Tuesday, 28 August 2012

Lelaki pun berkira

Olla =)

KLIK SINI jap ya !



        Korang dah baca tajuk untuk entri ni? Zaty nak cerita sikit berkaitan lelaki, maaflah kalau ada yang terasa ataupun tidak. Tapi ini secara umum nya, bukannya zaty nak mereka cerita ke apa. Lelaki kebiasaaannya kalau dah bercinta selalunya akan berkorban, maksud zaty dari segi kewangan. Iyelah dah ajak perempuan keluar maksudnya dia lah yang akan bayar ke apa, tapi ada certain perempuan tak adalah kejam sampai biarkan sahaja duit lelaki tu bayar tu bayar ni. Mestilah memahami keadaan masing-masing tambahan pula bagi golongan yang masih belajar.

       Tapi nak dijadikan cerita, bila gaduh je mesti lelaki tu akan mengungkit. Bukan sikit tapi banyak, tak habis-habis mengungkit. Seriusly terkejut tak sangka akan wujud lelaki macam ni. Si girl pula tak sangka semua benda akan diungkit dan dipersoalkan, sebab girl ni tak pernah mengharap pape, tak pernah nak minta tu, minta ni. Tapi adalah beberapa kali girl ni dapat chocolate, ada yang besar dan ada yang kecik (cadbury gitu). Lepas tu girl ni juga dapat lah bunga tisu yang si laki ni buat sendiri. Itu semua si girl tak minta and memang tak nak pada mulanya, tetapi lelaki tu cakap orang bagi kenalah terima. So, si girl terima dengan ikhlas, setiap kali dia gaduh dengan laki tu mesti dia akan ingat kat laki tu, terpandangkan bunga mesti ingat, tengok coklat pun boleh ingat. Tapi sikap buruk lelaki tu suka sangat menuduh, cemburu dan marah-marah tak tentu pasal. Bila dia dah start cemburu, dia akan cakap la si girl tu melayan, ramai layan lelaki, tak hargai dia. Then bila dia call girl tu mesti lepas tu dia cakap nak harapkan girl tu call, memang tak la. Tapi setahu zaty, girl ni kerap juga call si lelaki ni. Tak tahu pula si lelaki boleh cakap si girl ni bila je call dia, asyik dia je nak call. Ouhh hello, sebenarnya si girl dengan lelaki tuh bukan bercinta ok. patut kah lelaki tu treat girl tu macam tu? 

       2 Hari lepas, lelaki tu mengungkit nak harap girl ni call, memang tak lah. Padahal girl tu call laki tu tak angkat dah tidur kot, then tiba-tiba laki tu call. Lepas tu ada lah gaduh-gaduh sebab benda kecil, terus laki tu letak fon. Then boleh laki tu mesej ungkit dah banyak benda dia bagi kat girl tu, tapi apa je girl tu bagi kat dia, tak pernah. Dia tuduh la si girl ni terlampau berkira. Padahal si girl ni ada sorok sesuatu dari laki tu selama ni, si laki tu tak sedar yang si girl pernah bayar duit baju untuk dia. Tapi si girl tu tak pernah mintak, then sebab sakit hati si girl tu terlepas cakap juga, Sejak malam tu, zaty tahu girl tu memang kecewa dan sedih sebab tak pernah jumpa dan kenal lelaki yang suka berkira dan mengungkit macam tu, setahu zaty kawan laki yang call zaty tak pernah pun cakap gitu. Ada yang pernah beberapa kali derma top up dia cuma cakap tak apa lah belanja. 

     Disebabkan hal itu, hati girl ni memang dah tak ada perasaan. Tiba-tiba je laki tu mesej pagi tadi cakap maaf, tetapi si girl tu pasti takkan berlembut hati sebab dah banyak kali jadi, laki tu tak sedar girl tu dah banyak bersabar. Cukup-cukuplah mainkan hati girl.


Btw: Maaf..entri terlampau panjang..errrr~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

8 sUntiKaN sEmaNgaT:

~didiey~ said...

kisah benar ek???
emm...didiey pown xpernah jumpa lelaki berkira cmtu.agak2 laa ckit.xkn smpai cmtu kowt.
kalau didiey jadi pempuan tu,didiey xkn berkawan langsung ngn mamat cmtu.buang masa,buang tenaga,buang duit,sakit hati...huhu

MisS BubBLe said...

@~didiey~
a'ah..memang kisah benar. Pelik juga laki macam ni, memang girl tu hati kering dan cuba untuk elak dah..

~didiey~ said...

bagus...girl tu kwn awk ke???
slalu bg support kt dia k..semangat dia kene kuat.laki cmtu mmg patut dielakkan

MisS BubBLe said...

@~didiey~
someone..susa sebenarnya nak forget everything kan, kalau lemah sikit mesti dah baik balik dengan laki tu..

Azee Hana said...

haish,,,bile baca gram pulak kat laki tu..geram nya....isy...huhu

Cik Yaya said...

biasela tuu...sbr jek kan..huhu
tp 2-2 pon same je..kdg pmpn ngungkit..kdng laki ngungkit..masing2 lau kurng iman, cmtu la jdinye..kene slalu beringt..coz ungkit mgungkit ni bukn perkra baik n xelok..kan

MisS BubBLe said...

@Azee Hana
hmm,org yang rasa je akan taw sakitnya hati bila kenal org mcm tu..

MisS BubBLe said...

@Cik Yaya
huhu.. lelaki tuh over sgt...

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta