Saturday 18 August 2012

Ramadhan meninggalkanku...

Olla :-)

Pejam celik pejam celik akhirnya hari ni dah 29 ramadhan. Sudah mencapai hari terakhir kita berpuasa bagi tahun ini. Lambaian ramadhan sudah mula menutup tirai dan lambaian syawal sudah mula memanggil untuk membuka tirai. Adakah kita sudah berpuas hati dan boleh tersenyum kerana ramadhan akan meninggalkan kita dalam beberapa jam lagi?
        Ya Allah, rasa sedihnya hati ni sebab ramadhan kali ni, amalan belom memuaskan, dan malam yang ku cari meninggalkan begitu sahaja. Bukan kerana alpa tetapi kerana tidak mampu untuk mengerjakan amal ibadat padamu ya Allah. Betapa ruginya rasa, tetapi tak boleh mengeluh kerana halangan itu juga merupakan satu kurniaan juga pada perempuan. Sememangnya kita semua akan mengalaminya setiap bulan.
      Solat terawih yang terakhir semalam berjaya membuatkan ku menitis air mata, sebaknya dihati tidak tahu akal puncanya. Tapi zaty berharap segala permintaan yang kupohon dari mu Ya Allah akan dimakbulkan. Berilah aku peluang untuk bertemu ramadhan lagi.
      

Btw : my short entri sebab tengah goreng bawang..hehe, entri raya will coming soon..peace!

Published with Blogger-droid v2.0.6

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta