Sunday 12 August 2012

DIY : My Own Felt Brooch

Olla =)

Raya nak dekat, sape syg zaty KLIK SINI isi tabung zaty =)

       Hari ini zaty nak share dengan korang semua brooch yang zaty buat sendiri. Memang tak ada kat kedai atau kat mana-mana sebab handmade sendiri taw. Kesan glue pun ada melekat sikit-sikit, kalau nak bukti lagi tu haa, kesan cap jari kat brooch..hehe. Tapi ada tak yang tak tahu kain felt ni apa? Kalau ada yang tahu sila rajinkan diri google "felt" oke. Memandangkan sekarang mostly dah ramai bergiat dalam bidang felt craft ni, jadi zaty pun semangat tekad yang tinggi  berjinak-jinak juga dalam dunia felt ni. Tapi zaty masih di tahap awal, nak buat bisnes tu rasanya belom lagi sebab takut tak ada orang nak beli kan..hahhaa, so zaty buat untuk diri sendiri dan family jela. Tak payah nak membazir duit beli brooch, just buat sendiri ikut pattern atau style apa yang kita nak. Jom lah tengok hasil tangan zaty ni haa..

yang ni tak tahu nak letak nama apa, main buat je 2 color..hehe

ala, tak clear la pulak kamera..tak pandai la tuh nak setting kan.. teruk betul zaty. tapi bunga ni macam bunga yang orang buat guna straw. Haa, ingat tak, ingat tak..!


This 3 brooch buat gaya gulung-gulung jer.. Ada yang gulung rapat-rapat dan yang kaler pepel tu gulung jauh2 sikit, tak mampat. Yang gulung 2 color tu mestilah guna 2 color baru nampak selang seli tone warna.


Bunga pepel tu macam tajam kat kelopak dia, dan yang hijau kelopak dia bujur, ala-ala bulat gitu la.. Hiasan kat tengah tu selalunya orang letak butang baju tapi cari2 kat rumah tak ada lah pula butang baju yang lebih. So, zaty jumpa manik ke apa terus lekat gam kat tengah tu..


Tadaa...ni lah hasil titik peluh dan tangan zaty sendiri. Just ambil masa sikit untuk buat semua ni, time baring pun boleh duk gulung-gulung juga taw. Rasanya korang pun boleh cuba ;p


Macam mana korang? Oke ke tak rasanya zaty buat.. Tak adalah cantik sangat, percubaan pertama. Tapi zaty ada lagi beberapa brooch baru yang zaty buat. Gambar tu dalam handphone lak,tapi dekat instagram dah upload semua brooch baru tu. Nanti la next entry zaty letak felt brooch lain lak oke. Kalau korang rajin memang boleh buat la, just beli kain felt warna yang korang nak lepas tu beli pin brooch. Tak rugi pun sebab buat nak pakai sendiri. Setiap hari boleh tukar baru..hee~

btw: Brooch ni boleh buat raya taw . Selamat mencuba =)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

9 sUntiKaN sEmaNgaT:

Ana Fatihah said...

Wah,bestnyer pandai buat sendiri..Comel pulak tu..hehe :D

MisS BubBLe said...

@ana fatihah
hihi...blaja lme2 nti boleh la buat.;p

•NADiERA SUNDARA• said...

^_^ waaa...sgt suke..pnadai wat..pandai combine warna..sgt jeles..huhuhu.. diera xkreatif cam awk.. sedih =_=

Dayah Danisha said...

nak beli bleh x ? hehe... serius , xmaen2 ne

MisS BubBLe said...

@diera_nadiera ulalaaa~
guna warna yg mana ada..hehe, first beli 4 color je sbb nk cuba-cuba buat kan...tq diera :)

MisS BubBLe said...

@Dayah Danisha
eh, dayah biar betul..? terkejut cm nak pengsan jap..~ :)

Lissa said...

pandainya zaty buat =) comel pulak tu :) kawan saya pun buat felt brooch jugak. pastu diorang jual. saya pulak tolong mak cik saya jual pin2 macam nie.. hehe.

Dayah Danisha said...

Hahaha ! btul la, law bleh post kan . nty kita byar (top4) . Cantik sgt kod. jangan pengsn nty tertunda lak na wt brooch tu yg so cute tu . hehe...

MisS BubBLe said...

Dayah email zaty boleh no fon? Sng ckit nk contact then gtaw nk yg mcm mne, ni email zaty
ollazatey@yahoo.com

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta