelinya. Dress labuh berwarna putih lembut serta dilengkapi riben besar dibelakang yang dibelinya itu bersesuaian dengan tema yang ditetapkan pada malam itu. Rea terus mengenakan mekap di wajahnya agar nampak lebih ceria dan menyerlah serta dililit dengan pashmina di kepalanya. keayuannya makin terserlah dengan pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badannya. Rea mengambil tas tangannya dan menanti rakan sepejabatnya sampai. Mereka telah berjanji untuk pergi bersama-sama.
            Setelah sampai di ruang majlis makan, banyak mata-mata memandang ke arah Rea termasuklah En.Amran yang dari tadi tak berhenti melihatnya. Rea sedikit malu diperhatikan sebegitu, matanya melilau ke kiri dan ke kanan dewan makan itu tetapi apa yang di carinya belum dijumpai. Hatinya begitu resah andai malam ini dia sudah tidak berpeluang untuk menatap wajah lelaki itu. Secalit perasaan rindu terukir di hati Rea. Sedang asyik Rea memerhatikan keadaan sekeliling, tiba-tiba datang dari belakangnya En. Amran.
            “wow, awak sangat gorgeous malam ini Rea, jeles saya dengan mata-mata yang memerhati kecantikan awak malam ni.,”puji En. Amran.
            “Terima kasih atas pujian Encik tu.  Saya rasa biasa-biasa saja, seganlah saya kalau diperhatikan begitu, saya harap Encik faham apa yang saya maksudkan. Lebih-lebih lagi kalau ada yang tengok kita sedang berborak,” balas Rea.
            “oh, maafkan saya Rea. Saya tak bermaksud begitu, sejak awak menasihati saya tempoh hari saya dah mula sedar isteri sayalah cinta pertama dan terakhir saya. Tanpa dia, tak mungkin saya akan berdiri di sini. Untung siapa yang dapat miliki awak, dan saya berharap awak akan buka hati awak untuk orang yang betul-betul cintakan awak” pesan En.Amran sambil tersenyum.
Majlis makan itu semakin meriah apabila dihiburkan dengan pelbagai persembahan, namun Rea sesekali melihat jam tangannya dan dia resah kenapa wajah yang ingin dia lihat tidak muncul-muncul. Perlukah dia menghantar mesej untuk bertanyakan khabar, tetapi nanti dia fikir aku yang tercari-cari dia. Akhirnya rea membatalkan niatnya untuk menaip mesej. Sedang asyik dia menikmati makan malam, kedengaran suara yang dia kenali sedang bercakap di atas pentas. Rea terus memandang ke arah pentas dan tersenyum lebar akhirnya wajah yang dia rindukan itu muncul jua. Zamrishal dan rakannya yang lain merupakan salah satu yang akan membuat persembahan pada malam itu. Rea lansung tidak tahu akan perihal itu. Zamrishal memandang tepat ke arah Rea, dan muzik di mainkan.
            “jangan..jangan takut lagi,
            Jangan…jangan takut cinta..
            Ku bukan dia, yang tidak setia.
            Jangan…jangan takut aku..
            Cinta yang tulus takkan menyakitimu…
            Ohh..Jika kau butuh cinta, akulah orangnya…
            Ohhh, jangan kau takut cinta, akukan setia..
            Jika kau butuh cinta, pilihlah aku….”
Lagu yang dinyanyikan oleh zamrishal begitu bermakna buat diri Rea. Dia seakan tahu lagu itu ditujukan padanya. Suara zamrishal yang merdu itu memukau semua tetamu yang hadir di dalam dewan itu dan juga memikat hati Rea. Mata zamrishal tidak berhenti memandang Rea dari jauh ketika di pentas tadi.
            “Rea, awak begitu cantik malam ini. Saya berharap sangat dapat melihat awak sepanjang hidup saya, tapi…mungkin saya bermimpi sahaja,” kata zamrishal.
            “Terima kasih shal, lagu yang awak nyanyi tadi sedap. Saya terhibur dan saya happy sebab dapat jumpa awak lagi malam ni..saya ingatkan saya dah tak dapat jumpa awak lagi..”balas Rea.
            “Saya nyanyikan lagu tu khas untuk awak, saya nak awak tahu saya ikhlas dan betul-betul mengharapkan awak. Tapi  kalau saya tak datang, adakah awak rindu saya? Awak takut tak dapat jumpa saya lagi?” soal zamrishal bertubi-tubi.
            “errr, bukann…”Rea cuba menidakkan…
            “Rea…kenapa susah sangat awak nak mengaku awak dah mula sukakan saya, awak tak sanggup kehilangan saya kan…suara zamrishal makin tinggi dan belum sempat zamrishal menghabiskan kata-katanya..Rea terus berlalu keluar dari dewan itu meninggalkan zamrishal dengan seribu satu persoalan di hati.
*************************************
 Part 9 (KLIK)
btw: Nantikan sambungan seterusnya, keep waiting..chill =)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

6 sUntiKaN sEmaNgaT:

chot ok..! said...

sambunganya bila nk wat.??wahh sweet2 jer..hee

MisS BubBLe said...

@chot ok..!
sambungannya dh ade, esok pg zaty update kt entri..last part punye :)
p/s: tenkiu sbb sudi baca

.::: Princess MOMOY :::. said...

dress putih
then ada bow besar di belakang
aiseh... ter imagine kalau momoy yg dapat baju gitu. heheh

tak sangka dear zaty pandai karang novel @.@

MisS BubBLe said...

@.::: Princess MOMOY :::.
hehe, xpe momoy..imagine kejap je, mana tahu suatu hari nanti dapat jadi kenyataan..hee~

chot ok..! said...

http://chot91.blogspot.com/2012/08/contest-segmen-bersama-warna-kegemaranku.html

first contest dri chot..hope sudi join n support me..tq..:)

MisS BubBLe said...

@chot ok..!
hehe, tak de masalah.. nanti zaty tengok oke..tenkiu for invite :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta